hii!! selamat pagi semua. seronokkan pagi2 ahad ni dapat tidur dengan jayanya sampai ke tengah hari (tadi ucap seamat pagi?!) terasa diri bagai di syurga *over*
tahun 2011 merupakan tahun yang agak bermakna dalam hidup aku. banyak suka duka yang berlaku sepanjang tahun ni. Alhamdulillah, aku berjaya hadapi dengan jayanya. haha.
Jom Flashback=)
January
bulan ni aku start bekerja dengan HSBC . Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku. percaya atau tidak aku hanya menganggur selama sebulan sahaja selepas habis belajar dan lepas tu aku dah dapat kerja. walaupun kerja aku taklah sebaik kerja orang lain tapi aku bersyukur sebab sekurang kurangnya aku ada kerja tetap dengan gaji yang boleh dikira lumayan. Syukur.
February
tak ada apa2 yang menarik yang berlaku dalam hidup aku bulan ni. biasa2 aja pak. hiks. cuma aku mula terima task di tempat kerja. yeahhh.. bermula lah era RECEIPT dalam dup aku. hahaaa mesti korang tak faham kan. ada apa dengan RECEIPT? tak apalah. biar aku ajelah yang faham.
March
Sepet kahwin bulan ni. yeahhh.. buat pertama kali nya aku drive all the way dari shah alam ke melaka secara solo. ni lah satu pengorbanan aku laku kan untuk kawan tersayang. aku happy. mula2 memang aku rasa gila nak drive sorang2. jauh pulak tu. tapi disebab kan teringin nak tengok kawan baik sendiri bersanding, aku kuatkan jugak semangat. Alhamdulillah.. semuanya selamat.
April
bulan ni pun sama. tak ada apa yang meraik yang berlaku. cuma di tempat kerja keadaan menjadi lebih hectic. busy. kena marah.
May
bulan ni merupakan bulan yang paling bermakna dalam hidup aku. aku konvo untuk degree bulan ni. Alhamdulilla. syukur sesangat. macam tak percaya pulak aku sekarang dah ada segulung ijazah. hihi. bulan ni jugak aku dapat tahu sepet dah pregnant. satu lagi berita gembira untuk bulan ni. dua kali syukur. tapi dalam pada tu ada jugak berita yang agak sedih dimana kawan baik aku yang sorang lagi, mas tak jadi bertunang. pada mulanye aku sendiri pun tak tahu apa puncanya sebab tuan punya badan sendiri pon tak nak ceritakan. tapi sekarang bila dah tahu, itu pun dari blog dia jugak bukan dari tuan badan sendiri (sedih), tapi aku memang dah agak angkara orang ke 3.
June
bulan ni pun best jugak. pertama kali pergi rumah sepet di kemensah dengan mas. tapi masa ni prut sepet normal lagi. tak maju ke depan lagi. haha. bulan ni jugak blog tercinta genap setahun. suke!
July
bulan ni aku dapat surat confirm. yippeee.. Alhamdulillah. bila manager aku ucap tahniah, rasa kembang lobang hidung nagn muntot. overkan haha.. (mana ntah aku letak surat confirm aku tu ek? aiyoooo)
August
bulan ni paling best skali korang!!. aku beli kereta!! Saga FL warna hitam bernombor plat WVQ 5390. ha... hamik ko.. dengan no plat aku bagi. kereta raya kata orang. hihihi.. aku happy sangat sebab at least aku dah mula kumpul harta untuk masa depan aku. bulan ni jugak aku semakin raapat ngan kawan aku dee. hari2 lepak sesama.
September
ni bulan paling haram sekali dalam hidup aku. beraya sengsorang kat shah alam and kat tempat kerja. jadahnye????? bulan ni jugak hp aku hilang. hoi pencurik mana hp aku arr?
October
nothing special happen this month. cuma yang sedih blan ni dee hantar surat resign. wuhuhuhu...
November
dee resign. sedih lah jugak. huhu. bulan ni RECEIPT team dapat member baru. budak MRSM. huhuuu... tapi kau budak MRSM pun tak tentu ko boleh buat kerja dengan baik... it really show yang RECEIPT memang susahhhh... dan aku dah tempuhnya selama setahun. hebat jugak aku ni. hehe.
December
bula ni bulan yang paling seronok sekaliii dalam family. my cousin kahwin. seluruh keluarga berkumpul. buat kerja sama2. berborak. memang dapat spend masa yang ebaik-baiknyalah ngan family. lepas tu pergi bercuti kat Cameron Highland. feeling oversea giteww.. hehe... lepas tu naik Gua Tempurung lagi. hehe.
aku rasa tu ajelah kot sedikit sebanyak summary hidup aku sepanjang tahun 2011.
No comments:
Post a Comment