Kali ni aku nak share pengalaman aku bercuti di Singapura dengan kawan2 ofis selama 2 hari 1 malam. Memang antara percutian yang membwa seribu satu kenangan dalam hidup aku. Sampai mati pun aku akan ingat taw.
Percutian dirancang 3 bulan sebelum berangkat so sempat lah kumpul duit sikit-sikit and ade jugak terkorek tabung kat bank.. mihmih. Walaupun dekat saje dengan Malaysia tapi still require quite an amount of money disebabkan tukaran mata wang yang tinggi. Masa aku tukar duit kat money changer di Plaza Masalam and time tu weekend, exchange rate pada hari itu adalah RM2.51->SGD1. But then, Farah minta aku tukar kan duit, and masa aku tukar kan tu adalah weekday, exchange rate pada hari tu adalah RM2.50 which is lagi rendah. So kesimpulannya, kalau nak tukar duit tu tukarlah waktu weekdays, sebab lagi murah walaupun berbeza 0.01 dollar saje. Yalah, kalau tukar sikit2 mungkin tak terasa, tapi kalau bajet uolls banyak, dah berape korang untung tukan.
Diawal perancangan, kitorang plan ingat nak pergi naik flight and balik pulak naik train, dengan alasan nak cut costlah, walaupun naik train berejam kau. Kononnya dapatlah merasa naik kenderaan udara dan darat. So beli lah tiket flight one way dengan harga RM 70 time, waktu Air Asia wat promotion. Masa tu kitorang ingat kan naik train lagi murah dari naik kapal terbang. Tapi kitorang terlepas pandang yang train tu ofkos ler gerak dari Singapore kan so harga mestilah harga Singapore. Cett. Bijak sungguh kan. Daripada bajet kononnya 40 hengget tapi rupa2nya seratus lebih gak bile convert. Ek ele, baik naik flight kan. Confirm2 sejam jer pon. Tapi things happen for reason, la tahzan. Wah tetibe la tahzan kan, mentang2 lah baru tau maksud. Kitorang beli tiket flight balik ke KL rasanya kurang sebulan dari tarikh pergi dengan harga seratus belas2 camtu (lupa sebab bukan aku yang beli) and free tax. Syukurrr, Allah permudah kan.
Tiket pun dah beli, haruslah survey untuk penginapan pula. Aku pun buatlah survey dekat booking.com and agoda selepas menerima tunjuk ajar dari Ag. Almaklum lah first time kan nak bercuti keluar negara, so memang banyak benda yang aku tak tahu. Kitorang plan nak cari tempat tinggal yang murah tapi nak dekat tengah2 bandar so that malam2 kitorang boleh hangout tanpa rasa risau. Ag kan dah pernah datang Singapore so die suggest kitorang tidur dekat Clark Quay. Wow, dengar macam mahal kan. Tapi tak sebab kitorang choose untuk tidur dalam kapsul hostel. Korang pernah dengar tak tentang Kapsul Hostel sebelum ni? Mungkin korang pernah dengar tapi mesti tak terpikir nak tidur sini kan. Aku dah google, belum ada blogger Malaysia yang review pasal kapsul hostel ni lagi. Indonesia ramailah. Erkkk. Jangan kata kitorang rakyat Malaysia pertama yang stay sini. Haha. Harga semalam untuk satu kapsul adalah SGD 25. Murah ngak? Pehal tetiba jadik orang Indon lak ni. Haha.
Korang bila dengar kapsul hostel, I'm sure korang mesti rasa was2 kan. Okey ke tempat ni. Macam mana rupa kapsul tu, selesa ke nak tidur. Macam rupa rumah pelacuran ke (which is tak langsung!). Aku terbayang kan komik Dragon Ball bile sebut kapsul. Hahaha. Surprisingly, memang okey sangat2! Jauh berbeza dari apa yang aku bayang kan. Fyi, kapsul hostel dapat banyak good review dari booking.com. Cuma tak sesuai untuk family or yang ada anak kecil, tapi bukan sebab faktor keselamatan ke ape. Takut budak kecik tu buat bising and ganggu ketenteraman orang lain. Haa.. gitu. Tempat ni memang cozy and confirm tidur lena. Sebab memang tak bising langsung. Walaupun hostel murah tapi all the people sume respect ketenteraman orang lain. By the way, yang aku citer ni untuk hostel perempuan lah berdasarkan pengalaman aku sebagai wanita sejati. Hostel lelaki aku tak tahu.
Some more, kalau korang travel macam kitorang which is 3 perempuan and sorang lelaki or vice versa, so amat sesuai lah tidur kat sini. Kesian pulak yang sorang2 tu kena bayar mahal2, walhal yang lain tu boleh share. Jangan lupe, hotel2 kat sini mahal2. Even yang murah tu kalau diconvert tetap lah mahal jadinya. Tak perlu memilih sangat and berbelanja lah dengan bijak. Wahh.. baru first time gi luar negara dah pandai nak bagi tips bagai.. Haha. Tu baru Singapore, kalau gi London tak tahu lah camne kan. Mihmih.
Inilah dia capsule hostel yang aku gebang2 kan tadi. Sape yang pernah tidur sini kita geng! Check in pukul 2 petang. Waktu kitorang nak check in tu memang dah ramai orang dah. Gamaknya tempat ni memang popular bagi pelancong Indonesia mungkin sebab murah kot. Bila tengok yang datang tu semua pakai tudung, terus lega and rasa selamat.
Inilah dia pintu nak ke hostel wanita. Debar2 jugak dalam hati takut tempat tidur ngeri. Dah lah aku yang pilih. Takut kena lahar ngan Ag and Farah jek.. Mihihi.
Masuk2 jer.. wah.. okey sangat2 kot. walaupun tak lah semewah hotel lain tapi tetap cozy. And yang paling penting unik. Boleh lah kau nak bangga2 balik Malaysia kata kau tidur dalam kapsul. Pastu orang pon terbangang-bangang camna nak tidur dalam kapsul kan. Haha. Ag, Farah and bf Farah pon happy. So balik dari Singapore memang aku promote gila2 capsule hostel ni.
The other side. Selipar ngan kasut, meaning kebanyakkan kapsul dah berpenghuni.
Ini pulak kapsul kepunyaan aku. Yang atas Ag and yang bawah aku. Aku tak boleh tidur atas sebab takut nak naik atas makan masa 5 hari. Sekian.
Inilah rupa dalam kapsul. Cukup luas untuk kau bergerak dan bernafas dengan tenang melainkan kau ada masala fobia kat tempat sempat atau dalam bahasa saintiknya Claustrophobia ye.
Ada lcd tv yang 'tak berfungsi', suis, cermin and lampu.
Ini adalah laluan nak ke toilet. Almari besi ni tempat letak kasut mungkin?.
Toilet. Bersih tapi biasa2 sahaja. Okeylah.. janji bersih kan.
Pemandang dari tingkap sebelah toilet.
Tak silap aku ni semua Financial Institution dekat Singapore. Maybank pon ada tau.
Cukup untuk hostel atau tempat tinggal. Harap korang puas hati dengan review aku. Sekarang tinggal nak beli tiket pergi Universal Studio Singapore sahaja. Alang2 dah ke Singapore, wajib lah ke USS. So gaji next monthnye aku beli tikut USS pulak secara online di sini . Masa aku beli memang tak ada promotion, full price. Sobs.. Harganya adalah SGD 74. Redho jer lah. Kalau pergi weekend boleh dapat less sampai 50% (pengguna Mastercard) tapi bencinta lah kau kena beratur. Aku tak sanggup so kitorang pergi hari Isnin and bayar jelah full price. Tu pon kena beratur lama jugak uolls. Kalau bajet lebih digalakkan beli express pass. Tak rugi pun sebab USS memang awesome.
Kesimpulannya, total belanja aku ke Singpore secara kasar adalah seperti berikut:
Tiket flight : Pergi RM 70 + Balik RM 120 (Agak jer sebab bukan beli sendiri) = RM 190.00
Hostel : RM 62.75
Tiket USS : RM 185.74
Belanja kat Singapore : RM 300.00
Total : +/- RM 738.49
Ni dah habis bajet dah ni aku rasa. =.=
Entry pusing2 Singapore kite citer next entry k. Toodles.
No comments:
Post a Comment