Hari ini adalah Birthday Raiyan@Ayien yang ke dua tahun. Raiyan Iqbal ni actually anak kepada abang sepupu aku. Tapi aku kan suka feeling2 anak sedara orang macam anak saudara aku sendiri, excited lebih lah kononnya. Haha. So diorang decide nak buat party hari jadi Raiyan kat rumah aku. Wah.. mesti lah ahkak suka kan. Balik2 dari kenduri dari rumah Pak Ali, laju2 ahkak kemas rumah. Mihmih.
Pagi tu kitorang pergi kenduri kat rumah Pak Ali. Wife die nak pergi umah 12 January ni, so buat lah kenduri sikit2 kan. Tapi actually, diorang selalu jugak lah buat kenduri. Almost every year kot. Food very the simple tapi marvelous uolls. Masakan kampung je tapi memang sodappp. Tapi ahkak tak makan banyak sangat lah sebab nak simpan perut untuk party Ayien malam ni. Abah Raiyan nak beli satay katenye. Fuhh.. kena tahan perut nih. Mihmih.
Rumah Pak Ali aku ni flat somewhere in AU2 ke kat Keramat macam tu lah. Dekat jugak ngan rumah Sepet kat Zoo Negara tu. Geram nak singgah.. haha. Dengar cerita ada developer nak beli kawasan ni and nak buat bangunan apa aku pun tak pasti. So diorang ada offer kat penduduk sini rumah or duit RM200k macam tu. Dah lama aku dengar cerita ni tapi aku tak pasti lah penduduk kat sini nak setuju ke tak dengan offer tu. Kalau dengar RM200k tu macam satu amount yang besar tapi kalau nak beli rumah kat KL ni still tak lepas kot. So still tak berbaloi. Kalau aku lah kan, kalau die nak bagi sebijik rumah aku okey tapi tengok lah jugak kawasan mana kan. Kalau offer rumah kat Rawang, aku rasa baik tak yah kot. Dah elok2 sekarang rumah dekat tengah2 KL tu.
Petang tu, dalam pukul 6 lebih Along Jaja, Basirah, Mak cik aku ngan Kak Siti sampai rumah aku. Kek birthday Ayien Along Jaja dah bake dari rumah dia, cuma tinggal nak decorate je. After maghrib pulak katanye nak masak mee hoon. Mak aku pulak buat pecal.
Ayien ni aku rasa hobi dia sekarang naik ngengngeng. Ha.. nak tahu ngengngeng tu apa? Ha.. ngengngeng tu adalah kereta dia. 24 jam berkepit ngan ngengngeng dia ajelah. Tidur pon kena ada ngengeng atas kepala.
Ni lah dia ngengngeng Ayien. Jeep lagi. Ko ade? Ayien siap service ngengngeng die ni, jangan main2 eh. Jangan main jer, service jangan lupe. kate Ayien. Aku tak pelik pun nape Ayien suka sangat dengan kereta sebab abah Ayien pon memang penggila kereta. Menurun kat anak dia lah tu. Sekarang pun abah Ayien dah bukak bengkel dengan adik dia and adik aku jugak.
Jangan main2 ngan Ayien ni, walaupun hanya mengguna kan kuasa kaki tapi Ayien terror ohh bawak ngengeng die ni. Pandai kot die elak perabot2 kat rumah ni. Macam professional drifter. Terkagum2 gak la aku menegok nye. Aku bawak kereta pun segala jenis lubang aku langgar jer. Haha.
Ayien bukan ajer ade kereta tapi jugak motosikal pun ade jugak tau. Ni atok Ayien yang beli. Aku memula tertelan2 air liur nengok motor ni. Geram tau korang nak naik. Yelah.. masa kecik2 dulu mana lah ade motor2 canggih macam ni. Kalau aku naik mau patah riuk pulak motor anak orang nikan.
Siap kunci lagi uolls. Turn on enjin.. peh mengaum uolls
Tetappp service yer
Bukan enjin jer, tayar pun kena check jugak ye kawan2. Keselamatan tu paling penting.
Ni gambar Ayien masa kecik2. Eh sekarang pun kecik jugak. Mihmihmih.
Time umur ni pantang tengok air, menangis2 nak main air. Tapi sekarang dah kurang dah. Malu kot orang nampak bird dia. Mihmih.
Tukang sepah rumah pun dia jugak. Ni umah wan dia kat Pantai Dalam. Wan ngan makcik2 dia pasrah aje lah. Kate cucu sorang kan. Eh tapi Ayien bakal jadi abang long bulan 4 ni. Okey, Ayien boleh nakal2 puas2 sekarang. =P
Ni mama dia nengok mengucap panjang kot. Hihi.
Sekarang dah besar, dah kerah belajar. Ececeh.. Ayien main2 conteng jer tu. Punyalah semanagt sampai kaki pun sama naik. Ada aku kisah, kate Ayien.
Tak cukup conteng kat buku, kite conteng kat kaki pulak. Apeadehel kan Ayien? =P
Majlis hari jadi Ayien dimulakan sejurus sahaja abah Ayien balik dengan satay2 nye. Mihmihmih. Tapi sebelum tu kitorang dah bedal sesikit meehoon ngan pecal. Tak leh tahan uolls. Baca doa selamat dulu baru barulah majlis dumulakan dengan penuh keberkatan.
Taraaa... ni lah dia kek Ayien!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Cantikkan. Gigih along jaja mendecorate nye.
Tengok Ayien tu da tak tentu arah nengok ngengngeng atas kek. Haha
Masa ni memang huru hara gila. Ayien tak sempat pun nak potong kek sebab die punye hyper tu takleh nak dibendung lagi. Aku pun time ni turut sama bersilat tahan Ayien dari serbu kek die. Hahaha.
Kalau uolls tengah carik idea untuk buat dekorasi kek untuk baby boy, boleh lah tiru gaya ni. Senang sangat. Cuma perlukan lori mainan sebijik, sepeket oreo dan jugak sepeket coklat M&M.
Ayien ngan Atok sedara die.
Untuk Ayien, mak long doakan Ayien jadi anak yang soleh, belajar rajin2 bila dah besar nanti and jangan lupa jasa mama ngan abah k.
Lot of Love
Mak long Syura=)
No comments:
Post a Comment