"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Mar 31, 2012

Dulu dan Sekarang


Banyak beza sejak aku bertukar hp baru ni.

1) tak boleh nak berenggang dengan charger. Kalau dulu masa aku pakai 'blackberra' aku seminggu sekali je aku cas hp kot. Kadang2 sampai batt dah kong 2 hari baru aku cas pon ade. La ni, kalau bertenet sejam pon batt dah tinggal suku. Terpaksa laah cas hp. Dah lah aku ni memang bangsa pemalas nak cas hp. Haha.

2) Kalau dulu hp blackberra aku tu tak pernah kluar bag uollz. Kalau keluar pon semata2 nak buat jadi alarm senang nak bangun pagi je.

3) kalau dulu kalau orang call haram aku nak angkat. Pasal dulu hp dok dalam bag ja susah nak dengar tapi la ni tak sempat nak berdering aku dah angkat. Hihi. Al maklum lah 24 jam berkepit kan.

4) kalau dulu jumpa member lama, haruslah nak tukar2 fon number ke ape kan. Malu punya pasal sanggup bagi statement "aku tak bawak hp". Tapi kini tidak lagi. Bwahahaa

Tapi walau macam mana sanggih hp kita pakai tapi kalau batt cepat habis pon tak guna jugakkan. Dok sedap sangat mengadap internet sampai tak sedar batt kong. Lepas tu bila time emergency tak boleh nak pakai pulak. Tak ke haru. Time tulah baru nak ingat kat blackberra yang dah di campak ntah kemana. Haha

So my blackberra dearie,

Kau tetap di hati ku cayank.

Location : Jalan Teknokrat 3, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor,
Posted via Blogaway

Mar 29, 2012

My Iron Lady



bulan ini mungkin bukan hari yang baik for one of my bestie as she just got a news yang her ex baru je berkahwin last weekend. for me, if i was in her shoes, it was a disaster!! disaster okey!

but the best thing is, my friend ni tak marah langsung. yeahh.. ofkos perasaan sedih tu ada. haruslah air mata tu tetap akan mengalir jua. biasalah perempuan dan air mata memang tak mungkin dapat dipisahkan. tapi kawan aku sorang sikit pon tak simpan dendam pada si jantan itu. what a beautiful heart she have.

suatu ketika dulu, aku pernah jugak rasa ditinggalkan oleh insan bergelar lear lelaki. ewah.. ayat aku xboleh nak syahdu lagi pulak an. haha. okey serius balik! tapi sampai kehari ni aku still lagi tak boleh nak menghadap ex aku which i believe after all 3 years dia confirm dah tak ingat aku dah sekarang kan. huhu. aku tak pernah rasa nak doakan kebahagiaan dia. sebab aku tahu kalau aku tak doakan dia pon confirm dia bahagia punya lah. siapalah aku nikan nak tentukan kebahagiaan orang lain. semua tu kan di tangan ALLAH. so should i care? but my friend dengan tabahnya ucapkan tahniah kat ex dia. dengan kuatnya tengok gambar kahwin si lelaki. even aku pon nak tengok my ex korek hidung pon belum tentu aku sanggup. hikhik

OMG!! even aku sendiri pon until now block ex aku kat fb. jangan kan nak tengok gambar. semalam aku try jugak nak bukak fb dia. nak cuba jadi macam kawan aku ni. nak uji sama ada aku pon kuat macam dia gak. ternyata aku tak mampu. bila aku nak bukak jugak rasa sebak terus dada ni. terbayang kat otak aku ni tetiba profile pic dia terpapar gambar dia holding a baby?? haishh.. gila lemah aku nanti! mau luruh jantung aku. tak sanggup mak!!

by the way, my friend ex ni kahwin dengan ibu tunggal, atau dalam bahasa separa kasarnya adalah janda. kekadang aku tak faham jugak that womn sendiri pernah rasa sakitnya bila orang yang kita sayang hilang dalam hidup kita tapi sanggup pulak dia berbahagia diatas penderitaan perempuan lain. tapi... kalau dah jodoh. nak buat macam manakan.

to My Iron Lady,

Happy Birthday to you
May this Birthday teach you that failure, depression, rejection, sorrow, hurt and pain are words that you should erase from the dictionary of your life
May every Birthday remind you the number of people who love you and can't do without you
I'm one of them!
Happy Birthday.


Suasana malam di HSBC


Hello semua!!

Ekcuali i juz nak share suasana malam ketika menunggu bas hari2.




uolls tahu pukul berapa time ni? it is 3 am tau. =). time ni uolls sume tengah sedap tidoq i baru nak balik. very the tak aci. huhu.. sume aney je kot.



yey the bas has arrived. blur lak hihi. almaklumlah snap pki hp je. kalau pakai dslr confirm xblur=P



alamak pic terkecik lak. jom naik bas. hopefully malam ni abang jejai yang bawak bas hahhaa.. oh abang jejai *miang



Location : Persiaran Jubli Perak, 40300 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

Mar 28, 2012

Gempar! Jatuh cinta dengan pemandu bas?



Salam 1 Malaysia pada semua pembaca blogku sekalian. *terskema pula daku malam ni huahuahua*

Gempar x tajuk post aku hari ni? Haha.. Gempar lah sangat kan. Ekcuali sebenaq aku nak habaq kat uolls yg aku suke bebeno nengok muka pemandu bas yang aku naik hari2 sorang ni. Kalau turn dia bawak bas je mesti aku rasa nak melompat je. Aww gatai sungguh aku ni. Paling best kalau time tu dia bawak van bukan bas. Confirm aku dok belakang dia. Kih kih kih *miang sungguh.

Yang aku suka pasal mamat ni, walaupun dia cuma pemandu bas tapi dia punya gentlement boleh tahan uolls. Selagi kau tak duduk elok2 kat tempat kau dia tak akan gerak weyh. Kalau pemandu lain tak sempat kau jejak kaki diorang dah drift. *ni aku over tipu haha

Uolls nak tahu tak sejak aku tengok muka mamat nilah baru aku sedar yang si jejai (bf pasha sendat) tu sebenarnya hensem jugak . Sirius uolls. Sebab muka mamat bas ni gila seiras kot ngan muka jejai tapi mamat bas ni versi hensem sikit tapi miskin je. Eh suke suki aku je ckp org miskin kan. entah2 anak tokey balak ke. keje bawak bas ni sebab bapak dia cabar suruh carik duit sendiri sebab masa muda2 asik nak kedarah duit mak bapak jekan. tak pon mamat bas ni adik jejai kot. dahlah dua2 suka pakai topi. Hoho.. gila banyak tengok drama melayu aku ni kan.

Jadik kesimpulan dari entri ni adalah sebenaqnye jejai tu hensem lah. Kalau tak tak adalah nora danish n pasha sanda selera ngan dia. Ade ke patut ade orang jejai tu orang indon. Haha.lawak tul. Padahal anak mnteri kot.




perghh sama siyot ngan muka pemandu bas aku tu. aku pon konpius ni betul2 jejai ke mamat yang bawak bas tu. kahkahkah

Mar 25, 2012

nebes~


cepat betul rasanya masa berlalu kan. tup2 hari ni dah ahad dah.tak puas nak berehat weekend ni. nak buat macam mana balik kampungkan. tak serupa berehat pon. ade je keje kene buat. huhu

sebenarnye besok i ada interview *cuak*. tu pon salah satu sebab kenapa i rasa cepat je. nebes punya pasal. dah petang ni tapi xbuat preparation ape2 pon lagi nih. gambar pasport pun xada lagi ni. ~.=`. hopfully by dis nite settle sume.

lagi bende buat i cuak i kene naik monorail tapi masalah nye i dah lupe lupa jalan nak pi monorail kat mane. wa.. buat malu je kan. bukan tak pernah pi pon tapi sebab nak tak ingat punya pasal je hehe.

so tak tahu lah plan macam mana esok ni. macam nak main  redah je. ade brani ke? *tanye diri sendiri*

lagi satu perkara yang buat i rasa tak best nak pi interview esok, my mak pon ade operation esok. tak apalah esok i try discuss dengan abah whether i should go for interview or teman my mak kat hospital.

bai

Location : Utara - Selatan Hubungan Tengah Hwy, Banting, Selangor,
Posted via Blogaway

Mar 24, 2012

Rezeki dibulan march~






Pertame sekali i nak ucap syukur alhamdulillah diatas segala rezeki yang Allah dah curah kan aku selama ini. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan bersabar i berjaya juga menukar hp 'blackberra' aku tu ke hp baru yang lebih semenggah sikit lah. Nak cakap canggih manggih tu memang jauh la.. Tapi ok je. Segala ape yang i idam2 kan dalam sebuah hp tu Alhamdulillah ade lah semuanya. Cuma reti atau tidak aje lah.. Hihi..

Ape2 pon as i know harga hp ni pon murah so i pon xadalah hp ni macam blackberry or iphone. Sekadar bersyukurlah dengan apa yang ada. :-)

Nampak gayanya lepas ni dapatlah i update belog dengan kadar yang lebih kerap lagi yey. Uolls nak tahu sekarang i updet belog pakai apa?  i'm using blogaway!! Sangat mudah okey.

Okey uolls. Budak batak nak godek2 hp baru jap. Xhabis explore lg ni. Muahaha..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Mar 23, 2012

200 sudah.. alhamdulillah~


akhirnya...
setelah hampri 2 tahun berblogging
follower ku dah mencecah 200 orang
whoaaa
sikit? eh okey lah tu uolls
ni pon aku dah cukup syukur sangat
hihi
even xsemua 200 orang ni follow every single of my entry pon
tapi cukuplah sekadar mereka2 ni mencantikkan lagi bilangan follower aku=)
that's mean alottt to me

thanx to the my lucky 200 --> jijie
i will follow u tooo

bai


Mar 22, 2012

Mimpi~


uolls kalau tidur selalu tak bermimpi? beberapa bulan kebelakangan ni, i selalu sangat mimpi uolls. setiap malam boleh dikatakan i akan mimpi. kadang2 kalau tidur lepas subuh tu lagi kerap i mimpi.

mimpi pulak ada yang best and ada jugak yang bukan2 haha. kadang2 dalam mimpi tu ada lah orang yang i kenal like kawan2 rapat, sedara mara and sesape jelah. paling selalu mimpi cik mas. dalam mimpi i pun dia nak manyibuk tau. haha. ade jugak muka yang i tak kenal pun. yang paling kelakar, ade jugak blogger yang sesat dalam mimpi i. boleh? psiko giler. hahaha bukan i pernah jumpe pon blogger tu. tak tahulah macam mana dia boleh masuk dalam mimpi i.=.='

mimpi yang i paling ingat, i mimpi bf cousin i. dalam mimpi tu i jadi pembunuh. scary kan? so i bunuh orang and bila polis cari, diorang tak dapat nak cari bukti yang i bunuh orang tu. i pon tak ingat bf cousin i tu buat apa dalam mimpi i. tapi yang pasti dia ada lah. haha. tapi dalam mimpi tu i cuak sangat sebab i dah bunuh orang. bila polis datang serius berdebar tak hingat. rasa macam real sungguh sampai i tersedar kot. bila i tersedar tu i terpinga2. betul ke i bunuh orang kan?... haha.. kelakar je.

bukan mimpi seram je, kekadang mimpi 18sx pun ade. hihihi. gatai sungguh. ketuk kepala kang. haha.

bila mimpi yang best2, i mesti rasa happy sangat. selalu harap mimpi tu akan jadi kenyataan. tapi tak pernah jadi pun.=.=.. bila mimpi buruk pulak i akan cepat istighfar and mintak doa kat Allah jangan lah jadi betul2. huhu.

agak2 nya mimpi apalah i malam ni ek. nak request mimpi Chester See, boleh? ~ hihi



nite uolls. sweet dream~



Mar 21, 2012

cerita ceriti ~


hari ni will be a tuff day for me. sebelum balik tadi tengok queue pon dah rasa macam nak baling kerusi kat skrin oyuter tu. penat betul rasanya. kadang2 fed up juga. hari2 terpaksa buat kerja yang sama. tapi at the same time tak improve2 gak. bila dah macam ni barulah rasa nak rindu kat dunia accounting. rindu nak buat income statement, balance sheet & cash flow. rasa2nya semua skill2 aku dalam akaun dah kelaut dah kot. haha.

i suppose ada interview hari ni. dengan company ape ntah.. sounds like Jalatama kot. an investment company (i guess). tapi definitely aku tak boleh nak pergi. bayangkan, aku baru dapat email semalam dari company tu, untuk attend interview hari ni. gila ke ape. aku tak ready nak attend interview tu. aku mintak tukar date. alhamdulillah dah dapat tukar date. aku just fikir daripada aku datang dengan tangan kosong lebih aku mintak tukar tarikh or tak payah datang langsung kan?. hihi. tak rela rasa uolls nak membodohkan diri kat depan interviewer lg. serik dah. plus, aku bukannya jenis spontan. kalu aku jenis spontan tak apalah jugak. at the end of the day, badan penat pergi interview tu tapi kerja tak dapat. apa pon tak boleh.

lagipon kebetulan pulak hari ni kerja dah banyak. so macam tahu2 pulak aku kena simpan tenaga untuk malam ni kan. hehe. chaiyok mak cik cura!~

oh ya, tetiba teringat pulak malam tadi, masa tengah kerja, i've got a call from staff dar HSBC London. memang selalu dapat call dari dia. her name is Janice Gracie. korang nak tahu tak, conversation aku ngan dia semalam terrible gilak kot. haha. aku speaking kalah budak darjah satu. aduhaiii... memang jahanam lah. tak macam budak u langsung. pelik jugak kenapa aku macam tak improve2 je. hampeh dari dulu sampai sekarang. mesti si Janice tu geleng2 kepala je dengar aku speaking. awat teruk benar lah budak melayu sorang ni. haha. setiap kali aku tak faham mesti dia akan cakap " no.. no.. no... u don't understand what i'm saying. do u?" maluuuu... rasa macam nak sorok muka kat bawah meja je.

oh ya.. 2 days left.. then i will get my whole new _ _ _ _ _ _ _ _ _- sila isi tempat kososng haha.. menggelabah itik sungguh mak cik ni kan.


bai=)


Mar 20, 2012

Lirik Ulik Mayang Versi Lawak

baru sat tadi aku jalan2 kat belog cik mas. biasalah aku ni kalau tak menyinggah kat belog mak cik ni memang tak sah la kan. ehehe. tergelak2 sakan aku baca entry pasal sepupu kecik dia sorang tu. sesuka hati je bebudak zaman sekurang ni tukar lirik lagu ulik mayang. tapi kelakar gila. sakit perut aku gelak.

apa lagi jom kita nyanyi sesama meh.


Puteri satu banyaklah kutu... ewww
Puteri due banyaklah pakwe...
Puteri tiga maen laga2...apa da main laga2
Puteri empat kawen xsempat...kesiann haha
Puteri lima anak panglima...
Puteri enam mati xtanam...
Puteri tujuh makan gelojoh..
Puteri lapan tercekik lipan...
Puteri sembilan naek ke bulan...
Puteri sepuluh berak xbasuh...ni paling lawak.. hahah
Puteri sebelas berak xflush...selekeh gila
Puteri dua belas minum hundred plus....yg ni pun lawak haha
Puteri tiga belas telinga kena pulas...


lawak tak? lawak kannn?
sape tak gelak tu berhati2 lah korang
tak lama dah tu. 3 jumaat je lagi tu

keh keh keh

abah dan komputer baru beliau


tajuk entri nak macam tajuk karangan sekolah rendah je kan. tu pasal lah orang susah nak lekat kat belog aku ni.. muahaha.

hari ahad yang lepas (on my birthday, nak sebut jugak hihi) aku teman bapak aku beli komputer baru. eh apa barang beli komputer, laptop beb. canggih an bapak aku. beli laptop hat yang kecik tu kot. memang taste tinggi bapak aku ni. senang kata nya nak bawak pi sekolah (bapak aku ustaz, harap maklum). biar ustaz2 ternganga tengok laptop baru dia. bukan aku memandai cakap, bapak aku sendiri cakap. agagaga~ gila keji perangai anak, bocor rahsia bapak sendiri ahahaha.

cuma yang tak bestnya masa aku pi beli kat kedai tu, aku rasa macam nak pelangkung je jurujual tu. bapak aku ni memang suka beli barang pakai kad kredit. senang katanya. tak payah keluar cash banyak2 kan. bahaya. so nak beli laptop ni pon memang nak bayar pakai kad kredit lah. so after dah puas hati and dah settle sume urusan, so bapak aku pon nak bayar lah harga laptop tu. si jurujual ni awal2 lagi dia dah mengeluh sebab bapak aku nak bayar pakai kad kredit. dah garu2 kepala. at first dia cakap kalau pakai kad kredit kene cas 3%. so bapak aku cakap lah xde hal. biase lah tu kalau pakai kredit kad ade cas, & 3% tu consider reasonable lah.

okey kad pertama try memang tak boleh coz diorang tak accept American Express. oh fine. bapak aku bagi kad die yang kedua. try punya try decline. aku dah cuak. even aku tahu bapak aku bukan lah jenis boros tapi jadi macam ni cuak jugak lah kan. aku takut bapak aku tak perasan yang kad dia overlimit ke ape ke.. manalah tahu. bapak aku bagi kad kedua pulak. still decline. bapak aku dah hanginnn. aku pulak dah cuak. lama kot sesi try menery tu berlangsung. yalah.. bapak aku ofkoslah tak puas hatikan. kalau aku jadi bapak aku pon tak puas hati gak.

tapi masa tu aku dah terdetik, mesti mesin kad kredit tu rosak and jurujual tu sure dah tahu yang mesin tu rosak awal2 lagi. sebab aku teringat reaksi dia bile dia tahu bapak aku nak pakai kredit kad je trus dia garu2 kepala. sebab dia tahu sure decline punya. and second thing patut lah dia concern sangat pasal cas 3% tu. konon nak tunjuk baik lah kan. padahal dia dah tahu yang mesin dia rosak. so dengan harapan kalau dia bagitahu bapak aku pasal cas tu mungkin bapak aku akan cancel bayar pakai kad kredit. hangguk hang lah!

so nak taknak bapak aku terpaksa gak bayar pakai cash. tapi dalam hati aku sakit gaklah hati. bapak aku dah tanye awal2 dah kat orang tu boleh bayar pakai kad kredit tak and then mamat tu cakap boleh. bila dia buat macam ni, tak banyak, sikit pon memalukan jugak bapak aku. like macam bapak aku ni overconsume dia punya kad pulak. and another thing, cuba kalau bapak aku tak cash masa tu macam mana? mana nak menggagau cari duit kan? cuba pikiaq sikit.

lagi satu buat aku marah. aku panggil dia abang dia panggil aku kakak. siyot je. macam lah kau muda sangat. agagaga~

Mar 18, 2012

~Komuter Baru~

sekarang ni aku tengah borak2 ngan my bestfren mas kat fb. oh ya, uolls tahu tak yang sekarang dah ada KTM baru. teruja wes nak tanya pengalaman beliau sebagai antara pengguna pertama komuter baru tu. ader lah 2, 3 train yg baru kot. ni mas yang cakaplah. kalau mas tipu, maka tipulah aku.. hehe.. hangin je mas baca ni. haha.. Alhamdulillah. bertambah juga kan. hopefully tahun depan bertambah lagi dan lagi.

rasa macam bertambah semangat lagi aku nak cari kerja kat KL. yalah last time xnak cari kerja kat KL sebab takut jauh. orang kata naik komuter lambat lah, sesaklah, bapak hapak bermaharajalela lah, tak campur train delay lagi. harap2 lepas ni berkurang sikit lah masalah tu. aminnnn.

bulan ni memang bulan paling pokai sekali dalam seumur hidup aku. bayangkanlah dalam akaun aku cuma ada 80 hengget je sekarang.. perghhh.. dalam sejarah beb. tak pernah lagi aku pokai sampai macam ni sekali.

cepatlah hari Jumaat.. hihihi

Its my birthday

Alhamdulillah.. hari ini genap sudah 25 tahun umur aku. bermakna sudah suku abad aku berjuang sebagai khalifah di bumi Allah ni. SubhanaAllah syukurrrr ya amat.

tahun ini kalau boleh aku nak ennjoyyyy! (sambil tangan ditujukan keatas seperti nora danish).hahaha. oh why?? buang tebiat ke ape aku ni kan? ohhh tidakkk. bukan buang tebiat dik nonn. hidupku masih panjang lagi (jika diizinkan Allah) InsyaAllah. bukan apa.. tahun ni aku berusia 25 tahun kan. it such a huge number for me ayayayai.. yet still consider muda lagilah tapi muda yang dah hujung2 lah.. huhu. so for this year i just want to live my young life to the fullest. nak blog warna pink berry2 macam sekarang ni.. next year no no more okey. ini bagi aku lah. mungkin bagi orang lain, nak minat pink ke ape tak kira umur. suka hatilah kan. tapi tu orang lainnn. bagi aku, ni apa yang aku fikir. so.. please don't feel offended k sayang.. amboi.. sayang lagi aku bagi.

masa aku layan facebook semalam tak sangka2 jumpa pulak menatang bawah ni. wah sangat teruja aku baca taw. teringat zaman gua kecik2 dua. ha.. tetiba je gua kan kan.


teringat pulak zaman kecik2 dulu main longkang kat kawasan rumah dengan pakai skirtnye, conteng dinding flat, main masak2 main kahwin2. haha.. it was such a great time. unforgettable.

=)

Mar 17, 2012

Segmen : Tambah Follower Sampai Pening


Sempena hari Jadi aku tahun ni aku nak join segmen dari Cik Yaya kite
kesian pulak aku tengok follower aku dari awal tahun ari tu dok 197 orang tgak gerak2 kan
so kita kasi naik sikit boleh takkk?
hihihih

so harap2 adelah yang sudi follower ahkah yang tak semenggah ni ya.

^.^

nak join klik sini ye

Mar 16, 2012

Quotes of the day


i cukup setuju ngan quotes kat atas ni. kalau kita tak pasti or memnag dah tahu2yang kita memang tak mampu nak sayang dia, jangan lah bagi harapan orang lain. tak baik.

fikir2kan dan selamat beramal=)

5 things

1. yey.. jumaat datang lagi=)

2. semalam?, semalam pon still buka hari yang baik untuk aku. still kena marah2 lagi
but yet, still better than hari rabu yang lepas

3. semoga hari ini akan jadi lebih baik dari semlam

4. ahad ni - -----> My birthday.. yey!

5. nak enjoy this coming weekend sepenuh hati.

^.^

Mar 15, 2012

Hari Malang Sedunia Aku

semalam aku menghadapi hari yang sangat malang wo..even bukan hari yang paling seumur hidup aku tapi still dikira malang antara yang paling malang. fuhh, cuba kira berapa banyak perkataan malang aku sebut hari ni. haha.

ekcuali semalam aku kena marah dengan manager aku sebab salah masuk duit dalam akaun. korang nak tau amount dia? USD10000000.00 okey. terbaik gila kot. aku rasa kalaulah aku tersalah masuk dalam personal akaun sesiapa, perghh kaya beb orang tu. tak pasal2 je. aku pernah baca kes macam ni kat paper sebelum ni. macam kisah dongeng tapi can be happen. rasa macam kelakar lak aku pon penah kesalahan yang sama. adoii. so semalam aku reverse balik duit tu and masuk dalam aku yang betul. ingat kan dah settle. sekali opismate aku dah buat reversal rupanya. overdrawn lah pulak!. adoiii.. malang gila. buat reversal balik. adoi. terbaik kot semalam. hopefully benda ni dah settle lah. huhu.

okey stop.. malas nak citer dah. yang berlalu tu biarlah berlalu. aku jadikan ni sebagai pengajaran hidup. so harap2 benda2 macam ni tak jadi lagi dah lepas ni. amin.


Mar 13, 2012

Interview yang sengal dan Pengajaran disebaliknya

ingat lagi aku dapat call for interview untuk Personal Loan Advisor selasa lepas?. yeahhh. aku nak ucap tahniah pada sendiri diatas kesengalan aku pergi interview itu. haha.tulah satu2 nya interview yang paling blur yang aku pernah aku pergi. bukan interviewer to yang blur tapi aku sendiri ni ha. maybe sebab aku tak minat langsung kot pasal sales so terpancar kat muka aku. haha. dengan tak readynyer. ohmygosh.. very the very the sengal ohkey!

yang paling best uolls nak tahu tak? aku interview tak sampai 15 minit pon tapi apply cuti satu hari. rugi cuti mak satu hari noks.. dahtu sempat pulak shopping kasut sepasang.. muahaha dah lah rugi masa plus rugi duit pulak lagi. senang citer, 2x rugilah aku hari ni. aigoo.

whatever it is, sebenarnya beberapa perkara yang aku belajar dalam interview aku kali ni. perkara itu adalah menghargai kerja aku sekarang ni. i still remember when the interviewer ask me 1 easy question; "Do you think you can do sales?" senang tak soalan tu? very the senang kan? but surprisingly, i dun manage to answer that question. whoa. aku tak confident langsung. bila interviewer tu cakap pasal target, apa yang sampai kat benak aku masa tu adalah, what the hell am i doing here???.haha. siriusly aku memang tak boleh buat. so i memang respek for those yang kerja dalam bidang sales. tabik springg!! =.=



sejenak aku terpikir, SubhanaAllah, sebenarnya kerja yang aku buat sekarang adalah kerja yang paling sesuai dan terbaik untuk aku. God, it soooo damn true. sebenarnya Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku selama ni. atleast even aku kerja malam, i dun have to travel. i dun go meeting clients so and so. i just sit and do my work for all 7.2 hours. isn't that all what i want? kalu nak communicate pon just tru phone. tak jumpa muka pon.



so kengkawan ku sekalian bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. walau macam mana pon aku akan teruskan pencarian aku sampai aku jumpa kerja yang sesuai dengan aku. tapi aku akan pastikan itu kerja yang betul2 sesuai dan aku boleh buat. i won't rather membodoh kan diri sendiri pergi interview yang tak related dengan skill aku macam hari ni. not at all. bukan sahaja buang masa aku malah masa interviewer tu sendiri. kan?

tata=)


Mar 12, 2012

Ragam pemandu

setiap hari, aku pergi dan balik kerja naik bas. so macam2 ragam pemandu bas aku dah jumpa. ada yang okey tak kurang juga yang KO.



bila badan2 dah penat buat kerja satu hari, memang lah terasa hangin satu badan bila naik bas dapat pemandu bas banyak ragam. aku paling tak suka bila naik bas and then tengah jalan tulah sibuk nak isi minyak lah, time tu jugak lah nak isi angin tayar lah, tukar bas lah, amik barang kat stesen bas lah pi kencing lah. alahai.. tensen betul aku dibuatnya . orang dahlah penat2 balik kerja nak tunggu2 lagi. manalah orang tak hangin kan. yang aku perasan ada seorang pemandu ni je yang suka is minyak time aku nak balik. so everytime aku nampak muka dia je aku dah boleh agak dah confirm jap lagi nak menyinggah. sabar ajelah.

lagi, aku tak suka jugak bila dapat pemandu yang suka menyibuk. ye menyibuk hal orang lain. for example like kite tengah tidur sedap2 dalam bas kan tetiba bila kita bangun je dia tegur "sedap tidur?" or "puas ke tidur? tidur lah lagi" what the fishcake lah kan. annoying gila. bengkek je aku bile kena macam tu. oh ye, not everytime aku naik bas, kekadang van pun ade jugak. so kalau dalam bas tu boleh jugak kau cari port sedap2 kat belakang tu nak tidor kan. tapi kalau naik van memang tak dapat ah. huhu

ape lagi ek. ermmm.. haa.. aku tak suka bila dapat pemandu yang biadap. contoh terbaik bila kau baru naik bas and kau tak sempat duduk lagi pak cik tu tak menyempat nak jalan. bukan jalan slow2 tu. tapi stok yang nak drift bagai. mau tak tersungkur mak cik tau. kalau mak cik jatuh macam mana? maluuunya. kalau jatuh atas lelaki kachak tu tak apalah. hohoho

last sekali aku tak suka bila naik bas yang tak semenggah and then driver dia tak reti bahasa bawak bas tu cam orang gila. kekadang aku pelik jugak dengan kondisi bas provide by cyberjaya ni tak padan dengan baru tapi tak selesa langsung. bila bas laju je bas aku ni (bas aku ke?) akan bergegar tak hingat punya. so dengan aku2 sekali bergegar kat dalam tu. tak suka okey. nak tidor pon tak sedap. tapi nyenyak jugak. haha

tapi apa2 pon aku bersyukur jugak lah sebab aku naik bas ni free okey. sape nak bagi kau free kan, kalau tak HSBC ku sayang. hehe. agak nya lah sebab tu bonus aku sendu kot. =.='


seuntai kata untuk dirasa

bebaru ni my mxclassmates masa kat mrsm jasin dulu plan nak buat mini gathering on this coming April. diorang plan nak buat kat Seoul Garden IOI Mall Puchong. i rasa 8 of us i mean our classmatess have already confirmed their attendances. tapi entah kenape i don't feel to come at all. huhu. rasa nak tekan je butang decline. hehehe. tapi tak sanggup pulak nak jadi orang pertamakan.

honestly speaking, i tak rapat sangat dengan my classmate masa i kat MRSM Jasin as compared to masa i kat MRDM PDRM. kawan yang paling rapat pon adalah Wawa. She's my best friend. kawan yang sangat baik and sangat manja jugak.=). and seorang lagi adalah pjot. pjot memang rapat ngan aku sampai ke segamat. tu ajelah. yang lain2 memang tak rapat sangat. ekcuali, kalaulah Allah bagi i peluang kedua, and i dapat patah balik masa waktu i form 4 and form 5 dulu, definitely, i akan cuba rapatkan diri dengan diorang semua. terasa macam i dah sia-siakan masa remaja i pulak.. just imagine, i tak boleh nak recall balik pon kenangan masa form 5 dulu. wuwuwuwu.

nak kate aku ni anti social pon mungkin jugak kot. tapi kat hostel aku lah hero. haha. tak adalah. kira kat hostel aku ramailah kawan cuma kat kelas je lah aku cam tunggul sikit. tapi all my classmate okey je. diorang very friendly cuma aku jelah yang tak merapatkan diri ngan diorang especially budak lelaki.

alahai.. ruginyalah. kalau tak mesti aku rasa nak join gathering tu. menyesal pulak rasa dulu aku jadi pendiam sangat.

oh ya.. memori yang aku boleh ingat and yang paling memalu kan kot, naik gunung ledang tapi tak sampai suku aku nangis2 nak turun balik. huahuahua.. boohohooo.. buat malu jekan. bodohnyelah! kenapalah aku ingat balik. tapi yang lawaknye mase tu cikgu ahadiah (HEA kot) amik i kat kaki gunung ledang and dia boleh cakap ape kat i tau;

"saya tengok awak pon saya dah terpikir boleh naik ke awak ni gunung ledang. ermm memang betul pon"

boleh dia cakap macam tu? grrr. and then, her sedara, i pon tak ingat siapa.

"patut lah budak ni tak boleh naik, awal2 lagi dah doa macam tu. hahaha"

adess. okeylah. atleast ade jugak kenangan kan daripada tak ada.=)

apa2 pon i memang berbangga dapat kenal my exclassmate masa kat Jasin ni. diorang semua pandai2 and belajar sampai kat overseas. i just proud to be part of them even i xadalah pandai cam ngan diorangkan=)

*gambar selingan*



plishhh jangan nak menggatal spot i yang mana satu. babab karang!
i tak cun dulu wuwuwu (macamlah sekarang cun weks)



bai


Mar 11, 2012

syafiq~


malam tadi tetiba je i terasa macam nak buang tebiat sikit, so i pon kemas lah bilik i yang berterabur bagai nak rak tu. kemas kain baju yang berserabak kat lemari, susun mana yang patut. sapu2 sikit habuk2. yang paling best, modified balik katil yang patah. kehkehkeh. ye, silalah percaya katil i patah. my katil pon tak mampu nak tampung berat badan i yang maha berat ini. hohoho. btw katil tu memang dah uzur bebeno pon. bayangkan my bapak dah beli katil tu since i was 9 yrs old. what do you expect? so it was not my faultlahkan kalau my katil tu patah. not at all haha. i letak tin biskut, container kat bawah katil tu nak cover tilam kat atas. haha. siap! katil baru terus. haha.

time tengah kemas katil tu terjumpa barang2 arwah syafiq dalam satu plastik ni. i tak tahulah kenapa barang2 dalam tu buat hati i sebak pulak tetiba. dalam tu ade notes dia masa die belajar kat uitm segamat dulu which dia tak sempat habis belajar even 1 sem pon. ade gambar2 dia dengan classmate dia. serius hati i rasa macam disiat2. tak tahulah kenapa weyh. aku tak sedih bila tengok kain baju dia. aku tak rasa pape bila tengok gambar dia masa kecik. aku rasa biase je bila lalu tepi PPUM which my mom tak boleh nak jejak kaki kat situ pun. tapi bila ia melibatkan hal belajar je hati i jadi sebak. entahlah.. ekceli before this arwah syafiq pernah amik kos mekanikal engineering kat uitm penang, tapi atas sebab tertentu dia kecundang di separuh jalan. siapa tak kecewakan. and then dia cuba nasib apply for dip in investment analysis, alhamdulillah dapat. memang dia gembira sangat. call i cakap dapat sambung kat uitm segamat. seolah2 dia dapat semangat baru. i'm so happy for him. tapi takdir Allah siapa yang boleh menghalang. dia pergi menghadap Ilahi dalam usia yang sangat muda. tanpa belum dia sempat buktikan kebolehan dia pada kami sekeluarga. apa2 pon kami sekeluarga tetap redha.


pagi tadi bukak fb dapat berita baik yang his ex gf, dah bertunang. Alhamdulillah.


dan hari ni jugak my cousin dari Kelantan datang rumah. dia datang bawak sekali anak2 dia. and yang paling mengujakan adalah, anak dia yang bongsu dia bagi nama sempena nama arwah syafiq. Alhamdulillah.. i rasa terharu sangat sebab ada juga yang menghargai kehadiran arwah walaupon kitorang tak rapat sangat pon ngan dia. tapi rasa kekok pulak bila nak agah2 budak kecik tu. haha.

hi little syafiq



salam




Mar 10, 2012

follower ku hilang seorang. oh kenapakah?


hi uolls!

terkejut juga kite hari ni bile bukak belog je tengok follower kite dah hilang seorang. OMJ! why tell me why bebeh! macam ni yer rasa bila orang unfollow belog kita.. huk huk. apa salah belog kite ? tak best ke belog kite comel ni. (lagi mau tanyekan =P) you make mak sentap tau. grr.

sebenarnya niat kite berbelog bukan sebab nak kejar follower pon (eceh.. yeke kau?). bila jadi cenggini tersentap pulak hati kecil mak ni. muahaha. yalah, secara logiknye cuba uoll pikir, kenapa orang unfollow blog kita? haruslah sebab belog kita tak best kan? kalau best mesti depa tak wat cenggitu. huhuhu

oh whyyyy baby?

so lepas ni tak boleh lagi abai kan belog dan berusaha hasilkan entry yang besh2. ye, ni kite cakap je. buat tak tentu lagi. haha

p/s tadi lepak dengan dee. she bring along her anak buah lelaki nama imran. sangat besh okey. tapi yang geramnya that boy panggil kite mak cik? hei, ade ke patut? it suppose to be aunti tau. wuwuwu dah tu panggil nama kite pon salah. mak cik shakira? mak cik shakira mane ntah.. adoi. nasib kau budak sayang.




Mar 8, 2012

FSTEP ----> kuciwa dong!


ekcuali semalam aku dapat call dari FSTEP untuk attend interview diorang. to be frank, i have no idea what the hell FSTEP is. lagipon qualification yang diorang require aku tak qualified pon. so bila dapat call tu memang rasa nak melompat jugak. tapi haremnye interviewnye esok.



so malam tadi aku pon google jap. cari info pasal FSTEP ni. la.. rupa2nya FSTEP ni macam kolej lah for those yang tak ada basic pasal financial or for those yang baru graduate and nak enhance skill diorang about this field. hek elaaa.. nak suruh aku belajar lagi kerr? kalau amik master tu tak ape lah jugek kan. LOL. by the way, diorang provide training kat sini. setiap calon yang terpilih akan disponsor oleh mana2 bank kat malaysia and akan berpeluang kerja kat bank berkenaan. haruslah kan. nama pon kau dah disponsor kan.

haihhhh..the best part it, memang lah dapat elaun tiap2 bulan. tapi macam tak cukup jer.. mana nak bayar duit kete lagi, duit ptptn lagi, hutang bagai. huahuahua..

keciwa lagi dong!



p/s for those yang berminat boleh lah google for further info k. tata.

Mar 6, 2012

Sendu di hatiku

mungkin ada orang yang akan mengecop aku ni perempuan yang tak reti nak bersyukur, kufur nikmat. seharusnya aku patut bersyukur di atas segala rezeki yang telah ALLAh tentukan pada aku. ye aku tahu.. aku dah cukup dewasa untuk faham semua tu.

masyaALLAH ... aku bukan tak bersyukur, bukan juga aku tak redha.... cuma aku tak sangka. it was really unexpected. and benda ni buat aku jadi kecewa.. kecewa yang amat2. rasa penat bekerja tu macam tak berbayar. seolah2 segala apa yang aku korban kan selama ni macam tak berbaloi langsung.. like diorang tak hargai. kauorang tahu tak... tahu lepas aku beraya sengsorang je kat shah alam... shah alam je okey. bukan kat amerika pon. kalau kat amerika tu tak pe ar jugak. sebab ape? sebab kerja. sebab aku pikir mungkin in return, aku akan dapat reward yang lebih dari orang lain.

tapi and at the end of the day... ni je aku yang aku dapat??? banyak ni je kau nak bayar kat aku? my god!! kejam gila! sebab performance aku tak bagus ke? aku tengok orang lain pon tak banyak jugak. *sigh*

kauorang tahu tak.. aku kerja penat tau. aku dapat queue yang paling susah skali. memang aku tak perform bagus tapi... hargai lah susah payah aku ni. hari2 kena marah. balik rumah hati tak tenang.orang lain sedap2 cuti aku kena pi kerja. tapi ni je aku dapat?

masih terbayang2 saat aku terpandang kan amount yang tertera kat slip bonus aku.. aku rasa nak menangis tahu tak. rasa macam tak percaya. sendu weyhhh. rasa macam nak mencarut kat situ jugak. when the time, my manager said "hope you are happy with your bonus". happy?? banyak ni kau nak suruh aku happy? kalau kau dapat banyak ni kau happy ke hah? my god!!

entah lah.. cakap banyak pon tak guna. at last aku jugak yang dosa.

YA ALLAH, ampunkan dosa hamba Mu, .. aku tetap bersyukur pada Mu Ya Allah..


Mar 5, 2012

perlu ke aku happy?



tengah hari tadi aku baru saje dapat call dari CIMB for interview. happy? yeah happy tu memang lah happy... at last after a few month berusaha, ni adalah inteview pertama aku. tapi aku tak rasa boleh dapat kerja tu.


Personal LOan Advisor...

haishhhh.. confirm marketing related. kalau aku dapat pon aku tak nak kot.
kekadang aku ada jugak sesekali hati busuk aku ni terlintas, menyesal pulak amik accounting dulu sebab bila aku nampak kerja admin ke or marketing (offered by bank lah) ke cepat2 aku tolak sebab rasa kerja2 macam tu tak sesuai untuk student accounting macam aku ni. yalah, bertahun aku susah2 belajar takkan end up nak kerja macam tukan. berlagak gilakan? like macam accounting tu bagus sangat je. tapi dalam hati aku ni memang minat nak kerja bank bukan accountant pon dari dulu lagi. so ape motif aku amik accounting?

mungkin kalau dari dulu lagi aku amik finance ke, banking ke or marketing ke, aku kan happy bila dapat interview macam ni.

adoi.. kecewa lagi..

*efek gambar yg super over*

Speacial entry for Khalin Diana


HAPPY BIRTHDAY KALIN!!!!!

yeah... at last tahun ni aku tak lupa birthday kau kalin

sweet tak aku?

sweet kan????

aku memang suwittt...!



and

tak lupa juga

happy 13 years of our FRIENDSHIP

and still counting=)

klik sini
=)

Mar 4, 2012

bicara tentang kahwin, suka tak?



bila usia hampir menginjak ke suku abad ni, topik yang sering menjadi bualan i dan kengkawan adalah KAHWIN. ha... tu dia. bila sebut pasal kahwin je korang terus menyengeh tak hingat depan laptop ni ye. ekekeke. ala jangan nak memalu sangat kat sini. sini kawasan bebas malu. dun wory be happy. kite ni sama je. cakap pasal kahwin aje terus penyakit gatal tu datang dengan sendirinya kanzz. ish ish ish

apa yang best nye cakap pasal kahwin entah aku pun tak tahu. nak kata aku ni jangan kan tunang, boiprengg pon tarak, apatah lagi suami. so memang takde motif lah kalau nak cerita pasal kahwin kan. tapi bila cakap pasal kahwin je terus rasa aura tu lain macam. syiokkk je sembang. like aku nak kahwin esok lusa je. kui kui kui. xD

kalau sejam bergayut ngan member kat pokok eh kat telefon confirm 10 minit je tanya khabar, the rest terus cakap pasal kahwin kau. ha... macam tu. sibuk tanya sape nakhwin, sape dah tunang, sape dah beranak. macam tak ada topik lain nak borak kan. =.=

bebaru ni, my best fren cik mas kite tu, dah dirisik orang. amboi. kepochinya aku kan. dalam blog pon kecoh hal peribadi orang. hihihi. ala kemon lah mas. sharing is caring whattt. hihi xp.

kisah cinta yang penuh misteri ini bermula apabila si kakak kepada si lelaki itu ternampak gambar mas kat dalam hp kak nur(tuan umah kitorang dulu) and terus jatuh hati tengok muka cik mas yang innocent untuk dijodoh kan dengan adiknya yang masih teruna itu setelah dua kali hatinya dilukai oleh insan yang bergelar wanita. puhh.. semput nak tapi ayat diatas *kesat peluh kat dahi*. so... ......best kannn?? at least, kalau kahwin nanti, akak ipar confirm backup punya kan kalau ade pape. hiks.

tapi buat masa ni kisah cinta itu terhenti sampai sini dulu. sebab si lelaki masih belum lagi bagi ape2 respon yang positif. that's why lah aku cakap ni kisah cinta penuh misteri. ha... betulkan?

so motif dari kisah mas ni aku nak sampaikan kat kauorang semua, bila aku dapat tahu hal ni, apalagi, terus aku melantik diri aku menjadi wartawan tak bergaji. hari2 kacau mas kat fb nak tanya updates... muahaha.. see.. betapa menggeletis nye aku bila bab2 kahwin ni. rasa macam excited nak tahu apa kesudahan kisah cinta diorang. menjadi ke. tak menjadi ke, atau senyap macam tu je. yalah kisah cinta setiap pasangan ni dalam dunia tak akan sama. like macam mas ni, that lelaki dah terlajak sikit eh banyak kot.. upss terlebeyh suda.. xP

kesimpulannya aku memang suka berbicara tentang kahwin walaupun bukan kisah kahwin sendiri. =)


*gambar tak de motif*

Mar 1, 2012

Hi March!!



today is the 2nd day of March, and i feel sooo excited to write this entry=D sebab??? hehe.. ekcuali aku saje meng"eksaited"kan diri aku untuk menaik kan lagi semangat aku untuk menulis kat blog yang tersayang ni. xD hoyeah hoyeah! yelah, last month aku jarang gila updates kot. so frustrated okey. kalau boleh bulan ni kurang kan lobang2.

tetiba teringat pulak masa zaman mula2 berbelog dulu, memang niat buat belog ni sebab nak mengabadi kan saat2 terindah dalam hidup kat sini. so bila dah tua2 nanti boleh bace balik. tapi macam tak berape nak tercapai je. ofkos banyak benda yang aku tak kongsi kat sini. each either sebab malas or terlalu sulit utk dikongsi. and definitely bukan sebab nak kejar follower or nak orang bace belog aku yang tak semenggah ni. tapi, when the time goes by, bila tengok blogger2 lain follower riban2 teringin pulak nak ade followers yang ramai. gigih join kempen tambahkan followers. tapi nan hadooo jugak. followers ciput gak. traffic pon kejap tinggi, kejap sendu. =.=' nasib baik ade jugak kawan2 yang sudi baca. hehe. thanx guys. i luv all so much xD

hari ni aku rasa takut gila nak pi kerja. sebab semalam banyak gila benda tak settle. email tak reply. payment banyak tak check. OMG! fedup betul2 hari2 buat benda yang sama tapi tak expert2 gak. siyot tul ah. geram betul dah aku ni. the best thing is tengah hari tadi aku tido for 1 hour. u know what that mean? it reflect that i was seriously in stress. whoa. tired already.

haishh..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...