Berbulan kau amik masa nak update pasal family trip ke Kuala Sepetang itu hari. Entry pertama bukan main lagi live update bagai.. Hahaha.. nak buat macam mana kan.. hakak is pemalas nak update.
Petang hari kedua, after kenyang melantak cucur udang yang marvelous itu (serius sedap, highly recommended) kami sekeluarga pun bergerak ke Jeti untuk aktiviti yang seterusnya.. iaitu naik bot. Waktu kami sampai tu bot yang kami tempah tu belum sampai lagi so terpaksalah menunggu sekejap. Selain kami, adalah few family cina. Kebanyakkan pengusaha bot kat situ adalah cina. Tapi kami tak naik yang cina, kami naik yang melayu punya. Orang cina ofkos lah go for cina, kita yang melayu ni takkan nak naik yang cina jugak, naik lah melayu punya.. giteww.. hahaha. Lagipun yang melayu ni punya promote.. mak aihh.. gila gebang tak hingat. Tapi taklah sampai tahap meluat that why la kami kasi can lah. Lagi pun apa salahnya tolong orang melayu kan.
Selepas beberapa minit menunggu, bot kami pun sampai. Hakak dah excited nak naik bot. Atas bantuan adik hakak, hakak melompat masuk dalam bot. Bergegar kau. Nasib baik tak bocor..hahaha #hover.
Kemain lebar senyuman hakak dalam gambar ni
Tulah, hakak dah cakap... hakak memang excited time ni
Apa-apa hal pakai jaket keselamatan dulu ye adik2
Hakak tak suka tau pakai jaket ni sebab tak muat la uolls
Tu pun hakak paksakan jugak masuk
Benchi taw... fed up hakak jadi pompuan gemuks ni
Walaupun jaket sendat.. senyuman manis tetap ku lempar kan
No caption ^.^
Adik Abah dan Mak hakak
Perlayaran pun bermula
Bot2 tengah parking
Suka tengok suasana kat sini
Nampak tenang jer
Masa ni weolls tengah kusyuk dengar penerangan dari pemandu pelancong
Wahh.. pemandu pelancong lah sangat kan.. hahaha
Yang untungnya naik dengan brader bot ni dia akan explain satu2 tempat2 yang menarik yang kami lalu
So tak lah boring sangat
Aku rasa yang kemudi bot tu budak sekolah lagi kot
Mungkin cari duit poket cuti2 sekolah ni
Rasa macam syok pulak kalau ada rumah tepi sungai macam ni
Boring2 boleh mandi sungai
Ade jer hakak nengok budak2 mandi kat tepi2 rumah dorang
Macam syokk giler jer hakak nengok
Kalau stress rendam2 kaki pun jadilah kan
Yang menariknya, menurut brader bot tu ada perkampungan kat sini yang masih tak ada bekalan elektrik yang proper. Yang ada cuma bekalan elektrik dari jenerator maka agak limited. Ada time2 tertentu sahaja ada elektrik bukan all the time. Bukan setakat elektrik, bekalan air bersih pun tak ada, so kalau diorang nak air bersih kena amik dari luar. Kalau hakak duduk sini, tak tahu lah camana. Air kat rumah tak ada 2 hari pun keimanan dah gugur. Makian demi makian hakak lemparkan.
Kau orang boleh nampak kot orang2 kat sini semua muka macam bosan jer duduk melepak atas kerusi malas kat depan rumah. Brader bot tu pun sendiri admit, memang tak ada aktiviti dorang boleh buat kat sini. Kalau hakak, mau mati keboringan sebab tak dapat tengok astro.. Hakak dengan astro beyond kan kembar. Tengok lah kaler kan. Hahaha
Abah dan mak tengah menikmati keindahan muara sungai.
Kat sini mak hakak 24 jam dengan cermin hitam.
Hover taw mak kiter
Die hingat dia artis?
Lanun bot take over bot sambil tersenyum
Mentanglah2 brader bot tu baik, terus weolls buat bot dia macam hak milik sendiri
Tebusan2 yang gojes
Sorang sejuta, mampu bayar?
Mak cik aku dan anak jantan beliau
Alololo... Ayien buat muka comel
Rotan baru tau!
Yang menariknye, kami bukan sekadar dapat sightseeing pemandangan yang cantik je tau malah dapat menyaksikan burung helang and bagi burung helang makan. First time kot tengok burung helang dekat2, selama ni tengok burung gagak jer. Aku rasa beratus2 jugak lah burung helang time kitorang datang hari tu
Brader bot ni cakap, ada hamba Allah ni pernahlah bela anak burung helang tapi end up anak burung helang tu tak pandai terbang. Siankan anak burung helang tu. Kalau nak lepas kan pun sure die takkan survive. Mungkin, burung helang ni kena diajar oleh burung helang yang lain untuk terbang kot. Tak tahu lah ni fakta ke auta.
Satu lagi fakta menarik tentang burung helang yang hakak rasa ramai tak tahu kot. Tapi hakak malas copy paste je lah eh. hewhew.
Helang terkenal dengan kehebatan dan keberanian yang tiada tolak bandingnya. Kajian menunjukkan bahawa helang adalah burung yang memiliki usia yang sangat lama iatu boleh mencecah sehingga 70 tahun.Ini adalah satu fakta yang menarik tentang helang. Sebelum mencapai usia 70 tahun, helang akan mengalami satu tempoh transformasi pada usianya 40 tahun.Dia akan membuat satu keputusan yang berat sama ada untuk terus hidup atau mati. Pada usia ini kuku helang akan menjadi tumpul, paruhnya akan panjang sehingga mencecah dada dan bulunya menjadi lebat sehingga sukar untuk terbang.Untuk membaiki semula keadaan tubuh badannya yang baru, helang mesti mengambil masa selama 150 hari.Caranya dia mesti terbang ke puncak gunung dan tinggal di jurang selama tempoh tersebut. Apa yang dilakukan di sana?Pertama, helang akan patuk paruhnya sehingga patah dan menunggu paruh yang baru tumbuh semula. Kedua, helang akan cabut kuku yang tumpul tadi dan kuku baru akan tumbuh. Ketiga, bulu2 lama akan dicabut untuk mendapatkan bulu yang baru.Apabila selesai tempoh 150 hari, helang tadi muncul dengan wajah dan rupa yang baru. Helang tadi dapat hidup 30 tahun lagi dengan lebih hebat dan ia menjadi kebanggaan pada dirinya!
Sumber : Bernama Radio24
Mintak mahap lah, ambik gambar pun pakai hp jer maka hasilnya taklah begitu memberangsangkan untuk di lihat. So kalau nak tengok burung dekat2, boleh datang kat sini and tengok sendirik. Best, tak rugi tau datang.
Dah puas tengok burung helang, kite terus kan lagi perjalanan. Masa ni matahari pun dah mula jatuh. Dah pukul 6 lebih macam tu.
Brader bot ni sambung cerita. Masa ni die tengah cerita kisah hidup dia aku rasa. Brader bot ni kerja kapal. Lepas kena berhenti kot sebab kegawatan ekonomi. So balik kampung lah carik kerja lain. Kebetulan sepupu aku ni pun pernah kerja kapal, so macam2lah diorang borak.
Aktiviti kemuncak untuk hari ini adalahhh
*
*
*
Yeahhh.. memancinggg..!
Wah.. nampak macam battle of fishing kat situ kan
Yang menariknya, memancing kat sini tak ada istilah sabar ye sebab within few seconds pon ikan boleh makan mata kail kau. Yeahhh! I'm sooo serious!
See...!
Tapi dapat pun ikan duri jelah uolls. Mesti korang nak cakap ikan duri buat haperr kan.. Bukan boleh makan pun. Haha. Tapi tak kisah lah, cuma nak rasa nikmat memancing dapat ikan pon jadikk lah. Kalau kat tempat lain memang harapan lah nak dapat. Bercakap pon suara da memekik-mekik. Manalah nak dapat ikan kan..
Ikan duri pun ikan duri lah dik non.. Janji ikan!
Giliran hakak pulak nak tunjuk skill memancing
Kau pernah tengok Alien memancing?
Ayien : Uwan.. ayien pon nak mancing gak wannn.
Ayien sexy lippss.. haha
Sian Ayien.. orang lain enjoy2.. die mampu tengok jer ngan mama dier.. hihi
Along Jaja and my Abah
Me and my abah
Artis! Fewwittt
-The End-
No comments:
Post a Comment