"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Sep 1, 2014

Bercuti di Kuala Sepetang Day 1




Haiiii.. happy weekend everyone!

First time nih hakak buat live updet kat tempat hakak bercuti. Selalu jangan cakap lah.. 2, 3 bulan baru ingat nak update.. mihmih.. Ala.., cerita ringkas2 jer k.

Seperti yang uolls bace dekat tajuk entry, hakak ngan family sekarang sedang bercuti dekat Kuala Sepetang di Perak. Kuala Sepetang ni kalau uolls nak tahu, sangat popular dengan mee udang yang bukan saje enak tapi murah dik non. Adik sedara hakak yang request nak makan mee udang sempena hari jadi dia. Ni sume kes terpengaruh tengok jalan2 cari makan lah ni. Maka, layan kan aje lah birthday girl. Sambil makan sambil bercuti giteww =)

Semalam hakak kerja, so hakak tak tidur, terus kemas2 barang masuk dalam beg. Sebabnya lepas subuh terus nak bertolak. Nak avoid jem katanye tapi hakak nengok all the way tu nan hado pon jem. Eh.. padahal hakak tidor sepanjang jalan. Hehe. Oh ya percutian kali ni 3 hari 2 malam. Lame kan. Masa ni hakak pon tak tahu lah apa aktiviti nak buat dekat sane selain makan mee udang. Hurmm.. tapi uolls jangan risau, ade je aktiviti boleh buat. Percaya pada hakak hokey. Amboi.

Cousin hakak book homestay, Fatin Homestay tajuk dia. Memang okey sesangat rumah ni, rumah bersih, toilet pon bersih, barang rumah serba lengkap. Ada aircond and tv flatscreen, astro pon ada. Apa lagik ko nak kan? Tuan rumah pon mesra, siap provide sarapan lagi uolls. Memang ok sangat lah weh.. Tapi tak tahu lah sedap ke idok sebab esok baru dapat makan. Hari ni semua makan sendirian berhad. So siapa2 yang berminat boleh lah contact number dibawah untuk sebarang tempahan.



Aktiviti pertama, harus lah makan mee udanggg.. yeyyy.. Kat sini orang cakap mee udang yang popular is Mak Jah mee udang tapi kami try Warisan. To be frank, hakak ni bukanlah peminat mee. Jadi hakak tak adalah teruja sangat. Komen hakak taste dia not bad lah. Sedap jer. Memang sedap udang besar2, 7 ekor hakak dapat uolls. Licin halak kerja kn.


Selfie sambil nungguin mee udangnya sampei



Ni mee udang warisan tajuk dia.. sedap je kat tekak akak



Lepas makan mee udang kami strolling jap kat jeti. In real life view die taklah cantik mana tapi dalam gambar meletop lah jugak. Terasa lah jugak diri ku ini seorang nelayan giteww. Hihi.


Disebab kan bontot akak tak nampak besar disini, so boleh letak kat belog ;P


Dalam gambar nampak cantikkk je kan. Cer datang sini. Berselut jer.


Selfie jangan tak selfie =)


Rasa kelakar, korang tengok iklan ikan belacak yang kemahen lagi menangis sebab pencemaran kat laut, and after orang datang buat gotong royong baru dia happy. Hakak cukup tak suka nengok iklan tu sebab gambar ikan tu tak comel langsung. Tapi first time nengok ikan belacak. Memang sejibik dalam iklan. Hehe

Okey sambung layan gambar kat sini.



Kak siti and ayien omel omel :)



Abah kiteww



Abah and along jaja kitew



Cantik kan? Padahal berselut jer



Ni family mak cik hakak, abang sedara and anak bini dia. Sweet kan pic ni :)


Mak cik kiteww


Ni tak tahu lah adik sapa.. uhuk



Petangnye kami beli barang untuk makan malam pulak kat pasar. Pasar dia unik sangat uolls. Depan pasar belakang sungai ada jeti and bot tengah parking. Very nice view. Terasa sangat diri ini orang town bila masuk dalam pasar tu. Kononnya macam awkward sambil angkat kain gitu. Mesti pekerja kedai tu nyampah nengok hakak.. hihi.. dah lah semak orang nak lalu pon susah.


Lorong2 gelap


Udangness.. fresh dari ladang.. eh laut..


Muka berlengas pon tetap nak posing


Menu makan malam, udang goreng and masak lemak and sambal sotong. Banyak gila hokey. Makan tak hingat dunia sebab bukan selalu dapat makan udang banyak camtu. Kat sini aje lah kau merasa jadi orang kaya nasik 2 butir makan udang penuh pinggan. Hover hakak kalau citer kan. Balik shah alam makan ikan kembong je lah kau.

Malam pulak layan movie kat astro. Tu je kot. Oklah mata hakak pon dah ala ala nak terpejam gitu. See you next entry k.
posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...