"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Aug 25, 2015

Rambut gugur ~


Memang tertekan sangat sekarang ni tengok lantai sana sini penuh dengan rambut aku. Dekat lantai bilik aku tu.. ya tuhann.. ada jer kat mana.. memang stress aku dibuatnya.. belum lagi kat atas katil, kat ruang tamu.. 


Paling tak suka masuk bilik air.. memang banyak lah rambut aku yang tersekat kat lubang air tu. Ni tak silap aku 2 kali mandi punya rambut yang tersekat. Nangis2 aku kutip letak kat sini *hover


Yang ni pulak sekali mandi. Ni pon kira sikit lah. Kalau tak lagi banyak kot. Rambut aku pulak memang panjang lah jugak. Jadi memang senang lah nak gugur.

Sepet cakap potong jelah rambut tu pendek. At least kurang sikit gugur. Aku pon pikir benda yang sama sebenarnya. Tapi aku tak suka rambut pendek sebab masa pakai tudung susah rambut terkeluar. Kalau ikat tak adalah terkeluar. Rasanya memang tak ada solution lain dah ni. Hujung minggu ni, Insya Allah no more rambut panjang. Sobs. 




Aug 24, 2015

Weekends~ Plaza Alam Sentral


Lama rasanya aku tak merayap hujung2 minggu ni sebab nak jimat katenye.. Aku kalau bosan2 waktu hujung minggu, tempat yang biasa aku tuju adalah Plaza Alam Sentral. Kat Plaza Alam Sentral ni macam2 tempat aku boleh tuju. Ada kedai kain Nagoya, MR DIY, Hot Market, KFC, The Store, Romantika.. Macam2 lah.. Bukan shopping sangat pon.. Buat cuci2 mata je dari terperap jer kat rumah tu kan.

Memang ada niat nak shopping kain sikit buat blouse, jadi straight pergi kedai kain Nagoya


Kedai kain ni memang dah lama dah ada kat sini. Sejak dari zaman aku belajar lagi kot. Teringat pulak aku pernah sentap dengan uncle potong kain kat Nagoya ni dulu. Pernah citer kat entry sini.. Haha.. entah paper jer. Uncle tu elok jer sampai sekarang kerja kat sini. Entah2 tokey kot, muka pon ala2 jepon jer aku tengok.

Aku kalau datang sini lepak 3 jam pon jadi pilih kain. Aku tak tahu lah pilih kain ke pilih bulu. Lama kemain. Kadang2 tu penah jer datang sini sampai 2 jam tapi keluar tangan kosong. Bila teringat balik terasa bodoh pulak. Haha.



Ingat nak carik corak2 ala2 tribal macam ni tak jumpa yang berkenan. Eh berkenan jer tapi pasal kain ni RM 10.80 semeter terus cancel aku nak beli. Bajet cuma untuk RM 6.00 semeter. I'm so bajet like that.

Mungkin sebab kedekut tak bertempat, niat aku nak buat blouse tak kesampaian sebab aku beli kain 1 meter jer. Dah beli sampai 5 jenis kain. Budak yang potong kain tu sampai tanyalah kat aku " Kak, nak buat apa ni kak? " Pastu aku jawab " Adalah.. tapi bukan nak buat bajulah " LOL.. Keje nak menipu jer ko kan. T_T. Haha.

Ingatkan cukup 1 meter sebab nak buat ala2 kaftan jer. Kalau satu meter bajunyer jadi pendek, so nampak macam terencat. Jadi, aku tukar buat cardigen rekaan aku sendiri. Dah siap potong dah cuma tinggal nak jahit and jahit tepi jer. 


Teringin nak jahit baju macam ni tapi beli pandai lagi. Tak apa, belajar lagi.. Sobs!

Esoknyer, aku ngan mak aku pergi Romantika untuk beli bunga. Romantika ni memang tempat favourite aku carik barang hiasan rumah. Kalau ada yang tak tahu, Romantika ni terletak di tingkat paling atas kat Plaza Alam Sentral ni.


Romantika Home Deco
Ada dua kedai, satu yang menjual barangan hiasan rumah..


dan satu lagi jual bunga2.


Suasana Plaza Alam Sentral dari tingkat atas pada hari Isnin. Tak ramai orang.


Aku ni sekali sekala dirasuk hantu deco boleh jadi gila membeli kat sini. Especially raga comel macam kat atas ni.. Tapi yang peliknya tak cantik2 jugak2 bilik aku.


Tengok rak ni terus jatuh cinta panda pertama. Harga dalam RM 98.00 sahaja. Mampu milik lagi. Tengok lah gaji naik tahun depan aku beli.. LOL.



Tak minat sangat bunga dengan pasu corak2 macam ni



Aku takut sangat nak jalan celah2 rak ni sebab takut terlanggar barang2.



Mak aku pon gila carik barang.


Lap kaki yang comel. Berkenan jugak tengok.



Aku rajin jugak beli frame2 macam ni. 


Teringin nak beli tapi tak lah nak letak kat mana nanti. 



Settle!


Byeee.

Bangun lambat~


Sekarang ni aku rasa macam dah fully transform jadi burung hantu dah. Malam memang aku tak tidur langsung dah sekarang. Waktu tidur aku kalau weekdays dah tetap sebelum/selepas Subuh.. bangun pulak pukul 12.40 tengah hari.. Kalau hari sabtu pulak tidur pukul 8 pagi.. bangun boleh membawak ke 4 petang.. Gila tak gila lah aku cakap.

Tabiat bangun lambat aku sekarang ni memang tak boleh nak dibendung lagi. Rasa macam dah sebati dalam badan. In fact, aku hanya akan lebih productive pada waktu malam compare tu waktu siang.. Kemas rumah, basuh baju, tengok tv, baca buku.. semua aku buat waktu malam. T_T

Tak tahu lah nak kata apa.. bapak aku dah risau jer dengan gaya hidup anak dara dia yang sorang ni.. selalu jugak lah dia sound setepek.. Tapi nak wat macam mana kan.. Dah memang aku ni kerja malam. Aku rasa dia pon dah pasrah dah yang dia berkemungkinan tak akan dapat menantu or cucu dari anak dia yang sorang nih.. hahaha.. motif sangat nak citer pasal jodoh sekarang. Joking.. Insya Allah, hopefully adalah insan bertuah untuk aku nanti.. =)

Mesti ada yang pelik kan macam mana aku boleh tidur dengan lena waktu siang.. Ermm.. tak yah nak pelik sangat lah.. perasaan pelik korang tu akan hilang serta merta bila tengok suasana tempat aku berhibernasi setiap "pagi"..

Taraaaa...












Soo cozy and confortable.. Just the way i like ittt.. Tidur waktu siang bukan lagi masalah.. LMAO!
See, kat luar tu punya lah cahaya matahari memancor mancor, tapi kat dalam bilik aku macam waktu malam kekdahnya.

Tak payah lah korang nak kutuk2 cara hidup aku ni. I know it was not good because I feel the same too. Kalau korang rasa gaya hidup aku ni tak sihat, jom doakan lah aku dapat kerja pagi ye supaya aku boleh hidup normal macam orang lain.. Memang selalu harap pon even aku memang enjoy kerja malam.. Okay? =)


Aug 23, 2015

He's my friend, Preethi =)



My closest friend at work just got promoted to Assistant Manager last Tuesday. Uwaaa.. sedihnya hati ku.. I just want to cry hard. Bertangki2 dah air mata Kak Pah menitis menangisi........ Ha.. adalah tu yang nak kata iolls sedih sebab jeles member dapat naik pangkat kan.. No.. no.. no.. I'm not that kind of person taw.. Tak baik tau tuduh2 Kak Pah macam tu... Kak Pah dah la memang sodihh ni..

Okay lah.. ni bukan entry dengki mendengki yer.. Ni entry memang betul2 sedih. My friend, Preethi (he's a guy tau walaupun nama dia ala2 Preethi Zintha gitew!) dah nak naik pangkat in 1 month.. Kalau naik pangkat tapi sama team tak apalah jugak.. Ni lain team, lain floor lagi.. paling best time kerja pon totally tukar. Aku masuk pukul 5 petang.. Preet masuk pukul 6 pagi.. Kejammmnya doniaaa... memang tak jumpa langsung lah citer die.... nak tulis ni pon rasa sedih dah ni..T_T

Dia lah orang yang paling aku rapat sekali sekarang ni. Aku rasa beberapa tahun kebelakangan ni, aku paling banyak bercakap dengan dia, more than my family I guess. He's really2 my the BEST bestfriend ever. 

Aku rasa memang bertuah sangat dapat kenal orang sebaik dia. Selalu bersama aku bila susah dan senang (at work lah).. Kalau lah dia melayu dah lama aku ngorat dia. Dah lah muka macam Hrithik Roshan. Haha.. Joking jelah.. But seriously Preet memang handsome ponn.. Kan Preettt..=) At least Preet paling handsome dalam hati Kak Pah.. Haha.. Joking lagi.

Syukur pada Allah sebab temukan aku dengan insan sebaik Preet, walaupun berlainan agama dan bangsa tapi kitorang boleh jadi sahabat sejati. I can proudly say that he's one of my true friend which I can share everything!! Bila aku ingat balik setiap detik kami bersama, tak pernah sekali pon dia sakit kan hati aku.. Kat belakang aku? I won't count that.. I will definitely forgive him if he really did..

Whatever it is, I'm so happy yang dia dah naik pangkat..... even I need to bear that sadness.. the fact that he's gonna leaving the team..





Preetttt,

Me and the team will miss youuuu.. ! Akan rindu your jokes.. your kindness.. I will always do..





Aug 21, 2015

Sekadar nak update =P


Motif sangat nak update gambar yang tak bermotif

LOL

=.='








Aug 19, 2015

Frustrated~

I'm frustrated a bit right now.... 

Aku tahu i'm not supposed to feel like this.. tapi memang aku frustrated sangat2 lah..

Masa aku diploma dulu, ofkos aku ada kawan baik.. dialah kawan pergi makan.. kawan pergi kelas.. kawan teman pergi outing.. plus, kawan sebilik lagi.. memang aku anggap dia kawan baik aku.. Masa degree, kitorang still lagi contact by calling2 sebab kitorang tak sama university lagi.. aku lah yang selalu call. sebab dia memang kawan baik aku so aku tak kisah berhabis duit.. 

Masa aku degree tu dia kawen dengan husband dia. Aku siap pergi kenduri kahwen dia all the way from Melaka to Kelantan. Kawan punya pasal. Husband dia ni okey lah cuma in terms of pendapatan tu mungkin tak lah well off sangat macam orang lain. So I'm a bit risau here and there. Tapi aku percaya rezeki tu ada kat mana2. Insya Allah. Cuma perasaan risau tu tetap ada. Sebab tu aku selalu contact dia to make sure she always okay.

Lepas degree pon we all were still contact each other.. Cuma started 2 years ago, she suddenly stop pick up my calls and reply my message either kat FB and phone. Aku risau.. At the same time aku rasa pelik jugak.. why she acted like that.. Aku ada wat salah ke..

So aku tanya kawan baik aku sorang lagi.. aku tanya ada contact ila ke tak.. She said jarang.. so aku suruh dia call ila. Surprisingly she picked up her call and bagitau yang she's okay and dia tak reply my mesej because tak topup.. Aku faham mungkin dia tak ada duit sangat.. So fine lah.. At the same time aku tetap pelik sebab nape tak jawab call aku. Bukan pakai duit pon.. Just answer my calls. Bukan aku kejap2 call pon. Jarang2 jugak. Few times jugak lah aku try call, tetap tak angkat..

After 2 years, all of sudden aku dapat wassap from her tanya khabar and you guess what.. Dia bukan takat nak tanya khabar tapi... nak jual barang jugak rupa2nye.. Bolehhh? Sedihhh! Aku tak kisah orang lain tapi bila kawan baik aku buat camni aku frustrated sangat..

Okay fine.. kalau selalu contact tu aku tak kisah lah.. Ni kau dah menyepi makan tahun jugak lah lepas tu kau just contact just because kau nak jual barang kau..? pfftt.. sedih..

Kalau tak sebab tak kerana nak jual barang.. mesti kau tak contact aku pon kan? T_T

I'm might be wrong.. but this is how i feel at this moment..









Aug 10, 2015

#Random : BFF, sakit & Beraya di Seremban..

Seronok rasa bila dapat borak2 ngan BFF walaupon dalam Telegram cuma. Ala... borak2 hal remeh temeh jer.. paling hebat pon citer pasal GST jah.. haha.. Tapi seronok..

Kitorang tak adalah borak2 selalu pon.. once in a while.. kalau kat fesbuk jarang sangat even dorang tag nama aku dalam conversation dorang.. bukan sebab sombong tapi sebab akak ko ni kan keja malam.. Depa borak time aku tengah kije.. memang kim salam la aku nak reply.. By the time aku bukak fesbuk jer, cerita pon dah basi... Pffttt.. sabor jerlah..

Anyway aku baru baik dari demam.. Khamis 2 minggu lepas.. aku diserang sakit tekak yang maha hebat.. sampai nak telan air liur pon takut.. memang sakit uolls.. Dah lah last week my aunt buat makan2 kat Seremban... Horror uolls.. Hilang terus nikmat makan aku.. sesuap nasik setitik air mata kekdahnya.. memang sakit...

Lepas tu kan.. yang paling lawak.. cousin aku ni bawak lah kengkawan dia beraya.. Boleh tak ada budak HSBC... hakak ko ni darah dah sampai naik kemuka.. dah lah dengan tak pakai tudungnya.. cermin mata buruk.. rambut serabai.. sejibik macam onggaji.. Aku apa lagi macam lipas kudung masuk dapor. Cakap kat adik cousin aku ada budak HSBC.. dia ajak lah masok bilik. Ingat nak masuk ikut toilet sekali budak HSBC tu ada kat dalam tu. Kah kah.. nasib baik die tak bukak seluar lagi. Horror betull lah.. Tapi apsal lah tak bukak lagi.. boleh dapat show free aku malam tu... Muahaha.

Tapi aku tak tahu lah dia cam aku ke tak.. Lantak dialahh..

Hari selasa lepas pulak tetiba sakit kepala datang menyerang.. Fuh.. sakit hokey.. Jumpa doktor bagi ubat tahan sakit barulah lega sikit...

Eh.. pehal malas sangat nihhh.. ah.. lantak lah... janji updet..Hahaha..

Okey sebelum aku mengundur diri jom layan gambar Rana and Raiyannn...





Bestnya ada anak comel and sihat macam ni budak dua orang ni. =)

Aug 9, 2015

Malassss

Assalammualaikummm....

Fuhh fuhhh... Tiup sikit sawang dekat belog ni.. Tuannye malas bebenor nak mencuci..

Tu lah bila datang angin malas memang mampos aku tak updet apa2. Padahal banyak je benda nak citer nih.. Huhu.

Memang blogging ni seronok. Boleh dapat duit. Kalau aku rajin updet selalu.. Paling busuk pon 5 ringgit seminggu.. Tapi penat lah... Nak maintain orang datang belog lagi. Pastu kita sedar diri pon belog pon langsung tak best pon baca... Haha.. Nak updet cerita ilmiah? Lagi lah hakak ko ni tak rajin.

Tapi pokok pangkalnya.. Aku memang tengah malas pon nak updet.. Tu je..

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...