Aug 24, 2015
Bangun lambat~
Sekarang ni aku rasa macam dah fully transform jadi burung hantu dah. Malam memang aku tak tidur langsung dah sekarang. Waktu tidur aku kalau weekdays dah tetap sebelum/selepas Subuh.. bangun pulak pukul 12.40 tengah hari.. Kalau hari sabtu pulak tidur pukul 8 pagi.. bangun boleh membawak ke 4 petang.. Gila tak gila lah aku cakap.
Tabiat bangun lambat aku sekarang ni memang tak boleh nak dibendung lagi. Rasa macam dah sebati dalam badan. In fact, aku hanya akan lebih productive pada waktu malam compare tu waktu siang.. Kemas rumah, basuh baju, tengok tv, baca buku.. semua aku buat waktu malam. T_T
Tak tahu lah nak kata apa.. bapak aku dah risau jer dengan gaya hidup anak dara dia yang sorang ni.. selalu jugak lah dia sound setepek.. Tapi nak wat macam mana kan.. Dah memang aku ni kerja malam. Aku rasa dia pon dah pasrah dah yang dia berkemungkinan tak akan dapat menantu or cucu dari anak dia yang sorang nih.. hahaha.. motif sangat nak citer pasal jodoh sekarang. Joking.. Insya Allah, hopefully adalah insan bertuah untuk aku nanti.. =)
Mesti ada yang pelik kan macam mana aku boleh tidur dengan lena waktu siang.. Ermm.. tak yah nak pelik sangat lah.. perasaan pelik korang tu akan hilang serta merta bila tengok suasana tempat aku berhibernasi setiap "pagi"..
Taraaaa...
Soo cozy and confortable.. Just the way i like ittt.. Tidur waktu siang bukan lagi masalah.. LMAO!
See, kat luar tu punya lah cahaya matahari memancor mancor, tapi kat dalam bilik aku macam waktu malam kekdahnya.
Tak payah lah korang nak kutuk2 cara hidup aku ni. I know it was not good because I feel the same too. Kalau korang rasa gaya hidup aku ni tak sihat, jom doakan lah aku dapat kerja pagi ye supaya aku boleh hidup normal macam orang lain.. Memang selalu harap pon even aku memang enjoy kerja malam.. Okay? =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kalau gini tempat tido nye..boleh jadi tido tak bangun2 r kn..heheh
Post a Comment