"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

May 29, 2015

kunci kereta hilang!

stressnyerr.. kali ni bukan sebab kerja yang bertimbun kat opis.. tapi sebab kunci kereta hilang tanpa jejakkk. sumpah tak tahu mana hilang... kali terakhir pegang pon masa keluar dari kereta petang tadi. jujur aku cakap, aku memang tak ada idea macam mana kunci aku tu boleh hilang.

so balik kerja tadi, pukul 3 pagi terpaksa call abah aku hantar kunci kat pick up point. Aku bagi alasan kata kunci aku tertinggal dekat office.. hahaha.. amponnn abah.. terpaksa menipu sebab along malas nak dengar abah  membebel pasal kunci pagi2 buta nih.... muahaha. yalah.. aku penat hoi balik kerja.. tak kuasa nak sambung penat kena bebel. tak rela hokey.

sekarang ni aku ada dua masalah.. first, macam mana nak bagitahu bapak aku kunci kereta hilang.. kalau dia tahu confirm dia punya bebel tu bisa buat telinga kau menanah. huhu. dua, yang ni paling aku tak rela.. bakal melayang la rm200.00 macam tu jer buat kunci baru... uwaa.. membazir tak pasal2. nak nangis dah ni.

T.T

May 28, 2015

Akak Gonjeng aka Neena Anuar

Ada tak antara kat sini adalah readers Akak Gonjeng aka Neena Anuar?? Ekceli aku pon baru jer baca belog akak gonjeng ni awal tahun aritu. Tau pon dari belog Kak Di Green Apple sebab Kak Di ada order something kat dia.. Tapi nak kata pembaca tegar tu tak adalah. Biasa2 aja dong until i found dia punya video tutorial shawl akak gonjeng dari Youtube.






Masa nengok video tutorial shawl akak gonjeng ni, seriusly aku gelak sepanjang video. Even tutorial ni lama gila sumpah tak bosan. Haha.. To be honest, aku ingat kan selama ni (based on gambar) akak gonjeng ni lemah lembut, soft spoken, ayu tapi rupa2 agak lucu jugak orangnya. Terus jatuh cinta dengan personaliti akak gonjeng yang sempoi.

Aku ni orangnya kadang2 boleh tahan psiko gak. Haha. Kalau aku suka satu2 belog tu, the whole belog aku khatam kan. Macam baca novel dah. Lepas tu terus rasa macam kenal the blog owner inside out. Wahhh.. psiko tak.. psiko tak? Dah banyak dah belog2 yang jadi mangsa,. Haha.. So belog akak gonjeng ni bakal jadi mangsa terbaru,.

Kalau korang nak tau, begitulah kecintaan aku terhadap dunia belog.. Aku memang suka gila baca belog. Sejak dari zaman habis sekolah lagi. Lagi banyak ko kisah hidop ko citer, lagi aku suka. Pelik aku ni kan? Macam dah tak ada kerja lain dah gamaknya.

Aku nikan sekarang, bangun tidur baca belog, masuk dalam van, baca belog, sebelum masuk kerja baca belog, waktu makan, baca belog, sebelum tidor, baca belog. Opismate aku pon dah paham dah. Sampai dorang tegor. Kak Pah ni asyik baca belog jerrr... Kak Pah baca apa sebenarnya.. Hahahah... Hello, hakak baca belog jer okey bukan baca bahan terlarang. LOL.

Ni tengah tepuk2 bantal nak tidur dah. Sambil tu bukak tab, baca entry2 lama akak gonjeng.

OMG, why i'm so psiko like that?? =P

May 26, 2015

Akhirnya.. Dah jumpa jawapan..

Aku kan sekarang tengah berusaha untuk carik kerja baru. Tapi until now belum ada kerja yang melekat.. kadang2 tu rasa stress jugak.. lagi2 bila pikir raya makin dekat.. lagilah rasa tension.. Tahun ni memang confirm lah aku tak raya pasal tahun lepas turn aku dah. Yes.. aku yakin mungkin belum rezeki aku lagi... 

Tapi.. kadang2 aku tertanya2 jugak, kenapa susah sangat nak dapat kerja yang aku nak. Bila tengok orang lain kerja office hour, terdetik jugak rasa cemburu. Why can't I be like them? Keluar rumah pukul 7 pagi, balik sebelum pukul 8 malam? 

Stressnyer bila pikir...!

Masa balik kerja tadi, scroll kat wall FB and I found this...


Seriusly, aku termenung bila baca ni. 
Menusuk ke kalbu.. 

Rasa macam segala persoalan aku akhirnya terjawab.....

Sobs
T_T


May 24, 2015

Hati perempuan sangatttt.. Dayana Lokman & Wan Sakinah

Hakak ni orangnya bukan lah jenis yang suka sangat bercakap tentang hal peribadi orang lain kat belog especially pasal orang yang langsung aku tak pernah kenal personally dan tak ada bersangkut paut pon dengan hidup aku antara hidup dan mati. Tapi tak tahu lah kenapa.. macam nak sangat menulis tentang isteri2 Ashraf Muslim ni, padahal jujurnya tak pernah kenal pon diorang ni.

Entry ni bukan lah nak kutuk2 orang ke apa. Saja suka2 jer nak tulis. Take this as positive kayh. 

Baru2 ni baca dekat belog gossip popular, Beautiful Nara katanya isteri kedua Ashraf Muslim (Wan Sakinah) dah mengandung anak kedua. Terus hakak rasa nak sakit jantung.. Hahahaha.. Seriusly, aku pon pon tak tahu apakehalnya aku tetiba macam nak pitams. Feeling sangat hakak ko ni. Ngeh ngeh ngeh. Lulz.


Lepas tu terus teringat dekat si isteri pertama, Dayana Lokman. Sayu pulak hati. Kenapa mesti sayu?...

Aku pon tak tahu lah kenapa rasa macam simpati sangat dekat Dayana. Bukan simpati sebab dia dimadukan. Honestly speaking, aku bukan seorang yang anti-poligami. Sumpah TAK. Bagi aku kalaulah ditakdirkan suami aku nanti mampu nak beristeri lebih dari satu pon.. go ahead!. Aku tadek nak larang haih. Bagus jugek. Satgi bila dah tua bangka nanti suruh isteri muda jaga. Rasakann. Haha. (Joking).

Aku simpati sebab Dayana tu masih muda, penyayang, penyabar, redha.. Even lagi muda dari Wan Sakinah. Tapi sayangnya belum dikurniakan anak walaupon dah berkahwin dekat 4 tahun dah. Dah tu, madu dia dah nak masuk anak kedua pulak.. Tulis ni pon terus rasa nak hentak2 kaki kat dinding. Hover kannn? Ye, betul. Dayana memang cakap dia tak kisah. Dia okey.. tapi aku yang tak okey... Aku rasa macam.. I want her to be happy.. She's a good wife a decent lady. She deserve to have a better life.. to have her own baby..



Kadang-kadang, aku terpikir jugak.. betul ke Dayana tak kisah.. betul ke dia redhooo.. ? Atau pon dia buat2 tak kisah and terpaksa redhoo. Serabut lah pikir. Aku cuma berharap yang dia benar2 ikhlas dan keikhlasannya itu mampu membawa dia ke syurga.

Tapi baca lagi kat Beautiful Nara, katanya Dayana pon dah mengandung 2 bulan. Tak tahu lah betul ke tak. Aku tak adalah nak percaya bulat2. Nama pon gossip kan.

Please.. please.. sape yang baca entry aku ni, jomlah kita doa dekat Allah yang maha Esa supaya Dayana Lokman, cepat2 mengandung.. Siapa tahu doa kita mungkin yang diangkat ke langit and Dayana benar2 mengandung. OMG. I can't wait see her holding her own baby. T.T


Kagum.. macam mana ye dia boleh setabah ni..? 
T.T

May 18, 2015

Hujung minggu dengan Syarul Ridzwan

Maaf. Tajuk entry yang sangat geli2 buntuit. Haha.

Seperti yang uolls sedia maklum, drama bersiri Hati Perempuan sudah pon melabuhkan tirainya hari Khamis yang lepas. Tapi walaupon dah tamat.. hakak rasa macam tak puassss jerrr nengok lakonan Syarul Ridzwan dalam drama tu. Ada macam kurang umphhh sikit lah.. Haha.. Kau ingat budak tu sejenis kopi nak umpphh2 bagai. Dah lah lain macam jer bunyik nyer.. Haha. Matik lahh..

Hakak memang jarang nengok drama2 lakonan Syarul Ridzwan ni. Sebab hakak rasa dia ni belum popular lagi kot so tak banyak tawaran berlakon lagi. Drama pertama yang hakak tengok pon tak silap Love you Mr Arrogant lah kot. Masa tu memang suka gila dengan watak 'Faizal'. Memang menjadik lah die menghayati watak psiko tu.. Siap pikir apasal lah budak ni tak jadik hero. Lagi handsome kot. Haha. Lepas tu bengang dengan Zara Zya sebab tak membalas cinta Faizal. Kalau hakak dah sujud syukur dah ada peminat hensem cam tu biarlah psiko pon. Mihmihmih. Tu yang bila tengok Hati Perempuan.. alahaiii.. sendu jer hakak nengok.. Lepas tu ada satu dialog tu (hakak tak ingat exactly ayat dia) " Awak melawan Ku Ril?" .. halah.. halah.. halah.. nyampah gile aku mendengornye.. hahaha

Disebab kan macam tak puas, so weekend lepas hakak pon mula lah menggoogle  drama2 lakonan Syarul Ridzwan dan terlayan a few drama. Let cekidautt.



Kimchi Raya. OMG.. drama ni sumpah comel giler. Heroin die Nad Zainal.. Comel sangat sampai rasa nak simpan dalam poket. Hakak nengok pon tersipu2.. sweet jerr dorang berlakon.. Lepas tu pengambaran pon kat Korea. Lakonan Syarul Ridzwan pon memang mantop. Tau tak nama watak dia apa? Kang Gary. Bolehh? Haha. Dialog pon jelas. Tak adalah macam Hati Perempuan, macam cakap kot hidung jer.. Wah Matik lah. Selamba badak jer hakak taip macam ni. Tak apa kan? Takut jugak.. Haha.


Opps Terlebih sudah. Drama ni pon comel jugakkk. Hakak rasa pengarah sama kot dengan Kimchi Raya. So pergi Korea pon sekali harung buat 2 drama terus. Tapi Nad Zainal jadi jahat. Geram hakak. Syarul Ridzwan watak dia totally different dengan Kimchi Raya. Sampai kan hakak pon rasa dia memang busuk betul2. Haha. Tapi tak lojik sikit lah sebab dalam citer die jadi orang yang terpelajar tapi boleh pulak kena tipu kan. Tapi nama pon drama kan. Layan jerrr.

Tapi ada satu drama lakonan Syarul Ridzwan yang hakak rasa best jugak tapi hakak dah tengok lama, Fajar Aiman tajuk dia. Boleh tak masa nengok dulu sumpah tak perasan tu Syarul Ridzwan yang pegang watak Aiman tu. Haha. Nengok lagi skali baru perasan. Lagi satu, Sweetheart Fantasia dengan Emma Maembong. Ni okey2 lah.

Kalau rasa2  nak nengok drama lakonan Syarul Ridzwan yang lain boleh refer kat wikipedia Syarul Ridzwan.

Berakhir lah sudah hujung minggu hakak dengan Syarul Ridzwan dengan ucapan selamat Maju Jaya.

Toodles=)

May 15, 2015

Serammmm

Di saat waktu dan ketika ini hakak rasa macam nak picit2 jer kawan baik hakak sorang ni tau... haihh.. kecik beso kecik beso je hakak nengok name die.. haha. ade ke patut suka-suka hati dia jer pergi share gambar orang yang tak dikenali berselfie kat group whatapps.. eh tu tak apa lagi.. ala... gambar selfie jer pon kan.. tapi masalahnya gambar tu... gambar tu... ehhh.. tak retilah hakak nak describe camane.. korang tengok lah sendiri...



Ha.... korang perasan tak apa yang pelik kat gambar ni?? Perasann tak? Ishh.. gigil pulak tangan ni.

Dah lah hakak balik kerja pukul 3 pagi ya. Tengok gambar ni.. hamagaddd.. rasa macam longgar kepala lutut hakak ni haaa.. lepas tu teringat pulakkk nak kena lalu tasikk kat tepi rumah aku tu.. terus rasa nak pitam bangun balik 8 kali.. uwaaa...

Tak kisah lah korang nak kata ni gambar photoshop ke, tak seram mana ke.. tapi aku tetap takuuttt.

Terus, sifat hasad dengki tu datang tanpa diundang.. pelan2 jalan kat my opismate yang sama2 tunggu bas kat situ..

"Kelvin, i nak tunjuk kat u something" tunjuk gambar tu. "Seram tak?"

"Uih.. seram lah kak pahhh" jawab budak tu sambil sengih2. Aku rasa confim dia maki aku dalam hati. Haha. Ada aku kisah.

Muahahaha.. sambil gelak jahat. "Yeyyy, ada kawan nak takut malam ni. Seram kan kan kan Kelvin?"

Keji sangat sangat perangai.

Tak cukup ngan opismate, hakak forward pulak kat family group whatapps. Kot2 ada yang belum tidor lagi.



Yey, mak cik hakak pon ketakutan.. ada kawan lagi. Ngeh ngeh ngeh.

Okey dah puas hati. =P
posted from Bloggeroid

May 14, 2015

Maksud di sebalik mimpi seks

Amboiii.. kemain kontroversi lagi miang topik kak pah kali ni. Dah kenapa kau kan.. haha

Sebenarnye tak adalah apa2 pon cuma dua hari lepas kak pah ada termimpi terkahwin dengan ex-opismate kak pah. Oh myyy mimpi kahwin okay.. giler betul. masa taip ni pon rasa geli2 jer bulu kaki kak pah. masalahnya kak pah sikit pon tak minat kat dia. bangun tidur terus berdebar2.. apa kejadah nye aku mimpi mamat ni. esoknya pergi kerja dah takleh pandang muka dia sebab malu. dush. dush. hahaaha.. setan betul! dah tua bangka ni pon boleh pulak mimpi kahwin2 macam zaman2 remaja dulu.. nasib bukan satu department lagi. ni pon macam trauma semacam jer rasa. kah.kah.kah.

So, nak legakan hati kak pah yang gundah gulana ni, maka tanyerlah pak cik gugel maksud disebalik mimpi. Entah macam mana kak pah tertarik dengan artikel dari blog MASKULIN walaupon mimpi kak pah tu mimpi kahwin jer pon tak adalah sampai ehem2 pon. Tapi menarik jugak ya. Lets ckidaut:

1-MIMPI DENGAN ORANG DI MASA LAMPAU
Mimpi pertama yang dikaji adalah mimpi seksual yang melibatkan orang di masa lampau anda. Mungkin mereka ialah sahabat lama mahupun mereka yang dikenali dahulu. Tafsiran mimpi oleh Sharon menunjukkan ‘tanda bahawa anda sedang mengalami kebosanan dengan pasangan anda sekarang dalam hubungan seks’. Maka, kehadiran bekas kekasih di dalam mimpi menawarkan semula bangkit ghairah yang kian hilang itu. Ini juga diperakui oleh Lauri Quinn Loewenberg dalam bukunya yang bertajuk ‘Cracking Dream Code’. 
2-MIMPI DENGAN RAKAN KERJA ATAU ATASAN
Mimpi kedua pula dengan rakan sekerja mahupun orang atasan. Ya, mungkin tidak pernah terlintas untuk anda berhubungan seks bersama mereka. Jika pernah anda alaminya, tafsiran kajian Sharon mendapati bahawa ‘anda sebenarnya merasakan cukup selesa apabila mendampinginya, namun secara profesional dan bukan secara seksual. Mungkin ini juga ada kaitannya bahawa anda kini sedang iri hati mahupun ingin jadi sehebat dan setanding dengan kemampuan mereka. Dalam soal kerjaya mahupun hubungan intim bersama pasangan.  
3-MIMPI DENGAN SELEBERITI
Oh, pastinya mimpi ini pernah dialami sekali dua bagi kaum lelaki. Melakukan hubungan seks dengan selebriti pilihan yang anda saksikan di layar perak menawarkan pengalaman yang tidak mungkin dapat anda lupakan. Sekiranya terjadi, ini menunjukkan tanda aras bahawa ada hajat yang masih belum tercapai. Mimpi berasmara dengan mereka yang terkenal melambangkan keinginan untuk mengharapkan sesuatu yang lebih atau romantis daripada pasangan anda. 
4-MIMPI DENGAN ORANG YANG DIBENCI
Jangan terkejut sekiranya anda bermimpi menjalankan hubungan asmara dengan orang yang dibenci atau yang pernah anda benci. Kebiasaannya, ini melibatkan rakan sekerja mahupun di kalangan rakan-rakan anda. Mungkin di bawah sedar, anda tercari-cari haluan diri untuk menjadi lebih baik dalam hubungan antara pasangan, soal kerjaya mahupun keperibadian anda. Malah, berkemungkinan besar anda sendiri ingin memperbaiki hubungan sesama anda agar tidak kekal seteru, yang pastinya dengan pasangan hidup anda.

Phewww.. lega lepas baca artikel ni. Kesimpulannya, kalau kauorang mimpi kahwin or even ehem2 pon dengan orang yang kauorang tak pernah teringin pon dialam fana ni, tak yah lah risau sangat sebab bukanlah bermakna yang kauorang tu gatal, miang tak tentu hala, gila seks ke apa ya.. haha. tu semua mainan syaiton semata2.. so chilll!!.

Toodles =)

May 12, 2015

Lembu Putih and Wedding Amirul

Hello uolls..

Nampaknya symptom malas nak update datang lagi.. haha.. hokey.. nak tak nak kena cekal kan hati jugak ni update pasal wedding dua pupu last week sebab bukan orang lain nak baca nanti pon, kau jugak sendiri yang nak baca kan.. =P.. Nyampah lahh bila malas2 ni.. memang apa pon tak boleh. pffttt

01/05/2015 sampai 03/05/2015 yang lepas, my dua pupu got married dengan kawan sekolah dia. Nikah on 01/05, kenduri belah perempuan keesokkannya and kenduri belah dua pupu aku pulak on  03/05/2015. Tension jer iolls tau, straight 3 hari weekend dia conquer untuk kenduri dia sesaje. Tamak betei. Tapi aku tak pergi pon time nikah sebab kerja. 

So hari jumaat tu aku pergi lah kerja as usual. Sodihh taw.. Nak buat macam mana kan, dah memang fitrah kerja aku waktu malam, malam tu habis kerja aku tak balik Shah Alam tapi naik bas pergi Seremban. Habis kerja pukul 2 pagi, naik bas sejam, sampai Seremban pukul 3 pagi, adik aku jemput dekat Terminal. Dari Terminal nak ke kampong aku amik masa dalam 40 minit sebab kampong aku pendalaman uolls. Nak jadik kan cerita, ade pulak kejadian mistik yang berlaku, dekat kampong aku ni ada sungai  tau, bila lalu tepi sungai tu tetiba ada seekor lembu kaler putih bersih lalu sambil lari2 anak. Dari kejauhan nampak macam harimau kaler putih. Homaigoddd.. Aku dah cuak dahhh... Nasib baik dah dekat tengok2 rupa lembu. Tapi masalahnya... kenapa lembu tu kaler putihhhhh.. bersih pulak tu... huhuhu... 

Esoknya tanya mak aku mungkin kerbau albino kot... oh ada eh lembu albino.. aku ingat orang jer ada yang albino.. lembu pon hader.. hurmm.. harap2 lah betul kerbau albino.. aku dah meremang bulu roma bila teringat.. serem bangettt.. actually, aku pon tak de lah nak cakap apa yang aku nampak tu adalah hantu, penunggu, jelmaan, or ape2 jelah.. cuma.. kalau dah ternampak tu seram jugak lah dibuatnya.

Tu je.. Seram tak? Haha

Walaupon tak attend, tetap nak share gambar nikah Amirul. Oh ya.. nama dua pupu aku ni Amirul. Lupa pulak nak bagitahu nama dua pupu aku ni awal2.. =P


Agak confident jugak muka si Amirul ni ya..Confirm dah banyak practice kat rumah niii.. haha
Katenye sekali lafaz jer. Amboi... **tepuktangan**


Kau tengok bapak aku tu.. kemain lagi dia snap2 gambar di situ.. haha


Bukan pengantin jer yang tersenyum lebar.. mak pengantin pon senyum sampai ke telinga. Memang berkenan sungguh ni.. 


Dah kawen dah si Amirul ni.. langkah bendul kau yer..
Tak apa lah.. hakak redhoo.. giteww.. haha

Ekcuali comel jugak kaler ni kan.


Very sweet couple
Sama kecil sama padan giteww


Gambar sebelum diorang bergerak ke majlis nikah

Esoknya, pagi2 lagi kitorang dah tercongok kat depan rumah Amirul nak pergi mengantar pengantin. Pagi pon tak adalah pagi sangat ponn.. Dalam pukul 10 pagi gitu. Untung lah kahwin dengan kawan sekolah, nak gi mengantar pon.. alahaiii.. sekangkang kera je pon jaraknya.. kalau aku buat satu majlis jer lah.. jimat kata ko.


Selfie!!


Datang awal pon masalah juga ya.. Naik leper vontot hakak ko ni menunggu nak pukul 12. 
Kaki pon semut2 sudah.. 


Kau tengok badan hakak ko ni.. kemain sihat lagi kan..
Sejak dua menjak ni.. makan asyik selera jerr..
Tension tau..


Err.. tapi pernah ke makan tak selera kannn? 
Misteri sangat persoalan tu..
Mihmihmih



Posing jerlah nak hilang kan boring.. 



Budak lelaki pon kebosanannn.. 
Main renjis pon jadiii..  jangan sampai jahanam sudah.. hohoho

Tepat pukul 12.15.. pengantin siap.. moh lah kita bergerak.. Nak duduk pon dah tak larat ni.



Ewah mak enon.. bapak aku ikut tema yer.. jangan main2..
Terus naik pangkat jadi pengapit.. nak cipta rekod pengapit paling tua katenye.. haha


Baru tahu ada dua pengantin rupanya yang bersanding.. Adik beradik.. jimat kos.. hakak suka.





Makan beradap


Bukan takat dapat jadi pengapit.. siap join makan beradap.. hebat bapak aku ni..


Siap menayang makan udang lagi yer. Terus kena pau dengan kami..
Bukan takat udang jer.. ayam golek tu pon kami rembat sekali..





Orang2 negeri sembilan ni kalau bercakap memang memekik mekik bunyiknya. Kecoh kemain. Haha.Tapi aku tak join borak sangat lah sebab ngantuk kot. Malam sebelum tu tidor 2 jam sajo, Tengok tu ayam golek dah berpindah meja. Haha

Petang tu kitorang beli makanan dekat pasar malam rembau untuk dinner.. Kalau korang pergi rembau hujung minggu, pergi lah pasar malam kat sane.. memang best.. Makan dia biase jelah.. tapi semua sedap2.. Spend berpuluh ringgit pon rasa tak rugi.  Bukan takat dinner jer, sampai ke breakfast kot makan mana yang tak habis tu. Berbaloi2.

Malamnyer pulak weolls lepak dekat Uptown Senawang.. pau cermin mata hitam dekat adik aku. Alaaa.. sepoloh hengget jer pon.. Berani2 lah dia nak berkira dengan hakak dia ni. Balik tu tak cukup surah aku berdoa jangan lah ketemu sama itu lembu putih lagi.. Waaaa.

Esoknya sekali lagi kami berkampung di rumah Amirul, pukul 10 pagi dah terpacak.. Tapi sebelum tu apa lagi.. posing lah dulu kan.. 

Amaran: Banyak gila gambar. Kalau rasa boring sila scroll laju2 lah yer.. hahaha


Ni mak cik aku, adik mak aku yang bongsu. Kitorang panggil induk.


Induk and Basirah


Nora Danish and induk =P

Baju yang aku pakai ni aku beli dekat  Candy Queen Plussize. 


Along Jaja and Induk


Along Jaja and adik aku Syeqal



Ateh, Along Jaja, Basirah and Nora Danishhh.. haha



Lemak tersentil? Kisah pulak aku..?
Haha




Sesi bergambar tamat
=)

Majlis kat belah Amirul memang meriah.. Almaklum lah pak cik aku ni memang orang gomen maka ramai lah kenalan dekat Rembau ni. Tak putus2 tetamu datang dari mula majlis sampai ke petang. Lepas tu diserikan pulak dengan DJ yang kelakar.. Macam nak putus urat perut gelak. 


Ketibaan raja sehari.. Amboi.. Amirul, kemain lebar kau tersenyum ya.


Kenduri Amirul ni memang lah meriah.. tetamu tak putus2 datang.. tapi kesian gila kot pengantinnn.. terkapai2 sebab tuan rumah busy sangat layan tetamu.. sampaikan tak ada masa nak tepung tawar anak menantu.. LOL.. boleh tak? Aku tengok pengantin pon keliru tak tahu nak buat apa. Kesiannn. Aku pon tak faham lah.. ni majis meraikan pengantin ke atau sesi beramah mesra bersama kawan2.. hurmmm.

Dari segi jumlah tetamu memang superb.. tapi part atur cara agak hambar lah...

Bila pikir2 balik.. memang tak patutlah pak cik ngan mak cik aku tu buat macam tu.. At least luangkanlah masa sikit jumpa pengantin kan.. Dua tiga kali panggil pon tak datang2.. Aku nengok muka Amirul pon kesian gila.. aku dapat rasa dia frust time tu..

Moral of the story.. kenduri korang nanti susun lah atur cara tu cantik2.. hehe


Along Jaja tepung tawar.. 


Excited uolls.. haha


Dua pupu jugak.. Mira and Zura




Yang ni tabung.. duit hasil dari salam cangkuk masuk kat sini.. hehe



Pak Cik dan Makcik aku yang super busy.. hehe


Bergaya dengan cermin mata hitam hasil dari mengepaw adik aku kat Uptown Senawang malam tadi

Tak larat dah nak taippp.. haha.. Byee..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...