"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Sep 28, 2016

Lipstick MAC pertama ku


Hari ni aku adalah excited gila2 sebab my MAC lipstick dah sampai!!

Hamagaddd.. memang super2 excited kerana ini adalah pertama kali aku membeli, eh bukan setakat beli, malah first time jugak pakai lipstick MAC.. hahaha.. sadis takkk? Agaklah kannn. But sadis no more, love!

Aku beli lipstick secara online dekat laman web MAC sendiri. Kalau nak beli secara walk in pon aku tak pasti kat mana kat Shah Alam ni.. Ala... lagipon kalau beli kat kedai dia pon.. macam lah aku confident khennn. Sat lagi, belum sempat promoter MAC tu tegur aku dah ca alip bot.. Hahaha. Nak camne chuolls.. level keyakinan diri ku itu tak berapa nak tinggi.

Maka hari Ahad lepas beli di website rasmi MAC Malaysia, hari ni (Selasa), lipstick MAC aku selamat berada didalam dakapan ku.. Ahhhh.. *hover

Here we go, my first lipstick from MAC. Seriusly, ini adalah produk make up from high end punya jenama pertama yang aku beli. Selama ni aku pakai yang boleh beli dekat Watson je kot.


Mesti korang excitedkan nak tahu shade ape yang ahkak beli...

Jeng jeng jeng

Ha... hamekkk.. kaler hitam kau. 
Confident tak hakakkk?

Ekceli ni bukan kaler hitam tau. Ni kaler deep dark plum. Tapi sekali pandang memang nampak macam kaler hitam pon sebenarnye. Huhu. Jujurnye, masa first tengok lipstick ni, macam nak luruh jugak lah jantung. Hahaha. Cepat2 ahkak positif kan diri. Kah kah kah. Namun begitu, ahkak rase  its depends on your lips colour lah kot. Kalau kulit cerah akan nampak dark purple instead of black and lagi nice lah. 

Apa yang buat aku tertarik untuk beli lipstick ni adalah lipstick ni kolobrasi antara MAC dengan Ariana Grande. Sebab tu dekat keliling lipstick tu kalau korang perasan ade signiture Ariana Grande. So aku pikir, why not first produk yang aku beli ni biarlah special sikit.. Gitewww. Tapii.. nak special sangat khenn mendapat lah kau lipstick ala2 Gothic. =.='. Sabor jelah hakak.


So.. acaner? Teruk sangat ke? Haha.. Honestly, this kaler tak teruk sangat kat bibir ahkak sebab kulit ahkak kan gelap gitu. Jadi kaler dia jadi macam tone down sikit. Bila pakai waktu malam, agak nice lah. Nasib baikkk lahh. 

Lipstick ni matte, jadi memang dry sikit. Tambah lagi bibir aku memang jenis  kering and mengelupas makanya macam tak sekata di situ. Tips dari aku, sebelum pakai lipstick ni, silalah moisturize kan bibir korang dulu untuk hasil yang lebih sekata. Tapi.. i still love this lipstick sebab dia ringan. Sumpah tak rasa macam pakai lipstick. Memang terasa beza berbanding dengan lipstick hakak yang lain.

InsyaAllah kalau ada rezeki, next gaji nak beli lagi sebatang. Kali ni nak cuba kaler Elegant in Brown pulak. Hihi. Reward untuk diri sendiri, apa salahnya kan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...