At last, final entry untuk cerita percutian aku di Singapore. Hari ni kitorang akan bersukaria di Universal Studio Singapore. Pukul 6.30 pagi kami dah bangun dah sebab kalau boleh nak jadi orang pertama yang masuk USS hari tu.. Hahaha.. tak adalah. Sebab kitorang kalau boleh nak main semua permainan yang ada kat dalam USS tu. Kata dah bayar mahal2 kan. Orang cakap kat sana nak main kejap jer tapi nak beratur tu ada yang sampai sejam walaupon kitorang pergi hari Isnin. Maka dinasihatkan untuk datang seawal mungkin untuk mengelakkan berlakunya sebarang penyesalan dikemudian hari.
Kat Woke Home Hostel ni ada disediakan sarapan. Jadi tak perlu pikir pasal nak sarapan kat mana. And tak ada makan yang dimasak disedia, cuma roti, biskut2, bijirin and 3 in 1 coffee. So tak perlu risau makanan yang disediakan tu halal ke tak.
Dah sarapan kita exercise dulu. Kasi turun sikit makanan, walaupon makan roti je pon.
Dari Clark Quay, kami naik MRT ke HarbourFront. Dekat Clark Quay ni memang banyak financial instituition and bangunan pejabat, jadi dapat lah kesempatan melihat suasana pagi ketika rakyat Singapore sibuk ke tempat kerja. Tak jauh beza pon dari Malaysia cuma kat Singapore ni ramai amoi pakai skirt gi kerja. Hihi.
Stesen Harbour Front ni terletak di bawah Vivo City, kemudian kami naik ketingkat 3 untuk naik Sentosa Express pulak untuk ke USS. Walaupon hari Isnin, ramai jugak yang berkunjung ke USS. Kitorang dah pasrah jer ni kalau terpaksa berator panjang kat dalam tu. Sobs.
Kalau datang ke USS, wajib ambil gambar di Globe ni. Tapi orang ramai kata ko, berebut2 jugak lah. Balik2 tengok gambar ada muka orang lain jugak tersentil. Berbulu je aku nengok.
Sukalah gambar ni walaupon dalam gambar ni babat ku jelas kelihatan.
Kisah pulak hakak ko ni?
Tengok tu. Terselit jugak muka orang lain. Siap tepok dahi lagi dah kenape?
Tak aman aku nak amik gambar globe ni.. Haha
Wefie =)
Barang2 yang memberatkan seperti beg, kitorang simpan dalam locker dengan kadar SGD 20.00 satu hari.
USS ni bukak pukul 10.00 pagi. Tapi kat luar pintu USS ni dah berjuta orang beratur tunggu nak masuk. Siap ada rombongan pakai baju sama bagai. Time aku pergi ni memang tengah zaman monopod, jadi tengok kiri kanan semua orang sibuk dengan monopod masing2. Kadang2 kitorang jahat, tengok orang depan keluar monopod jer cecepat dok rapat2 ngan orang tu. Saje nak sabotaj gambar orang. Hahaha.
Lagi satu, kat USS ni orang cakap tempat hujan. So kalau boleh bawak payung or baju hujan (pocho). Time aku pergi ni pon 2, 3 kali hujan. T_T. Kalau boleh pemakaian kasut amat digalakkan sebab kalau hujan, if selipar korang tu jenis licin memang sakit lah nak berjalan. Tu yang tak paham tu, ada jugak wanita2 disana datang pakai high heel lagi. Fuh.
Yey.. dah masuk!. Oh ya, kat pintu masuk nanti, jangan lupa amik pamphlet. Dalam pamphlet tu ada peta and senarai permainan kat dalam USS ni. Pamphlet ni sangatlah membantu kitorang dari termiss. Ada jugak jadual show. Once dah pergi boleh cross. Jangan sampai terlepas permainan yang best2!
Amboi, tersenget2 uncle tu, dok ushar apa tu?
Okey jom!. Tak sabar nak review game yang aku sempat main sepanjang berada di USS ni.
1) Madagascar
Tempat pertama yang kitorang singgah. Tak lama sangat pon beraturnya dalam 15 minit macam tu. Untuk permainan yang pertama ni, kitorang naik bot ride dan menyusuri sungai. Kat kiri dan kanan sungai ada patung watak2 dalam filem Madagascar yang bercakap dan ada penceritaan di situ. Sangat2 comel. Tapi masalahnya aku tak pernah tengok Madgascar jadi sumpah terbangak2 dalam tu sebab tak kenal watak2 menantang ni. Hahaha.. Orang lain sume excited tengok watak menatang2 ni. But tak de masalah pon, aku still enjoy jer. So kalau korang nak lebih menghayati permainan dalam USS ni rasanya ada baiknya jugak korang khatam kan dulu filem2 yang berkaitan keluaran Universal Studio sebelum datang ke sini.
Bot ride dan sungai buatan. Madagascar ni sangat sesuai untuk seisi keluarga.
2. Transformer: The Ride, The Ultimate 3D Battle (Sci-Fi City)
Ini permainan yang paling giler bapak lame beratur tahap dewa. Aku rasa more than 1 hour kot aku beratur. Penat semalam berjalan pon tak hilang lagi sambung pulak beratur kat sini. Penat kaki kanan aku tongkat kaki kiri pulak. Penat kaki kiri, tongkat kaki kanan pulak. Begitulah seterusnya. Haha.. dah berumur ni apa pon tak boleh. Sobs. Memang mencabar lah nak menunggu tu. Aku rasa nak menangis, tapi menangis dalam hati jelah.. Haha.. Dah lah rasa macam kena tipu jer. Mula2 beratur kat luar, bila dah nak sampai kat dalam bangunan ingat boleh terus naik.. Aku dah yeyyy.. dah nak sampai.. Nan hado.. lagi 40 minit nak kena beratur dalam bangunan tu. Dalam bangunan tu pulak ada LCD kat dinding. Introduction sebelum naik ride nanti kononnya kita ni datang untuk membantu Optimus Prime menyelamatkan bumi.
OMG... Transformer Ride ni memang awsome sangat uolls. Paparan 3D dengan memakai cermin mata khas seriusly, macam real!. Ada satu babak tu kononnya ada bom tu datang kat korang. Hakak ko ni siap elak sambil pejam2 mata lagi.. Haha. Last2 tu pulak bila Optimus Prime cakap thank you sebab membantu dia menyelamatkan dunia terus kembang2 hidung bangga. Bodoh sangat taw.
Penantian yang sangat berbaloi.. Game ni memang best giler!! Nora bagi 8 juta bintang setengah.
Ag yang mengalami keterujaan yang melampau ketika ini.
Sejak naik Transformer Ride tadi, terus jatuh cinta dengan Optimus Prime.. Haha.. Ada orang ke eh dalam sut Optimus Prime ni? Kalau ada, aku rasa mamat ni confirm kurus tinggi gila ni gamak nya. Agak2 kalau aku tolak ni confirm susah nak bangun.. Haha.
Kebetulan lepas naik Transformer Ride, Sesame Street Show dah half way lah. Layan jugak tengok watak2 dalam siri kanak2 ni menari. =)
Teringat zaman kecik2 dulu selalu tengok siri Sesame Street ni.
3) Human & Cyclon Roller Coster (Sci-Fi City)
Bersyukur betul rasanya masa time aku datang, rollercoaster ditutup sampai hujung tahun sebab katanya ada orang jatuh. OMG.. takut gila dengar. Member lain semua frust tak dapat naik. Phew.. Next game plase =P
4) Revenge of The Mummy (Ancient Egypt)
Yang ni pon best giler jugak uolls. Kitorang naik roller coaster indoor tapi walaupon namanya indoor tetap mencabar andrenalin ku. Waiting time ofkos bapak lama jugak tapi berbaloi2. Yang kuanghajonyer roller coaster ni siap gostan. Tak pernah aku naik roller coaster pandai gostan. Lepas tu siap ada api memancor mancor lagi. Terkejut akak taw. Aku rasa aku menjerit dah macam perempuan giler kat sini. Dan yang menariknye lagi, roller coaster ni siap ada penceritaan.. memang syok sangat. Dah tu pulak suasana dia macam zaman Firaun, memang seram jer kat dalam tu. Kalau datang sini, wajibulghunnah naik. Masa kemuncak roller coaster ni kitorang perasan jer flash kamera time tu. Tu yang keluar cepat2 tengok gambar, muka masing2 herot berot.. kah kah kah.. Cacat giler. Terus cancel nak beli. (Padahal memang takde bajet pon =P)
Gambar ni aku amik time lunch. Kitorang makan bento dari restoran makanan Jepon. Sedap. Harga pon tak mahal mana SGD 10.00 sahaja.
Lepas makan kitorang tengok Monster Rock Show pulak. Tapi ada pulak kejadian yang ngeri tapi tahap mild2 sahaja berlaku time tu. Masa tu all the actors semua dah start nyanyi tetiba music stop and loceng keselamatan berbunyi.. Jantung dah berdegup dah time tu. Nasib baik tak ada kekecohan berlaku. Cepat2 keluar dewan. Tapi frust jugak sebab tak dapat tengok show sampai habis. Huhu.. Tapi nak buat macam mana, nyawa lebih penting yer.
Buruknyerr.. Haha.
Dalam banyak2 tempat kat USS ni aku paling teruja nengok istana kat Far Far Away ni. Memang cantik sangat.
5) Shrek 4D Adventure (Far Far Away)
Macam tengok dekat panggung wayang tapi siap ada effect khas. Sama macam Transformer Ride tadi, kat sini pon kena pakai cermin mata khas jugak plus real effect like angin, air dan sebagainya. Kata 4D kan. Bila si Donkey tu bersin, menyembur kena kat korang. Aku dah ewwww.. over kan padahal air jer pon. Haha. Tapi kalau yang pakai tudung ni tak rasa lah bila leher kene kuis tu.
6) Enchanted Airways roller coaster (Far Far Away)
Ni adalah roller coaster jugak tapi masih mencabar adrenalin ku. Orang lain lek jer naik dok diam2 jer. Yang aku ni dah menjerit2 bila laju sikit padahal tak adalah mencabar sangat macam Galatica and Revenge of Mummy tu. Tapi unexpected a bit sebab ingatkan kat section Far Far Away ni tak adalah roller coaster. Haha.. Tak adalah best sangat pon. So boleh skip kalau korang nak kejar masa.
7) Donkey Show (Far Far Away)
Ni antara show favourite aku. Comel sangat si Donkey ni. Geram jer tengok keletah die. Rasa nak macam nak picit2. Yang amazingnye, si Donkey ni boleh berinteraksi dengan penonton secara live dan menggunakan suara seperti or mirip Eddie Murphy. Camne eh die buat? Lepas tu dengan gaya badan and memek muka macam betul2 hidup pulak. Wow.. memang hebatlah aku cakap.
Rombongan dari kedai barang letrik Singer tu ke?
Ada cerita kelakar masa kat The Lost World of Tambun (eh?) ni. Masa ni aku ngan Ag sebab Farah ngan BF dia gi check waiting time untuk Canopy Flyer. Tetiba kitorang terdengar orang jerit "Panda Show" banyak kali sambil tangan melambai2. Lepas tu aku tengok ramai giler berpusu2 masuk. Eh Panda show pon ada kat USS nih? Hahaha.. Aku pon carik lah Farah ngan BF die nak suruh tengok Panda Show. Siap jerit kuat2 lagi " Wei ada Panda Show wey!" Vongokk.
Bila masuk jer... lahhhh.. Water World Show lah.. Panda show celah mana?!.. Malu jerr hakak ko ni. Haha. Rupanya orang tu jerit "For the last show" sebab ni last show untuk hari ni. Boleh pulak aku dengar Panda Show. =.=
8) Water World Show (The Lost World)
Yang ni pon awesome gak. Rasa macam tengok action movie tapi in real life bukan dalam tv and at the same time ada kisah cinta lagi. Kebabom sane sini.. terjun gaya bebas, asal kena tembak jer masuk dalam air and yang paling gempak siap kapal terbang keluar lagi.. Memang best uolls.
Mamat yang pakai hp tu, bukan tengah record yer tapi tengah video call ngan aweks die so awek die pon tengok "Panda Show" ni jugak tapi dari rumah lah. Amboi, nak tengok free jer kau yer!
Dekat #New york
Farah & Hilmi with Charlie Chaplin
9) Lights, Camera, Action! by Steven Spielberg (New York)
Uwa.. da penat nak taip.. Okey. yang ni pon korang wajib masuk. Kalau korang suka nengok filem2 Hollywood sure tertanye2 kan macam mana diorang shoot filem with all the effect like ribut topan segala tapi dalam buat dalam studio jer. Ha.. ni lah masa. Sebelum masuk tu korang akan dengar Steven Spielberg bagi speech dulu. Cuma aku rasa tak puas lah. Sekejap sangat. Kalau diorang panjangkan masa and tambah effect lagi mantap kot.
10) Monster Rock Show
Gotcha!!.. Since tadi kitorang tak dapat nak nengok Monster Rock due to masalah teknikal, jangan risau.. ekceli ada few session per day. So , kitorang tengok last show punya. Okey lah.. syok jugak tengok diorang nyanyi sambil joget2. Ada orang cakap dah last2 tu macam bosan tapi bagi aku best jer. =) Siap terngiang2 lagi lagu2 yang diorang nyanyi.
Duck face =P
My favourite picture kat USS. Shrek's Castle =)
11) Jurassic Park Rapids Adventure ( The Lost World)
Last game sebelum kitorang balik. Mula2 ingat nak skip sebab risau tak sempat nak catch the flight malam nanti tapi tengok beratur pon dah tak panjang still ada sedikit masa lagi. Nasib baik naik uolls sebab kalau tak naik game ni memang serius rugi gila. Mula2 ingat kan macam kat Sunway Lagoon jer.. but no no no.. jauh kay beza. Memang syok gila.
Rasa nak patah dah jari dah ni. Haha. Keluar jer dari USS, kitorang dah menggelabah sebab takut tak sempat nak naik flight, Alhamdulillah, kitorang sampai walaupon ngam2 jer. Phew.
Thanks for reading =)
No comments:
Post a Comment