"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Feb 29, 2016

Berfamily Day di Sunway Lagoon

16 January 2016

Tahun ni berpeluang untuk berhibur di Sunway Lagoon lagi. Dalam 5 tahun ni, ni adalah kali ke 3 aku jejakkan kaki kat Sunway Lagoon ni. Semua free sebab kalau pergi sendiri mahal ye. Satu tiket je dekat2 seratus kot. Jadi kalau pergi kena bayar adalah sangat tak berbaloi. Kalau free OK. Giteww mukadimah dia. Hahaha. 

Ekceli office mak cik aku (read: PriceWater House) buat family day kat sini. So mak cik aku ajak lah aku satu family pergi. Tapi yang pergi cuma aku and my mak jerrr. Orang lelaki semua tak pergi kecuali Ayien la.. Hahaha. Kira macam Girls day out jugak lahh.. Nak jugak.. =D

Macam biasa lah, aku ni kan nama jer bertahun bawak kereta tapi still belum terror jugak. Walaupon berjuta kali lalu kat area Sunway Lagoon tu tetap tak ingat jalan. Mak aku jugak yang tunjuk jalan. Mihmihmih.

Amik gambar parking sebelum kesesatan di kemudian hari. =)

Kitorang berjalan lah ke entrance Sunway Lagoon lepas parking tu. Dari kejauhan dah nampak dah Along Jaja semua tengah duduk. Aku pon melambai la dari kejauhan. Tiba2 aku nampak seorang budak kecik berbaju hitam berlari kat kitorang ngan muka happy gila.. lepas tu.. buk.. tergolek depan kitorang. Nak tahu sape budak tu? Ayien la... Hahaha. Comel sangat okey masa tu, nampak kitorang terus lari kat we olls. Tolong la... Comel nak mams okay. Aku masa tu tak perasan pon itu Ayien sebab pakai seluar panjang ngan baju hitam (Ayien selalu pakai Tshirt terang ngan short) siap cakap dalam hati 'eh anak sape pulak lari2 ni' Hahaha.

Mula2 kitorang ingat kat entrance utama tapi rupanya kat beach punya entrance. In case kalau korang tak tahu, Sunway Lagoon memang ada dua entrance. Satu main entrance, terus masuk area theme park tu. Another one entrance terus ke surfer beach. I guess, normally kalau event memang orang buat kat area beach la kot sebab ada ruang kan.

Gambar dari photographer.  Antara orang pertama yang masuk hari tu. Haha.

Ayien pon nak jugak pakai gelang ni. Tapi comel la sebab tangan Ayien kan kecit jadi comel je nampak. Orang lain dua kali lilit paling banyak, Ayien 5 kali lilit kot. Haha. Ekceli budak kecik tak payah pakai pon tapi since ada lebih sajelah bagi dia pakai.

Ayien kalau tak berkuntau memang tak sah. Cergas semacam. Masa ni korang nak tahu dia tengah buat apa? Peluk pinggang aku pastu mulut dia kat perut aku. Serius bahaya. Kalau dibiarkan, dia akan gigit perut, memang menjerit kau kat situ. Haha. Penah kena, sakit wooo. Boleh keluar air mata. Tapi comel kan? =D

Basically, hari tu tak ada banyak aktiviti pon. Aku mula2 ingat ada sukaneka ke apa. Tak ada pon. Rasanya cuma makan ngan senamrobik. Tapi senamrobik dia best gila okay. Memang enjoy. Lepas tu aktiviti bebas bersama keluarga.

Jom layan gambar sekitar pantai buatan ni =)



Ni ada cerita tak berapa nak kelakar la, walaupon pagi buta tapi biasa lah kan panas jugak. Tapi aku pelik, apasal aku tak panas. Macam momazing gila. Adakah kerana aku kurang dosa? Haha merepek!. Rupa2nya sebab kipas besar ni. Bersepah kat sana. So tak yah risau panas ke apa. 




Oh ya, masa baru masuk tu, adalah clown ni buat bentuk pakai belon panjang tu kan. Tau kan??? So tunggu lah satu untuk Ayien. Tapi dapat2 jer terus pecah. Haha. Ayien dah cebik. Tapi nak tunggu lagi memang tak la sebab ramai lain tengah tunggu turn. Pastu Ayien nak pergi toilet ngan mak dia lalu tepi clown tu. Aku ingat memang dorang kat toilet la. Aku pon pandang lah kat clown tu and nampak sorang budak lelaki ni lompat2 yeksaited tunggu clown tu buat belon. Dalam hati, anak sape lah lompat2 nih, anak orang lain elok tunggu. Tapi macam kenal jer budak ni. Eh eh eh rupa2nya Ayien la.. Hahaha.. Tolonglahh.. comel lagiiii. Pengsan mak cik ko ni.


Dalam 11 lebih gitew, dah boleh buat aktiviti sendiri. Sepanjang duduk kat kerusi ni, asyik lah nampak train lalu amik turun orang. So kitorang ingat kan jauh lah nak pergi area theme park tu. Beria-ia lah kitorang menunggu train tu datang. Bila tak ditunggu, macam kerap nampak train tu lalu. Tapi bila ditunggu, berjangguit pulak. Haha. Ekceli tak jauh pon dari beach nak ke area theme park tu. Jalan kaki lagi baik dari berebut ngan Pak arab.

So kitorang turun kat area zoo. Area ni yang paling yeksaited harus lah Ayien. Berlari sana sini tak kenal erti kepenatan langsung. Aku baru naik beberapa tangga dah mintak nyawa. Okayla.. not bad jugak zoo kat sini. Jom layan gambar sekitar zoo Sunway Lagoon ni.





Ayien paling yeksaited tengok ikan. I think he  loves to see ikan lah.












Rana Irdina, adik Ayien. Besar nanti cantik macam mak dia ni.

Certain budak takut binatang kan. Tapi Ayien apa pon dia tak takut. Very brave boy!



Geram nak gigit tengok muka Ayien camni. Tskk.





Tu jer gambar yang sempat aku amik kat sana. Okay lah, buat modal update blog. Haha. Tapi sekeping pon tak ada muka aku. 

Selain dari zoo, kitorang ada jugak main permainan kat sana. Macam2 lah. Aku pon tak ingat nama. Ayien, nampak jer kecik lagi tapi tersangat lah berani. Siap jerit  'laju lagi laju lagi' Mak cik kau ni dah mintak nyawa dah ni. Takut lahhh. 

Yang paling best, aku masuk rumah hantu ngan Kak Siti and Basirah. Memang confirm aku ni penakut nak mati. Basirah mula2 jer takut, pastu dia okay. Aku takut sampai kesudah hokay. Dalam hati menyesal jugak lah masuk. Huhu. Apa pon tak boleh. 

Apa2 pon memang enjoy sangat hari tu. Next year katanya nak buat Family Day kat Genting pulak. Nak ikutttttt!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...