"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

May 26, 2016

Stop talking good2


Aku rasa kan aku kena stop la talking good2 gitu
I think my opismate pon dah bosan dengan aku punya opinion
Hahahahahahhaha
Sebelum aku dijadikan bahan umpatan, baik shut up kan?

Tu la.. kadang2 memang kita nak bagi opinion kononnya
Yela.. kekadang kita rasa pendapat kita tu betul..
Or may be kita nak tegur someone
Tapi tak semua orang boleh terima teguran pon
And tak semua orang rasa yang kita ni layak untuk tegur dia
Aku pon tak suka orang tegur aku.. Mihmihmih

Dah la kekakadang aku ni jahat boleh tahan
Macam hari ni ada opismate bini sakit kononnya
Aku tak percaya eh
Sebab sebelum ni dah banyak kali dah dia menipu
Padahal dia siap tunjuk bukti lagi
Pastu aku siap hasut orang supaya percaya dia menipu
Kui kui kui..

I need to stoppp laaa

Ya Allah kuatkan lah semangat aku
I want to be a better person


May 22, 2016

Mimpi seram bodoh namanye


Walaupun macam entah pape gile, tapi aku tetap nak cerita kat belog. Sebab sumpah nervous teruk petang tadi. Masa aku bangun tadi siap terpinga pinga and diselebungi ketakutan level 7.

Okay, petang tadi aku tidur sebab pagi tadi bangun awal. Memang ngantuk gila la cite die. Walaupun hakikatnya kalau aku bangun lambat pon tetap akan tidur petang Ahad. Hehehe. Selalunya tak ada pulak aku mimpi pelik2 selama ni. Tapi hari ni nasib tak baik termimpi pulak. Okay, dalam mimpi tu aku mimpi opismate aku yang paling aku tak suka dan berbau busuk. Hamagadddd. Buruk perangai tak apa lagi. Tapi busuk tu yang aku tak tahan tu. Suwey betulll.

Dalam mimpi tu aku dekat taman tema. Macam Sunway Lagoon tu. Taman tema tu dekat Taman Tasik Shah Alam. Aku macam sorang2 and si busuk tu pun sorang2 gak. Tengah jalan2 tu tiba2 aku ternampak dia. Tapi aku tak ada lah terkejut dalam mimpi tu. So aku apa lagi.. Lari la dari dia. Tak nak dia bagi nampak aku.

Tengah aku nak blah tu, tiba2 terdengar ada orang cakap dekat si busuk tu, asyura pon ada kat sini. Aku apa lagi.. Ketakutan lahhh dia dah tahu aku ada kat situ. Aku cepat kan langkah aku.

Masalahnya, lagi aku cuba nak lari, tetiba si busuk tu ada dekat2 situ pulak. Aku berdebar gila. Macam nak nangis. Lepas tu dia nampak aku ingat kan dia buat bodoh ke apa tapi siap tegur eh u pun ada sini?. Pastu aku jawab, sorry nak cepat. Pastu blah laju laju. Hahaha.. Entah papekannnnnn?

Lepas kitorang sampai kat taman permainan. Dia pun ofkoslah ada kat situ jugakkk.. Siap main papan gelongsor kat situ lagi. Bangang jugak bila teringat balik ni. Hahaha..Dia nampak aku lagi. Aku bertambah takut. Yang aku sakit hati, dia nampak aku jer, mesti nak datang dekat aku. Bongok sangat nih. Aku cuba lari sekuat hati.. Tapiiiii.. Tiba2 langkah aku beratttt sangat. Sampai aku jadi sangat penat. Sampai sekarang pun aku boleh ingat rasa penat tu. Tapi aku tetap tak putus asa. Terus jer lariiii. Ya Allah.. Yang pasti dalam mimpi tu aku ketakutan sangat macam kena kejar dengan hantu walaupun mimpi tu bukan mimpi seram punnn. Serius weh.

Aku lari dan lari, and dia pun sedaya upaya nak dekat dengan aku. Tapi akhirnya selamat sampai kereta and terjaga terus.

Eeee... Tak suka lah mimpi ni. Kenpalah aku boleh dapat mimpi macam nih. *Naknangis*

posted from Bloggeroid


May 21, 2016

Gigih......



Bismillahirrahmanirrahim....



Kali ni memang betul2 gigih lah hakak, siap buat menu sepanjang minggu lagi.. Hahaha.. Kelakar kannn? Gelak la korang. Nanti bila pinggang akak berupa pinggang kerengga, jangan kau menangis di situ.

Rasanya kali pertama kot aku buat diet atkins secara serius. Sebelum ni menu jer macam atkins tapi aku tak la beratkins sebab still makan nasik. Kali ni kalau boleh nak follow sehabis mungkin. Sehabis mungkin nak tolak carbs. Nak tulis ni pun menggigil hakak. Tolak carbs means no nasik. Damn.

Pening jugak kepala just to come out with all the menu. Padahal ulang2 je pon. Haha.

Eh Tak nak cakap banyak lah. =P

Bye!!

posted from Bloggeroid

May 18, 2016

Cerita pasal kerja


Sekarang ni kekdahnya asal kan update jer blog aku ni
Malas dah la nak pikir apa isi kandungan.. Bermanfaat ke tidak..
Lantakkanlah.. Asalkan blog aku nampak hidup

Gituuuu..

Kalau ikutkan aku dah kerja kat HSBC ni nak dekat 5 tahun lebih
Lama kannn.. T_T.. My God! Dah lah balik2 buat Receipt jerr
Aaa.. nak nangis pulak rasa..
Tapi..  jarang sangat rasanya aku cerita pasal office-mate aku kan
Bukan apa.. takut lah dorang tak suka pulak nanti
Takut cerita baik2 pun boleh mengundang salah faham
Cerita buruk2 laaaaagilah kan

Tapi since jodoh aku dengan office-mate aku ni macam dah tak panjang
Rasa macam nak masukkan sikit watak diorang dalam blog aku
Sebagai kenangan jer pun

Sekarang ni team aku ada 12 orang kot

Scott (Assistant Manager)
Hazrin
Kamales
Najib
Kelvin
Fitri
Ag
Syura Comel aka tuan blog
Jeevin
Shaqira
Muthu
Pari

Betullah 12 orang
Aku, Pari, Hazrin ngan Ag paling senior
Hazrin bapak segala senior.. Haha

Okaylah nak solat Subuh. Toodles



May 17, 2016

Power nap

Tadi kat office ngantuknye Ya Rabbi..
Buat kerja pun tak ada mood
Nak tolong Payment tak ada mood
Nak tolong Verification tak ada mood
Nak tolong Initial laaaaagi lah tak ada mood
Eh.. Padahal memang malas pon nak tolong.. Mihmih
Yelah.. dah ngantuk nak wat macam mana kann?

Dalam pukul 10 gitu, curik2 gi surau jap
Sembahyang? Tak ada makna
Eh.. maksud aku, aku dah sembahyang dah
Power nap kejap dalam 15 minit camtu
Lepas tu.. Gi toilet.. And masuk floor buat kerja macam biasa

Kalau dah sampai level tidur dalam surau tu
Memang betul2 tak boleh buat apa
Orang kata level kronik dah tu. Haha

Stress tau rasa bila buat kerja sambil mengantuk nih
Benda cepat pon jadi lambat

Okay. Nak tido. Bye.
posted from Bloggeroid

Again and again.. Haha



Musim diet bermula kembali

Hah.. nak buat muka boring lettewwww

=.='




Tiba2 macam tak sabar pulak nak tunggu my 200 ringgit Iphone
Harap2 hakak tak kena tipulah hendaknya
Amin....

Nanti dah dapat iolls cerita okay.


May 16, 2016

Hidup





Ingat kan aku okay. Tapi balik rumah terpikir-pikir jugak.

Kelakar hidup ni. Tapi terpaksa jugak tempuh.

Sekuat mana aku cuba untuk lawan. Tapi kalau Allah izinkan perkara tu terjadi..

Tetap akan berlaku juga kan?

Ayah aku sendiri pernah lalui perkara ni

Sepupu aku pun sama.. baru jer terjadi

Kini giliran aku pula..

Harap tabah hendaknya.

Percaya pada Allah..




May 9, 2016

Kamera yang menjaga hati








Suka betul kalau selfie dengan kamera Lenovo A916 kesayangan aku ni. Tak pernah mengecewakan. Mesti kulit aku flawless (tak adalah flawless sangat sebenarnya.. hehe).. Jerawat aku tiba2 entah kemana. Pori2 pon hilang sekelip mata. Nampak natural lagi uolls..

Namun begitu.. Tu cuma dalam gambar yang dihasil kan oleh hp aku ni jer. Try pakai Samsung mak aku. Hamekkk. Sana sini lobang2 bak kawah planet Marikh.

Sadis!

posted from Bloggeroid

May 7, 2016

Pinggang model



Walaupon pinggang tak berapa nak ada tetap ye nak cekak pinggang macam ni
Hahaha

First time aku nengok gambar ni tergelak besar aku
Sedih lah ngan diri sendiri
Tolong la doa kan supaya aku cepat kurus pleaseeee

Byeee

May 3, 2016

Sayonara Zul


Dalam banyak2 staff Cash Team yang resign or lateral, Zul adalah orang yang paling aku terasa sekali when he told me that that he is leaving..

Memang terasa sedih sangat2 sebab bagi aku dialah penyeri Cash Team.. Cash Team will never be the same without him..

Aku tau lepas ni sure Shaqira pulak, lepas tu Najib and Fitri may be.. 

*cryariver*

Zul, Kak Pah doa kan Zul berjaya kat luar sane. be strong and learn faster okay! I will always be your good friend and sister.

18 May 2015 - 28 April 2016

May 2, 2016

Restoran Tupai Tupai Seksyen 13


Haiii... Kita mula bulan May ini dengan entry makan ye.. Nyum nyumm..

Hari ni cuti Hari Pekerja. Selamat Hari Pekerja semuaaaa! Kebetulan UK pon cuti jugak tapi aku pon tak ingat lah pulak sempena cuti apa kan, yang penting aku dapat cuti jugak. Since adik aku pon balik awal dari bengkel, maka bapak aku ajak makan kat Tupai Tupai Seksyen 13. Haa.. mesti ada yang dah biasa dengar kan restoran ni. Kalau ikutkan ni kali kedua aku makan kat sini. Tadi Iolls dah garuk2 kepala sebab takut kena belanja.. Hihi. Restoran ni mahal okayyy. Tapi nasib baik bapak aku nak belanja hari ni. Syukurrr, selamat duit nak beli baju raya. hahaha.. Keji!


Mak aku ni kadang2 nyampah jugak aku dengan perangai dia. Kat rumah tengok citer Korea, kat luar pon pasang cite korea kat Youtube. Tak puas2. Cannot brain lah this kind of attitude.. Hahaha. Keji kan kutuk mak sendiri. Ni dia tengan realiti show peberet dia. Return of Superman.


My brother dah nampak abang2 dah. Dah tua dah adik aku ni. Hidung tu memang saje dia kembangkan. Tak senonoh!


Nasi Goreng ikan masin. Sedap! Makan ramai2.


Spaghetti Bolognese. Nice jugak. Portion banyak tapi pinggan kecik. Aritu makan kat Bason, pinggan bapak besar tapi spaghetti ciput gila. 


Lamb Grill. Tak rasa tapi nampak sedap and portion pon just nice. 




Ape ntah nama menu ni.. Chicken Kebab with Butter Rice gitulah tajuk dia. Nasi dia sedap. 


Ni hakak punya. Mixed Grill.. paling mahal aku order. Sedap especially kalau tengah lapar. Suka sangat dia punya kentang putar tu. Sayur pon tak rasa pahit ke ape.

Total makan tadi dalam RM 130 ++. Mahal kan?

Lepas makan, laju2 balik sebab nak tengok citer Semanis Honey sebab nak tengok Siti Nordiana berlakon. Boleh tak gitu? Haha.. Dah tengok dah pon. Okay lah citer dia kan. Tak la teruk sangat pon Nana tu berlakon. Harap2 jalan cerita dia best lah.
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...