"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

May 2, 2016

Restoran Tupai Tupai Seksyen 13


Haiii... Kita mula bulan May ini dengan entry makan ye.. Nyum nyumm..

Hari ni cuti Hari Pekerja. Selamat Hari Pekerja semuaaaa! Kebetulan UK pon cuti jugak tapi aku pon tak ingat lah pulak sempena cuti apa kan, yang penting aku dapat cuti jugak. Since adik aku pon balik awal dari bengkel, maka bapak aku ajak makan kat Tupai Tupai Seksyen 13. Haa.. mesti ada yang dah biasa dengar kan restoran ni. Kalau ikutkan ni kali kedua aku makan kat sini. Tadi Iolls dah garuk2 kepala sebab takut kena belanja.. Hihi. Restoran ni mahal okayyy. Tapi nasib baik bapak aku nak belanja hari ni. Syukurrr, selamat duit nak beli baju raya. hahaha.. Keji!


Mak aku ni kadang2 nyampah jugak aku dengan perangai dia. Kat rumah tengok citer Korea, kat luar pon pasang cite korea kat Youtube. Tak puas2. Cannot brain lah this kind of attitude.. Hahaha. Keji kan kutuk mak sendiri. Ni dia tengan realiti show peberet dia. Return of Superman.


My brother dah nampak abang2 dah. Dah tua dah adik aku ni. Hidung tu memang saje dia kembangkan. Tak senonoh!


Nasi Goreng ikan masin. Sedap! Makan ramai2.


Spaghetti Bolognese. Nice jugak. Portion banyak tapi pinggan kecik. Aritu makan kat Bason, pinggan bapak besar tapi spaghetti ciput gila. 


Lamb Grill. Tak rasa tapi nampak sedap and portion pon just nice. 




Ape ntah nama menu ni.. Chicken Kebab with Butter Rice gitulah tajuk dia. Nasi dia sedap. 


Ni hakak punya. Mixed Grill.. paling mahal aku order. Sedap especially kalau tengah lapar. Suka sangat dia punya kentang putar tu. Sayur pon tak rasa pahit ke ape.

Total makan tadi dalam RM 130 ++. Mahal kan?

Lepas makan, laju2 balik sebab nak tengok citer Semanis Honey sebab nak tengok Siti Nordiana berlakon. Boleh tak gitu? Haha.. Dah tengok dah pon. Okay lah citer dia kan. Tak la teruk sangat pon Nana tu berlakon. Harap2 jalan cerita dia best lah.
posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...