"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Jan 18, 2015

Team Outing 2013 : Bukit Fraser

Ni cerita yang aku dah peram berbulan bulan lamanya. Eh bukan setakat bulan dah ni, makan tahun jugak lah. Sejak tampuk pemerintahan bertukar dari Cikgu ke Balan. Now Balan pon dah nak dekat setahun blah gi team lain. Baru ingat nak stori mori kat belog. Dah melampaui tahap basi dah pun. Haha.. Layan jela eh.

Tahun 2013 yang lepas, (bapak berkurun punya cerita), department aku dengan tak semena2 rajin pulak nak buat team outing. Tahun sebelum2 tu kitorang selalu buat team outing ni setahun sekali je pun. Tu pon sekadar buat makan2, cukup syarat je kata orang. Janji ada kan. Tapi sejak Balan take over, pehhh... tak main lah setahun sekali, dua kali kut.. tskk.. Sampai aku pun naik tension sebenarnya.. haha.. Aku kalau pergi balik hari tak adalah aku kisah sangat. Bila dah membawak ke tidur tu yang aku cammm.. ahhh malasnyaaa.. tskk.. Tapi kalau tak ikut tak best pulak. Nanti nampak sangat pulak yang aku ni anti sosial.. Kang, esok kat opis, diorang seminggu cerita pasal pergi gi Bukit Fraser jer, aku diabaikan. Tak rela youuu. So tak yah cakap banyak.. pergi ajelah.

First team outing buat kat Bukit Fraser. Tak silap aku bulan May 2013 kot. Second time buat kat Port Dickson pulak. Tapi entry kali ni nak cerita pasal Bukit Fraser dulu lah. Ikut turn lah eh.

Pertama kali nak keluar berjalan ngan ofismate memang agak excited lah jugak, walaupun sebelum tu macam malas gila nak pergi. Pagi2 bangun minta tolong adik aku antar ke Bangi. Sebelum ke Bangi pergi Putrajaya dulu sebab aku manalah tahu jalan ke rumah Nad kan. So nak gi saing dengan Farah lah tapi bukan Farah yang bawak, mak dia yang bawak. Aku ngan adik aku follow kat belakang, pehhh hebak gak mak cik ni bawak kereta.. mihmihmih.. Siap Farah cakap mak dia takut nak bawak laju2 sebab adik aku bawak cam slow sikit. Takut tak boleh follow. Hahahaha.

Aku ngan Farah tumpang kereta Nad. Aku macam segan jugak lah sebab ada husband Nad kan. Husband Nad yang drive kereta. Dah lah tak kenal so harus sifat pemalu datang tak semena2. Aku kan pemalu tak bertempat.. kui kui. Dah lah aku ni berat.. takut terlebih muatan pulak.. lulz. Nyampah tau bila kena pikir camni.  Farah memang dah kenal so dia rilex je. Tapi bila dah kenal.. memang agak peramah orangnya so okey. Tapi sampai kesudah aku tak borak pon. Malu. Haha.

Dari bangi terus gerak ke hentian Sungai Buluh. Yang mana dari Seremban, Klang sume berkumpul kat sini. Kira berkonvoi dari sinilah. Yang comelnya suma bawak Myvi kot except Henri bawak Honda. Supposed Niza, my ex AMO pon join jugak, tapi tak semena2 dia rindu anak dia terus tak jadi pergi. Alolo.. omel2 angat nih. Belum apa2 dah rindu anak. =D

Masa on the way nak ke Bukit Fraser dari hentian Sungai Buluh, sumpah kecut perut aku sepanjang jalan. Mana taknya driver2 ni boleh pulak kot diorang berlumba2 bagai. Bersilang2 potong memotong, Dorang tak tahu aku ni bukan boleh, kat belakang kejung satu badan. Muka jer nampak kool. Padahal kat dalam hati, apa doa jer aku tak baca.. haha.. Cuma tinggal tak mengucap je lagi sebab macam nak mati sangat lah pulak gayanya. Tup2 terlepas simpang, baru masing2 reti sedar diri.. hahaha.. Tapi bila ingat balik macam kelakar pulak.

Perjalanan  dari kaki bukit nak naik ke Bukit Fraser memang agak mencabar giler. Jalan curam, kecik lak tu and berpusing2 tak hengat. Aku doa2 jelah jangan kereta ni buat pasal pulak kat tengah2 jalan. Tak pasal2 aku dipersalah kan sebab terlebih muatan.. Tskk.

Anyway.. sebenarnye aku pun dah kelupaan apa aktiviti yang aku buat kat situ. Haha.. nama pon cerita dah melampaui basi kan. Actually tak silap aku.. tak ada aktiviti apa sangat pon. Makan tengah hari kitorang makan dekat kedai mamak mana ntah dekat Kuala Kubu Bharu. Tu before kitorang naik Fraser lah. Pastu aku ingat aku ada tersasul cakap. Vongok sangat.. instead of freaking hot aku leh tersasul FUCKING hot.. muahaha.. agak awkward jugak ahhh bila pompuan bertudung litup bajet ayu dan manja macam aku ni cakap FUCKING. Macam tak masuk jer weh..Malusss!

Sampai Bukit Fraser pon dah petang dalam kul 3 lebih. Nak tunggu bilik ready pun agak lame gak ah.. So dah buang masa kat situ. Dah lah hujan lebat gila nak mams. Tetiba ternampak kereta Honda kot, tak sure ah sebab aku pon reti sangat brand kereta ni, tapi kereta mahal lah, boleh pulak tingkap tak tutup. Vodo. Giler. Kesian lah jugak, confirm banjir dalam tu. Hahahaha. Gelak pulak. Kalau kena kat aku harus mengangis guling2. Organizer trip ni Uma Devi. Kat sane Uma lah yang banyak settle kan benda. Rasanya macam mak bawak anak2 bercuti pulak bile teringat balik.. Haha.

Petang tu ada sesi potong memotong kek. Lepas tu Balan yang beria suruh buat aktiviti bagai kononnya balik petang tu jugak. Hek Elaaaa. Yopo2 jer kau nih. Tapi tak ada hal pon. Ada tak ada pon sama jerr pon.. Bluerkkk. Haha.

Malam makan kat kedai makan dekat area2 situ gak. Quite shock, makanan kat situ murah2 jer walaupun atas bukit kan. Lebih kurang jer macam makan kat tempat lain. Lepas makan main game kat bilik budak lelaki lepas tu pillow talk dengan the girls and tidor.

Hari kedua pulak, pagi2 after bangun aku, Farah, Pari, and Izza strolling kat sekitar kawasan situ. Amik2 gambar. Lepas check out, mandi sungai. Kat mane aku memang hilang ingatan giler2. Tsk.

Jom lah layan gambar pulak ye.



Gambar pertama amik kat sini pakai kamera aku lah. Ko nengok perbezaan saiz paha yang sungguh berbeza di situ. Time ni berat aku seratus lebih lagi kot. Belum consume Herbalife lagi.

Dari kiri : Pari, Izza, Farah, Me, Dayana, and Nad.



Farah garu muntot eh.. Haha.. Joking. Marah pulak Farah aku fitnah dia.



Harus aku yang paling tergajah di situ. Tapi nyomel kan gambar baring2 camni.



Eh.. Aku macam tidur betul2 pulak. Uma yang tengah buat peace yo tu.



Sesi potong kek. Comel Ag berbungkus kat balkoni tu. Bukan sejuk sangat pun padahal.



Ni namanya kek indah khabar dari rupa. Disebab kan kek ni aku anti dengan fondant kek. Bukan lah tak sedap tapi macam kek biasa sangat. Harap deco jelah meletop. Harga dah lah mahal. Suku je kot habis. Kek paling tak laku aku pernah jumpe. Tak tahu lah saper yang habis kan. Aku saspek Pari kot.. Hahaha.. sebab minah tu memang hantu kek.



Buat modal amik gambar boleh ah. Tapi rasa out.



Amboi.. terlebih sudah aku punya lentok kat situ. Ha ha.



Hello..! Macam tak de motip jer posing camni.



Ni lah Balan, ex manager aku yang habis jer sesi potong kek ni terus blah balik umah. Dah lah bagi aku bonus ciput. Venchi ah kau.





Masa ni Preet malu2 lagi. Aku pon tak rapat lagi dengan dia. Now asal boleh 9 jam waktu kerja tu asyik nak seru nama ahkak jer, biasalah orang popular memang camni.. Awww






Belakang tu restoran kitorang makan malam. Nak beli cenderamata macam fridge maget or key chain boleh beli kedai dekat2 sini.



Me pari & Izza'. Yang pasti bukan Izza' ombak rindu tu.




Pari yang kurus sikit time ni. Ni lah member berbangsa India yang paling rapat dengan aku. Manusia yang paling baik yang selalu tolong aku release item Receipt tanpa merungut. Kadang2 boleh jadik partner in crime. Sekarang dah jadik member Gym. Ewah.. nak jugak selit kater pergi Gym. Tak kurus2 jugak citer dier. 



Izza ni tak sama macam orang lain. She's actually one of the Leukemia survivor. Tapi aku tak pasti pulak disebab kan tu ke dia menjadik seorang manusia yang maha pelik. Kau pernah jumpe orang yang mengaku dia bercinta dengan mat saleh dari Amerika and that so called bf mat saleh die tu transfer duit like USD 200k masuk dalam akaun bank die. Giler kan? Ntah betul mat saleh. Kitorang syak memang Negro nak jadik kan die keldai dadah jer. The moment die bagitahu, teruk kena sekolah ngan kitorang. Aku lagi rela die menipu sebab kalau betul confirm2 duit tu money laundering. Mana ada orang senang2 nak bagi duit kat stranger kan? Sebab tu la kot memang banyak jer lah kisah pompuan kena tipu. Aku dah jumpe depan mata. Tak boleh nak citer banyak2. Izza pon dah resign. 24 hour lagi ko.

Esoknyer pulak pagi2 dah bangun strolling. Cuaca very the nyaman.



Member baik Pari tengah carik makan.



Muka tak mandi. Tapi Pari mungkin mandi kot.



Sumpah macam mak budak. Venchi.



Ewah mak enon.. Macam artis Farah kamera di sana sini.



Mereka lagi.



Tak tahu lah macam mana aku boleh tergamak nak pakai seluar kaler pepel. Tapi okey jer kan.. Tskk



Me and Izza. Sebelum Izza resign sempat mintak maaf ngan dier. *tibe2



Izza and Farah.



Yang penting kite enjoyyyy!




Gadis bunga.. Farah!





Bagi sorang satu gambar solo. Pari biar dier pakai kamera sendirik.



Us!!  Aku pon tak ingat saper yang amik gambar nih.






Beria nengok bunga.. hiks





Izza kalau bercerita memang semangat.









Oh ye, tengok gambar ni baru lah teringat. Apartment yang kitorang sewa dekat SilverPark. Okey lah.. selesa jer cume bilik die ade 2 jelah. Kalau gi ngan family aku ramai2, macam tak cukup bilik lah kot. Aku prefer kalau kalau ada 3 bilik, so tak lah sendat sangat bilik tu nanti. Teringat, Izza cakap masa kecik2 die pernah datang sini, adik dier nampak hantu kat apartment tu. Nasib baik time dier citer tu masa tu dah balik dari Bukit Fraser. Kalau tak mau aku tak tidor malam tu.











Breakfast nasik lemak. Sedap!



Cantikkan gambar ni.. hakak yang amik taw.













Nyomel. Kalau aku masuk gambar ni confirm tak jadi macam ni. Tskk.







Geli jek nak jelir2 lidah. Tskk.







Ewah mak enon!!.. Kurlass kan Kak Pah.



Izza tak nak kalah ngan aku tapi buat gaya gengster.



Kononnya macam rumah ni macam rumah aku lah. So tengah jemput tetamu masuk gitew. Tapi lakonan macam tak seberapa so tak menjadi lah citer dier.



Izza gak pandai.. Err puji sikit sebab tadi dah citer bukan2 pasal die.. Haha. Ampon!





Pari ni bile dah sampai sini baru aku tau boleh tahan kuat jugak perempuan ni punya berangan. Setiap ceruk kalau boleh dier nak posing kau.



Gambar paling berangan. Tak tengok lagi gambar kat kamera die.



Ni pulak Kak Aishah ngan anak die yang super clingy. Dah lah maknyer mengandung. Sian aku nengok.



Tengok tu.. Bersilat atas perut mak die. Budak2 biasalah kan.



Ni weoll dah check out dari apartment. Bergambar beramai2.





Kalau pergi Bukit Fraser memang tak complete lah kalau tak berposing kat sini kan.



The boys.

From left top : Husband Nad, Preet and Nava. From left middle : Mathan and Joshua. From left bottom : Husband Uma and Alfie, kawan AG. 

AG cakap Alfie ni script writer taw. Filem Sembunyi ngan drama Hikayat Putera Shazlan tu dia lah yang tulis skrip. Aku memula dengar terus rasa macam dia ni artis. Padahal penulis skrip lah. Aku tak pernah tengok pun citer Sembunyi tu pasal cerita hantu kan. Aku kan penakut. Tapi Hikayat Putera Shazlan aku layan jugak masa zaman belajar dulu sebab suke nengok Abby Abadi jadik Mak Som. Boleh lah buat gelak2 sepam dua. Masa ni die gemuk lagi, sekarang ni dah kurus uolls. Tak la kurus giler tapi tak sebesar macam gambar kat atas.



AG yang pakai baju pink yang pandang kamera tu. Gambar ni Alfie yang tangkap kan. Macam sweet gak lah sebab masa ni Alfie macam semberono tangkap jer thats why semua tak pandang kamera aku. Tadek nyer nak panggil2 suruh orang pandang kamera aku. Tapi AG pulak pandang kamera yang Alfie pegang jer. Haha.. sweet kan. Aku yang owner kamera ni pon tak pandang kamera sendirik. Haha.



Tak cayer nengok gambar ni pon samer.







Ha... another one. Yang ni obvious.. Haha.









Masa ni dah dekat sungai mane-jangan-tanye-aku sebab aku dah lupa. Aku tak mandi pon sebab malas nak tukar baju. Preet ngan Izza buat sajer2 mencacat kan diri yer. Diorang tengah tangkap buih. 



Mathan, antara orang yang baik dengan aku selama ni. Sekarang dah resign masuk RBC. Dulu rajin betul2 bagi ayat2 puitis kat aku. Main2 jer lah, bukan betul2 pon. Tapi Kak Aishah sangat tak boleh blah kate aku ramai peminat sebab Mathan asik kacau aku.. Haha. Kak Aishah ni dier orangnyer agak noob sikit lah. Ek eleh aku ni cakap orang noob. Noob2 dia pon kahwin jugak kan. =.= 

Nad pulak, masa die kat team aku dulu tak rapat pon. Now pon tak rapat jugak. Tskk. Kawan biase2 jer. Tapi die antara orang yang bijak2 yang aku pernah kenal. Now dah ade anak. Comel. Aku siap datang rumah dier lagi. Tak ingat lah pernah citer kat belog ke tak. Hii.




Teammate kesayangan tapi yang tinggal cume Farah sahajer. Tu pon Farah nak lateral jugak bulan tiga ni. Sedih. Yang depang tangan tu nama die Nava. Dayana kadang2 panggil dier Navaganas. Full name die Navaganesh. Haha.. macam masuk jer kan Navaganesh ngan Navaganas kan. Nava ni baik gak lah bagi aku. Selalu kot tolong aku pasal aku kan tak terror englis. Die selalu betulkan grammer aku. Kalau ade queries pon orang akan carik dier jek. Sampaikan die cakap.. why always me... haha.. comel jek. Tulah saper suruh baik sangat kan. Time dier resign tu semua orang sedih.  Dier pon tukar RBC gak.



Dayana and Farah. Dayana pon dah tukar RBC. Antara orang yang terapat dengan aku kat sini. Masa die mula2 masuk kerja dulu, hari2 break sama citer pasal bf ngan buat ketupat. Hehe. Tapi hujung2 tu dah tak break same dah mungkin sebab dah tadek modal nak borak lagi. Haha. Anyway.. aku consider dier kawan rapat aku jugak which aku akan ingat sampai biler2. Bulan 5 ni die kawen. Kalau ade kawan, Insya Allah aku pergi. 



Dayana. Cantik pic ni kan.












Kite akhiri dengan gambar Dayana. Hiks. Tu jer kot. Tak larat dah nak tulis. 

Thanks for reading! =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...