"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Jan 2, 2015

Jalan2 ke Utara --> Pulau Pinang



Petang hari kedua after makan tengah hari dekat rumah Kak Siti, kitorang terus pecut ke Penang. Pak cik Harun (ayah Kak Siti) masak mee goreng sedap gila nak mams sampai santak perut ahkak makan. Nasib baik tak terkoyak getah seluar. Sepanjang perjalanan aku bantai tidor tak sedar diri. Aman hidup aku tak perlu nak sakit jiwa tengok adik aku bawak kereta laju2. Haha. Sampai je Penang langsung tak keluar2 rumah sampai esok pagi sebab penat sangat. Makan malam nasib baik orang lelaki tapaw makan kat rumah jer. 

Tak tahu lah nape percutian kali ni semua orang semangatnya lain macam sikit, seawal pukul 5.30 pagi kitorang dah mula bangun tidur and bersiap2 nak berjalan. Pukul 7 pagi semua dah siap mandi pakai baju cantik2 tinggal nak angkut barang masuk dalam kereta jer.  

Sebelum bertolak harus posing dulu. 




Gambar ni ibunda ku yang ambil. Blur. haha. boleh lah.. kalau nak harap kan aku, memang tak lah.. aku tau nak masuk dalam gambar je. hehe




Kali ni bercuti, tak ada luck sikit lah untuk tempat penginapan. Macam semalam kat Alor Setar, rumah tak ada aircond so panas tapi nasib baik boleh tidur sebab penat sangat. Tu tak apa lagi. Toilet die.. hamagadd..  kecik gilaaa. Tahap kau nak masuk kena hala kot bontot dulu sebab kalau masuk macam biase nanti kau takleh pusing kedepan pulak. Hahaha. Lawak kan. Sebab pintu ngan jamban tu rapat sangat, tak ada ruang nak pusing balik. Pastu, kau kena siap2 pakai tuala sebelum masuk sebab sempit sangat kalau pakai seluar tak tahu camna gaya nak bukak seluar kat dalam tu. Tu lah.. nak berak pon azab weh.. Haha. Kalau ingat balik memang nak tergelak sebenarnya.

Homestay kat Penang ni pulak dah cantik dah. Rumah aku pon kalah tapi tak ada astro jelah. Wifi nasib ada. Okey je tak ada astro pon, bukan nak duduk lama pun kan. Tapiii masalah jamban lagi. Bapak aku yak2 takleh flushhh.. eww.. haha. Nasib baik ada 2 toilet so okey. 

Eh ahkak bukan complain taw. Saje nak berkongsi cerita. Apa2 pon still puas hati jer. Janji malam tidur lena ahkak dah bahagia. =)

Destinasi pertama kami adalah Bukit Bendera. Kalau ikut kan ini kali kedua aku pergi Bukit Bendera. Pertama kali masa zaman sekolah menengah dulu2 dengan budak homeroom aku. Tapi aku ingat sampai kat stesen train tu je. Sampai kat atas aku lupe langsung lah. So jomlah kita pergi lagi.

Setiap kali masuk pulau, family aku mesti akan naik ferry dulu, balik nanti baru kitorang lalu jambatan. Tak pernah tukar lagi. Tambang dulu tak silap aku RM 7 tapi kali ni aku pergi dah naik ke RM 7.70. Tapi nanti keluar dari pulau dah tak payah bayar lagi.




Ferry Pulau Pinang yang selesa. Dah banyak kali aku naik ferry ni. Pertama kali aku naik dengan Fatin, housemate aku masa kat MRSM dulu. Kitorang kadang2 memang naik bas balik KL kat Butterworth walaupon sekolah kitorang kat Kulim. So masa tu macam teringin kot nak naik ferry jadi sebelum naik bas tu kitorang curik2 masa naik ferry ni. Aku still ingat lah sikit2 kitorang berlari2 nak kejar ferry bagai dengan baju sekolahnye. Hehehe.. Pergi pastu patah balik. Macam comel jugak lah bile teringat balik. =P Rindu pulak kat Fatin. Langsung tak pernah contact dia after kerja.




Bandar Pulau Pinang yang sesak. 

Sangat sesak! Aku rasa KL pon tak sesak camni lah. Bagi aku perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan Pulau Pinang ni adalah sempit. Jalan raya sempit, nak jalan kaki pon sempit. Matilah. Marah orang Penang baca statement aku ni. Hahaha. Okeylah2.. sempit tapi maju. Okey? =P




Malu nak suruh orang amik kan gambar, kiter selfie jerlah. Apedehalll kann.




Abah aku : Ha.. tengok. Orang Penang duduk dalam kereta tak heran pun nak keluar ke ape. Tengok orang KL, parking jer kereta cuuu.. terus keluar.

Aku terus bagi jelingan "manja" kat bapak aku. Suke taw bagi statement nyakit kan hati. =P




Me and my cousin!


Kami tiba da Bukit Bendera seawal 8.30 pagi tapi since hari ni adalah hari Ahad and cuti sekolah pulak tu, maka ramai lah pelancong berpusu2 nak naik ke Bukit Bendera walau pon masih awal pagi lagi.  Ada dua cara untuk naik ke atas iaitu by train and jalan raya. Tapi untuk pelancong macam kite ni harus guna option no 1 iaitu by train. Train die lebih kurang macam LRTlah, cuma beza die train Bukit Bendera of koslah naik bukit kan.. mihmih. Gayat jugak lah. Nasib baik laju, 5 minit dah sampai puncak. Tapi yang pasti sepanjang perjalanan tu asyik mengucap jerlah aku. Takut! 




Bukit Bendera also known as Penang Hill in english. Kalau dulu korang tanya Penang Hill kat mana confirm aku jawab " not in Malaysia ". Haha. Ahkak geografi memang fail.




Berehat sambil menunggu orang lelaki parking kereta




Sekali lagi Tuan Belog berselfie





Sarapan di puncak Bukit Bendera. Sedap2 menu kat sini and harga pon berpatutan.




Macam teringin jer nak buat arca tangan ni tapi takut lah pulak kalau simpan kat rumah, malam2 die gerak2 camner?




Penang Hill Mosque




Abah aku masih dengan fesyen jubah beliau.
Sempat solat sunat Dhuha kat sini. Bukan aku lah. Abah aku. Hihi.












Ramai jugak orang berkunjung ke Bukit Bendera ni eh. 




Cer teka tempat apa ni?




Yes.. Nak buat henna kat tangan. 
First time kot nak buat ni. Nervous. Motif nak nervous? Haha




Muka excited. First time lah katekan. Kedai ni offer RM 15 sebelah tangan.




Inilah hasilnya.

Ekceli bagi aku mahal jugak lah kedai ni cas pasalnya sikit je kot bunga2 dia. Pastu tahan 3 hari jer pastu dah hilang kena basuh time mandi. Tapi masa baru2 buat tu memang rasa cantik lah. Dok ushar tangan sendiri jer satu hari. Haha. Psiko.




Us!!
Senget kan tangan jauh2 sikit sebab nampak naw aku sorang jer kulit gelap kat situ. Hehe





Paksa abah jadi model sekejap. =D. 

Die ada pakej kaler and hitam putih. Kalau kaler RM 30 and hitam putih pulak RM 10. Err.. amik yang murah2 je lah abah eh. Sian bapak aku dapat anak kedekut. Hahahaha.





Dah siap!!

Ada aunty chinese tu cakap dalam gambar ni bapak nampak muda 10 tahun. Ekceli aku pon rasa macam tu. Pandai pelukis ni amik hati bapak aku. Haha. 





Same tak?

Krik krik krik

=D





Pemandangan nan indah negeri Pulau Pinang dari Bukit Bendera. 
Dari atas ni terkagum2 jugak lah aku tengok betapa majunya Pulau Pinang ni walaupun negeri kecik jer.




Masa nak turun, lagi gayat uolls. Dah lah trin full house siap ada yang berdiri lagi. Aku memula macam tak leh brain.. boleh pulak diorang isi orang dalam train ni dah macam sardin dah aku rasa. Mengucap aku lagi sepanjang jalan.

Bye2 Bukit Bendera.


Okey, our next destination is Batu Feringghi. Batu Feringghi juga merupakan antara destinasi pilihan pelancong2 yang datang ke Pulau Pinang. Memang sesuai untuk pasangan yang nak berhoneymoon. Kalau tak ada bajet lebih tu honeymoon jelah kat sini. Macam2 jugak aktiviti yang boleh buat kat sini antaranya.. naik bot! 





Kali kedua kami naik bot tahun ni. First time masa kat Pulau Sepetang itu hari.




Ayien and Mama. 
Ayien kecik2 dah naik bot banyak kali. Kami dulu dah habis sekolah baru lah dapat merasa nak naik bot segala.. Beza budak dulu dan sekarang. =D




Sepanjang dalam bot dapat lah dengar cerita dari pemandu bot tu tentang pantai2 yang kena tempias Tsunami dahulu. Insaf sekejap aku. 




Tempat penternakkan ikan.




Hari dah petang, perut pun dah berbunyi, moh lah kita isi perut dahulu. Destinasi kami kali ini pula adalah Nasi Kandar Beratur. Memang fofular tempat makan ni. Sebenarnya  Nasi Kandar Beratur ni bukak pada waktu malam. Siang pon bukak jugak cume kite tak panggil Nasi Kandar beratur lah. Tapi still masakkan yang sama cuma tak payah beratur. Haha. Berbelit2 nak explain.





Apa2 hal posing dulu sebagai bukti yang kami dah sampai sini




Settle. 
Alhamdulillah.. kenyang.. Memang sedap!




Nasi Kandar beratur ni terletak bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling and berdekatan dengan Penang Heritage. 

















Tak sempat buat apa-apa pun kat sini sebab masing2 dah penat. Lagipun dah petang and kejar masa nak balik. Esok ada yang kena kerja. 





Tempat Terakhir yang kami tuju adalah Pasar Chowrasta sebab nak beli jeruk. Kalau pergi Penang tak beli jeruk rugi lah kan. Penang memang terkenal dengan jeruk2 yang sedap2 and murah. Orang cakap jeruk yang paling sedap kat sini adalah Jeruk Pak Ali. Jeruk Pak Ali ni sedap sebab tak rasa gas. Kalau jeruk kat lain gas rasa kuat sikit. 





Jeruk Pak Ali terbaik!





Akhirnya kami pulang. 

First time lalu jambatan kedua Pulau Pinang. Jambatan kedua ni aku rasa lagi panjang and tak lurus. Bentuk dia macam bentuk S sikit. 

Bye2 Pulau Pinang=)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...