"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Mar 30, 2015

Singapore : Jalan-jalan (Part 2)

Helloo.. entry kali ni hakak nak sambung stori mori percutian hakak di Singapura. Dalam entry yang lepas, aku ada bagitahu yang kitorang bantai tidur sampai 2 jam after check in? Tak pernah dibuat orang kan? Macam kan kau nak bercuti kat sana 7 hari 7 malam pulak.. Haha.. Bangun pun sebab bf Farah dok hallo2 kat whatapps. Kalau tak, confirm hanyut sampai ke malam ko. Mihmih. 

Okey petang tu kitorang plan nak melawat Patung Merlion dahulu yang terletak di Merlion Park. Kitorang pergi dengan berjalan kaki sahaje sebab tempatnya tak lah begitu jauh dari tempat penginapan kitorang. Plus, Marina Bay pon berdekatan dengan Merlion Park. Hari pon dah petang, agak risau tak sempat pulak nak jejak. Lagipun sepanjang perjalanan ke Merlion Park, kitorang disajikan dengan pemandangan bangunan2 pencakar langit yang cantik lagi canggih. Terkagum2 hakak uolls. Setiap sudut pon kalau boleh nak amik gambar. Memang tak terasa pun penatnya. 


Amik gambar dari kejauhan. Masa ni baru 10 minit jalan. Ni kalau amik gambar pakai DSLR ni confirm meletop. Tapi macam tak sanggup pulak nak pikul kamera sebeban ke hulu ke hilir. Haha..


Seronok jalan2 kat sini. Bukan sajer ade bangunan2 yang moden malahan ade sungai lagi. Kalau tak silap ni Sungai Singapura. Memang aman damai jer. So kitorang menyusur sungai ni ke arah kanan untuk ke Merlin Park.


Kat kawasan ni banyak kedai2 makan. Beria2 pekerja kedai2 kat sini tarik pelanggan pergi kedai diorang. Siap cakap halal lagi. Tapi memang tak lah kitorang nak masuk sebab pertama memang agak2 was2 jugak walaupon diorang claim halal. Tapi masalah utama sebenarnya.. mahal wooo. Tak de bajet. Haha.


Kat Malaysia pon belum tentu mampu, lagi mau makan kat Singapore. Kemmm salammm.

Okey sambung perjalanan:







Both gambar aku kat atas ni Ag yang amik kan. Pandai jugak die carik angle cantik2. Nora bagi 10 bintang!






Wa.. Maybank tuu!! #batak




Me and Farah.


Ag, Nora Danish =p & Farah


Kat belakang tu Hilmi, BF nyer Farah


Kalau rasa2 ada bajet lebih tu boleh lah menyusuri sungai Singapura ni dengan bot. Tak ada bajet? Jangan banyak cakap, sila jalan kaki yer.




Dah nampak Marina Bay dari kejauhan... Excited giler dah time ni. Tak sia2 ketiak lecak berjalan kaki.


Ag ketua rombongan harus jalan paling depan.


Perut dah lapar uolls.. kita makan dulu! Aku pon dah lupa tajuk bihun ni apa. Kat Malaysia tak pernah2 beli air Coke tapi kat Singapore bertin2 aku minum. Siap tak habis, aku masuk dalam botol lagi. Kampung sangat perangai nak tapau bagai. Haha. Ag pon dah pelik sebab die tahu aku jenis tak minum Coke. Sebenarnya ada sebab kenapa aku minum Coke jer kat sana. Sebabbb.. kalau minum air kosong aku nanti asik nak carik toilet jerk. Kalau toilet ada paip tak apalah jugak kan. Minum Coke tak lah asik nak carik toilet.. Hehehe.. Macam ni punya perangai pon ada ka?? Sila jangan contohi. Minum air gas tak baik untuk kesihatan yer.



Dah sampai dah pon. Merlion Park and Marina Bay adalah dua tempat yang paling aku nak jejak kat Singapore ni. Memang teringan amat2. Rasa bersyukur sangat selamat tiba kat sini. Selalu tengok dalam gambar. Bila dah depan mata rasa macam mimpi jer.


Yang ni Merlion kecil. 


Saper yang datang Singapore tapi tak amik gambar dengan Merlion ni memang rugilah kata orang. Eh bukan orang kata. Aku yang kata. =P


Yang ni pulak Merlion besar. Suka2 hati kau je yer nak bagi nama besar kecik. Baru jer sat tadi aku tahu yang nama Merlion ni merupakan gabungan dari Mer (Mermaid = ikan dulyung) dan juga Lion (singa). Dan sesungguhnya, aku baru jugak patung Merlion ni berkepala seperti singa dan badannya adalah seperti ikan. Masa datang sini sumpah tak perasan. Nampak sangat time tu sibuk nak bergambar sahaja. Mihmihmih.


Spot Hsbc building kat situ.. Bangga sekejap jadi staff Hsbc =). Sesiapa yang bekerja dalam Global Market industries, bank2 besar seperti DBS, UBS, Jp Morgan, RBC & etc memang dah tak asing lagi bagi kitorang.


Marina Bay yang terletak di tepian Teluk Marina. Antara tempat wajib datang kat melancong di Singapore. Ingat nak naik kat taman atas tu tapi dengar kena bayar terus cancel. =P




Favourite moment kat sana =)




Me & Ag


Sedar tak sedar hari dah pon malam






Suasana malam di bandar Singapura. Masa ni kitorang tengah carik MRT untuk ke Orchard Road.


MRT kat Singapore ni memang lah efisien tapi jenuh jugak lah nak berjalan kaki kat sini. Dengan naik turun escalator lagik sebab MRT nye kan kat bawah tanah. Tension jer aku nak berjalan. Lepas tu, orang Singapore ni memang laju2 jer jalan. Even tengah naik escalator pon diorang still berjalan. Berapa kali aku kena bebel ngan Ag & Farah sebab block orang jalan. Huhu. Tapi masa ni aku masih berdaya lagi. Sakit kaki tu baru sikit2 jer rasa.




Tiba di Orchard Road. Kat Orchard Road ni terdapat deretan kedai and mall yang menjual barangan branded dari jenama yang terkenal. Tapi yang aku terpaling kagum adalah kecanggihan MRT and shopping mall bawah tanah di Orchard Road ni. Tak tahu lah berapa punya dalam. Berapa kali naik escalator tak sampai2 lagi jalan keluar. Sampaikan aku rasa macam tengah main game escape room pulak. Hahaha. Aku rasa adalah dalam 5 6 tingkat kot.

Datang sini memang tak ada niat pon nak membeli belah. Sekadar nak menjejak kan kaki jer. 

Oh ya, escalator kat Orchard Road ni seriusly sangat laju. 2 kali lebih laju dari di Malaysia. Silap haribulan kalau tersalah naik boleh terpelanting kot. #hoverhakakkonikalauciter


Daiso!! 






Walaupon kualiti gambar cap ayam, tetap confident yer letak kat belog.=P


Ini kelakar. Kita selalu dengar kan Singapore ni terkenal dengan rakyatnya yang berdisiplin dan sangat menjaga kebersihan. Kat sini, kalau buang sampah merata2 boleh didenda. Tu yang bila jumpa sampah terus cam " ala... tak adalah disiplin mana pon orang Singapore ni". Haha.. Tapi bila pikir balik mungkin pelancong yang buang bukan rakyat diorang. Suka2 hati jer nak tuduh. Dah tu, baru jumpe tisu seketul dah kecoh =P



Tak lama pon kitorang kat sini sebab nak kejar masa. Lepas ni kitorang nak ke Little India pulak. So masuk balik bawah tanah nak untuk ke MRT. Wah dah macam semut pulak nak masuk bawah tanah kan. Hehe.






Suasana di Little India yang sememangnya di penuhi dengan warga India. =)






Kalau tak silap aku, aku ada makan kat Little India ni tapi tak ingat pulak kat kedai mana. Kedai tu konsep dia macam fast food punye kedai tapi jual Indian's food lah. Yang kelakarnye kitorang tak sedar yang kedai makan kitorang masuk tu cuma jual vegetarian food only. Dah hujung2 baru perasan, mana ayam nyer? Tapi aku tanye dalam hatilah.  Hahaha. Serius terasa macam wakenabeb.

Tak tahu lah pasal apa, keluar dari kedai makan tu, terus rasa macam nak patah kaki. Penat gila.. Jalan pon dah seret2 kaki dah. Cadangnya kitorang nak pergi Toko Mutaffa sebelum pulang ke hostel. Terus aku cakap " Tak pergi Toko Mustaffa pon tak pe kot" Memang kena bebel lah lepas tu jawabnya. Heheheh.

Nasib baik diorang membebel sebab Toko Mustaffa memang tempat terbaik untuk bajet traveler macam kami ni. Tempat wajib singgah kalau teringin nak shopping kat Singapura ni. Sebelum datang sini, memang dah terbaca kat internet yang Toko Mustaffa ala2 Mydin di Malaysia. 



Seriusnya diorang ni membeli belah. Chill lah korang !.




Ag siap amik bakul lagi.


Kat sini kalau nak membeli belah kena check dulu buat kat mana. Sebab aku baru nak beli satu coklat ni sekali Made in Malaysia. Baik tak payah kan? Hehe. So carik yang Made in Singapore jek. 


Bf Farah cakap minyak wangi kat sini murah dari kat Malaysia. Aku pon tak tahu lah sebab aku pakai brand Silky Girl jek. Last picture kat Toko Mustaffa sebab kena marah ngan pak cik ni, tak boleh amik gambar katanya. Ok foine!



Diskriminasi terhadap Durian!



















Berakhirlah sudah hari perama kami di Singapore. Balik hostel.. ya ampunnnn penat gila dong! Baring jer terus rasa nikmat yang tak terhingga. Aku rasa aku tidur malam tu berdengkur bunyi motorbot kot. =.=

2 comments:

tiga lalat said...

Salam. Hee seronok ke temasek ;p

mish syura said...

memang sangat seronok. lagi2 first time ke luar negara kan =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...