"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

May 30, 2011

Kucing berantai jed

***updated***

Hai guys!

dah macam tajuk cerita dongeng kanak endon kat tv 3 tu plak kan.. hehe

Just nak updet pasal i jumpe sekor kucing ni mase kat kampung ari tu.. Mmg comel gile. Sebagai pencinta kucing tegar, memang i boleh nak kontrol perasaan la bila tengok kucing ni. Trus i panggil kucing tu dengan bahasa kucing. meowww.. meowww.. i panggil dia.. korang tahu tak, kucing tu datang taww.. ya allah.. Dah la i memang pantang tengok kucing comel, manje plak tu! Geram betul i tengok. Rase macam nak bawak balik. Tapi sayangnye dah ade tuan coz kucing tu ade pakai rantai. Rantai jed lagi kot.. kaya betul kucing ni.. hehe



ni la dia.. kucing berantai jed.. mesti korang tak nampak kan rantai jed tu.. tapi ade kat leher tu.. ya.. kucing kampung je.. tapi kucing ni best sebab ni sebab die mahu di dukung... =)

thanx for reading.. byee







May 27, 2011

Testing 123

i tengah testing nak posting pakai handphone ni.. so sila2 buat2 tak nampak entri ni ye.. ><

May 25, 2011

don't judge book by its cover

semalam waktu solat asar kat surau tempat kerja, so, i terr-nampak lah seorang staff ni, rambutnya perang tahap gila punya. kalau uolls tengok kat Diari AF9 semalam, saling tak tumpah macam rambut zaiton sameon tu ha.. haha. ekcuali, i rasa kagum sebenarnya tengok gadis yang macam tu, walaupun rambut memang karat, freehair & seksi lah jugak tapi gagah lah jugak nak menunaikan perintah ALLAH. memang i kagum.

i bukan nak cakap semua perempuan berambut perang ni tak rajin sembahyang. korang jangan salah fahamye. ni pun bukan lah kali pertama i jumpe, cume jarang2 sangatlah. biasa kalau kita pergi surau sure ramai gadis yang bertudung je kan. betul tak?.. so semalam bila i tengok dat girl dengan rambut macam tu kat surau memang i respek lah. i try jugak tengok keliling may be dia pergi surau dengan kawan die ke. yalah mungkin sembahyang sebab terpaksa, malu kat member ke. tapi memang that girl pergi sorang je. tu menunjukkan memang dia sendiri pergi atas kehendak dia sendiri.bertambah lagi rasa kagum. ALHAMDULILLAH..

masa i sekolah dulu ustaz i penah cakap, haram mewarnakan rambut sebab mengubah ciptaan NYA dan tak sah solat sebab air sembahyang tak kena. macam tu lah.. tapi bagi i.. tu semua kerja ALLAH. sekurang-kurangnya dia cuba jugak untuk mendekat kan dirinya dengan yang Maha Esa. mungkin satu hari nanti terbukak jugak hati gadis2 macam ni nak berubah supaya amal ibadat yang mereka lakukan tu lebih diberkati. kita doa2 kan lah ye.=)

May 24, 2011

Mind your own language?

as global support executive yang bekerja untuk HSBC Uk, penguasaan bahasa inggeris memang amat dititik beratkan. kalau tidak makanya your life will be in miserable forever. believe me because that was what i'm feeling for 5 month working here. nak pulak bila bercakap dengan people from london ni, faham2 je la diorang punya loghat tu memang la tak nak pekat gilerrrr.. memang susah giler nak faham kot. sirius memang korang kene korek telinga hari2 before gi keja.. haha.. ayat favourite i plak bile terpaksa cakap ngan diorang uolls nak tahu ape? meh sini i nak bagitaw

"oh sorry ahmet, i couldn't get u. can u repeat again please"
ahmet tu orang london yang selalui call

ha.. macam tu lah. berkali2 la dok ulang ayat ni sampai la faham. pastu buat2 la gelak. cover2 sikit. so that diorang ponxde lah tension ngan kita kan. kalau cakap ngan kerani biasa tu tak ape lah jugak, diorang pon tak berani nak marah kita. diorang pon faham. cume bila kita asyik xfaham je bila bercakap ngan orang2 yang pangkat tinggi tu, memang la diorang cakap macam ni
" ah u unable to understand me. can u just pass the line to your manager please"

bila diorang da sampai tahap macam tu kita pon mula lah rasa down... rasa nak berhenti lah.. plus malu lagi kalau ada yang dengar.. rasa cam kulit muka tebal5 inchi bagai. huhu.. tapi tu sume normal lah.. cume kita kene tahan sikit.. kena tabah sikit.

based on my experience, nak cakap ngan orang london je memang problem sikit. tapi kalau cakap ngan orang india ke or dengan orang malaysia sendiri memang tak ade masalah la. memang mudah nak faham slang diorang.

honestly speaking, i memang lemah sikit dalam penguasaan bahasa inggeris ni sebab dari dulu i memang kurang terdedah dengan bahasa omputih ni. i jarang dengar lagu inggeris, jarang baca novel inggeris, jarang tengok movie inggeris.. balik2 dengar lagu rock kapak, lagu jiwang karat. haha.. so that's why la kot my english memang terible gile. kalau u guys baca belog i ni pon i believe uolls can see how bad my english is. memang broken habis. but however this is one of my effort to improve my english. at least!! haha so i can't be malu2 nak tulis english walaupon hancoq sebenarnya. kalau tak sampai bile pon my english takkan improve. so uolls jangan kutuk i belakang2 eh..hehe

lagi satu cara i gunakan untuk improve my english is dengan membaca novel english. so last 2 week i beli novel english. so i da habis baca da pon.. yey! alhamdulillah. satu pencapaian gak tu dalam hidup i! memang best novel tu.


so this is the novel. Where the rainbows end by Cecilia Ahern. novel memang senang nak faham. so u guys tak payah risau. memang tak rugi lah beli.

so next will be
Sandy by Victoria Baxtor. ekceli novel ni i da beli lama dah. almost 10 years ago. masa i sekolah kat MRSM PDRM dulu lagi. perghh.. boleh simpan dalam arkib negara dah.. harga buku ni pon murah taw. less than RM5. kalau i xsilap lah. i pon tak taw la nape murah sangat.. so far dalam 10years, i penah baca suku dari novel ni tapi tak khatam2 sampai sekarang. tak tahu la pasal apa.. hihi.. so tahun ni i berazam nak habiskan. doakan i ye kawan2 xP

okey lah.. cukup la sampai sini je kali ni. i need to get ready to work. okey tata!


May 23, 2011

biar betik salma mentor 5 dapat markah ciput je dalam konsert separuh akhir semalam.. whatthefishcake?


tuan punye gambar mohon pinjam ye gambar ni dalam blog saya.. hehe

serius masa tengok konsert mentor semalam i macam tak percaya je dengan keputusan markah salma. terlalu ciput kot. padahal sebelum ni markah dia punye lah meletop-letops. 80 la.. 70 la.. tibe2 dalam konsert suku akhir dapat 49 je. dalam konsert separuh akhir lak dapat 46 jerrrr.. whatthefishcake?

cam tak logik je kan?? uolls xrasa macam tu ke?.. kalau protege yang lain tu dapat markah lebih kurang sama tu i boleh terima lah jugak. ni jauh gilak beza. terutama protege si EDRI. tibe2 je dapat markah paling tinggi. hurmmm... xpuas hati gila mak cik dibuatnye. si shiha pon sama. i memang kureng sikit ngan shiha ni. bukan ape.. i rasa die ni very la the plastik. konon2 lembut gile la bile jadi protege sharifah aini kan. padahal dulu nak masuk AF3 tak lepas.. memang takde kene mengene.. so what? eee.. nak geram la.. boleh tak? tak berkenan betul la mak cik nak buat bunga plastik ni buat menantu..tibe2

lepas tu memang la at last salma dapat jugak masuk final tapi cam tak best lah pulak masuk dengan cara macam ni. macam masuk final sebab kesian la pulak. tak suka lah macam tu.

ape2 pon i harap sangat salma akan jadi juara mentor tahun ni.
GO SALMA!!!

lepas layan mentor i gatal2 pi tengok Niyang Rapik kat astro prima. tengok ngan mak bapak ape ade hal kan.. hahaha.. hamik ko.. malam tadi cuak nak tido.. terbayang2 lak muke asemua cite antu yang i tengok.. hahaha.. ermm..bila la nak hilang penakut i ni... haishhh

May 22, 2011

Jalan-jalan pergi kerja



Hello!!
jumpe lagi uolls. hamik ko ari ni je 3 kali i hupdet blog. semalam pon 3 kali jugak. i ni memang la. kalau time malas berminggu2 tak hupdet blog. tapi bila time rajin jadi macam ni lah. i pon heran.. haha.. lagi pun memang da lama i nak updet entri ni. cume malas je. so sementara tengah rajin ni baik i habis kan entri ye dak?=)

hari ni i nak bawak uolls sume mengembara. mengembara? yeah.. mengembara nun jauh ke pick up point (to be exact bus stop tempat i naik bas la hehe..). kat seksyen 9 je pon..

jom layan


eh.. asarichan! hehe i saje je snap gambar ni. before i pi keje biasenye i tengok kartun ni dulu. layan jugak taw buat layan stress.. macam budak2 kan.. helloooo.. ada aku kisah?.. haha okey, bye asari xP - ops sebelum kluar jangan lupe tutup tv dulu. biase i keluar rumahdalam 3.28. kalau i nak beli barang awal lak sikit keluar.

kita mulakan pengembaran dari tangga rumah i dulu. eh lupe nak bagitahu, rumah i ni rumah flat. to be specific, i stay kat berek polis seksyen 9. rumah i tingkat 5.

Bismillahirrahmanirrahim

ni plak luar dari bangunan flat rumah i. so i akan jalan kaki mula dari sini.

jangan lupe berenti dulu ya. kalau tak berenti nanti polis tangkap. takut tak?

nampak x bangunan putih kat depan tu. itu adalah IPD shah alam. baru beroperasi tahun ni sebab tu la bangunannya masih putih melepak lagi. haha

jalan lagi.. lalala

ekceli hari2 kalau i lalu sini mesti nampak macam2 orang datang kat IPD ni. tu la.. busy jadi polis ni sebenarnya. banyak kes diorang kene settle woo

okey kalau pusing belakang uolls akan nampak


yeah.. bangunan flat rumah i..
dah lebih 10 tahun i dok sini
home sweet home
=)

okey,jangan berenti. kita jalan lagi yer

okey, ni da keluar dari kawasan rumah i. kadang2 i tension gak lalu sini. yelah.. kadang2 ade motosikal lalu sini, jalan lak sempit. dari jauh diorang dah hon. sentap je. xsuke taw. diorang buat tu betul la dari diorang terlanggar i kan lagi la rase nak pukul orang kan. tapi i tetap tak suke. tu baru motor. kalau nasib tak baik ade plak awang hitam plak lalu lalang. memang i tahan nafas la kan. diorang da lepas satu batu pon i tak lepas lagi tu..haha.. hello, i bukan nak diskriminasi taw. tengah panas kot waktu ni. memang xsanggup i nak bau. xtaw la kalau sanggup kan. hehe.. tapi xla sume. kadang2 ada gak kaum diorang ni pakai minyak wangi satu botol.


ha.. ni yang paling special. lalu sini pon ada tasik taw. best kan. dulu i ingatkan longkang.. haha kalau time cuti sekolah nampak la budak2 berek memancing.

okey, anyone live in shah alam penah nampak signboard ni x?=.=

okey, hampir sampai. jangan risau xjauh lagi dah. depan nun je. kat sini bahaya sikit. kene tengok kiri kanan kalau nak lintas. banyak keta woo.

ni dia pusat seksyen 9. apa da pusat lol

ha... sampai jugak akhirnya.. pheww.. letih tak? ni dia bas rapid ke cyberjaya. no bas 705. every 45 minit bas tu ada tercongok kat situ. efective kan. so overall, perjalanan dari rumah sampai la kat sini cume amik mase 10 minit je pon. xlama. tapi kalau tengah panas terik penat jugak lah jadinya.. huhu so far sepanjang 5 bulan i kerje baru sekali i terpaksa harung hujan.. alhamdulillah. tu tandanya ALLAH sayang. dia permudah kan perjalanan i nak mencari rezeki.

to be continued....



bila i da membebel

hai olls
selamat hari ahad semue

kalau diikutkan hari ni i nak updet pasal konvokesyen i yang berlangsung khamis lepas sebenarnya tapi disebabkan internet lebab cam pork, so i tangguhkan dulu. yalah kalau nak tulis entry pasal konvo ni haruslah diselitkan ngan gambar2 kan. internet tengah lembab macam ni memang tak dapat la kan nak upload sekeping pon.

so untuk entri kali ni i nak membebel je. boleh tak??? erm kalau tak boleh pon kene bolehkan jugak.. hehe

okey, my life sekarang okey la. fyi, i still lagi keje kat HSBC Cyberjaya as Global Support Executive. so far keje i okey la.. nak kata best sangat pon tak. nak kata teruk sangat pon tak. cuma biasalah.. manusia memang tak lari dari ketidakpuashatian. so am i!.. ade lah certain things tu yang buat i tension gak lah. plus, bukan berkaitan ngan keje pon tapi berkaitan ngan orang. dalam hampir 5 bulan i keje kat sini i da buat 2 queue. (dalam department i ni dibahagikan pada 6 grup yang buat keje berlainan) my 1st queue tu memang agak teruk la sebab every currency ada cut off time masing2. so teruk gak lah nak kejar cut off tu, plus kene buat buat investment lagi. kalau terlepas buat investment tu memang mati.. eh tak ade lah sampai mati tapi teruk lah kena bebel ngan manager n senior. tu yang tak leh blah tu. memang masa dekat2 cut off tu kelam kabot giler ah. kalau beza cut off setiap currency tu sejam tak pe la jugak. ni ada yang 5 minit je, ada jugak yang sama. 3 bulan i kat queue tu i memang tak sempat nak kenal orang la. bukan tak nak tapi memang tak sempat kot. nak pergi toilet pon pikiaq 10 kali. punye la kan.

so, last 2 week i masuk queue baru. queue baru ni agak susah jugak lah coz main inputter kan. faham2 je lah. keja input mengimput ni memang terdedah pada error. tapi i pon tak nak lah merungut banyak2. i pon faham dalam dunia ni mana la ada kerja yang senang. cuma i agak sedih lah mentang2 lah i ni budak baru kan banyak inx yang i kena buat. i tau lah tu salah satu proses belajar. tapi ntah lah..

ada setengah orang, bila rasa dirinya dibuli, mereka berani bersuara. tapi orang penakut macam i ni.. memang tak boleh nak buat apelah.. diam je. kat blog berani lah nak cakap lebih2. tu pon sikit2 cuak jugak kalau diorang jumpa blog ni.. masak mak cik. resign trus. hahaha

tambah lagi bila senior cakap macam ni

" macam mana hari ni. boleh buat tak?... kitorang bukan buli tau. ni untuk kebaikkan jugak.. "

camane tu?.. diorang sendiri dah sound awal2 diorang bukan nak buli. memang tak boleh nak kata ape lah. cuba kalau i tibe2 cakap i xlarat nak buat bagai. sure kena mark. sure nanti diorang cakap kitorang dulu lagi teruk lah.. kitorang dulu lagi sikit orang lah boleh je buat.. bagi alasan macam tu memang tak laku lah ngan i. boring!

sebenarnya i cukup tak suka perkataan buli ni. intepretasi buli ni huduh benar bagi i. terasa diri sendiri macam bangang sangat je bila rasa di buli. macam lemah sangat. bebal, bodoh dan sewaktu dengannya. lebih2 lagi bila orang lain pon perasan diri kita ni macam di buli.

ermm.. ntah lah.. kerja tetap kerja kan. =.=

Hazama - Segalanya Ku Terima - Ilusi

ni baru lah bakal juara AF 9 ^.^

u doing great HAZAMA
i think u sing far way better than the original singer
GO! GO! GO!



LOL
cik cura

May 21, 2011

HAZAMA AF9- OH SOUL BROTHER!! I'M IN LOVE WITH U




ingat tak dulu dalam entry ni i pernah cakap yang HAZAMA yang memang tak boleh pergi jauh lah.. HAZAMA memang tak de market lah.. kalau ada market da lama boleh jual lah.. OH.. malunya i kerana mengatakan ayat2 sebegitu rupa.. kerana sesungguhnya i menarik balik kata-kata i tu... kesal sungguh hati ku ini atas keterlanjuran mulut ku ini

sebab...........

I'M SO IN LOVE WITH U HAZAMA!!!!!!


I'M SO IN LOVE WITH U HAZAMA!!!!!!


I'M SO IN LOVE WITH U HAZAMA!!!!!!


I'M SO IN LOVE WITH U HAZAMA!!!!!!
berapa kali nak ulang da...


dulu masa tengok hazama dalam meet uncle hussein dengan rambut macam ni rase macam nak ambik gunting potong rambut mamat ni. tapi sekarang hazama ikat tocang pon i tak tidoq malam.. haha over gila


tak taw la ni gambar zaman bila. dulu tengok memang rasa nak baling telor tapi sekarang tengok rasa nak masuk minang.. hahaha lagi over giloss



hah.. jangan cakap la.. dulu kini dan selamanya hensemmmm - ok over gila nak mam***


go hazama go!
i know u will win this competition

yeah!! juara AF tahun ni adalah HAZAMA
ah tak de.. i tak kire!
kalau dia tak menang, i tak nak tengok AF tahun depan.. hahahaha

kau tak perlukan emniti--> okey fine i tak reti eja benda alah ni.. so what?
sebab memang sah2 kau pergi final
eh bukan.. memang da confirm la kau ni juara AF9

^_^

jangan lupa AFUNDI HAZAMA!

yeahhhh

Bakal jadi mak cik.. yahooo =)




salam semua
kabare wak? -----> teringat dulu masa zaman pertengahan (zaman sekolah menengah) suke tulis surat tulis surat letak this.. haha.. budak2 betul!

ha.... bakal jadi mak cik? how on earth i can be a mak cik.. walhal i anak sulung n my only brother is only 21 n xada girlfriend plak tu.. huhu.. apakah?

hehe..ekceli not really biologically mak cik la guys.. one of my bestfren da pregnant taw... wow.. great huh?.. tapi anak siapakah yang begitu bertuah sehingga i dengan bangga mengaku mak cik nya.. statement perah santan haha


guess who??? guess! guess! guess!

sape lagi.. klu bukan the one and only sepet la.. ngee.. i'm so happy for her.. lebih2 lagi i adalah kawan pertama yang dapat tahu berita gembira ni dari mulut sepet sendiri.. harus lah rasa bangga wo.. B-)..





this picture taken on our memoriable convocation ceremony last thursday (19/05/2011). kredit to ain abu zarin

kalau tengok dari gambar kat atas memang nampak sangat muka sepet pucat kan. can u guys see that? helloo.. who cares? she's pregnant kot! korang hado???..tibe2 time ni pon sepet mintak gula2 coz feeling2 nak muntah gitu tapi memang xde sape ade la kan. waaa...bestnye muntah2 cooz mengandung.. ermm nak jugekk...huhu.. tapi pucat orang mengandung ni memang lain.. tetap nampak cantik je. cuba kalau aku yang bermuka pucat tu. confirm korang da cakap budak ni xcukup makan ke hapa.. bawak2 la pakai bedak ke lipstik ke.. hahahaha

to my darling sepet

tahniah kerana bakal jadi ibu lagi 8 bulan. i'm so jelous with u la.. ^.^ sebagai kawan, aku tumpang gembira dengar berita ni. yeah.. aku tahu ko pun sedih sebab belum ada rezeki untuk bekerja tapi who cares? don't feel bad. sebenarnya aku rasa kau la orang paling bertuah dalam dunia ni. sape perlukan semua ni bile ko ada seorang suami yang aku percaya akan sayang dan cinta kan ko sampai mati. bukan tu aje, seorang anak yang bakal lahir dan menjaga ko bila hari tua nanti. aku pun belum tentu dapat apa yang ko dapat huhu..

so, jaga diri baik2 n lahirkan anak yang sihat okey.. moga ALLAH murahkan rezeki untuk anak ini ye.. AMIN=)

ini baru la seni namanya



mempersembahkan

hasil seni terbaik abad ke 2020

taraaaa


mesti korang nak cakap

"seni pala otak ang!"

hahaha

pada kaum wanita yg rajin masuk dapur mengoreng bagai sure dapat agak kan nama tangan i jadi camni.. yeah tangan i terkene minyak panas.. haha.. padan muka i.. agaknya i ada buat dosa kat mak i kowt, tu pasal la jadi camni.. huhu.. eh tu i pakai agak je.. uolls jgn percaya bulat2 plak..

ekceli i tgh masak kepok lekor masa ni.. so i nak balik2 kan la kepok lekoq tu.. sekali kepok lekoq tu malatops tersimbah minyak kat tangan i yang mulus ni.. pergh.. terbaik.. memang best giler.. i pon cepat2 la cucuh air kat tangan i ni.. baru rasa okey.. tapi rupanya xlama.. tibe2 tangan i jadi pedih2 manja gitu.. apa lagi.. i yang bijaksana ni pon pi sapu minyak gamat panas kat tempat kejadian (tangan la lol).. hamik ko.. gelombang-gelombang air plak timbul.. sakit wooo.. tahan je la.... pastu mak i balik tgk tangan i, apalagi trus membebel sapa ajar letak minyak panas kat luka tu.. mana la i tahu kan.. apa2 pun syukur lah minyak tu tak kene muka i yang "cantik" gilak ni.. kalau x.. sumpah nanes 7 hari 7 malam.. huhu



alamatnya pas ni kalau mak i suruh goreng kepok lekoq

"xmaw la... along fobia dah.. takut malatops minyak tu kene tangan lagi.. mak je la goreng ye"

boleh x jawab camtu?

haha

^_^

bai




May 8, 2011

Nak updet blog tapi xdo idea.. camno tu? =.=



idea.. idea
ku seru kau datang pada ku

haha
boleh x panggil idea datang camtu

LOL

bai

May 7, 2011

happy sabtu day!!!

Hi
happy sabtuday guys
^.^

best gile kan bile hari sabtu menjelma
rasa cam nak makan, tido ngn tengok tb je sepanjang hari
klu time baru dapat gaji plak boleh shopping satu hari..
bestnye.. mmg terapi paling terbaik lepas dapat penat bekerja 5 hari

^.^

oke, for those yg da baca my previous entri mesti uolls rase cam geli2 kan tgk pic ham sandwich yang i letak dalam entri tu.. euwww..sorry ya guys.. coz i sndr pon rase cam nak muntah plus jijiks... geli sgt bile i bace balik entri tu n terpaksa mengadap pic ham burger tu.. oh gosh.. nak delete malas plak.. huhu.. xpe la..

walaucamnepon, i still feel trauma pasal kes makan barbie tu.. rase cam xpercaya je.. huhu ermm.. whatever it is.. i bukan sengaja nak makan menatang haram tu.. xsengaja xpe kan.. hihi

oke syura, stop thinking olls these crap okey?!!

*******







May 6, 2011

OMG!! i think i ate pork and i just knew it









as u guys can read..

AKU RASA TERMAKAN BABI


TERMAKAN BABI

BABIIIII

i bukan nak buat drama okey
i'm not a drama queen
i'm such a innocent girl *innocent la sgt kan =.=
plus, xkan la i nak buat drama pasal babi
babi kowt
najis mughallazah
najis paling berat
haram utk bagi orang islam untuk menyentuh
apatah lagi nak makan menatang haram jadah tu

tapi
siapa sangka i pernah TERmakan menatang di panggil babi tu
and i just knew it
i feel like crying
klu my colleague xinform me
sure sampai sudah i xtaw dat sandwich is a ham sandwich

i try google ham sandwich to find some input
and i found this pixta


my god!!
isi dalam sandwich yg i makan tu sejibik mcm kat atas ni
SHITTT!
WHY LA ORANG KEDAI TU XLETAK NON HALAL SIGN KAT SITU!!

rasa cam nak gugur jantung
tapi i try to think positif
mungkin ade chicken ham or whatsoeva
i scroll down and this pixta appear



**pengsan 88 jam**

Ya Allah
betul ke i da makan babi ni korang???


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...