"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

May 22, 2011

bila i da membebel

hai olls
selamat hari ahad semue

kalau diikutkan hari ni i nak updet pasal konvokesyen i yang berlangsung khamis lepas sebenarnya tapi disebabkan internet lebab cam pork, so i tangguhkan dulu. yalah kalau nak tulis entry pasal konvo ni haruslah diselitkan ngan gambar2 kan. internet tengah lembab macam ni memang tak dapat la kan nak upload sekeping pon.

so untuk entri kali ni i nak membebel je. boleh tak??? erm kalau tak boleh pon kene bolehkan jugak.. hehe

okey, my life sekarang okey la. fyi, i still lagi keje kat HSBC Cyberjaya as Global Support Executive. so far keje i okey la.. nak kata best sangat pon tak. nak kata teruk sangat pon tak. cuma biasalah.. manusia memang tak lari dari ketidakpuashatian. so am i!.. ade lah certain things tu yang buat i tension gak lah. plus, bukan berkaitan ngan keje pon tapi berkaitan ngan orang. dalam hampir 5 bulan i keje kat sini i da buat 2 queue. (dalam department i ni dibahagikan pada 6 grup yang buat keje berlainan) my 1st queue tu memang agak teruk la sebab every currency ada cut off time masing2. so teruk gak lah nak kejar cut off tu, plus kene buat buat investment lagi. kalau terlepas buat investment tu memang mati.. eh tak ade lah sampai mati tapi teruk lah kena bebel ngan manager n senior. tu yang tak leh blah tu. memang masa dekat2 cut off tu kelam kabot giler ah. kalau beza cut off setiap currency tu sejam tak pe la jugak. ni ada yang 5 minit je, ada jugak yang sama. 3 bulan i kat queue tu i memang tak sempat nak kenal orang la. bukan tak nak tapi memang tak sempat kot. nak pergi toilet pon pikiaq 10 kali. punye la kan.

so, last 2 week i masuk queue baru. queue baru ni agak susah jugak lah coz main inputter kan. faham2 je lah. keja input mengimput ni memang terdedah pada error. tapi i pon tak nak lah merungut banyak2. i pon faham dalam dunia ni mana la ada kerja yang senang. cuma i agak sedih lah mentang2 lah i ni budak baru kan banyak inx yang i kena buat. i tau lah tu salah satu proses belajar. tapi ntah lah..

ada setengah orang, bila rasa dirinya dibuli, mereka berani bersuara. tapi orang penakut macam i ni.. memang tak boleh nak buat apelah.. diam je. kat blog berani lah nak cakap lebih2. tu pon sikit2 cuak jugak kalau diorang jumpa blog ni.. masak mak cik. resign trus. hahaha

tambah lagi bila senior cakap macam ni

" macam mana hari ni. boleh buat tak?... kitorang bukan buli tau. ni untuk kebaikkan jugak.. "

camane tu?.. diorang sendiri dah sound awal2 diorang bukan nak buli. memang tak boleh nak kata ape lah. cuba kalau i tibe2 cakap i xlarat nak buat bagai. sure kena mark. sure nanti diorang cakap kitorang dulu lagi teruk lah.. kitorang dulu lagi sikit orang lah boleh je buat.. bagi alasan macam tu memang tak laku lah ngan i. boring!

sebenarnya i cukup tak suka perkataan buli ni. intepretasi buli ni huduh benar bagi i. terasa diri sendiri macam bangang sangat je bila rasa di buli. macam lemah sangat. bebal, bodoh dan sewaktu dengannya. lebih2 lagi bila orang lain pon perasan diri kita ni macam di buli.

ermm.. ntah lah.. kerja tetap kerja kan. =.=

1 comment:

Anonymous said...

Most powerful&cost effective SEO service in world get up to 100K backlinks now!
Get incredible web traffic using superb xrumer service available. We can post your custom post up to 100K forums worldwide, get thousands of backlinks and amazing web traffic in shortest time. Most affordable and most powerful service for web traffic and backlinks in the world!!!!
Your post will be published up to 100000 forums worldwide your website will get insatnt traffic and massive increase in seo rankings just after few days or weeks. Order now:
xrumer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...