"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Jun 24, 2015

#sembang-sembangkosong


Sedar tak sedar dah nak masuk 7 hari kita berpuasa. 
Cepat betul rasa masa berlalu. Tup tup nanti dah nak raya jer dah.. Tak bestnyeeee. Cepat sangat lah.. Apa pun tak ready lagi ni.. hukhuk


Alaaa.. tak tahu lah nak update ape.. ermmm.. Kerja kat ofis? Alhamdulillah.... semuanya okey walaupon Shaqira tak ada.. Aku pun tak sangka.. Selama ni buat kerja kelam kabut.. rasa macam nak mati jer bila balik rumah.. Tapi dua hari ni aku buat sambil bertenang2... tak rasa penat langsung.. Padahal banyak kot kerja tadi. Suke giler. La ni terus terpikir.. Nape lah aku dulu tak macam ni. Haha. Tak apa lahhh..

Puasa tahun ni adalah antara puasa yang paling menyeronokkan kat ofis. Macam bahagia gila rase.. Hahahaha.. entah pape entah jer kan.. Ekceli suka gila sebab dapat geng2 makan baru. Setiap kali buka puasa mesti bergelak ketawa.. Best sangat. Geng makan baru tahun ni adalah Ag, Shaqira and Zul (Joy). Tapi still rindu kat Farah. Kalau Farah and Dayana still kat sini mesti lagi seronok.

Mungkin Raya tahun ni seronok kot kat ofis? InsyaAllah... 


Okey lah..Selamat bersahur semua =)


Jun 22, 2015

Keep Calm sebab kerja banyak menanti kat ofis

Shaqira ada training.. so for the next 3 days aku akan buat kerja sorang2..
Pikir jer pon dah buat aku penat.. T_T



Harap2nya urusan hari ni dipermudah kan oleh Nya..

Insya Allah...

Iftar with BFF and bloggers kat Restoran BGR

Assalammualaikum and Selamat pagi semua..

Hari ni kan (Ahad. 21/06/2015) dalam sejarah aku pergi berbuka puasa dengan bloggers. Sangat2 berterima kasih dengan Mas sebab sudi mengajak BFF die yang omel2 ni ikut sekali.. Lagi pun dah pesan kat Mas.. kalau ada event pape2 jemput lah BFF die ni.. memang aku teringin pun. Bagus jugak si Mas ni join EFG club ni eh.. Aku pun untung sama. Hihihi.. Sayang ko lebih lah Mas camni.. =D

Lama jugak tak jumpa si Mas ni.. Last jumpa tahun lepas 30/05 masa kenduri kahwin Fiza. Nama jer BFF kan tapi nak jumpa setahun sekali pun punye lah susah.. Padahal sama2 duduk Shah Alam kot. Tu yang bila dia ajak buka puasa same2 ni terus aku cakap ' nakkkk ituttttt'. Haha. Anje2 angat kite kan. Hik.

Tepat pukul 5.15 pm aku terus pecut pergi Bukit Kemuning rumah Mas.. Eh sebelum tu isi minyak dulu kat Petronas Sek 6. Nyampah sangat bila kena isi minyak sebab aku kan serupa mak cik.. so macam terkedek2 lah nak gi bayar, nak angkat benda alah tu masuk dalam tangki lagi. Dah lah aku parking rapat, dahhhh sempit nak lalu.. Lepas tu boleh pulak dalam dilema nak amik minyak mana satu. Sebabnye aku tak sure mana satu yang murah.. haha.. Isi RM 50 tapi nak dekat RM 49 tank dah full. Aku nak mintak balik baki tapi dah ada satu motor dah tunggu.. Siap vroommm2 lagi. Hek elaaa.. sibuk jerrr kau ni..  pergi lah yang kosong tu. Kecik beso kecik beso jer aku nengok mamat tu. Kau jangan sampai aku tunggu kau kat simpang depan (macam berani pulak ko kan =P). Last2 tak yah amik baki terus jalannnn. 

Sampai kat umah mas.. terus comolot melepas kan rindu.. # hover. =P

Destinasi berbuka puasa kami pada petang itu adalah Restoran BGR ( Bangi Golf Resort ). Mas ada buat review kat entry ni. Alhamdulillah.. dengan bantuan Waze aku berjaya sampai ke destinasi dengan jayanya.. senang gile kot nak pergi.. Tapi ikut jalan jauh lah.. ikut ELITE.. 70 km kot.. Macam nak balik kampung dah. Tapi sejam dah sampai sebab jalan tak jem. 


Ini lah Mas Din. Masa sampai tu Mas cakap ala... nervous lah pulakkk.. ko jangan buat pasal Mass.. Tak pasal2 kite jadi kera sumbang kat situ kang. Haha. Tapi aku tak nervous pon sebab aku kan peneman jer. Fungsi aku hanyalah untuk makan jer. Ko sila bersosial yer Mas. =P

Sampai2 kat situ kena register dulu. Rasa macam pergi dinner HSBC pulak.. Hehe. Tahun lepas pon kitorang buat Golf Club jugak. Lepas tu check senarai nama booking. Nampak nama2 besar Ben Ashaari, Red Mummy and PCL.. Omaigod.. Terus rasa teruja.. Masuk2 dalam dewan terus nampak Red Mummy.. Rasa macam nak amik gambar jerrr tapii malu. 



Ni beratur untuk amik Kambing golek.. 


Eh Kambing bakar lahh.. alah.. same lah tu.. Janji kambing kan.


Masa ni dah menggigil dah kaki tak sabar nak makannn. Mulut dah membebel dah apasal lama sangat beratur niii. 



Lauk pauk tapi i tadek masa nak makan nasik hari ni. I nak makan westernn hokey.




Mas dengan baby Amal. Baby Amal ni anak kepada blogger Irrayyan. Selain blogger Irrayyan aku duduk satu meja dengan blogger Wayne Haraz. Tau pon sebab bace link kat baju dia. Peh dasat giler EFG ni. Siap tempah baju bagai. 


Benda yang aku terpaling suka sekali bila makan di hotel (walaupon ni bukan hotel) adalah dessert.. Tapi yang ni tak adalah sedap sangat tapi okey lahhh. Pejam2 mata akak ko ni makan. Menikmati katenye.


Ni kat bilik solat walapan padahal tak sembayang pon. Hihihi.. Malu lah kite nak tunggu kat luar kan. Kite jadi baby sitter. Mas masa ni jahat tau.. Aku nak pegang sekejap jer tapi dia tak mo amik balik.. Nasib baik lah baby ni tak nangis taw. Grrr.. aku dah cuak dah.


Persis ibu mithali..
Setiap kali gambar dukung baby jer mesti "caption" same jer.. Haha


Masa ni tengah tunggu mommy irrayyan bersiap. Kita pinjam anak dia buat modal berposing. =)


Favourite picture of the day =)


Wedding pon boleh buat kat sini. Tempat luas.


Suruh Mas buat gaya natural tapi apasal muka macam tengah tahan kentut jerr



Sweet lah kononnya. Tak okey. Haha. Baby tu je yang omel. =P


Lepas tu kitorang sambung makan balik sampai lah settle. Peh kenyang giler. Bila dah kenyang semua benda jadi masin lah masam lah.. Haha. hujung2 bertekak ni ko punyer.. aku dah makan sikit yang ni.. ni bahagian kau pulak.. Hahaha.. =P Sweet kan kami?

Tengah2 makan tu PCL tegur Mas. Jelezzsss. Kite baca belog PCL dah lame tau tapi PCL tak kenal pon kan. Mas kan kalau depan makanan kan dia tak boleh toleh2 dah.. Kalau mak dia kat sebelah pon dia tak ingat dah. Bukan nak mintak amik gambar sekali ke ape kan. Kalau tak boleh iolls tumpang sekaki =P

Lepasss tuu tetiba blogger Wayne Haraz tu kata ade Wak Doyok. OMG!. Nak sainnn. Tetiba aku jadik peminat Wak Doyok malam tu. Padahal sebelum tu tak pernah minat pon.. Haha. Tapi aku tak ada lah nak amik gambar. Maluuuu. Hiks.


Muka kekenyangan. 


Mas pon pakai baju EFG die. Saje jer nak buat i jeles kannn.


Mata dah ngantuk dah. Tapi boleh lagi drive. Jangan risau. =P



Ada band nyanyi. Sedap gak.


Last dessert of the day. Sedapppp. Aku pon dah lupa tajuk dia. Aku makan sampai tambah dua kali. 




Sebelum balik kita amik lah gambar dahulu. Ni blogger Safurara kot. Cantik orangnyer.
Teringin jugak nak amik gambar sekali ngan Safurara ni sebab cantik kan tapi macam segan jugak. Lagi pun aku bukan readers or ahli EFG kan. Tak apa lepas ni kite singgah yer.

Tetiba teringat.. Mass dia cakap kat blogger Irrayyan tu, nilah Sugary Syura.. OMG.. rasa nak nyorok bawah meja sebab malu. Macam lah dia kenal weh. 


Comel!!


Ni lah blogger Irrayyan. Kecik molek orangnyer. Ha... nak citer.., boleh tak Mas die buat kelakar, masa salam Irrayyan , boleh pulak dia gi cium tangan orang tu.. padahal rakan sebaya kot.. Ko dah kenape Mas oiii? Hahahaha.. Orang tengah kenyang ni ko buat lawak pulak eh. Sakit perut aku gelak. Kang tersimpul usus perut aku, apa ko nak jawap kat bapak aku?. Lepas tu nak sound orang pulak " Ko gelakkan aku eaaa" . Padahal dia yang buat kelakar. Hahaha.

Amponnn Mas.. sesekali nak bahan kau. Jangan lah mara yerr. Muahhh. =P


Picture of the day. Tapi tu lah.. Aku tak adalah bergaul sangat pon.. Cakap sesikit jerrr pon. Harap2 lepas ni diorang tak serik lah kalau aku ikut lagi. Mihihi.

Nak balik tu macam kelakar sikit lah sebab nak ikut jalan masa pergi tadi tapi ingat sikit2 jer. Last2 lalu jugak Sungai Besi. Puas godek2 Waze tak jalan jugak. Redho jerrr lahhh. Si Mas suruh aku follow kereta blogger Irrayyan dari belakang sebab katanye tinggal kat Klang. Macam psiko pulak bunyik nyer.. Nanti kang diorang ingat apahal Saga FL hitam ni dok follow aku jer dari tadi. Tak pasal2 jer kang.. haha.. Gurau jerk.

Anyway.. sangat fun hari ni... Happy Working Guyss. =)



Jun 21, 2015

Dapat surat cinta dari MBSA lagi

Buat sekian kalinya Kak Pah dapat 'surat cinta' dari MBSA lagi.. Haha.. Sayang bebetul MBSA kat Kak Pah eh.. Every year mesti dapat. Geram rasa nak cabot jer mesin parking tu. Rasanya dah nak masuk kali ke 5 kot sepanjang Kak Pah kerja. Sangat pemurah Kak Pah ni membayar saman kat dorang kan.

Aduii (teringat Joshie).. Kak Pah pon tak tahu lah kenapa Kak Pah malas bebeno nak membayar parking kereta. Masalahnya bukan sebab kedekut nak bayar parking ke apa sebab berapa sen lah sangat kan.. Tapi masalah nya Kak Pah malas nak menapak ke mesin parking tu. Haha.. Boleh tak?Seriusly Kak Pah malas tahap dewa. Kalau parking jauh dari mesin tu lain lah citer kan. Ni kadang2 jarak mesin tu dengan kereta kurang 5 tapak pun tetap malas yer. Teruk sangat dah hoi penyakit malas hakak ni. Kadang2 tu hakak sendiri pelik.. ape ke teruk bebeno tahap pemalas tu. Lulz



Nasib baiklah kalau bayar before 24 jam RM 10 jer. Laju2 bukak website MBSA, bayar online jer senang. Boleh refer kat sini untuk bayar saman MBSA secara online.

Lepas ni tekad nak bayar duit parking.. Tak mo lah malas2 lagi. 

Jun 19, 2015

Aku sedih




Hari baik, bulan baik ni.. kalau boleh aku memang tak nak lah bercakap tentang perkara2 yang negatif.. tapi.. entah lah.. aku tak tahu nak luah kat sape lagi. Nak luah kat family.. aku memang bukan jenis yang share masalah dengan mak ayah aku. Nak luah dekat kat member.. saper jer yang nak dengar.. diorang sendiri pon ada masalah masing2.

Sebenarnya masalah aku ni berkaitan dengan tempat kerja. Tak ada apa yang serius pon. Aku tak ada gaduh ngan saper2 pon. Cuma aku dah tak tahan dahhhh. Kata orang sabar tu ada batas nya. Memang betul pun. Aku rasa kesabaran aku ni dah sampai limit dah ni. 

Aku memang kerja keras. Komited... Bertolak ansur.. Tapi apa yang aku dapat? Kerja sendiri pun dah bertimbun, kena pulak tolong kerja orang lain pulak.. Tapi at last.. orang lain yang dapat reward.. Aku dapat apa..? Dapat penat adalah.. dapat sakit hati.. 

Sedih laaa.. Memang sedih sangat.. Somehow aku rasa macam dah buat decision yang salah untuk kerja kat sini. Rasa macam frustrated sangat. 


Jun 18, 2015

Niat Puasa Sebulan

Macam tak cayer pulak hari ni dah mula puasa kan. Ni tengah tunggu Kak Siti siap masak untuk sahur jap lagi. Masak ikan sambal kot. Bau macam sedap. Terbersin dah ni. Ermm tak sabarrr nak makan.

Lepas balik kerja tadi sempat buat solat sunat terawikh tapi sorang2 jelah. Nak solat berjemaah kat surau memang idok lah jawab nye sebab kerja kan. Hujung minggu boleh lah. Tapi tu semua bukan penghalang untuk kita mengejar pahala di bulan yang penuh barakah ni. Islam itu memang indah.. Tak pernah menyusahkan pengikutnya. Alhamdulillah.

Kalau tak silap aku perempuan lebih afdhal untuk bersolat di rumah berbanding bersolat berjemaah di masjid. Malah pahalanya pon adalah lagi besar. Rasa untung sangat jadi perempuan..

Sebelum terlambat jom lah kita baca niat berpuasa dahulu. Korang mesti dah baca sebelum tidur tadi kan. Aku baru nak bace ni. Aku kalau baca niat puasa memang amik yang sebulan terus. Senang! =)


Selamat bersahur dan berpuasa =)



Jun 17, 2015

Esok Puasa!

Teringat masa zaman kecik2 dulu.. aku lah orang yang paling tak suka sekali bila Ramadhan menjelang. Sebabnya apa lagi.. tak boleh nak makan waktu siang laa.. Haha.. biasalah budak2 kan.. Lepas tu dok lah mengira hari bila lah nak berakhir azab ni. Jahat kan? Eh even sampai remaja pun aku tak berapa happy bila nak dekat bulan Ramadhan. Rasa tertekan sangat bila tak dapat nak makan and minum. Terpaksa berlapar sepanjang hari. Paling seronok bila 'kawan baik' datang.. masa tu lah kau kebulur nak makan macam ape je. Macam kan boleh mati kalau tak makan jam2 tu jugak. Even makan maggie pon rasa macam makan nasik ayam. Lulz. Entah pape jerr. Padahal bukan nye best pon tak puasa pasal, lepas tu ko kena ganti jugak.

Yang paling entah pape.. bila time kau period bukan main makan depan member yang puasa and say "sorry ye aku makan" "kau tak kisah kan kalau aku makan?".  Lepas tu bila turn member kau pulak period, tau pulak kau berbulunya bila orang makan depan muka kau yang tengah berpuasa itu. Siap tuduh member tu tak sensitif lagi. Haha.

Waktu tu terlalu muda nak menghayati nikmatnya berpuasa tu. Sekarang kalau boleh nak puasa penuh sebulan sebab malas nak ganti2 ni. 

Anyway.. Selamat Berpuasa semua.. Semoga tahun ni beroleh keberkatan hendaknya.. Aminnn.


Jun 16, 2015

Gemuk lagi

Tu dia.. mood malas nak updet blog dah mai dahhh.. haha.. bahaya ni. Kak pah kalau dah malas mau sebulan tak updet belog. Jadi sebelum penyakit malas tu berleluasa jadi jomlah menaip barang sepatah kata.

Seperti yang korang sedia maklum.. Ramadhan is coming in 2 days time. I'm soooo excited sebab tak sabar nak berpuasa. Tahun ni perut aku sangat berkerja keras sampai kan berat aku naik berkilo2. Apa taknya, siang malam kerja nak mengunyah jer. Jadi nak kasi dia berehat sedikit.

Sebenarnye tension jugak sampai takut nak naik scale kat rumah ni. Takut jadik 3 angka balik... Goshhh.. kalau ikut kan saiz perut aku ni macam dah mencapai jer nihh. Kalau betullah.. sia2lah berhabis riban makan Herbalife.. at last kau gemuk balik. E.. apa pon tak boleh.. Grrrr.

Anyway, sangat malas bertubi2 nih.. mata pon dah layu. Jom tido!

Jun 12, 2015

Kunci baru yang mahal

Hari tu Kak Pah ade ngadu kan kata kunci kereta Kak Pah hilang tanpa jejak.
Sampai ke hari ni lah tak ada khabar berita okay.
Memang gone forever lah jawab nyer tu.
So last week Kak Pah dah suruh adik Kak Pah tolong buat kunci baru.
Dekat Proton ke mana entah Kak Pah pon tak tahu lah.
Janji kunci hakak siap!.. Haaha..

Anyway, satu kunci tu bernilai RM 220 ye.. Huhu.. mahal nak mams.
Kau jangan ingat 80 hengget jer dah boleh dapat kunci baru..
Tak ada maknanya.. kalau tak ratusan ringgit tak sah..
Parkinson terus tangan hakak ko ni nak bayar

Nak dekat bulan puasa ni lah nak buat pasal.
Semua benda nak hilang.. dugaan betul.
Habis bajet bazaar Ramadhah Kak Pah tahun ni... wuwu



Inilah dia kunci baru Kak Pah yang bernilai RM220 itu. 
Harus lepas ni Kak Pah sangkut kat leher 24 jam pasal mahal.
Sumpah lepas ni taubat nak hilang kunci lagi.. huhu


Salam Jumaat. 

Jun 10, 2015

Malaysia dah tak bebas gempa bumi lagi?

Dulu masa belajar Geography di sekolah, aku still ingat cikgu Geo aku pernah ajar yang Malaysia berada di luar Lingkaran Api Pasifik dan di luar laluan angin taufan, sebab tu lah kita tak mengalami gempa bumi, tak ada gunung berapi dan bebas dari tiupan angin taufan macam Jepun, Filipina and Indonesia. Masa tu memang rasa selamat and bersyukur sangat tinggal Malaysia. Serius tak tipu tau. Masa tu aku siap boleh cakap, "nasib baik aku bukan orang indon" Lulz. 

Tapi sekarang kenapa negara kita pon terdedah dengan ancaman gempa bumi, walhal kata kita diluar Lingkaran Api Pasifik? Memang aku konfius at first and kecewa sebab aku rasa apa yang aku belajar kat sekolah tak betul. Aku tahu ni semua ketentuan Allah. Cuma that's how I felt at that time.


Bila aku google, barulah aku tahu yang sebenarnya yang rupa-rupanya Lingkaran Api Pasifik ni bebas bergerak dan ternyata kini semakin menghampiri Malaysia. Seriusly? Okey.. kaki sudah ada goyang sikit. 

Aku just copy&paste from article yang aku baca ye.


Lingkaran Api Pasifik menghampiri Malaysia? Lingkaran Api Pasifik adalah merujuk kepada kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik dimana kerak buminya pecah dan bergeser atau apa yang dikenali sebagai plat tektonik. Erti kata lain, plat tektonik adalah kerak bumi keras yang disokong oleh bahan leburan magma di bawahnya. So, plat tektonik ni bebas bergerak dan mengelongsor antara satu sama lain.

Pergerakan Plat taktonik inilah yang menyebabkan berlakunya gempa bumi. Jika Plat tektonik ini bergerak dikawasan laut, hamburan air dari aktiviti inilah yang menyebabkan tsunami boleh berlaku.Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan, Lingkaran Api Pasifik ini menghampiri Malaysia ekoran dari beberapa gempa yang kerap berlaku. Ini memberi petanda awal bahawa negara kita sudah merasai gempa bumi yang berlaku. Malaysia semakin tidak berada luar dari Lingkaran Api Pasifik lagi.

Indonesia berada di atas garisan Lingkaran Api Pasifik dimana dikenali sebagai Jawa Trench. So, Indonesia banyak terdapat gunung berapi yang masih aktif. Lingkaran inilah yang dikatakan semakin menghampiri Malaysia. Sebab inilah Malaysia sudah merasai tempias dari gempa bumi yang berlaku di negara jiran.

Kajian juga mendapati, 80% gempa bumi adalah kawasan diatas lingkaran Api Pasifik. So jika Lingkaran Api Pasifik menghampiri Malaysia, Malaysia tidak bebas dari gempa bumi lagi. 


sumber : Klik

Jadi, kemungkinan untuk kita mengalami gempa bumi lagi memang ada. Bukan dekat Sabah saje, malah dekat KL pon tetap tak terlepas. Persoalannya, dah bersedia ke kite? Huhu.. Aku rasa Malaysia kini dah sepatutnya buat latihan kecemasan untuk gempa bumi selain dari latihan  kecemasan kebakaran. And it should start now. Kan?

Tak lojik! | Dia.. Isteri Luar Biasa

Sebenarnya nak tanya, korang nengok tak drama terbaru dekat slot akasia.. Dia.. Isteri luar biasa kot tajuk dia. Aku tak fahamlah.. kenapa ye.. selagi lagi.. rakyat Malaysia disajikan dengan kisah seorang isteri yang kurang ajar dengan suami? .. ingat kan after Yuhanis dah tak ada dah kisah isteri yang kurang ajar nih.. One after another. Good.

Frustrated sangat sebab aku memang suka tengok drama kat TV3 especially slot Akasia. Sebab itu lah cara aku untuk lepas kan stress selepas bekerja. Macam tak sesuai lah bila tengok pelakon wanita tu cakap memekik2 kat TV dengan naik juling menjeling and mimik muka yang.. tak tahu lah nak describe macam mana dia punya tahap annoying tu. Ok fine.. pengarah suruh.. =.=. Harus lah aku skip tengok dari 40 minit jadi 10 minit jer. Sebab memang tak best and tak boleh diterima akal fikiran.

Lepas tu.. macam tak lojik langsung lah.. Ade ke eh orang sanggup nak kahwin semata2 nak anak. Sanggup serahkan mahkota kewanitaan (ecece.. tak boleh bla ayat aku) dekat lelaki yang dia langsung tak cinta semata2 nak anak. Apakajah? Ada feeling pulak kau ye. Okey lah.. thats why nak kena cari suami yang handsome and kerja bagus. Okey. Faham. Tapi masalahnya si suami, nama jer lecturer tapi.... eh..lu pikir lah sendiri! Malas nak explain. Napa lah tak bagi jer watak suami tukang sapu ke, office boy ker.. baru lah masuk dengan karakter suami lembik ni.

Lepas tu lagi... (berapa banyak lepas tu daaa.. ) apa relevan nya tajuk dengan jalan cerita? Aku tak nampak langsung apa yang luar biasanya kat watak Dewi Yusra tu. Ada sesiapa yang boleh explain kat aku tak? Aku rasa patut tukar ke Dia.. Isteri yang kurang ajar.. Lagi sesuai kot?

Tak bagusnye lah drama macam ni.. untuk novel mungkin okey sebab penulis boleh explain watak dengan penulisan beliau tapi untuk drama tak sesuai langsung. Maaf!


Just my 2 cents.


Jun 9, 2015

Nape ye malas solat?

Aku bukan nak cakap pasal orang lain pun..
Tentang diri sendiri jugak..
Nape yer aku ni kadang2 malas betul rasanye nak solat..
Malas tahap tengah2 solat tu pon aku boleh berhenti sebab nak muhasabah diri.. Haha.
Bila dah malas tu rasa solat tu macam lepas batuk di tangga jer
Asalkan nama nya solat..
Nauzubillah..

Kenapa ya macam tu?
Sedih lahhhh

Kadang2 aku cukup hormat pada orang yang rajin solat
Especially for those yang tak menutup aurat dengan sempurna (free hair)
Aku yang bertudung litup ni pon tak mampu nak tahan godaan syaitan untuk bermalasan
And diorang tu rajin pulak bersolat..

I have a friend tau.. dia ni dah berumur sikit and actually dia minum arak
Depan mata aku a few times
But the thing is... dia solat.. Kalau tak solat tu yang aku tak pelik
A day before dia sembahyang.. weekend minum arak and next Monday I saw her solat again
I was like.. confuse tau.. 
Tapi minum arak tu tetap dosalah..
Setahu aku kalau kita minum arak, amalan kita tidak diterima Allah selama 44 hari
Betul kan?
Kadang2 tu aku rasa macam what's the point kau bersolat tapi minum arak?
I can't brain seriusly.

Tapi itu semua antara dia dan Allah.. 
Apa2 pun aku respect dia bab solat tak tinggal..

Anyway.. sebenarnya nak tanya ada tips untuk rajin solat tak? =)


Alangkah indahnya kalau rajin solat..

Tu la.. kemut lagii =P

Kesinambungan dari entry sini

Ekceli status Farah ni a bit general tapi I know it was addressed to that particular person

Cuma that particular person tu belum kawen lagi

So... dia tak boleh lah nak terasa sangat lah kan?





I better save my comment.

=P

Cuma nak cakap ciri2 lelaki idaman aku dah bertambah satu
Which is tak boleh kedekut kereta. Haha.

 My future husband nanti kalau dia berani2 kedekut dengan my parents
 memang siku lah makan dia. Mintak simpang lah dapat suami kedekut macam ni. +.+ 

Eh tak boleh cakap lelebih takut nanti dapat pulak apa yang kita tak nak tu


Bye!

NotaKakiComel : My blog kini dah berubah warna after so many years. I have to sebab recently mata macam tak boleh nak terima warna pink2 lagi. Gosh! Age is catching up on me!!

Jun 8, 2015

Bila dicop pengotor

Assalammualaikum dan selamat pagi semua.. harap2 hari ni tak adalah sahabat2 kat luar tu yang monday blues hari ni ye. Kak Pah macam biasa lah, pandai nasihat kan orang jangan nak monday blues sangat tapi Kak Pah pon dua kali lima jugak.. mihmihmih. Bila teringat kerja bertimbun kat opis terus migrain Kak Pah tu datang tanpa diundang. Nyampah jer  taw.

Anyway.. hari ni Kak Pah nak mengadu kat korang. Tak kira korang kena dengar jugak. Pada siapa yang baca belog Kak Pah dah lama mungkin dah tau kot yang Kak Pah ni kerja malam. Jadi kat opis Kak Pah tu, workstation kena kongsi. Pagi department lain yang duduk, malam pulak department Kak Pah pulak. Bila dah berkongsi ni, macam2 ragam manusia yang keluar. 

Alkisahnya hari Rabu yang lepas Kak Pah dapat notes dari budak pagi sound Kak Pah suruh kemas kan meja sebelum balik... 


Ok.. Kak Pah admit lah yang malam sebelum tu Kak Pah a bit rushing sebab nak kejar transport. So botol air ngan keyboard tu macam huru hara sikit. Ok fine.. mesti korang rasa macam napa Kak Pah nak marah2 padahal dia cakap baik2 je kan. Ayat dia pon tak lah harsh mana pon. Tapi tak yah lah ye korang nak tertipu.. This is not the first time dia hantar notes macam ni kat team kitorang. Berkali2 kot. Cuma ni pertama kali Kak Pah terkene. Siap kata nak mengadu kat manager bagai. Macam lah kitorang ni kotor sangat. Padahal dia pon taklah pembersih mana pon seriusly. Meja penuh cups and tisu. Kalau beli sendiri tak apalah.. ni rembat Hsbc punya. 

Walaupon dia cakap baik2 tapi bila orang tinggalkan notes macam ni memang Kak Pah terasa sakit hati jugak.

Bukan itu aje.. dia boleh tanya kat kawan dia (opismate Kak Pah), siapa duduk sini eh. Tak bersih lah. Saya kena bersihkan tiap2 hari. Kau rasa???!! Nak meletop Kak Pah dengar. Hello.. kotor sangat ke meja tu? Terus rasa morale down.. Tapi naik balik sebab Kamales cakap dia ni memang at one point tak betul sikit. Perangai dia memang macam tu. O... begitu kah.. ada masalah jiwa rupanya. Fine. Nasib baik kau memang problem.

Tapi disebabkan tengah stress and rasa nak meletop dilabelkan pengotor maka Kak Pah pon balas balik notes dia:


Hahaha.. Macam budak2 jerkan nak balas2 bagai. Ekceli Kak Pah tak adalah marah sangat ponnn. Lagipon I'm not the only person yang terkena. Sajer jer nak release kan stress. Kak Pah nak jadikan dia mangsa pelepas stress Kak Pah. Saper suruh carik pasal kan.

Siap Kak Pah suruh Preet check kan grammer Kak Pah lagi. Yalah..  Nak sound orang konon tapi grammer tahap tadika. Tak ke malu?? Hihi

Perempuan tu balas ni:


Keep it up? Ingat Kak Pah lompat bintang lah dapat Keep it up ko tu. Lulz.

Lepas notes ni Kak Pah dah tak reply dah. Tapi Kak Pah alihkan tisu dia tempat lain. Muahaha.. Alalaaa.. bukan tisu dia beli ponn..

Macam2 budak2 jer Kak Pah ni.. Sekali sekala apa salahnye kan.. =P

Happy Working!

Jun 5, 2015

Gempa bumi di Sabah



To be honest.. aku pun tak pasti sekuat mana gempa bumi yang melanda Sabah awal pagi tadi.. tapi bila terbaca berita ni rasa takut sangat.. apatah lagi kejadian ni berlaku pada hari Jumaat.. seolah2 Allah cuba untuk tunjukkan sesuatu pada hambanya..

Mungkin ada yang kata aku ni paranoid.. Bencana alam macam ni boleh berlaku kat mana2 pun.. Ya.. it is true.





Semoga kita berada didalam lindungan Nya..
posted from Bloggeroid

Jun 3, 2015

Road trip to Dayana's Wedding


Hari Sabtu yang lepas, aku and a few officemate yang close tahap cemolot pergi ke wedding ex-office mate kitorang dekat Sungai Besar. When i said Sungai Besar, semua orang macam.. jauhhh gilaa.. jalan teruk lah.. haha. Tapi masa tu memang tak terbayang pon jauh tahap hapa. Ingat jauh biase2 jelah sebab apa2 pon still dalam Selangor kan. Lulz. Noob gila iolls. Hihi. Nak tahu kitorang sampai pukul berapa? Pukul 4 ye. Naik leper dah asset aku.

Last week dah lah memang aku penat gila sebab kerja bertimbun kat opis. Hari Sabtu pulak kena bangun awal, tido pon 2 jam jer tu pasal muka pon macam perempuan tengah dalam pantang.. haha.. perempuan tengah dalam pantang pon lagi berseri kot. Memang penat sangat2 lah.

Ada beberapa moments nak share ngan uolls.

  • Mula2 ingat nak tumpang kereta member lelaki (opismate jugak dulu tapi dah lain department sekarang). Dia ni bawak Honda tapi tak taulah Honda apa sebab aku ni memang bodoh sikit bab2 tajuk kereta ni. Dah kata Honda kan.... memang dari kejauhan nampak power lahh. Siap tak buang plastic lagi ko. Biasalah, aku kan orang miskin hina, memanglah nampak Honda terus jakun. Berangan dah ni nak pergi Sungai Besar naik Honda... sekali dia cakap nak pakai kereta kitorang pasal boleh jimat. Boleh takkk? Aku dahh... haaa.. kemut gila mamat ni.. Hahaha... Last2 bawak kereta viva Farah, pergi Sungai Besar. Lojik tak? Macam nak gila aku rasa dia punya tahap haji bakhil tu.. Aku bukan lah nak batak sangat naik Honda ke apa kan.. tapi agak2lah kalau nak kemut pon.. Dah lah Sungai Besar tu jauh kottt. Seriously kalau aku tahulah kan.. aku tak bagi bapak aku bawak aku punya kereta. Baik naik kereta aku jer. Bukan lah nak kata viva tu tak selesa and kereta aku pon Saga FL jer pon tapi at least untuk jalan jaoh tu baik bawak kereta besar sikit. 
  • Next, aku geram dengan Waze. Nak pergi RnR Sungai Buloh pon entah jalan mana dia bawak. Tension. Nasib baiklah pergi dengan geng cemolot so banyak buat lawak lah sepanjang jalan. Seronokkk sangat, walaupon sepanjang jalan berzikir.. bapak jaohhh Sungai Besar.
  • Masa dah sampai tu terus tegur pengantin, pengantin excited terus keluar "shitttt". Selamba jerrr. Haha. Yang lawaknya pengantin cakap kat sini tak apa sebut shittt sebab orang kampong tak pahamm. Lulz. Hahaha...


Selfie sesampai sahaja di kenduri. Dah pukul 4 petang kot. Nasib baik ada lauk lagi nak makan.



Ag amik berkat pengantin.. Hehe. Siap cium tangan lagi.




Bestnyer pergi kenduri kahwin..
Next kenduri sape nak pergi yerr.. Macam semua dah kaweng jerrr


T.T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...