"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Jun 10, 2015

Malaysia dah tak bebas gempa bumi lagi?

Dulu masa belajar Geography di sekolah, aku still ingat cikgu Geo aku pernah ajar yang Malaysia berada di luar Lingkaran Api Pasifik dan di luar laluan angin taufan, sebab tu lah kita tak mengalami gempa bumi, tak ada gunung berapi dan bebas dari tiupan angin taufan macam Jepun, Filipina and Indonesia. Masa tu memang rasa selamat and bersyukur sangat tinggal Malaysia. Serius tak tipu tau. Masa tu aku siap boleh cakap, "nasib baik aku bukan orang indon" Lulz. 

Tapi sekarang kenapa negara kita pon terdedah dengan ancaman gempa bumi, walhal kata kita diluar Lingkaran Api Pasifik? Memang aku konfius at first and kecewa sebab aku rasa apa yang aku belajar kat sekolah tak betul. Aku tahu ni semua ketentuan Allah. Cuma that's how I felt at that time.


Bila aku google, barulah aku tahu yang sebenarnya yang rupa-rupanya Lingkaran Api Pasifik ni bebas bergerak dan ternyata kini semakin menghampiri Malaysia. Seriusly? Okey.. kaki sudah ada goyang sikit. 

Aku just copy&paste from article yang aku baca ye.


Lingkaran Api Pasifik menghampiri Malaysia? Lingkaran Api Pasifik adalah merujuk kepada kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik dimana kerak buminya pecah dan bergeser atau apa yang dikenali sebagai plat tektonik. Erti kata lain, plat tektonik adalah kerak bumi keras yang disokong oleh bahan leburan magma di bawahnya. So, plat tektonik ni bebas bergerak dan mengelongsor antara satu sama lain.

Pergerakan Plat taktonik inilah yang menyebabkan berlakunya gempa bumi. Jika Plat tektonik ini bergerak dikawasan laut, hamburan air dari aktiviti inilah yang menyebabkan tsunami boleh berlaku.Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan, Lingkaran Api Pasifik ini menghampiri Malaysia ekoran dari beberapa gempa yang kerap berlaku. Ini memberi petanda awal bahawa negara kita sudah merasai gempa bumi yang berlaku. Malaysia semakin tidak berada luar dari Lingkaran Api Pasifik lagi.

Indonesia berada di atas garisan Lingkaran Api Pasifik dimana dikenali sebagai Jawa Trench. So, Indonesia banyak terdapat gunung berapi yang masih aktif. Lingkaran inilah yang dikatakan semakin menghampiri Malaysia. Sebab inilah Malaysia sudah merasai tempias dari gempa bumi yang berlaku di negara jiran.

Kajian juga mendapati, 80% gempa bumi adalah kawasan diatas lingkaran Api Pasifik. So jika Lingkaran Api Pasifik menghampiri Malaysia, Malaysia tidak bebas dari gempa bumi lagi. 


sumber : Klik

Jadi, kemungkinan untuk kita mengalami gempa bumi lagi memang ada. Bukan dekat Sabah saje, malah dekat KL pon tetap tak terlepas. Persoalannya, dah bersedia ke kite? Huhu.. Aku rasa Malaysia kini dah sepatutnya buat latihan kecemasan untuk gempa bumi selain dari latihan  kecemasan kebakaran. And it should start now. Kan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...