"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Jun 10, 2015

Tak lojik! | Dia.. Isteri Luar Biasa

Sebenarnya nak tanya, korang nengok tak drama terbaru dekat slot akasia.. Dia.. Isteri luar biasa kot tajuk dia. Aku tak fahamlah.. kenapa ye.. selagi lagi.. rakyat Malaysia disajikan dengan kisah seorang isteri yang kurang ajar dengan suami? .. ingat kan after Yuhanis dah tak ada dah kisah isteri yang kurang ajar nih.. One after another. Good.

Frustrated sangat sebab aku memang suka tengok drama kat TV3 especially slot Akasia. Sebab itu lah cara aku untuk lepas kan stress selepas bekerja. Macam tak sesuai lah bila tengok pelakon wanita tu cakap memekik2 kat TV dengan naik juling menjeling and mimik muka yang.. tak tahu lah nak describe macam mana dia punya tahap annoying tu. Ok fine.. pengarah suruh.. =.=. Harus lah aku skip tengok dari 40 minit jadi 10 minit jer. Sebab memang tak best and tak boleh diterima akal fikiran.

Lepas tu.. macam tak lojik langsung lah.. Ade ke eh orang sanggup nak kahwin semata2 nak anak. Sanggup serahkan mahkota kewanitaan (ecece.. tak boleh bla ayat aku) dekat lelaki yang dia langsung tak cinta semata2 nak anak. Apakajah? Ada feeling pulak kau ye. Okey lah.. thats why nak kena cari suami yang handsome and kerja bagus. Okey. Faham. Tapi masalahnya si suami, nama jer lecturer tapi.... eh..lu pikir lah sendiri! Malas nak explain. Napa lah tak bagi jer watak suami tukang sapu ke, office boy ker.. baru lah masuk dengan karakter suami lembik ni.

Lepas tu lagi... (berapa banyak lepas tu daaa.. ) apa relevan nya tajuk dengan jalan cerita? Aku tak nampak langsung apa yang luar biasanya kat watak Dewi Yusra tu. Ada sesiapa yang boleh explain kat aku tak? Aku rasa patut tukar ke Dia.. Isteri yang kurang ajar.. Lagi sesuai kot?

Tak bagusnye lah drama macam ni.. untuk novel mungkin okey sebab penulis boleh explain watak dengan penulisan beliau tapi untuk drama tak sesuai langsung. Maaf!


Just my 2 cents.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...