Hari Sabtu yang lepas, aku and a few officemate yang close tahap cemolot pergi ke wedding ex-office mate kitorang dekat Sungai Besar. When i said Sungai Besar, semua orang macam.. jauhhh gilaa.. jalan teruk lah.. haha. Tapi masa tu memang tak terbayang pon jauh tahap hapa. Ingat jauh biase2 jelah sebab apa2 pon still dalam Selangor kan. Lulz. Noob gila iolls. Hihi. Nak tahu kitorang sampai pukul berapa? Pukul 4 ye. Naik leper dah asset aku.
Last week dah lah memang aku penat gila sebab kerja bertimbun kat opis. Hari Sabtu pulak kena bangun awal, tido pon 2 jam jer tu pasal muka pon macam perempuan tengah dalam pantang.. haha.. perempuan tengah dalam pantang pon lagi berseri kot. Memang penat sangat2 lah.
Ada beberapa moments nak share ngan uolls.
- Mula2 ingat nak tumpang kereta member lelaki (opismate jugak dulu tapi dah lain department sekarang). Dia ni bawak Honda tapi tak taulah Honda apa sebab aku ni memang bodoh sikit bab2 tajuk kereta ni. Dah kata Honda kan.... memang dari kejauhan nampak power lahh. Siap tak buang plastic lagi ko. Biasalah, aku kan orang miskin hina, memanglah nampak Honda terus jakun. Berangan dah ni nak pergi Sungai Besar naik Honda... sekali dia cakap nak pakai kereta kitorang pasal boleh jimat. Boleh takkk? Aku dahh... haaa.. kemut gila mamat ni.. Hahaha... Last2 bawak kereta viva Farah, pergi Sungai Besar. Lojik tak? Macam nak gila aku rasa dia punya tahap haji bakhil tu.. Aku bukan lah nak batak sangat naik Honda ke apa kan.. tapi agak2lah kalau nak kemut pon.. Dah lah Sungai Besar tu jauh kottt. Seriously kalau aku tahulah kan.. aku tak bagi bapak aku bawak aku punya kereta. Baik naik kereta aku jer. Bukan lah nak kata viva tu tak selesa and kereta aku pon Saga FL jer pon tapi at least untuk jalan jaoh tu baik bawak kereta besar sikit.
- Next, aku geram dengan Waze. Nak pergi RnR Sungai Buloh pon entah jalan mana dia bawak. Tension. Nasib baiklah pergi dengan geng cemolot so banyak buat lawak lah sepanjang jalan. Seronokkk sangat, walaupon sepanjang jalan berzikir.. bapak jaohhh Sungai Besar.
- Masa dah sampai tu terus tegur pengantin, pengantin excited terus keluar "shitttt". Selamba jerrr. Haha. Yang lawaknya pengantin cakap kat sini tak apa sebut shittt sebab orang kampong tak pahamm. Lulz. Hahaha...
Selfie sesampai sahaja di kenduri. Dah pukul 4 petang kot. Nasib baik ada lauk lagi nak makan.
Ag amik berkat pengantin.. Hehe. Siap cium tangan lagi.
Bestnyer pergi kenduri kahwin..
Next kenduri sape nak pergi yerr.. Macam semua dah kaweng jerrr
Next kenduri sape nak pergi yerr.. Macam semua dah kaweng jerrr
T.T
1 comment:
next giliran awak pula la
Post a Comment