"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Feb 9, 2015

Singapore : Jalan-jalan (Part 1)

Assalammualaikum!!!

Kite bertemu kembali dalam rancangan Passport Cinta bersama Cik Syura.. haha.. statement berangan dari ahkak. Jangan marah ehhh. Sesekali nak berangan tak salahkann??.. >.<.  Seperti yang korang baca kat post title diatas, kali ni aku nak stori mori kat uolls pengalaman aku bercuti di Singapore. Satu percutian yang sangat awesome. Worth every single cent yang aku spent sepanjang berada di sane.

Tarikh aku bertolak adalah 24/08/2014 and pulang pada keesokkan harinya. Kalau tak silap flight aku pukul 7.40 pagi kot, so pukul 4 pagi aku dah keluar rumah. Jenuh kot nak kejut adik aku pi hantar gi airport. Pagi2 buta dah buat kecoh. Haha. Fetch Farah kat Dengkil and terus ke KLIA2.. To be honest, aku pon baru tau kewujudan airport baru which is KLIA2 nilah. Kalau tak disebabkan nak gi Singapore, tak tahu lah tahun bila nak tahu.. Haha. Oh ya.. aku rasa aku dah mention kat beberapa entry sebelum ni yang ini adalah pengalaman pertama aku naik kapal terbang. Awww.. Malusss..*tekupmukakatbantal* sebenarnye malu nak citer sebab dah tua bangka baru merasa naik kapal terbang. Ahaks. So nak bagitahu yang hakak ko ni excited lah citer dier. Agak terbangang2 jugak yer sepanjang process nak naik kapal terbang tu seriously. Yalah selama ni naik bas express jer lah kate kan. Haha.


Pertama kali tiba di KLIA2 dan rasa excited yang menggila sebab pertama kali nak naik kapal terbang memang tak boleh nak disangkal lagi. Padahal seminggu sebelum tu takut gak and sangat sibuk suruh orang doakan aku selamat naik kapal terbang sebab kes MH17 baru jer berlalu pada masa tu. *Al-Fatihah* Tapi bila sampai masa, eh, terus lupa rasa takut tu. Tengok betape ramainya manusia naik flight waktu tu buat aku jadik excited pulak. Dulu memang lah pernah pergi LCCT tapi hantar saudara mara ke luar negara. Kali ni aku pulak yang nak ke luar negara. Biasalahhh.. first time lah kata kan.. Rasa jakun tu susah aku nak bendung. 


Maaflah. Kamera tak berapa nak canggih kan.. Semua gambar blurrr. Aku pon geram.. grrr.

Aku memang bertuah.. first time naik flight dengan kawan2 yang rapat. Ag lah yang banyak guide aku sepanjang percutian ni. Dengan Ag aku kurang malu sikit sebab hari2 jumpa kat ofis kan maka dah lebih dari kenal. So boleh lah tanya soalan2 bodoh tanpa segan silu. Thank you Ag.. Muahhh. Haha. Geli2 ketiak je Ag tengok aku muahh dia.


Ag yang baik hati sebab bagi aku duduk tepi tingkap so that aku boleh lah tengok pemandangan kat luar dengan riang ria.


Muka excited!!!..

Oh ye. Nak cerita.. Uolls tahukan everytime kite naik flight akan ada steward or stewardess yang akan buat safety demo untuk kite. Disebabkan first time, so agak beria lah aku bagi perhatian dekat demo tu. Tapi aku macam pelik, kenapa steward yang in charge ni buat demo sambil mulut die mencarut2 tapi tak adalah bunyik suara. Ala.. kite tahulah bila orang tengah mencarut kan dengan mimik muka dia yang sumpah annoying mintak kaki. Omaigod.. psiko gile. Tak tahu lah die tengah bengang kat saper. Aku pandang gak kiri kanan tapi orang lain buat selamba jerk. Tahu lah kau tu steward Air Asia jer kan tapi aku rasa dia patut hormat lah sikit penumpang2 yang tengah tengok ko ni. Patutnya die kenalah buat penumpang2 ni rasa selesa and selamat lagi2 kes MH17 tu baru jer berlaku. E.. pagi2 dah buat hakak kau ni geram taw.


Layan perasaan lagi bagus.. Tapi tingkap flight ni kecit sangat lah.. tak puas nak tengok luar. Hiks


Selalu tengok kat blog2 orang jer amik gambar macam ni. Tak sangka akhirnya aku pun berpeluang jugak... Tak tahu nak cakap camane bersyukurnya aku masa ni. Rasa bertuah sangat2. Haha.. I'm so jakun like that! Maaf.


Cuaca sangat baik.. flight sangat smooth.. Eeee awann.. nak peganggg!! #jakun


Disebabkan sangat excited.. kite ulang tayang gambar same lagi satu.. Hahaha.. Tak tahu pulak ada banyak pulau kat Selat Tebrau ni. Tengok kapal2 tu macam kapal mainan jer. Comel jer dari atas ni.


Akhirnya tiba di Changi Airport, selepas 1 jam perjalanan. Mengigil kaki iolls jejak negara orang.. haha.. hover hakak ko ni kalau citer kan. Tak adalah sampai mengigil. Cuma sampai2 jer dah tension sebab toilet tak ada paip. Adoi! So sesaper yang tak boleh tak cuci tu silalah bawak botol siap2.


Masa ni tengah teman Ag mengasap kat smoking area. Smoking area pon dah cantik macam taman. Tak sabar nak tengok bandarnya pulak. Oh ya aku ada terbaca Changi Airport ni adalah antara airport yang tercanggih sekali kat dunia.

Selepas selesai immigration checking, agak terbingung2 jugak mana nak mula kan perjalanan. Haha.. Masing2 semua lapar and ngantuk. Yelah.. kitorangkan kerja UK hour so time ni selalunya masih lena diulit mimpi, so mood tu belum sampai lagi. Carik maps kat sekitar airport tu tak jumpa pulak. Nasib baik aku ada download Map MRT Singapore so boleh lah jadi panduan sementara. 


Bincang punya bincang, maka kami memilih untuk ke Bugis dahulu untuk sarapan pagi and cuci2 mata. Pertama kali naik MRT kat Singapore ni, memang tak dinafikan yang aku rasa MRT die agak laju uolls. Rasanya macam lagi laju lah dari LRT kat KL. Maaflah, sebab dah lama sangat tak naik LRT kat KL so tak tahu nak beza. Sekejap jer dah sampai dari satu stesen ke satu stesen. Nak bagitau beria2 ye sepanjang dalam MRT tu aku peluk tiang. Aku rasa kalau tak peluk tiang mau tersungkur aku menyembah lantai. Pantang nampak ada kerusi kosong tak pandang kiri kanan terus terkam. Haha. Paling kagum tengok amoi2 kat sini pakai kasut tinggi ye, berdiri, tak pegang tiang sambil main hp. Kalau aku buat camtu confirm dah berguling2 dalam MRT tu. Haha. 


Sedang beli tiket MRT di Stesen Tanah Merah kalau tidak silap. 

Orang kate better beli "Singapore Tourist Pass" sebab boleh dapat discount  tapi kitorang tak beli pon sebab nak beli pass tu je dah kena bayar lebih dari SGD 10 so malas. Lagipon kalau habis kena topup lagi and balance tu rasanya tak boleh refund, macam lagi rugi jer. Kitorang bayar cash jerk. Tapi okey jer kot.. tak lah overbajet pon kat transportation. So terpulang lah nak beli ke tak.


Nilah rupa tiket MRT kat Singapore. Use 6th time and enjoy discount 10 sen. Boleh lah daripada tak ada kan. Mihmih.

Tiba sahaja di Bugis, sekali lagi kitorang kebingungan sebab tak tahu nak mula jalan kat mana. Haha. Yalah, nama pon kat negeri orang kan. Kitorang tawakal jer lintas jalan raya and berjalan jer ikut suka and at last jumpa food court. 


Kat Malaysia makan Ayam Penyet.. kat Singapore pon tetap Ayam Penyet.. Tapi tak sedap sangatlahh.. kat Shah Alam dua kali ganda lagi sedap kot.


Halal Chinese Food.

Yang kelakarnye, tisu pun kena beli. Masuk kan syiling baru tisu roll tu boleh pusing. Its all about money ya.


Perut dah kenyang barulah ada mood nak jalan kan. Yeehaa.. Bugis ni boleh dikatakan tempat membeli belah yang murah di Singapore. Ada jual souvenir, blouse and handbag pon ada. So korang bolehlah memborong buah tangan kat sini.  

Masuk dalam shopping mall masing2 terus jadi perempuan giler tengok handbag padahal baru jer kejap tadi masing2 cranky macam baby. Tapi sayangnya duit jer tak berapa nak giler so mampu tengok2 jelah. Sobs. Tapi sekejap ajelah kitorang kat dalam shopping mall tu sebab memang sedar diri takkan beli apa2 kan. Haha.

Kat dalam shopping mall tu ekceli barang-barang yang dijual tak jauh beza pon dari KL, i mean barang lah ofkos bukan harga yer. Silky girl pon ada jual kat sini, cuma a bit funny tengok semua benda rasa macam murah jerr. Kalau kat KL barang yang sama berharga belasan ringgit tapi kat sini hanya berapa dollar jer. So macam terpsiko di situ. Haha. Walaupun currency diorang mahal tapi aku rasa kuasa membeli kat Singapore lagi besar dari kat Malaysia. Hurmm.


Suasana di sekitar bazaar depan Bugis Street. Jalan terus, lintas jalan terus jumpa Bugis Street.


Sekali pandang, terasa macam berada di Malaysia sahaja.


Albert Centre.




Bugis Street.


Kat sini macam2 korang boleh borong. Beg, blouse, key chain, fridge magnet.. macam2 lah. Aku beli fridge magnet sajer. Tu pon dua ketul, 10 kali pikir.


Ustaz pon boleh tertanggal kopiah kalau tengok pompuan pakai ni. Haha.


Murah giler. Untunglah jadi orang Singapore kan, baju camni pon boleh dapat SGD 10 jerrr. Cantik2 kot. Kite kat KL hatta kat Kelantan sekalipon 10 hengget dapat T-Shirt pakai 2 kali dah tetas benang. Tak pon hat yang boleh nampak kau pakai bra kaler aper, very the see thru hokey.


Yang ni kelakar, aku tak sangka yer driver kat Singapore ni bawak kereta laju2 ya amat. Sampai nak lintas jalan pun aku naik takut. Lori pon laju gila nak mams.. Eleeh, aku pon memula ingat tak boleh nak lintas sesuka hati, tapi aku nengok ade jer Singaporean yang lintas jalan ikut suka. Haha. 


Kami baik, lintas jalan kat tempat yang sepatutnya...... Sebab takut kalau kena saman, sebulan makan biskut kering.


Flat hijau biru kat belakang tu, kalau sekali pandang, saling tak ubah macam flat bandaraya jerk uolls kalau kat kl. Tapi walaupun begitu, korang boleh nampak betapa bersihnya flat tu walaupon dari kejauhan. 


Dah penat jalan2 kat Bugis, kami bergerak ke Stesen Clark Quay untuk ke hostel. Aku dah review kat entry sini.


Apa yang paling aku suka tentang Singapore ni ofkos lah sistem pengangkutan yang tersangatlah effecient. Korang boleh tengok lah kan kat maps MRT yang aku bagi kat atas tu. Almost semua kawasan utama cover MRT. Tapi tak lah pelik sangat kan sebab Singapore tu cinonet jer pon. 

Tapi tetaplah penat yer sebab walaupon MRT die tersangat canggih tapi bila nak exchange station from MRT to LRT, ada certain station tu tak adalah dekat mana pon. Pakkal lalu dalam bangunan jer, so korang tak terasa sangat lah jauh, padahal jauh sebenarnya.. Jenuh aku berjalan, dengan nak kejar kawan2 aku lagi yang semua stok jalan tak tengok orang belakang. Haha. Nasib baik 2 bulan sebelum tu aku rajin pergi gym, jadi tak adalah terkujat sangat otot2 aku. Haha. Anyway, pengalaman yang sangat menarik untuk aku.




Dah sampai Clark Quay. Masa ni tengah nak carik hala tuju ke capsule hostel kami itu. Jenuh bincang jalan mana nak ikut. Aku pon sama naik nak tunjuk terror padahal bukan reti pon.. Miahaha.. Tak apa. Janji ada jugak sumbang idea walaupun tak ditolak mentah2. Haha.




Cantik.. 


On the way tu ternampak bangunan Park Royal yang kebabom, cantik gilerrr uolls. Siap macam ada taman lagi kat tengah2 bangunan tu. Memang cantekk giler. Terus jakun nak amik gambar.


Padang kat belakang tu siap ada Mat Saleh berjemur lagi. Ek eleh.. Mat Saleh tu jauh lagi jakun dari kami. Haha.


Entah berapa lah satu malam yer. Tu yang mampu pandang jer tu. Mihmih


Tiba2 sesat bangunan lama kat sini. Katanya tempat registration apa ntah... 


High rise building everywhere...


Okey nak share satu citer. Masa ni kitorang tengah carik Woke Home Capsule Hostel tu. Memang tak lah yer senang2 jer nak terus jumpa, harus ada drama ngeri di situ. Haha. Tapi tak lah ngeri teruk pon. Okey, kitorang memang dah konfiden dah yang hostel tu memang area2 kat sini based on alamat yang kitorang ada tapi yang peliknyer tetiba no lot hostel tu missing, tapi no lot lain ade jerk ikut sususan . Ngeri tak? Kaki aku dah ada goyang sikit time tu. Haha.. Yelahhhh.. takut kena tipuuu jer hoi. Mampus lah kena lahar dengan member nantiii.. haha.. Carik punyer carik tetap lah tak jumpa. At last kitorang tanya sorang amoi yang kerja dekat kedai dekat2 situ, then die tunjuk lah mana hostel tu. Hek elaa... kat seberang jalan rupanya. Tapi yang aku pelik nape sesat ke sana pulak. Geram taw. Tapi tak kisah lah. Janji iolls tak kena tipu. Phew **lappeluh.


Ibupejabat minyak Cap Kapak mungkin? Haha..

Check in jer hostel pukul 2, masing2 terus bantai tidur sampai pukul 4.30 petang. Boleh? 

To be continued...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...