"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Feb 15, 2015

Balik Kampung lagiiiii

Mood ni memang sajer taw dengki ngan hakak. Malas betei rasa nak continue update pasal trip hakak ke Singapura itu hari. Gambar semua hakak dah pilih dah cuma tinggal nak updet sahaja. Tapi tu lah... bila mood tu tak sampai.. apa pon tak boleh taw.

Hari ni penat sikit sebab balik kampung pagi tadi, ada orang kampung meninggal. Agak terkejut jugak sebab tak pernah dengar arwah ni sakit apa-apa tupup2 meninggal. Rupe2nye dia meninggal sebab accident motor. Arwah ni orangnya memang lasak, biasalah orang kampung. Pernah jer tertembak kaki sendiri masa memburu kat hutan. Tapi tak sangka arwah meninggal sebab accident. Punca kejadian berdasarkan cerita dari mulut ke mulut, katenye nak memotong lori tapi lori tu tak bergerak pon, tengah parking tepi jalan. Dengar nye dia nak mengelak motor and terjatuh masuk bawah lori. Aku rasa mungkin gegaran kat kepala lah tu. Kesian sangat. Ni berdasarkan cerita orang kampunglah jadi tak pasti ketepatan cerita ni. Apa pon, apa yang boleh kita buat bila Allah lagi sayang kan dia. Arwah ni memang baik dan rajin orangnya. Selalu tolong orang kampung. Mak cik aku cakap, nampak jenazah arwah pon tenang jer. Macam sedang tidur. Sesiapa yang baca entry ni harap sudilah sedekah kan Al Fatehah buat arwah. Semoga Allah tempatkan dia dikalangan orang yang beriman.

Pagi tadi sampai jer kat Rembau, kami breakfast dulu dekat Pekan Rembau. Ekceli nak share lah kat uolls, kalau pergi Rembau and nak cari tempat sarapan yang sedap, boleh lah singgah makan kat sini. Yang specialnye diorang ada jual Mee Rojak yang lazat and Laksa Kerang yang confirm buat kau rasa nak makan lagi dan lagi. Tapi sayangnya tak sempat nak ambil gambar kedua2 makanan tersebut. Lain kali aje lah yeh. Huk huk.

So landmark kedai makan ni adalah sebelah Masjid and seberang jalan dengan KFC.


My mom, biasalah.. pagi lagi kan, mengantuk lagi lah tu


Long Chan.. sangat popular dikalangan penduduk Rembau. Hari Raya kalau tak ada Long Chan ni tak lengkap rasanya.


Suasana kedai yang nyaman.. kami makan bawah pokok jer kot.


Kebetulan Pak Long Mahmud pon datang makan dengan kawan dia.. 


Driver eh adik bujang aku... Haha


Motif amik gambar ngan kucing? Pencinta kucing lah kononnya.. hak hak


Milo Panas


Nasik Lemak.. tskk.. hancus diet!


Kucing kurap.. erk..



Malam ni nak study untuk Test Anti Money Laundering... Takde moooodd

Byeee!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...