"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Feb 8, 2015

Kisah jiran lagi

Remember dulu aku pernah blog pasal jiran aku yang satu tempat kerja dekat Hsbc? Ala... yang hensem tu.. hihihihihi.. gatai.. wake up syura!!.. laki orang tu. =P

Kitorang same2 kerja UK shift, so normally kitorang akan habis kerja within 1am until 3am gitu. Macam aku sekarang habis kerja pukul 3 pagi. Nanti hujung bulan 3, bila daylight saving mula balik, aku akan balik pukul 2 pagi pulak. Nanti bulan 10 bila daylight saving dah habis, kena balik pukul 3 pulak dan begitu lah seterusnya. 

Mesti korang tertanye2 camane aku get to and get back from work tiap2 hari kan? Macam aku, pergi kerja bawak kereta and then park kereta kat mana2 parking lot yang kosong. Nanti malam bapak aku akan move my car kat betul2 dekat depan pick up point. So, once turun dari bas je, aku akan pecut laju2 naik kereta macam perempuan giler. Haha. Kalau korang tanya aku tak takut ke balik kerja malam2? Jawapan aku.. mestilah takut hoiii. Kalau tak, tak adalah aku pasang radio kuat2 dalam kereta. Lepas tu aku elakkan diri dari tengok cermin. Dibuatnya ada makhluk menumpang kat seat belakang, mati kejung aku kat situ. Tak mo tak mo pandang belakang yer.

And semestinya aku bukan takutkan hantu sahaja. Manusia bertopeng hantu lagilah aku terpaling takut sekali yer. Sebab tu lah bapak aku akan parking kan kereta aku dekat pick up point untuk mengurangkan risiko berlakunya kejadian jenayah terhadap diriku ini. Takut memang takut.. Memang tak dapat dinafikan. Kejadian paling ngeri pon sepanjang aku berkerja UK hour ni pon, bila ada seorang budak lelaki datang and mintak RM 10 nak isi minyak and nak makan sebab tak ada duit. Ngeri takkkk? Ngeri angat kan....! Tapi sebenarnya budak tu muka suci jer, aku tengok die teringat adik aku yang bongsu. So aku bagi jerlah. Nasib baik lah aku ade duit. Kalau tak ada duit mesti die mintak bukti betul ke tak ada duit kan... Tak pon naik hantu ke sebab ingat aku kedekut tak nak tolong. Ngeriiiiii walau pon sebenarnye aku tau korang mesti rasa tak adalah ngeri sangat pon pengalaman aku ni kan.

Back to jiran aku tadi. Ekceli citer ni tak adalah best sangat pon tapi sebab tak ada cerita nak di'blog'kan, jadik aku gossip pasal jiran aku ni je lah yeh. Huhu. Aku perasan jiran aku ni bini dia yang selalu hantar pergi ke pick up point. Balik pulak bini dia yang jemput nanti malam. Takdelah.. kalau normal hour tu, aku tadeklah pelik sangat. Lagi pon pelik lah, tak kan ada satu kereta jekan. Orang zaman sekarang ni mana ada satu kereta dalam satu rumah, selalunya mesti ada dua. So aku buat kesimpulan mesti bini dia suri rumah lah tu. So lojik lah kan pakai satu kereta. Lagipon aku selalu lah pantau, time aku cuti pon mesti kereta tu ada kat lot parking sampai malam. Haa.. nampak tak aku punya kepochi di situ.. Hahahaha.

Ekceli tak adalah pelik sangat pon sebab diorang tukan suami isteri. Isteri kena lah tolong husband dia. Siapa lagi nak tolong kan. Kang aku yang tolong, lain pulak kisahnye kan.. Hahaha. Tak lawak okey.  Aku paham, since diorang cuma pakai satu kereta, takut kalau wife or anak die ade emergency ke ape, tak ada kenderaan pulak.. peh.. tak ke haru tu kan. So wife die terpaksalah kot hantar and amik husband dia kat pick up point everyday. Cuma to be honest, memang nampak pelik lah and aku rasa rasa cam tak fair pulak untuk wife die sebab kena susah2 bangun tidur tengah malam sebab kena jemput si suami balik kerja. Lepas tu masa nak jemput tu sure kena tinggal anak yang tengah tidur. Walaupon cuma 15 jer tinggalkan, macam2 boleh jadi kot. Malang tak berbau beb. So, aku cuma nak cakap, aku cam terharulah dengan pengorbanan wife die tu. Walaupon macam tak ada apa2 tapi bukan senang ye.

Ni lagi satu kisah, aku tau pon dari kawan jiran aku ni. Die citer, jiran aku ni pernah jer wife die tak bangun so die terpaksa jalan kaki.. diulangi jalan kaki yer dari pick up point sampai rumah aku. Whattt? Aku dengar rasa macam nak menitik air mata uolls. Feeling die tu macam tengok BersamaMu. Hover kannn? Mesti wife dia rasa bersalah gila aku rasa.


Semangat ahkak siap tunjuk maps lagi.. Haha.. Saje nak bagi emosi korang terganggu sikit. So total jarak dalam 5.8 km. Kalau naik kereta 10 minit jer tapi jalan kaki sejam lebih ko. Dia lelaki, so aku rasa memang boleh sampai lah dalam sejam. Kalau aku yang kena harus darab 3 yer. Tapi kesiaannnnn... takleh lah dengar citer macam ni *kesatairmata

Tapi diorang dah pindah dah kat seksyen 6 tapi tak tahulah kat mana. So aku check google tadi kalau terpaksa jalan kaki pon less than half an hour dah boleh sampai rumah. Okey lah tu kan???

Hari tu aku nampak ex-jiran (tetiba baru nak ngaku dah jadi ex jiran kan?) tengah tunggu wife die kat bus stop kul 5 pagi. Aku syak dia bakal jalan kaki malam tu. Hehe. Jahat pulak mulut aku. Tegur jugak tapi tak lama lah.

Anyway.. aku adore lah ngan diorang. Saling bantu membantu. Husband penat cari duit, bini kena lah support kan. Tapi kalau aku nampak ex jiran aku ni berdating ke kat opis, aku rela jadik spy binik dia... Hahaha.

Bye!

1 comment:

~aSHa~ said...

ahahah akak sokong ko jadi spy tu dik...akak pun pantang kalo bini dah berkorban laki buat mcm2...
tapi mesti laki dia tak buat kan kan...kalo tak mesti dah jadi spy ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...