"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Feb 9, 2016

Balik kampong pon seronok

Weekend aritu along jaja ajak balik kampung sebab nak betulkan sliding door tak boleh nak tutup. Isnin aritu diorang balik sebab ada orang kampong meninggal. Masa nak balik tu tiba2 sliding door tu buat hal pulak. Jadi diorang tawakal je la balik dengan pintu tak berkunci. Tapi risau la takut orang masuk rembat segala periuk belanga.

Aku cuma risau dorang rembat TV jer. Boring lah balik kampong tak ada tv. Hiburan tu kena ada beb.

Masa along ajak balik tu, aku sebenarnye malasss nau nau. Tuhan je la yang tahu betapa malasnya aku time tu. Hahaha.. Yela... Ingatkan boleh la nak rehat2 dihujung minggu. Dah lah sekarang every sabtu pon kena kerja je. Apapontakbolehtau.

Aku ni kan orangnya kan memang sarat dengan rasa serba salah yang tahap annoying.. So maksudnya memang tak ada option lah. Memang kau kena balik kampong jugak ceritanya. Kalau tak nanti confirm rasa bersalah.

Maka.. baliklah aku ke kampung kelmarin dengan hati separa rela.

Surprisingly.. Seronok gak balik kampung kalini walaupon tak ada parent kami. Tak ada buat apa-apa pon. Just lepak2, borak and tidor sahaja. Sebelum aku sampai lagi pintu dah selamat dibetulkan. Haha. Tapi seronok jugak lah. Seriusly. Nak2 pulak kat kampung tak panas langsung kot. Nyaman jah. Rasa macam bercuti kat Cameron Highland jer. *over*

Along jaja masak ayam goreng ngan ikan masak cili. Sedapppp. Tapi tak ada gambarlah nak tunjuk.

Ayien pon excited nak balik kampong. Selalu jer kena buli ngan Ayien tapi mak cik suka jer. =D



Jalan Bidan Noyah. Bidan Noyah is actually my late great grandmother.


posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...