malam tadi tetiba je i terasa macam nak buang tebiat sikit, so i pon kemas lah bilik i yang berterabur bagai nak rak tu. kemas kain baju yang berserabak kat lemari, susun mana yang patut. sapu2 sikit habuk2. yang paling best, modified balik katil yang patah. kehkehkeh. ye, silalah percaya katil i patah. my katil pon tak mampu nak tampung berat badan i yang maha berat ini. hohoho. btw katil tu memang dah uzur bebeno pon. bayangkan my bapak dah beli katil tu since i was 9 yrs old. what do you expect? so it was not my faultlahkan kalau my katil tu patah. not at all haha. i letak tin biskut, container kat bawah katil tu nak cover tilam kat atas. haha. siap! katil baru terus. haha.
time tengah kemas katil tu terjumpa barang2 arwah syafiq dalam satu plastik ni. i tak tahulah kenapa barang2 dalam tu buat hati i sebak pulak tetiba. dalam tu ade notes dia masa die belajar kat uitm segamat dulu which dia tak sempat habis belajar even 1 sem pon. ade gambar2 dia dengan classmate dia. serius hati i rasa macam disiat2. tak tahulah kenapa weyh. aku tak sedih bila tengok kain baju dia. aku tak rasa pape bila tengok gambar dia masa kecik. aku rasa biase je bila lalu tepi PPUM which my mom tak boleh nak jejak kaki kat situ pun. tapi bila ia melibatkan hal belajar je hati i jadi sebak. entahlah.. ekceli before this arwah syafiq pernah amik kos mekanikal engineering kat uitm penang, tapi atas sebab tertentu dia kecundang di separuh jalan. siapa tak kecewakan. and then dia cuba nasib apply for dip in investment analysis, alhamdulillah dapat. memang dia gembira sangat. call i cakap dapat sambung kat uitm segamat. seolah2 dia dapat semangat baru. i'm so happy for him. tapi takdir Allah siapa yang boleh menghalang. dia pergi menghadap Ilahi dalam usia yang sangat muda. tanpa belum dia sempat buktikan kebolehan dia pada kami sekeluarga. apa2 pon kami sekeluarga tetap redha.
pagi tadi bukak fb dapat berita baik yang his ex gf, dah bertunang. Alhamdulillah.
dan hari ni jugak my cousin dari Kelantan datang rumah. dia datang bawak sekali anak2 dia. and yang paling mengujakan adalah, anak dia yang bongsu dia bagi nama sempena nama arwah syafiq. Alhamdulillah.. i rasa terharu sangat sebab ada juga yang menghargai kehadiran arwah walaupon kitorang tak rapat sangat pon ngan dia. tapi rasa kekok pulak bila nak agah2 budak kecik tu. haha.
salam
No comments:
Post a Comment