Alhamdulillah.. masuk hari ni genap 2 hari sudah aku berpuasa dengan family tersayang ( eh asal ayat aku camni =.=) memang syok sangat dapat berbuka dengan family. dapat makan lauk yang mak aku masak.. pehh.. sedap wooo... biasa lah kan.. semua orang pon cakap lauk yang mak diorang masak sedap kan. haha..
hari ni aku nak cerita pasal pengalaman hari pertama dan hari kedua aku berpuasa dengan family. nak buat kenang - kenangan. nak baca bila dah tua nanti. biar anak cucu (kalau ada.. tapi insyaALLAH ade kot nanti.. huhu) nanti tahu .. ooo... macam ni rupenye zaman nenek berpuasa dulu2 rupanya..)
okey semalam (hari pertama berpuasa), alhamdulillah... berlalu dengan jayanya tau korang. korang nak tahu pasal ape? pasal aku semalam aku bangun pukul 1.30 tengah hari. hehehe. voley pulak anak dara bangun tengah hari kan tengah2 bulan puasa ni kan. =,='.. bangun2 je dah tengah hari, dah separuh hari berpuasa pon. tak sempat nak rase lapar, tak sempat nak rasa penat berpuasa pon. so semalam kesimpulannya.. semalam aku berpuasa dengan selambenye.. (riak lah pulak kan.. hehehehe)
semalam menu berbuka kitorang agak simple. ikan masak merah ngan labu masak lemak. siapa pernah makan labu masak lemak? labu masak lemak memang marveles giler.rugi siapa yang tak suke makan labu tau. tak tahu nak cakap camne sedapnye. boleh buat aku tambah dua tiga kali kot. sebab tu aku tak mau aku masak selalu lauk ni. takut makan banyak. hihhi. oh ye terlupe semalam aku ngan adik aku ada buat air jus mangga yogurt. wahh.. dengar macam gah sangat je bunyik nye kan buat jus mangga yogurt. selalu tengok kat tv je. chef ismail selalu kot buat air tu. sikit2 yogurt aku nengok aku masak. so apa salahnye bulan puasa ni kite try kan. tapi sorrylah tak ade gambar nak tunjuk kat korang sebab malas nak snap. bagi aku rasa dia memang sedap lah. pekat, likat, melekat ( dah macam apa dah kan haha). ekcuali rasa da macam yogurt buah2 yang korang beli kat supermarket tulah. tapi buat sendiri lagi puas nak makan sebab dapat buat satu jag kan. kalau beli dapat satu cawan je. =.~v
okey cukup cerita semalam. untuk hari kedua pulak puasa agak mencabar sikit. ha.. cer teka sebab apa.. eh pandai korang ek.. ye betul sebab hari ni bangun awal sikit. (tak adalah awal sangat pon padahal, pukul 10 .. hihi.. tapi bagi aku dah cukup awal dah tu) belum ape2 aku dah rase lapar dah. ahh.. sudah... perut memulas2 sebab minum appleslim kan. lagilah bertambah rasa lapar. abah pulak awal2 lagi dah sound suruh aku bangun awal sebab nak pi tesco nak beli printer plus nak beli barang2 dapor lagikan. aku rasa sepanjang jalan tu macam aku seret kaki je nak jalan lapar punye pasal. oh ye lupe pulak patutlah semalam aku lapar sangat. aku sahur makan roti je (3 keping roti pon rase macam tak cukup).
tapi hari ni agak special sikit. kitorang bukan makan satu family jer. tapi ngan sepupu sepapat sekali sape lagi kalau bukan along jaja ngan family. so ofkozes lah hari ni masak special sikit kan. mak aku masak ayam merah, nasik jagung and acar. aku pulak buat potato salad and mango yogurt ( manggo yogurt lagi? haha) and adalah side dishes yang ateh and syeqal beli kat bazaar. oh menu air hari ni memang mewah. pelbagai warna dan rasa. ade air sirap bandung, epal and oren. syokkk!!.
lepas tu budak2 lelaki semua keluar lepak kat luar. and weolls perempuan2 melayu terakhir ni layan cerite My Name Is Khan kat rumah. nasib baik ada filem tu. layan jugak lah bila tengok ramai2 ni. cerita tak sedap pon jadi sedap kan. tapi filem tu aku memang aku tak berapa nak berkenan sangat lah sebab aku tak rasa menggambarkan islam yang sebenarnye. haishhh.. tak tengok pon tak kot citer tu. =.='
and then, dalam pukul 11 cenggitu mak2 pon balik lah dari sembahyang terawikh. diorang beransurlah pulang. sekian.
p/s boleh pulak nak ending kan entry ni camtu je. haha
No comments:
Post a Comment