"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

May 5, 2014

Anjeng

aku dulu sangat tak faham kenapa ada certain2 orang regardless lelaki or perempuan boleh takut kat kucing. Hello.. kucing je kot.. dah la comel, manja lak tu. plus kucing tu lagi kecik dari kita, so kenapa mesti nak takut kat kucing?? they wont harm us.. kita manusia yang selalu dera kucing, am i rite?

ramai je antara kawan2 aku yang takut kucing. perempuan lah mostly. lelaki aku tak pernah jumpa lagi setakat ni. sumpah nak tergelak tengok gelagat diorang. bila kucing tu datang dekat je ada yang terus menggila menjerit bagai nak gila. ada yang siap panjat2 kerusi bagai. Kalau yang over tu tarik kain tudung orang pon ade. kucing pon pandai. diorang ni macam tahu je orang yang takut kat dia lagi dia nak datang dekat. Momel sangat. Rasa nak cekik je!!!

okey.. tu tak pe. aku pon menerus kan lah hidup aku macam biasa dengan ketidak fahaman ku terhadap insan2 yang takut akan kucing ni. until 1 day in year 2012 aku berpindah ke rumah baru aku. Kat shah alam jugak lah.

rumah baru aku ni rumah flat. so hanya satu kereta saja yang boleh parking dalam. kalau ko ada 3 kereta means yang 2 lagi tu kau kena parking dekat luar. disebab kan aku ni kerja malam, jadi aku dapatlah keistimewaan untuk parking dalam. takut kot malam2 nak parking luar. tak kuasa mak nak terserempak ngan hantu bagai.

selama aku dok kat shah alam ni, aku memang sangat tak terdedah dengan binatang bergelar anjing. sampai kan aku rasa kat shah alam ni macam tak ada anjing. tapi lojik juga sebab kat sini memang majoriti orang melayu. so tak adalah pelik sangat kan kalau aku jarang jumpa anjing.

tapi rupanya sangkaan ku meleset sama sekali. kat luar kawasan pagar flat (rmah baru) aku ni rupanya banyak gila anjing. like lebih 5 ekor kot berkeliaran sesuka hati diorang. padahal rumah aku ni 1 cina pon tak ada. mana datang ntah anjing2 ni. Siap terlepas masuk pagar, menyampah gila.

so everytime bapak or mak aku ajak aku naik kereta diorang memang aku seboleh2nya tak nak. mati2 aku tak nak. aku suruh gak naik kereta aku dengan alasan kereta aku ade aircond. hihi. tapi padahal......

sebenar aku takut anjing... dang!

seriusly aku memang takut yang susah aku nak aku explain. setiap kali aku nampak anjing jantung aku akan berdegup kencang. rasa takut ya amat.. like anjing tu definitely akan geget ko sampai cedera parah if they get chance to do so.. omg.. memang takut gila lah. lepas tu anjing kan haram di sentuh. najis berat. kalau sentuh kena samak bagai. sangat tak kosser.

pastu bile jumpa anjing aku akan merengek 'takut' 'takut' then orang akan marah aku suruh rilex. kalau ko takut lagilah anjing tu nak kacau. eee.. tak suke orang buat kite macam tu. tak memahami langsung. grrr. Kena anjing tu kau baru padan muka. Aku gelakkan je. No kidding.

teringat masa zaman belajar kat kbm dulu masa aku dok kat sungai gadong, konon2nya nak strolling lah pagi2 ngan geng2 aku on weekend. melaka ni boleh tahan jugak lah banyak anjing sebab banyak cina. masa strolling tu kitorang nampak anjing lalu. apalagi huru hara lah. sepet penah cakap nampak anjing jangan lari nanti anjing tu kejar. dia suruh mencangkung sebab nanti anjing tu ingat kawan dia.. haha.. vongok gila tips ko pet.. tapi gila weh. tak de mananya aku nak mencangkung bagai. tu serah diri namanya.

nad suruh dok suruh berkumpul jaga satu sama lain.. jangan tinggal kawan2.. baik gila nad ingat kawan2.. tapi aku masa tu tak ingat kawan ke mawan. yang penting nyawa aku selamat. kebetulan kat tepi jalan tu ada van and sebelah van tu ada pokok besar and semak samun sikit2 lah. aku terus masuk dalam semak tu. padahal sempit gila kot tak tahu lah camna aku boleh lepas.

tapi yang lawaknye anjing tu lalu je sambil pandang2 kitorang and blah macam tu je. LOL.. yang kitorang ni huru hara tak de motif. haha. aku siap tinggal kan kawan masuk semak samun sebab nak selamat kan nyawa. anjing tu padahal nak lalu je. vongoks. Entah2 anjing tu pon pelik tengok manusia2 ni.

sejak pada tu diorang asyik bahan aku kata aku selfish lah masuk semak lah. haha. teruk weh aku kene bahan. Aku pun menyesal weh masuk semak tu. Masa tu baru aku tau aku ni selfish gak rupenye.. huhu. Tetiba aku tertenye2 sepet cangkung ke tak masa tu eh. Hahah.

so sekarang baru lah aku terfikir, mungkin ni lah kot perasaan kawan2 aku yang takut kucing bila jumpa kucing. mesti diorang rasa macam kucing tu nak geget and cakar dorang kan. Ermmm...




Ni anjing2 kat rumah aku.. nasib baik sempat naik kereta mak aku sebelum die lalu.

Tetiba rase seram pulak nak tidur malam ni. Motif nak seram? Blur.

Harus lah malam ni tidur disirami lampu kalimantang. Sobs.

Thanks for reading. Night uolls.
posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...