"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Jun 14, 2014

Cerita hari Jumaat

Hari ni aku off day. Yahuuu.. bangun pun lambat hari ni. Pukul 12 lebih uollss.. puas tido. Nikmat dunia paling best. Niat nak buat passport pagi tadi pon terkubur.. haha.. Dah ku hagak. Fenat weh. Aku pon tataw nape aku penat sangat malam tadi. Penat pikir pasal Graham kot. @( ̄- ̄)@

Since hari ni jumaat, adalah menjadi kewajipan untuk aku pergi pasar malam. I love pasar malam!! ♥♥♥ Aku kalau pergi pasar malam mesti dalam kepala dah fikir nak beli tu nak beli ni. Nak beli banyak2 lah ape lah. Tapi selalu end up tak tahu nak beli apa. Dok lah pusing 10 kali pon. Tetiba rasa semua pon macam tak sedap je. Tak suka kalau jadi macam tu.



Suasana pasar malam aku pergi tadi. Pasar malam seksyen 6. Tak banyak kedai yang bukak may be sebab cuti sekolah kot.

Biasanya kalau pergi pasar malam kat tempat aku ni aku akan beli yong tau fu. Yong tau fu kat sini memang sedap. Giler ramai orang beli sampai kena amik nombor hokey. Kau ingat kat bank je kena amik number. Tak okey. Nak beli yong tau fu pon kena zaman sekarang ni. Canggih tak canggih lah pasar malam kat Shah Alam ni.

Tapi... canggih.. canggih jugak. Kalau nak beli yong tau fu kat sini kena bersedia mental fizikal sebab harga dia pon canggih gak okey. Tak boleh lah nak pakai sauk sesedap rasa je. Takut nanti terduduk kau membayarnye. Setakat ni paling mahal aku pernah kena pon 29 hengget. Tak boleh beat lagi mak aku. Dia pernah kena sampai 38 hengget. Nasib cukup duit nak bayar. Haha. Kalau aku dah mengigil nak bayar 38 hengget yong tau fu semata. Tapi aku rasa kat mana2 pon dah mahal sekarang ni. Alangkan kat kampung aku di Rembau pon mahal okey.



Ni lah kedai yong tau fu tu. Memang sedap tapi ingat pesan mak, jangan sauk sesedap rasa nanti dompet binasa uolls.

Lepas tu aku beli takoyaki, putu bambu ngan buah mangga. Sekarang nak makan takoyaki tak perlu nak pergi kedai jepun. Pasar malam pon ade ye. Harga pon murah. Tapi rasa biase2 jelah.

Ni nak cerita yang agak vongok jugak lah. Lepas dah beli barang semua aku pon pergilah kat kereta. Gila tak terkejut bila aku sampai kereta aku tak ada kat situ. Kejung aku kat situ. Tak tau lah nak citer camane. Aku da mengigil. Kereta hilang kau. Mau tak mengigil. Siap telepon bapak aku lagi tapi tak berangkat. Dua tiga kali jugak lah haku try telepon tak berangkat jugak. Aku da macam.. biar betei kereta aku hilang.

Aku cube recall balik... kot la aku tak kunci kereta tadi.. ermm.. mungkin jugak. Uwaaa.. kereta aku.. Dah lah yong tau fu ngan mangga ni berat dowh.. haha.. sempat lagi aku pikir kalau betul2 hilang kereta aku ni sure tak selera makan. Rugi la yong tau fu hari ni.

Aku cuba think positive.. mane lah tau aku salah cari ke kan. Sekali memang betul pon uolls.. hahaha.. rupa2nya aku letak kat lorong lorong lain tapi carik kat lorong lain. Mana nak jumpa. Pandai sungguh. Hahah.. Terasa vongok sangat iolls. ~T_T~ elok jer kereta mak parking kat situ. Buat gempak jer lebih.

Okey lah.. malam ni nak kena tidor awal. Esok ade program tanam pokok kat cyber.

Sebelum tidor nak meh tengok gambar selfie mak ni ha.. sesekali apa salahnya kan.. heheh



Nite uolls.
posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...