Assalamualaikum..
Petang tadi, sepet wassap kat Gelimatmatmatt (grup wassap) kata aku nampak kurus. Wahh.. betulkah? Dua kali aku repeat baca takut salah, kot lah dia cakap pasal orang lain ke kan. Bila dah confirm aku yang dimaksud kan, dan2 pi hangkut sport shoes yang da berabuk kat dalam rak tu gi joging kat taman tasik shah alam. Hahah.Nampak sangat kan.
Ekceli tak adalah kurus mane pon. Aku pilih gambar yang cantik2 je upload dalam facebook. Muahaha. Sepet agak tertipu disitu. Ampoonnn. Yang mana lemak2 tersentil keluar tu, kim salam aku nak hapload.
Semalam ekceli aku gi wedding ex-housemate kat uitm melaka dulu. Best gila. Will update about it later k. Dalam banyak2 gambar yang aku amik waktu wedding fiza, ade la satu gambar gila hazab. Tak sanggup aku nak hupload. Tapi ku hupload kan juga, nak bagi hampa nengok betapa hazabnya pemandangan itu.
Ha.. bapak besarrr kan.. tak tipu punya.. hazab tak hazab lah korang nengok.
Bila tengok gambar ni tetiba kesedaran nak kurus kan badan tu datang balik. Tu yang bila sepet cakap aku nampak makin kurus terus excited nak gi joging. Rasa macam menipu pulak aku rasa.. haha. Tengok langit, tak gelap, means tak hujan. Eh macam suruh aku joging je.. =.=
Maka, joging lah aku hari ni kat Taman Tasik Shah Alam setelah sekian lama.. My all time favorite untuk joging. Ekceli dah banyak kali dah aku joging kat sini tapi nilah first time aku beria amik gambar bagai. Saja nak share ngan korang kot2 lah ada yang berniat nak joging kat sini tapi was2. Was2 pasal apa pun aku tak tahu. Giteww.
Sebelum tu aku nak mintak hampun sangat dengan kualiti gambar yang sooo 2005 gitu.. hp murah. Sobss.
Mula di sini katanya. Ekceli banyak kali aku datang sini, baru lah aku tau satu pusing Taman Tasik Shah Alam ni 2.8 km. Mati2 lah aku ingat kan selama ni aku pusing 5 km. Gila berangan.
Dari aku kecik aku kecik memang dah wujud dah playground ni. Cuma mungkin ada certain permainan tu dah tak ada sebab dah lama. Yalah, dah berpuluh tahun kan. Cuma yang kat bawah ni memang dari dulu dah ada. Tapi aku tak suka main sebab sakit ketiak weh.
Wet World! wujud lagi kau ye.. haha.. Aku penah pergi sekali masa sekolah rendah dulu. 17 or 16 tahun yang lepas. Peh..lamenye.. Rasa tua tiba2.
Here we go some scenery kat sini.
Scenery kat sini memang cantik. Nyaman jer.. udara pon fresh. Sesuai sungat untuk bersantai dan beriadah.
Aku gi sini slalu rasa macam back to 90's. Tak tahu pasal apa.
Oh ya.. kat sini selain berjoging, korang boleh juga berkayak. Teringin jugak nak berkayak tapi macam tak confident jer.
2 km aku berjalan, baru sebijik kuih tepung pelita je dibakar. Sobs. Fenat okey. Hujung2 pon aku dah berseret kaki nak balik ke kereta. Sobs. Insaf.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment