"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Sep 3, 2014

Bercuti di Kuala Sepetang Day 2 (Part 1)


Before hakak continue story pengalaman hakak bercuti di kuala sepetang, hakak nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Happy Independence Day to all Malaysian. Alhamdulillah... dah 57 tahun negara kita merdeka ye. Hakak cuma mampu katakan yang hakak sangat berbangga jadi rakyat Malaysia. Hakak doakan negara kita ni aman damai sampai bila2.. InsyaAllah ♥

Hari ni hakak bangun awal, dalam pukul 6 suku gitew. Ini bukan senang hokey. Time kerja memang tak dapat lahh nak tengok hakak terpacak lepas Subuh. Dah nama pon kerja malam kan. Lepas solat kami breakfast lauk semalam. Oh ya, kat Fatin Homestay ni tuan rumah ada sediakan sarapan. Dah mention kot kt previous entry. Macam hotel pulakkan.. hehee. So tak payah susah2 nak carik breakfast. Menu breakfast yang disediakan oleh tuan rumah hari ni adalah nasi lemak dan cucur udang. Cucur udang dia sedapppp cicah ngan kuah kacang. Im so in love. Nyum nyum.. Nasik lemak pulak tak sedap. Entah ape2 entah nasik lemak letak ikan sardin.

Destinasi pertame kami pada hari ini adalah hutan paya bakau. Dekat sangat dengan homestay kami tinggal. 5 minit dah sampai dengan kereta. Boleh jugak kalau nak berjalan kaki tapi takut lecak ketiak aje lah.. 

Bila hakak sampai aje kat hutan paya bakau ni benda pertama yang come accros dalam kepala hotak hakak adalah, omg, hakak pernah datang di sini..  haha. Ye, seriously hakak pernah datang sini masa lawatan sekolah. Hakak form 3 kot time tu. 12 years back. Tak payah nak kira sangat lah umur hakak berape ye. Hakak baru 27 tahun. Still muda dan bergetah lagi. Miahaha


Sebelum jalan baca dulu kepentingan Paya Laut.






Macam kembar. Mak dan anak sejibik muka. :D





Kau tengok mak hakak kat belakang tu. Kemain buat love macam tu. Pengaruh Korea sangatt.. pftt


Rasanya kalau dah alang2 datang and bermalam kat sini, tak salah rasanya singgah kat hutan paya bakau ni. Boleh juga lah buat modal bergambar sambil tengok pokok bakau dengan lebih dekat.




Adik hakak ngan aksi ala monyetnyer. Paling menyampah kalau die perangai camni.


Dua orang manusia ni kalau amik gambar nak tunjuk macho. Ek eleh sangat.




Ni dekat jeti hakak pon tak tahu apa tajuk dia tapi dekat2 area paya bakau tu lagi. Cousin hakak time ni tengah sibuk berborak dengan owner bot. Rupa2nya kat sini ada disediakan bot untuk sightseing sepanjang sungai. Sepanjang sungai tu boleh tengok burung helang dan dolphin.

Dolphin? Seriously hakak pon baru tau kat malaysia ni ada dolphin.. hehe.  Korang tau ke?

Satu kepala diorang charge RM25. Hakak dah excited nak nengok dolphin. Semua orang pon cam excited jugak jerr nak nengok dolphin. First time ko. So petang kitorang pon buat appointment dengan brader bot tu.

Next is melawat kilang charcoal. Ni pon antara salah satu tarikan perlancongan dekat kuala sepetang ni. Tak rugi rasanya singgah. Boleh juga tahu macam mana arang di buat secara komersial.


Macam igloo pulak hakak tengok. 






Semangat masing2. Masa ni nak beli minyak ape ntah. 


Kak siti berehat jap kat kilang arang ni. Penat kot dukung ayien. Supermak sangat.. hihee

Kat dalam kilang tetibe Ayien cakap kat mama dia, kak siti, ma.. nasyik.. okey, bos besar da mintak nasik. Apa lagi.. moh la kita makan..

Kali ni kitorang nak rasa mee udang Mak Jah pulak. Sedap ke idok? Kalau uolls tanya pak cik google, memang mee udang mak jah ni ranking no 1. Masa kami sampai, warung mak jah masih belum buka lagi, pekerja mak jah suruh datang balik lepas pukul 12.30pm. Nasib baik homestay kami 10 minit jalan kaki jer. Sempat kami tidor2 dulu kat rumah. Mihmih



Tepat2 pukul 12.30, terus kami keluar pergi warung mak jah. Terkojut hakak, warung mak jah dah penuh. Gila bapak ramai orang. Kereta berderet2 macam ada kenduri kawin pulak. Mak jah ni pakai mandrem ke ape?.. oppss.. haha..


See.. penuh gila. Hakak pun tak paham dari mana diorang ni sume datang.


Mee Udang Mak Jah. Cousin hakak cakap sedap lagi Mee Udang Warisan yang kitorang makan semalam. Tapi bagi hakak yang ni pun okey jerr. Oh.. baru teringat.. Mee Udang Warisan kuah dia ada rebusan daging. 


Hakak pun tak tahu Ayien tu dah kenape.. haha



Selain mee udang, ada menu lain jugak. So kalau rasa2 tak nak makan mee udang boleh order menu lain. Antara menu yang special adalah cucur udang. Cucur udang kat sini memang sedap2. Kuah harus kuah kacang. Teringat pon dah rasa kecur air liur.  Slurpp

Dah kenyang, apalagi balik homestay and tidur lahhh. Lepas bangun bangun terus sambung melantak cucur udang sambil nonton Oshin.

Pukul 5 lebih gitu kami bergerak ke jeti. Yey its time for dolphin huntinggg..

Next entry k. Fenat pulak.. hihii
posted from Bloggeroid

Sep 1, 2014

Bercuti di Kuala Sepetang Day 1




Haiiii.. happy weekend everyone!

First time nih hakak buat live updet kat tempat hakak bercuti. Selalu jangan cakap lah.. 2, 3 bulan baru ingat nak update.. mihmih.. Ala.., cerita ringkas2 jer k.

Seperti yang uolls bace dekat tajuk entry, hakak ngan family sekarang sedang bercuti dekat Kuala Sepetang di Perak. Kuala Sepetang ni kalau uolls nak tahu, sangat popular dengan mee udang yang bukan saje enak tapi murah dik non. Adik sedara hakak yang request nak makan mee udang sempena hari jadi dia. Ni sume kes terpengaruh tengok jalan2 cari makan lah ni. Maka, layan kan aje lah birthday girl. Sambil makan sambil bercuti giteww =)

Semalam hakak kerja, so hakak tak tidur, terus kemas2 barang masuk dalam beg. Sebabnya lepas subuh terus nak bertolak. Nak avoid jem katanye tapi hakak nengok all the way tu nan hado pon jem. Eh.. padahal hakak tidor sepanjang jalan. Hehe. Oh ya percutian kali ni 3 hari 2 malam. Lame kan. Masa ni hakak pon tak tahu lah apa aktiviti nak buat dekat sane selain makan mee udang. Hurmm.. tapi uolls jangan risau, ade je aktiviti boleh buat. Percaya pada hakak hokey. Amboi.

Cousin hakak book homestay, Fatin Homestay tajuk dia. Memang okey sesangat rumah ni, rumah bersih, toilet pon bersih, barang rumah serba lengkap. Ada aircond and tv flatscreen, astro pon ada. Apa lagik ko nak kan? Tuan rumah pon mesra, siap provide sarapan lagi uolls. Memang ok sangat lah weh.. Tapi tak tahu lah sedap ke idok sebab esok baru dapat makan. Hari ni semua makan sendirian berhad. So siapa2 yang berminat boleh lah contact number dibawah untuk sebarang tempahan.



Aktiviti pertama, harus lah makan mee udanggg.. yeyyy.. Kat sini orang cakap mee udang yang popular is Mak Jah mee udang tapi kami try Warisan. To be frank, hakak ni bukanlah peminat mee. Jadi hakak tak adalah teruja sangat. Komen hakak taste dia not bad lah. Sedap jer. Memang sedap udang besar2, 7 ekor hakak dapat uolls. Licin halak kerja kn.


Selfie sambil nungguin mee udangnya sampei



Ni mee udang warisan tajuk dia.. sedap je kat tekak akak



Lepas makan mee udang kami strolling jap kat jeti. In real life view die taklah cantik mana tapi dalam gambar meletop lah jugak. Terasa lah jugak diri ku ini seorang nelayan giteww. Hihi.


Disebab kan bontot akak tak nampak besar disini, so boleh letak kat belog ;P


Dalam gambar nampak cantikkk je kan. Cer datang sini. Berselut jer.


Selfie jangan tak selfie =)


Rasa kelakar, korang tengok iklan ikan belacak yang kemahen lagi menangis sebab pencemaran kat laut, and after orang datang buat gotong royong baru dia happy. Hakak cukup tak suka nengok iklan tu sebab gambar ikan tu tak comel langsung. Tapi first time nengok ikan belacak. Memang sejibik dalam iklan. Hehe

Okey sambung layan gambar kat sini.



Kak siti and ayien omel omel :)



Abah kiteww



Abah and along jaja kitew



Cantik kan? Padahal berselut jer



Ni family mak cik hakak, abang sedara and anak bini dia. Sweet kan pic ni :)


Mak cik kiteww


Ni tak tahu lah adik sapa.. uhuk



Petangnye kami beli barang untuk makan malam pulak kat pasar. Pasar dia unik sangat uolls. Depan pasar belakang sungai ada jeti and bot tengah parking. Very nice view. Terasa sangat diri ini orang town bila masuk dalam pasar tu. Kononnya macam awkward sambil angkat kain gitu. Mesti pekerja kedai tu nyampah nengok hakak.. hihi.. dah lah semak orang nak lalu pon susah.


Lorong2 gelap


Udangness.. fresh dari ladang.. eh laut..


Muka berlengas pon tetap nak posing


Menu makan malam, udang goreng and masak lemak and sambal sotong. Banyak gila hokey. Makan tak hingat dunia sebab bukan selalu dapat makan udang banyak camtu. Kat sini aje lah kau merasa jadi orang kaya nasik 2 butir makan udang penuh pinggan. Hover hakak kalau citer kan. Balik shah alam makan ikan kembong je lah kau.

Malam pulak layan movie kat astro. Tu je kot. Oklah mata hakak pon dah ala ala nak terpejam gitu. See you next entry k.
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...