"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Apr 17, 2016

Terbeli Mary Kay

Haiiii chuolls!!!

OMG!! Lama gila tak bersiaran khennn. Busy chuolls... >.<.. 

Hari ni tak ada nak membebel banyak pon. Sebab mood still tengah malas lagi nih. Cuma hari ni aku rasa amazing sangat sebabbbbb.... tadi aku terbeli skincare Mary Kay dari bakal isteri cousin aku.. Like seriously??? Tak pernah terpikir okay. 

Aku dulu kalau orang approach aku pasal Mary Kay, sumpah tak beli sebab tak percaya sangat pon dengan produk2 macam ni. Yalah.. takut harga jer mahal tapi result nan hado bagos pon. Muka still menggerutu jugak akhirnya. 

Adik sepupu aku memang dah pakai dulu. Aku nengok muka dia tadi.. eh.. cantik jugak kulit perempuan ni sekarang.. Mihmih.. Maka terbeli jua... 

Tapi aku tak adalah beli satu set pon. Baru beli 3 barang jer dulu. 



Cleanser

Krim Jerawat

Moisturizer

Tu jerrr. Sorry la.. Malas sangat nak explain satu2. Hihihi.

Byeeeee.



Apr 2, 2016

Pakej mencandat sotong di Pantai Timur

Tahun lepas, me and my family pergi bercuti ke Terengganu buat kali pertama. Kalau nak ke Pantai Timur ni memang susah sangat nak sampai. Tak tahu lah kenapa. Padahal kawan2 ramai jer orang Kelantan. Malah bestfriend aku pun orang Kelantan tau. Ekceli masa zaman belajar dulu adalah dua kali datang ke Kelantan. Memang enjoy sangat2 especially bab makan. Hihi.

Masa di Terengganu, bapak aku adalah borak2 dengan seorang kenalan dia di Kuala Terengganu. Pak cik tu kata, orang kalau datang ke Pantai Timur ni antara aktiviti yang paling menarik adalah mencandat sotong. Masa terdengar perkataan sotong tu terus teringat sotong goreng tepung Pok Nong. Kalau korang ke Terengganu, wajib singgah makan kat sini. Semua fresh2 tau. Haha, makan jugak yang diingatkan. Bapak aku memang teruja nak pergi mencandat sotong, so dia suruh kami simpan duit. Tahun depan kita pergi mencandat sotong pulak kata dia. Aku okey ajer. Hewhew.

So, aku pun merajin2 kan diri mencari pakej2 menarik mencandat sotong untuk tahun 2016. Aku sangat tertarik dengan pakej yang ditawarkan oleh Xcelltravel  & Tours Management Sdn Bhd

Kalau jadi, family aku kena ambik Pakej 3 lah. Kos tu tak ada masalah, boleh tong2 sorang sikit since semua dah kerjakan. tak adalah terasa sangat. Harap2 jadilah kan. Pasti akan jadi kenangan yang tak dapat dilupakan. Bukan senang nak mencandat sotong kan. Makan sotong ye selalu. =D

Selain daripada pakej mencandat sotong, Xcelltravel  & Tours Management Sdn Bhd ada juga menawarkan pakej ke Kelantan bersempena Tahun Melawat Kelantan. Pakej yang ditawarkan pun tak kurang hebatnya tau. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh hubungi sendiri pihak Xcelltravel okay.

Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd
Telefon : 010-9282086
Website : http://www.xcelltravel.com/
Facebook : Xcelltravell & Tours Management Sdn Bhd
Instagram : @xcelltravelofficial


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...