"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

May 17, 2016

Again and again.. Haha



Musim diet bermula kembali

Hah.. nak buat muka boring lettewwww

=.='




Tiba2 macam tak sabar pulak nak tunggu my 200 ringgit Iphone
Harap2 hakak tak kena tipulah hendaknya
Amin....

Nanti dah dapat iolls cerita okay.


May 16, 2016

Hidup





Ingat kan aku okay. Tapi balik rumah terpikir-pikir jugak.

Kelakar hidup ni. Tapi terpaksa jugak tempuh.

Sekuat mana aku cuba untuk lawan. Tapi kalau Allah izinkan perkara tu terjadi..

Tetap akan berlaku juga kan?

Ayah aku sendiri pernah lalui perkara ni

Sepupu aku pun sama.. baru jer terjadi

Kini giliran aku pula..

Harap tabah hendaknya.

Percaya pada Allah..




May 9, 2016

Kamera yang menjaga hati








Suka betul kalau selfie dengan kamera Lenovo A916 kesayangan aku ni. Tak pernah mengecewakan. Mesti kulit aku flawless (tak adalah flawless sangat sebenarnya.. hehe).. Jerawat aku tiba2 entah kemana. Pori2 pon hilang sekelip mata. Nampak natural lagi uolls..

Namun begitu.. Tu cuma dalam gambar yang dihasil kan oleh hp aku ni jer. Try pakai Samsung mak aku. Hamekkk. Sana sini lobang2 bak kawah planet Marikh.

Sadis!

posted from Bloggeroid

May 7, 2016

Pinggang model



Walaupon pinggang tak berapa nak ada tetap ye nak cekak pinggang macam ni
Hahaha

First time aku nengok gambar ni tergelak besar aku
Sedih lah ngan diri sendiri
Tolong la doa kan supaya aku cepat kurus pleaseeee

Byeee

May 3, 2016

Sayonara Zul


Dalam banyak2 staff Cash Team yang resign or lateral, Zul adalah orang yang paling aku terasa sekali when he told me that that he is leaving..

Memang terasa sedih sangat2 sebab bagi aku dialah penyeri Cash Team.. Cash Team will never be the same without him..

Aku tau lepas ni sure Shaqira pulak, lepas tu Najib and Fitri may be.. 

*cryariver*

Zul, Kak Pah doa kan Zul berjaya kat luar sane. be strong and learn faster okay! I will always be your good friend and sister.

18 May 2015 - 28 April 2016

May 2, 2016

Restoran Tupai Tupai Seksyen 13


Haiii... Kita mula bulan May ini dengan entry makan ye.. Nyum nyumm..

Hari ni cuti Hari Pekerja. Selamat Hari Pekerja semuaaaa! Kebetulan UK pon cuti jugak tapi aku pon tak ingat lah pulak sempena cuti apa kan, yang penting aku dapat cuti jugak. Since adik aku pon balik awal dari bengkel, maka bapak aku ajak makan kat Tupai Tupai Seksyen 13. Haa.. mesti ada yang dah biasa dengar kan restoran ni. Kalau ikutkan ni kali kedua aku makan kat sini. Tadi Iolls dah garuk2 kepala sebab takut kena belanja.. Hihi. Restoran ni mahal okayyy. Tapi nasib baik bapak aku nak belanja hari ni. Syukurrr, selamat duit nak beli baju raya. hahaha.. Keji!


Mak aku ni kadang2 nyampah jugak aku dengan perangai dia. Kat rumah tengok citer Korea, kat luar pon pasang cite korea kat Youtube. Tak puas2. Cannot brain lah this kind of attitude.. Hahaha. Keji kan kutuk mak sendiri. Ni dia tengan realiti show peberet dia. Return of Superman.


My brother dah nampak abang2 dah. Dah tua dah adik aku ni. Hidung tu memang saje dia kembangkan. Tak senonoh!


Nasi Goreng ikan masin. Sedap! Makan ramai2.


Spaghetti Bolognese. Nice jugak. Portion banyak tapi pinggan kecik. Aritu makan kat Bason, pinggan bapak besar tapi spaghetti ciput gila. 


Lamb Grill. Tak rasa tapi nampak sedap and portion pon just nice. 




Ape ntah nama menu ni.. Chicken Kebab with Butter Rice gitulah tajuk dia. Nasi dia sedap. 


Ni hakak punya. Mixed Grill.. paling mahal aku order. Sedap especially kalau tengah lapar. Suka sangat dia punya kentang putar tu. Sayur pon tak rasa pahit ke ape.

Total makan tadi dalam RM 130 ++. Mahal kan?

Lepas makan, laju2 balik sebab nak tengok citer Semanis Honey sebab nak tengok Siti Nordiana berlakon. Boleh tak gitu? Haha.. Dah tengok dah pon. Okay lah citer dia kan. Tak la teruk sangat pon Nana tu berlakon. Harap2 jalan cerita dia best lah.
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...