"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Jul 21, 2011

Doa bertemu jodoh versi lawak

Amaran keras! sesiapa yang baru putus cinta, sakit meroyan ditinggalkan kekasih, dilarang untuk terus membaca entry ni.

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….


Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…


Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…


Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…


Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,

Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…


Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..


Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…


keh keh keh

Ekceli dah pernah baca kat blog intanurulfateha.

tiba2 rasa kejam pulak doa ni terutama tang last tu.. hahaha
sapa la yang buat doa ni kan.=)

Jul 19, 2011

Benda yang boleh tengok seminggu sekali je

taraaaa


penimbang berat

hehe

kenapa?

sebab benda alah ni selalu buat i tension bila i naik jarumnya tak mahu gerak ke sebelah kiri.

pGFty6^&(HHg!!!!
geram taw!

hey penimbang!,make sure bila i naik atas u ahad ni u gerak ke kiri okeyh. kalau u gerak ke kanan siap u!
habis garang ni. takut tak?

hehe..
bai


Jul 18, 2011

Menu Diet Saya


sayur kobis + pucuk + kek ikan (hehe ni baca kat plastik, tak tahu nama kampung dia)

salah satu usaha untuk menguruskan badan
harap2 kali ni menjadi lah yer

target? current weight?
biarkan rahsia bak kata Tok Ti
tak boleh cakap banyak.
cakap banyak biasa nya nanti separuh jalan je
so kite wat senyap2 sudeyhhh
hehe..

bai!

Jul 17, 2011

Sedapnya makan durian!! Yummy!



uolls suka makan durian tak?.. i bukan takat suka, boleh dikatakan gila durian.
fyi, durian ni dibawa khas dari kampung i kat rembau.

saja snap dekat2, bagi uolls terliur dengan durian i ni.. hihi keji jugak i ni kadang2.. huahuahua. gelak setan.

ni yang dah busuk. tapi dah busuk pon still boleh buat tempoyak okey.
ponn sedapppp!

p/s uolls tahu tak, makanan yang mat saleh paling tak mahu makan adalah durian. diorang lebih rela makan ulat pokok dari makan durian. ada ka patot?? =.='

thanx for reading. bye!

Jul 16, 2011

Kisah Si Anak Aling Suka Mintak Belanja.

hai

sebelum jari jemari i yang comel lagi anggun menari kalah sehati berdansa di pentas keyboard ini, i nak tanya, uolls tahu tak anak aling tu ape? kalau tak tahu uolls pergi cari kat kamus dewan kurun ke 12 sebelum masihi. cari sampai jumpa, lepas tu baru proceed bace entri i ni yer.

ehehe.. tak adalah. kalau uolls tak tahu anak aling tu apa, pi lah tanya kat mak ke ayah ke, adik ke abang ke boipren ke. tak kisah lah. janji jangan tanya i sebab i'm not going to tell. ;-p

ekcuali, i saja ja nak stori mori kat uolls. kat ofis, i adalah kawan ngan sorang anak aling ni. tapi dia bukan satu process ngan i. dia dari US process. i pulak UK process. tapi team kitorang sebelah2 aje. in case kalau uolls tak tahu, i masuk lambat sejam dari teammate i yang lain. so biasanya, lepas semua ofismate i dah balik pukul 1, i ngan 2 orang lagi ofismate i akan stay sampai kul 2 pagi.

bila semua dah balik, anak aling ni selalu lah tegur kitorang yang stay ni, konon2 ramah lah. yang kitorang ni pon layan lah beria-ia. at first i rasa anak aling ni very nice guy lah. plus, dia pun boleh dikatakan cute jugak lah. hehe..

weolls pon rapatlah. untill one day, kitorang balik rumah sama-sama. eh bukan ngan i sorang je taw.. no.. no.. no.. jangan buat kontroversi. hehe.. ngan sorang ofismate i ni lah. i dok shah alam. anak aling ngan ofismate i tu plak orang klang. so satu jalan lah. nak dijadikan cerita, malam kitorang balik sama2 tu weolls singgah McD jap. i ngan ofismate i ni tak minta pon dia belanja. tapi tak sangka lah pulak anak aling ni bermurah hati nak belanja. eh orang nak belanja weolls pon bedal lah. tapi i tak adalah tekan sangat. i beli double cheese burger. tu pon ala carte je. tapi member i ni plak pi order nak yang besar2 je. so weolls pon makan lah. borak2 bagai.. pastu balik.

lepas pada tu, si anak aling ni selalu mintak kitorang belanja dia. mula2 tu kitorang okey lah. set masa, janji nak keluar tapi at last tak jadi jugak. uolls tahu tak.. sampai lah ke hari ni, anak aling ni asyik tuntut je weolls belanja dia balik. annoying sungguh.

i sekarang bukan setakat dah annoying jer, naik seram pon ada jugak ni. anak aling ni bukan boleh buat main2 oh.. hari2 jumpa asyik mintak belanja. takut pulak rasa. =.='. some more i takut dia bawak mulut kat orang je. kata ada budak melayu kaki penipu. uihh.. i pon tak tahu lah nape i boleh pikir sampai ke situ.

pernah tak dengar pepatah

"kalau jumpa ular ngan anak aling, baik bunuh anak aling dulu"

uihhh.. sampai macam tu sekali ke?

sebenarnya i tak sangka pulak anak aling tu bersungguh-sungguh mintak kitorang belanja. terasa macam kena kejar dngan ceti pun ada.. huhu. tak apalah. dapat gaji bulan depan, i plan nak ajak ofismate i tu belanja anak aling tu balik. selagi tak belanja, selagi tulah hidup kitorang tak akan aman.

nota: lepas ni kalau ada mana2 lelaki nak belanja tak kisah lah bangsa apa, kena pikiaq 100x dulu.


lesen dah mati 7 bulan baru perasan.. boleh tak macam tu?

note: currently tengah updet blog sambil nonton Winter Wipeout. harus lah gelak tak menahan tengok peserta jatuh tergolek.. hehehe.. eyh uolls mne yang blom pernah tengok gameshow ni, try lahhhh.. memang terbaek. jangan biarkan daku gelak sorang la weyy..

back to the topic. boleh tak i cakap sebenarnya lesen kereta i dah mati bulan 12 tahun lepas, boleh pulak i tak perasan?? sengal takk? sekarang dah bulan 7 kot.. aiyooo.. boleh pulakkan?? itu pun nasib bapak i yang tanya, kalau tak..? nan hadooo... hahahaha


teringat ayat ayah i.
" abih tu selama ni tak ada lesen ko dah matilah."

haha.. yelah abah! lagi mahu tanya.. abah la ni. sapa suruh abah lambat cakap!.. tengok tu.. abah jugak yang salah=.=v peace abah

tiba-tiba pulak teringat. ini bermakna masa i drive gi melaka untuk pergi kenduri kahwin sepet bulan 3 ari tu, lesen i dah matilah!! OMG!. gila gengster i. bangga bangga.. eh terbangga pulak ehehe

Pet, ko memang kena gi kenduri kahwin aku nanti. Besar pengorbanan aku kat ko ni.. hahahahhaha.. gelak2 jahat.

apa-apa pon masalah semua dah settle. i dah berjaya merenew lesen i. 3tahun terus beb. ha..hamek kaw. puas hati. kalau tak percaya boleh tengok kat bawah ni.


note 1. sila2 lah check lesen uolls. manalah tahu uolls pon senasib ngan i. ;-p

note 2. jangan lepas 3 tahun nanti i lupe nak renew lesen i lagik sudeyhhh.. hihi.



Jul 15, 2011

apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas kita mati?







kadang2 kita tak pernah terfikir yang benda sekecil ni boleh menyebabkan kita tersiksa kat kubur ni kan. tak tahu lah orang lain. tapi untuk i, i tak pernah terfikir pon.. cehh.. kudus sungguh i ni kan.. hehe..

tapi, i tak adalah sampai nak tutup akaun fb i. cuma mungkin lepas ni i akan gunakan fb ni ke arah kebaikkan lah. maksud i.. untuk mengeratkan silaturrahim ngan rakan2.. cewah.. mungkin ada yang kata i dah makin baik. hehe. tak adalah makin baik. cuma mahu memperbaiki diri sendiri sahaja. sila jangan perli saya okey.. hehe umur pun dah meningkat. kubur kata mari. dunia kata pergi. cehhh ayat nak kelass jer kan. haha

pada kawan2 mahupun peminat (sila jangan sekeh saya) yang terbaca entri i ni, harap amik iktibarlah dari entri i kali ni. kalau ada apa2 yang tak puas hati ngan sesiapa, elakkan lah dari post kat fb bagai. sebab secara tak langsung kita dah mengajak orang lain untuk menyokong sama. mungkin orang tu yang salah tapi kita maafkanlah. lagi hangat sambutan pada post kita tu, maka lagi hangat juga lah azab dikubur yang bakal kita rasa kelak.

pesanan untuk diri sendiri jugak.. hihi

renung2 kan dan selamat beramal.

Jul 14, 2011

~hati berbunga2 riang dapat surat cinta~


ni kalau sepet ngan mas baca tajuk entry ni mau terbeliak mata ingat i betul2 dapat cinta neh.. kah.. kah.. kah..
ampunnn!!

alhamdulillah.. akhirnya i dah dapat confirmation letter dari HSBC. hoyeah! hoyeah! gumbira sungguh hati ku. lagi2 pulak semalam my line manager ucap tahniah.. rasa cam kembang berinchi2 pulak muntot comel i ni.. ehehehehe.. oh.. jangan tanya gaji i naik berapa sebab tak naik ponn... kat HSBC bonus and increment hanya bulan tiga setiap tahun. long way to go.. sob sob sob ='(

semalam masa i pergi amik surat confirm i tu kat HR, i dok pikiaq macam mana lah rupa surat confirm i tu ek. niat di hati nak frame pastu nak gantung kat rumah.. lalalalala..^.^V



lorhhh .. macam ni jer rupenye.. tak frame pon tak apalah.. huahuahua

ceh.. sampul pon nak enterfrem jugak.. hehe


p/s malam tadi kan mimpi cik hakim ngan cik hilmi la pulak. apakah maksud tersurat mahupon tersirat dari mimpi i itu?.. renung2kanlah ^.^v
eh i'm wonderinglah diorang follow lagi ke tak ek blog i ??? ~peace boss~








Jul 13, 2011

Ayat penggerak

Entry sebelum ni i ada sharekan doa sebelum meulakan kerja kan. Ekceli doa tu i belum pernah amalkan lagi. Hari ni i baru nak mula amalkan doa tu. Semoga Allah makbulkan doa kita. Amin.

Tapi sejak hari Isnin lepas i ada amalkan Ayat penggerak. Ayat ni pun bagus untuk di amalkan untuk mengelak dari sebarang kemudaratan sepanjang hari. Sumber dari Darussyifa' Online. Alhamdulillah.. sejak i amalkan ayat ni 3kali waktu pagi and 3 kali waktu petang i dah jarang kena marah kat tempat kerja taw. To be exact, i dah jarang buat error lagi. Bila dah jarang buat error maka jaranglah kena marah kan..=) Alhamdulillah.. syukur sangat2 kot.

untuk maklumat lebih lanjut uolls boleh lah jenguk laman web Darussyifa' Online.

Sesungguhnya Allah itu maha mendengar dan maha mengasihani.

Selamat beramal!

Doa sebelum memula kan kerja

seperti uolls sedia maklum, i selalu mengadu kat blog kesayangan i ni yang i selalu ada masalah dalam kerja i. huk huk.. sedih taw hari2 kena marah. kadang2 rasa sampai nak give up pon ada! lepas tu mula lah bukak jobstreet nak cari kerja baru.. he.. he.. he.. apa la i ni kan. tak tabah langsung.. =.='

so, untuk menyelesaikan masalah i yang takkan pernah habis ni.. yalah mana ada kerja yang senang dalam dunia ni kan.. i telah google doa sebelum memulakan kerja yang sesuai untuk diamalkan dalam seharian. Kat bawah ni doa yang i dapat dari blog Lanun Sepet.




sumber: Lanun Sepet

semoga Allah beri keberkatan dalam apa jua kerja yang kita lakukan. Amin.

Jul 10, 2011

Aku Penat

ermmm.. ketika entri ini mula ditaip jam ditangan dah pun menunjukkan pukul 7.39 petang. siriyesly i rasa tersangatlah cepat weekend ni berlalu.. macam tak ade ape2 je. sumpah i rasa macam baru je happy balik kerja jumaat lepas and tup tup esok dah nak kena kerja balik.. damn lah.. penat tahu tak?=.='


Aku Penat

hanya itu sahaja perkataan yang dapat menggambarkan ape yang aku rasa sekarang. tak ada siapa pun pon faham apa yang aku rasa. siapa yang tak penat bila pikir whatever mistake yang kita buat dalam kerja will be count and just because i ada dalam inputting queue which tendency to do error memang tinggi akan dapat discussion note if i do more than 5 error in a month. tak fair langsung!!!

bila kita nak mengadu, orang pasti akan cakap, mana ada kerja yang senang dalam dunia ni.. yes, you are right.

bila kita cakap I can't do it, orang akan balas, there are nothing impossible in this world. what you should do now, just put more effort on it. yes, again, you are totally right.

*sight*
sabar~ that's it.




jenis lelaki hampeh abad ini dari sudut pandangan miss zhoura



ahhh... nikmatnye dapat bangun pukul 12..* macamlah hari2 tak bangun pukul 12 hihi kerja malam beb.. tak payah nak pikiaq hal kerja.. tak payah nak dok runsing hari ni error ape plak i nak buat.. tak perlu nak kena panggil or kena marah ngan verifier si Z tu..eeee.. tension je teringat kat orang tua tu!

malas nak nak cite pasal kerja.. *eh sape suruh cite;-p 

hiheee.. daripada title i hari ni sure uolls sume dah dapat agak kan ape topik yang i nak i utarakan hari ni. yeahhh.. i nak berdiskusi tentang jenis-jenis lelaki yang paling hampeh dalam dunia ni. tapi dari sudut persepsi* apeda ayat i lah.. ha.. to be exact perkara-perkara yang paling pantang sekali kalau lelaki yang i baru kenal buat benda2 macam ni. memang i rasa nak picit-picit je bile i jumpa lelaki macam tu.

okey! jom kita mula yukkk

jenis lelaki pertama, adalah menjadi kepantangan i bila lelaki yang baru kenal.. nak pinjam duit. ehhhhhhhhhhhhhhh *itonasi macam penyamun dalam cerita nujum pak belalang.. ehhhhhh utk aku ehhhhhh utk ko. bedal la utk bedal lah utk ko.. paham tak?=.=' baru kenal nak pinjam duit bagai.. belum kahwin lagi.. nanti kahwin entah hape lagi engko nak pinjam. hishhh pastu nak pinjam pasal nak bayar duit motor... RM128.80.. yang tak boleh belah tu tak de nak letak 130 ke 150 ke. siap letak 28.80sen tu sebab nak bagi nampak real.. perghhh memang lah tak boleh belahhh.. nak bayar duit motor pon mampu ade hati nak bercinta. i ni bukan lah nak mulut jahat ke.. berkira ke. kedekut ke.. bukan macam tu.. kalau dah kenal bertahun.. dah tahu hati budi.. dah tempuh susah senang sama-sama.. if in that case, tak apa lah.. i pon tahu, dalam satu hubungan tu perlu ada give and take, barulah bahagia. tapi ni yang baru kenal tak sampai sebulan, dah nak pinjam duit??? apakah maknanya tu? kalau betullah tak ada duit sangat, pergilah pinjam kat family ke, kawan-kawan rapat ke.. wat apa pinjam kat orang yang baru nak kenal. nampak sangat la hampa tu kaki kikis. useless hang tahu?

jenis lelaki kedua, adalah juga menjadi kepantangan i bila tengah dok sedap2 sms, lelaki suruh call balik. contoh; hantar sms 'deeba boleh tak call azim sekarang. azim teringin nak dengar suara deeba. suara deeba sedap' ehhhhhhhhhhhh.. suka-suka hati mak tiri nenek jiran hang jer nak suruh haku call hang.. tak gentle langsung!! engko yang nak dengar suara aku, aku yang kena call pulak.. ada ka patot? ko ingat ko puji suare aku sedap aku cair lah.. tak ada maknanya.. kalau i lah.. sekali je i akan call. masuk kali kedua.......... bye bye je lah.. tak ade maknenye i nak call. lepas tu kan, tak cukup dengan suruh call nye. boleh pulak dia mintak pulak topup kan. lepas tu janji cukup bulan nak bayar.. ehhhhhhhhhhh.. sengkek gila. hakk tuih lah.

jenis lelaki ketiga, yang ni i paling tension. lelaki yang suka minta perempuan belanja. biasanya bab makan lah. asal dating je si perempuan yang kena keluar duit. mentang-mentanglah si perempuan ni gaji lebih tinggi dari bf dia. o.. kalau perempuan gaji lebih tinggi so automatic korang boleh switch tempat lah.. hak tuih lah. kalaulah i jumpa lelaki macam ni, memanglah i tendang muntot dia sampai Paris. i pon tak tahulah dimana diorang letak kan sifat kejantanan diaorang tu. di lutut kah? tak malu makan duit perempuan. cett. pastu si perempuan pun jangan lah senget sangat dok layan kehendak lelaki macam ni. hang dok bayar lelaki tu dok sedap je makan hasil titik peluh hang. wake up girls wake up!

cukuplah tiga jenis lelaki hampeh yang menjadi kepantangan i setakat ni. ekceli banyak lagi yang ada dalam otak i ni tapi takut kot uolls penat pulak nak baca entri i kali ni.. kalau i nak tulis sume sampai tahun depan pon tak habis. hehe.. tapikan awat semua yang i pantang bab duit arr??  hihihihi.. cabuttttttt


Jul 9, 2011

~Kampung ku 2~

P/S - this entry been written last monday. i just republish=)

arghhh... cepatnye dah hari isnin kan.. malas betul rasa nak pi kerja.. kepala i ni rasa berat sungguh hari ni..*alasan... hehe mata ni pon macam kene sapu gam. alahai.. bestnye kalau dapat tidur lagi ni.. huhu.. yalah minggu lepas dah masuk dua minggu berturut2 i balik kampung on weekend taw.. memang tak sempat lah nak merasa rehat yang secukupnya.. nasib baik lahhh minggu ni tak balik kampung.. hooreyy ^.^


ekceli i memang suka balik kampung ( if only my cousins pon balik kampung jugak lah hihiee.. kalau diorang tak de bosan) cuma i ade masalah sikit nak tidur malam jelah. tak kira lah i penat macam mana pon.. tapi bila sampai waktu malam je i mesti tak dapat nak tidor.. tension kan?.. memang ponnn




ermm.. nak kata i ni jenis yang susah nak tidur... ermmmmmmmmm tak jugak lah.. kalau kat rumah i tu, if i baring2 golek2 atas katil tu sure boleh lentok punya lah.. cuma, yang pasti, kalau i tidor awal i akan terjagalah tengah2 malam tu. tu yang i malas tu. lepas tu i ni penakut sikit (err banyak sebenarnya).. so kalau i terjaga tengah malam, i akan rasa takut and bila dah takut i akan susah nak tidor balik. so untuk hilangkan rasa takut, i akan pasang lagu kat hp so ada lah bunyi2 cikit. kalau senyap je confirm i tak boleh tido.. sebab masa tu lah macam2 bunyik boleh dengar,  tu kalau kalau kat umah sendirik kat shah alam.. kat tengah2 bandar2 nun. itu pon i boleh takut jugak.. kalau kat kampung plak apatah lagi la?!.. =.=


bayangkanlah kampung i kat negeri sembilan tu memang jauh kat pendalaman nun. rumah pulak jenis rumah kampung yang dulu2 tu.. tapi kalau uolls datang kampung i siang2, memang uolls akan cakap yang kampung i ni memang cantik aman dan damai *cewah..  tapi bila sampai malam.. memang scary tak hingat lah.. honestly speaking, i memang cuak.. nak tutup mata pon tak boleh.. sebab bila mata dah tutup otometik telinga i akan jadi lebih peka dari biase. ha... masa tu lah segala jenis bunyik yang tak sepatutnya i boleh dengar.. so i memang terpaksa tangguh kan penerbangan i ke Paris setiap kali i balik kampung.. *poyo jerk



so, again untuk hilang kan rasa takut, i just biarkan tv terpasang tapi volume tu i slow kan lah, consider orang lain pon nak tidor jugak. kalau nasib i baik malam tu dalam pukul 1 lebih i dah terlelap. kalau nasib tak berapa baik pulak pukul 4 la baru i dapat tidur.. tension betul. tu pon nasib baiklah toilet dekat ngan tempat weolls sume tidor.. kalau jauh?? hisshhh

kampung i ni ekcuali tak ramai sangat dah orang. kebanyak kan origins dah berhijrah dok kat kl.yang ada pon orang2 tua yang dah tak larat je.. huhu.. i kan selalu berangan kan best kalau kampung i ni ade warung-warung and ade budak-budak kampung selalu lepak macam dalam drama2 melayu kat tv tu. and bila ada anak dara yang  comel cam i ni lalu je, diorang ngorat ke kan.. keh keh keh.. gila gatal i ni kannn... tak ade lah.. i gurau jerr... =P

okey lah.. got lots of thing to do.. tata=) 


Jul 8, 2011

~puisi yang sewel~

tika dan saat ini..
mencari2..
sebuah cinta gilaa
yana terkentut
bunyinye kuat
melantun-lantun
sungguh sedap kentut yana..
macammmmm
kentut mas jua...
lalu yana kentut lg..
itu la exercise dia..
cara2 nya
utk kempis kan perut..
ku..rindu kentut yana..
kentut mastura
kentut syura juga..
xlupa juga.. kentut la sepet
bunyinya petpet
bila da pnt
ape lg mari la melantak..
itu la kisah
3 la dara----kecuali syura
perangai x senonoh...


 sources:YANA
****************
 puisi hangguk hang>> keh keh keh
ekcuali bende ni i tulis kat dalam blog yana tahun lepas masa i still belajar kat UITM Melaka dulu. 
haha..~sewel~ jerr









Mode : Rindu kat kawan2 ='(



 

Jul 4, 2011

Kampung ku

macam tajuk karangan sekolah rendah pulakkan hehe
just nak share ngan uolls sume rumah kampung i kat negeri sembilan.


masuk minggu lepas, dah 2 minggu berturut2 i balik kampung

asyik2 balik kampung jerrrr.. boring lah!
*itonasi bajet budak bandar yang moden yang tak suke balik kampung sebab kampungkan boring and outdated. ^.^

tak sedar diri.. padahal kecik2 dulu duduk kampung jugak nenek jaga.. keh keh keh

Jul 1, 2011

"Let's Wipeout"



to be honest, yesterday was my very first watching this show, and believe me, this game show was damn great..!! uolls nak taw tak, i watch like nak angkat segala kaki tangan mahupon muntot.. muke berkerut2 kalah bapak i tengok bola Malaysia lwn Indon. 1 more thing, dahlah i tengok kat cafe kat opis..mesti customer lain tengok kata i ni semangat gila. sure dalam hati diorang cakap 

" over gila minah ni.. rilex2 sudah lah" =.="

aishhh..*malu..


game show ni memang awesome giler. fun to watch tapi kalau  terlebih menghayati kita pon turut boleh terase sakit bile peserta tu kena hentam ngan palang dan bola sebesar bob kuman.. macam kita plak main..hihi.. 



Semua peserta akan di beri peluang untuk takcle setiap "wipeout" obstacle dengan membawa harapan yang diorang boleh mengharung semua cabaran and making it all the way to the nighttime "wipout Zone" and winning the cash prize.   interesting kannn???. kalau diorang dapat lepas special obstacle plak, bonus akan di beri. $$$$$^.^


yang ni summer wipeot.. i tak pernah tengok lagi. tapi confirm best jugak kot.. tak sabar nak tengok next week.. heee =.^

so tunggu ape lagi, jom la kite reramai tonton game show ni kat channel 701
tapi waktu prime time die i tak tahu bile..=.='
tapi.... kalau nak tengok ulangannye hari khamis pukul 8.20 malam. hehe =)

Make Me Your Girl

uolls penah dengar tak lagu ni?

kalau tak pernah dengar jum kita layan kejap yuk!!!





Okey? Amacam?.. best kan lagu ni.. heheehe..

may be ade antara uolls yang dah pernah dengar pon lagu ni.. lagu ni released pon 1 year before. i just nak tanye uolls perasan tak girl in red yang feat ngan Ali Samadi tu Candy AF5 kan??.. kalau betullah die.. memang hawt gilerr... i tott die dah lama terkubur dah dari kemeriahan industri tanah air*ayat tak boleyh blah.. i know hiks

masa AF5 dulu i memang minat sangat kat Candy ni. tapi sayangnye after tamat je AF5 nama candy terus senyap macam tu je. so i pon dah tak ingat kat dia dah.. keh.. keh.. keh..

tup tup semalam i bukak satu laman web gossip ni, adelah article pasal lagu ni.. perghh i pon agak terkesima jugak lah.. dalam pada senyap tu Candy sempat lagi berduet dengan artis dar over the sea, biarlah Ali Samadi sekalipon yang i pon memang tak kenal.. janji dari luar negara.. hehehehe.. macamlah uolls kenal kan?;-P yang i tahu Ali Samadi ni orang Parsi.

ala.. tak kisah lah sape pon Ali Samadi ni yang penting lagu ni memang layan woo.. kalau pasang kat disko tu memang ligatlah budak2 melayu ni menari.. *nauzubillah.. Tapi hensem jugak oh Ali Samadi ni kan.. ngeh ngeh.. bila nyanyi tu loghat parsi die cam tak hilang.. tapi sound sexy kan.. ngee  Candy pon tak nak kalah.. seksi jugak minah ni rupe2nye.. tapi ape ade hal kan.. bukan islam pon.. ye dak?;-P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...