"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Jul 10, 2011

jenis lelaki hampeh abad ini dari sudut pandangan miss zhoura



ahhh... nikmatnye dapat bangun pukul 12..* macamlah hari2 tak bangun pukul 12 hihi kerja malam beb.. tak payah nak pikiaq hal kerja.. tak payah nak dok runsing hari ni error ape plak i nak buat.. tak perlu nak kena panggil or kena marah ngan verifier si Z tu..eeee.. tension je teringat kat orang tua tu!

malas nak nak cite pasal kerja.. *eh sape suruh cite;-p 

hiheee.. daripada title i hari ni sure uolls sume dah dapat agak kan ape topik yang i nak i utarakan hari ni. yeahhh.. i nak berdiskusi tentang jenis-jenis lelaki yang paling hampeh dalam dunia ni. tapi dari sudut persepsi* apeda ayat i lah.. ha.. to be exact perkara-perkara yang paling pantang sekali kalau lelaki yang i baru kenal buat benda2 macam ni. memang i rasa nak picit-picit je bile i jumpa lelaki macam tu.

okey! jom kita mula yukkk

jenis lelaki pertama, adalah menjadi kepantangan i bila lelaki yang baru kenal.. nak pinjam duit. ehhhhhhhhhhhhhhh *itonasi macam penyamun dalam cerita nujum pak belalang.. ehhhhhh utk aku ehhhhhh utk ko. bedal la utk bedal lah utk ko.. paham tak?=.=' baru kenal nak pinjam duit bagai.. belum kahwin lagi.. nanti kahwin entah hape lagi engko nak pinjam. hishhh pastu nak pinjam pasal nak bayar duit motor... RM128.80.. yang tak boleh belah tu tak de nak letak 130 ke 150 ke. siap letak 28.80sen tu sebab nak bagi nampak real.. perghhh memang lah tak boleh belahhh.. nak bayar duit motor pon mampu ade hati nak bercinta. i ni bukan lah nak mulut jahat ke.. berkira ke. kedekut ke.. bukan macam tu.. kalau dah kenal bertahun.. dah tahu hati budi.. dah tempuh susah senang sama-sama.. if in that case, tak apa lah.. i pon tahu, dalam satu hubungan tu perlu ada give and take, barulah bahagia. tapi ni yang baru kenal tak sampai sebulan, dah nak pinjam duit??? apakah maknanya tu? kalau betullah tak ada duit sangat, pergilah pinjam kat family ke, kawan-kawan rapat ke.. wat apa pinjam kat orang yang baru nak kenal. nampak sangat la hampa tu kaki kikis. useless hang tahu?

jenis lelaki kedua, adalah juga menjadi kepantangan i bila tengah dok sedap2 sms, lelaki suruh call balik. contoh; hantar sms 'deeba boleh tak call azim sekarang. azim teringin nak dengar suara deeba. suara deeba sedap' ehhhhhhhhhhhh.. suka-suka hati mak tiri nenek jiran hang jer nak suruh haku call hang.. tak gentle langsung!! engko yang nak dengar suara aku, aku yang kena call pulak.. ada ka patot? ko ingat ko puji suare aku sedap aku cair lah.. tak ada maknanya.. kalau i lah.. sekali je i akan call. masuk kali kedua.......... bye bye je lah.. tak ade maknenye i nak call. lepas tu kan, tak cukup dengan suruh call nye. boleh pulak dia mintak pulak topup kan. lepas tu janji cukup bulan nak bayar.. ehhhhhhhhhhh.. sengkek gila. hakk tuih lah.

jenis lelaki ketiga, yang ni i paling tension. lelaki yang suka minta perempuan belanja. biasanya bab makan lah. asal dating je si perempuan yang kena keluar duit. mentang-mentanglah si perempuan ni gaji lebih tinggi dari bf dia. o.. kalau perempuan gaji lebih tinggi so automatic korang boleh switch tempat lah.. hak tuih lah. kalaulah i jumpa lelaki macam ni, memanglah i tendang muntot dia sampai Paris. i pon tak tahulah dimana diorang letak kan sifat kejantanan diaorang tu. di lutut kah? tak malu makan duit perempuan. cett. pastu si perempuan pun jangan lah senget sangat dok layan kehendak lelaki macam ni. hang dok bayar lelaki tu dok sedap je makan hasil titik peluh hang. wake up girls wake up!

cukuplah tiga jenis lelaki hampeh yang menjadi kepantangan i setakat ni. ekceli banyak lagi yang ada dalam otak i ni tapi takut kot uolls penat pulak nak baca entri i kali ni.. kalau i nak tulis sume sampai tahun depan pon tak habis. hehe.. tapikan awat semua yang i pantang bab duit arr??  hihihihi.. cabuttttttt


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...