"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Oct 31, 2011

Entri khas utk Sepet : Pahala Wanita Mengandung

Entry ni khas untuk sahabat ku Sepet yang kini sedang sarat mengandung. i rasa dah nak masuk 8 bulan kot. bulan 12 ni dia due. i pulak yang tak sabar. cuma yang i tak suka nya pas ni mesti anak dia panggil i mak cik. eh apa pula mak cik. panggil aunty lah. barulah amerika. =D hoho


tapi.. i rasa dia dah tahu kowt. tapi tak kisah lah. i nak publish gak.


okey pet, ini untuk kamu. baca jangan tak baca!

*yang merah tu aku tambah sendiri yer=D




Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaatsolat wanita tidak hamil

Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama

subhanALLah. bertuahnya jadi ibu mengandung ni pet. aku pun perut maju jugak ke depan cuma tak ada baby je ni. muahahaha. tapi tak merasa dapat pahala macam ko. jeles2.

Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari

Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

untung kau pet. aku ni ha bawak lemak kesana kemari habuk pun tarak dapat. penat dapat lah. tu amanah jugak kan. eh bukan ke? keh keh keh.

Pahala wanita bersalin

Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

owh ni memang aku tak boleh. bersalinkan benda lain adalah.. apakah? ehehehehe

Oct 30, 2011

"1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!"


hari ni i join 1st giveaway dari Mr Baiz yang handsome orang
ehem ehem dah puji ni sila lah bagi menang ye.. hehe


Tarikh Tutup penyertaan : 31 Oktober 2011

Klik sini untuk join ye sayang2 ku sekalian

Hukum Sambut Hari Halloween



hari jumaat lepas manager i dok suruh our departmjent buat persediaan untuk sambutan Hari Halloween sesok. Ye. esok adalah Hari Halloween. i pun baru tahu yang esok Hari Halloween. tak pernah dalam seumur hidup i nak sambut Hari Halloween. inilah pertama kali dalam seumur hidup. sebab tu i tulis dalam blog i. sejarah kot.huhu.

i pelik gak. kenapa mesti weolls kena sambut Hari Halloween eh? i tahu lah HSBC ni international company. tapi macam tak perlu je nak sambut Hari Halloween bagai ni. siap buat ajk untuk decorate for Halloween esok. tapi masa hari raya or deepavali hari tu tak ada pulak diorang sibuk nak suruh weolls anyam ketupat ke atau masak maruku secara berjemaah ke? padahal itukan perayaan besar negara kita. tup tup Hari Halloween nak sambut pulak ke? pelik.pelik.

dalam hati i dok pikiaq. boleh ke orang islam sambut Hari Halloween ni? apa hukum seseorang muslim tu menyambut hari halloween? lalu i pun menggoogle.

Soalan: Salam Sejahtera Pada Semua...

Soalan saya kali ini pasal org islam yg sambut halloween, pakai kostum yg ada tanduk setan, buat jamuan makan2...pakai topeng hantu...

Apekah ia sama dengan hukum sambut krismas? adakah ia islam plural atau liberal?

Harap ustaz sudi jawab, kerana ilmu saya belum cukup mantap...

Sekian, Terima Kaseh...

*********************************************************************************

Jawapan:

Ustaz Azhar= Perayaan ini berasal dari barat yang kristian dan ada padanya bercampur dengan mitos yang khurafat.

Hukum orang Islam turut merayakannya adalah haram dan bolih meosakkan aqidah.

Wajib pihak kerajaan mengeluarkan amaran supaya orang ramai tidak terpedaya dengan perayaan seperti ini yang kadangkala bolih menyebabkab syirik kerana ada padanya kepercayaan kepada syaitan.

Ustaz Kazim= Salam Hady83,
Helloween adalah adat bukan islam, adalah haram jika kita menyambutnya. Islam hanya islam, tidak ada liberal ataupun plural.

sumber (hardy-83)
so, kesimpulannya sambut Hari Halloween ni hukum nya haram.

tapi i pun faham manager i tu cuma mengikut arahan dari orang atasan. cuma i geram upper management yang atas diorang tu tak sensitif langsung dengan adat dan budaya negara kita.

i pun bukanlah nak ummah sangat. tapi, memang tak ada maknalah i nak pakai kostum ke ape ke esok kan.

hopefully tak adalah orang islam yang beria nak pakai kostum sangat esok. toksah nak feeling UK sangat lah ye.

Zaman Gedik2 Ku =P




selamat pagi semua (walaupun jam sudah menginjak ke pukul 11 kan) =D. hello, bagi orang yang berkerja malam macam i ni pukul 11 tu ibarat macam pukul 6 pagi je taw. masih terlalu awal untuk bangun. tapi hari ahad minggu ni sejarah telah tercipta. i bangun pukul 9 pagi. diulangi pukul 9 pagi okey. hebat kan? kalau 11 pagi ibarat pukul 6 pagi, maka pukul 9 pagi ibarat 4 pagi lah kan. perghh.. uollss mampu ke nak bangun 4 pagi?.. tak kannnnn? muahahahaha..

baru-baru ni kawan baik i masa i belajar kat mrsm pdrm ada contact i. nama dia nur adliza baharom. i ada buat satu entry pasal dia kat sini. weolls dulu memang rapat gila. orangnya cantik, manis, pandai and kurusss je. tak adalah besar gajah macam i ni kan. huhu. orang kedah pulak tu. memang ayu. sure lepas beranak nanti pun badan maintain aje. i ni belum kahwin pun badan dah macam tong. lepas kahwin tak tahu lah. nasib lah sapa jadi laki i nanti!


pergh besar pulak gambar minah ni i pi letak. hehe. jangan marah ye lyza. yang penting gambar kau cantik sudeyh.. =D cantikkan gigi si lyza ni. tersusun rapi. mak kantin sekolah weolls dulu kalau tak tegur gigi si lyza ni memang tak sah. nyaris2 nak buat jadi anak angkat angakara gigi terlalu cantik.

tapi pun tak sempat nak contact dia balik. almaklum lah semenjak i dah tak boyfriend ni i memang jarang topup hp. so i tak dapatlah nak balas sms dia. i ingat nak topup and call dia terus. i ada bagi link blog i ni. hopefully dia da bacalah.=D

i masa sekolah dulu memang rapat gila dengan lyza. weolls memang sehati sejiwa. pergi kelas sama2, makan sama2, balik sama2 malah 'menggedik' pun sama2. hehe. serius! dulu i memang gedik sikit taw. pantang nampak senior hencem sikit. terus minat. tak sah kalau weolls tak minat. bila dah minat tu, bukan reti nak senyap2. dok ushar lah sampai naik juling bijik mata. sampai orang tu perasan weolls ushar dia. psiko tak? bila berselisih gelak kuat2 sebab nak bagi orang tu dengar. cet. ntah pape je kan. lepas tu weolls suka letak nama samaran kat mamat yang weolls minat tu. beckham lah, blue spectacle lah, tubi2 lah, bangla pendek pun ada... yang paling best weolls letak nama samaran watak dalam kartun pokemon. boleh pulakkan?

dulu i ada minat sorang senior ni. nama dia zulfikri.
i letak nama samaran dia cleifary.
watak pokemon jugak

agaknya disebabkan i banyak sangat makan garam, mulut i masin jadiknya. sekarang ni i tengok mamat cleifary tu betul2 dah macam kartun i tengok. gemok!. huhu. kesian. tulah dulu masa i suka kat dia, dia tak suka kat i balik. kan sekarang gumok. muahahaha.. tak adalah i main2 jerk. kelakar je bila teringat balik.

bai=)

Oct 29, 2011

gua melepak sampai ke Nilai



pergh.. gila sosial gua sekarang ni. malam tadi gua melepak dengan kengkawan ofis sampai ke Nilai kot. first time gua lepak lama2 kat Nilai. pukul 3 pagi lak tu. gua terasa sungguh begitu amerika sekali tatkala gua menaip entri ini. muahahaha. bangga2.. eh terbangga puloks.

ni kalau bapak gua tahu gua melepak jauh jenak camni mahu dia rembat gua dengan tali pinggang. huhu =.= bapak gua dah lah ustaz bahasa arab. takut tak?


*gambar tak ada kena mengena dengan entry*

tapi biasa lah kan bila member satu ofis dah berkumpul
apa lagi yang mampu kitorang buatkan ehehe
bermulalah sesi meluahkan perasaan
perghh memasing dok bukak cerita pasal ofis. pumpang sana pumpang sini
tangan kaki muntot semua terangkat habis wa cakap sama lu
punyalah semangatkan
tapi best!!!
rasa release sesangat
tapi weolls banyak cerita pasal kerja ajelah
pasal hal rumah rumah tangga masing weolls tak campur
harap maklum=P


tapi yang kesiannya ofismate i yang lelaki sorang ni bawak kawan join sekali
muka pun dah terkulat2 dengar kitorang berborak
confirm mamat ni bosan
yang ofismate i ni pun bijak sangat bawak kawan kan
kesian orang tu. nasiblah.

tapiiii
dalam bosan2 tu sempat lagi dia ayat member i, farah
orangnya memang siyes comel taw
kebetulan mamat tu ngan farah pakai BlackBerry

mamat: nak pin?
farah : owhh.. pin i xxxxx
mamat : bukan. i nak pin tudung.

kah kah kah
i punya gelak lah sampai nak menangis siyes lawak

eh camne ek nak endingkan entry ni
bai jelah

hihihi

Oct 28, 2011

best apa Masterchef Malaysia




siapa cakap Masterchef Malaysia tak best?




eh i rasa best ape
yang cakap tak best tu mesti diorang feeling US lebeyh kan?
ingat US punye Masterchef je ke best
hello... Malaysia punye pun best jugaklah uolls
yalah i dengar orang cakap boringlah
tak standardlah

tak ada lah boring sangat pun
yeahh.. at first tu memang lah agak boring sikit
tapi lepas a few episode tu okeylah
layannn beb..

ala uolls.. tak payah nak feeling US sangat lah
jom kita reramai layan Masterchef Malaysia

^.^

Oct 27, 2011

Quick Update!


hari ni i bangun lambat gila. pukul 12 baru bangun kut. biasa 10.30 dah bangun. yalah malam tadi i lepak sampai pukul berapa pulakkan? hehe.. sekarang ni rajin betul i lepak malam2 dengan ofismate. lepak pun sebab nak mengumpat.. muahhahaha.. perempuan bila dah berkumpul macam tu lah jadinya. tapi best. hehe

Wah! ramai gila yang singgah blog i hari ni. may be sebab semalam i join segmen dari Ben Ashaari kot. memang hebatlah penangan abang ben neh. kagum tul. by the way, TQVM pada yang sudi singgah and follow. uolls tunggu terjahan dari i pulak ye uolls. hari ni tak sempat lah pulak. takut ada yang i tercicir nak masukkan dalam bloglist i pulak. tak best lah cantu kan. ni pun dah siap2 nak pergi kerja. nilah nasib orang kerja malam kan. huhu

alamak! dah lambat. babaiii



Thought of the day

Clocks slay time... time is dead as long as it is being clicked off by little wheels; only when the clock stops does time come to life. ~William Faulkner


Time is what prevents everything from happening at once. ~John Archibald Wheeler






Oct 26, 2011

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER




haiii semua. hari ni i nak join segmen dari Abang Ben Ashaari. Ni first time join sebab i rasa macam teruja pulak nak cerita serba sedikit pasal blog i yang tak semenggah ni walaupun. hehe. nak join uolls boleh klik sini yer.

i kenal dunia blog ini sejak i dari zaman sekolah lagi sebenarnya. tapi masa tui tak ada lah blog sendiri. yalah uolls zaman tu internet pun ramai yang tak pakai taw. rare gila lah blog2 bagai ni. dalam tahun 2004 macam tulah. blog pertama yang i baca adalah blog jhazkitaro. i boleh katakan blog tu memang menarik sangat since the blogger student yang belajar kat oversea and suka travel. so dia banyak share pengalaman dia kat blog. memang best gila. so masa tu i teringin jugak nak buat blog sendiri tapi i ingatkan orang yang dok oversea je yang boleh buat blog.. hahaha.. kudus gila i masa tu kan.

so sejak daripada tu i mula minat nak baca blog tapi i cuma baca blog kawan2 i aje. dari belog kawan2 i tulah i kenal pulak blog blogger2 lain yang bukan dari kawan i. macam2 blog i dah baca. so dari situ i terfikir " aku ni asyik baca belog orang aje baik aku buat aku sendirik jugak kan?". so here we are. wujud lah My Blog My Story.


Blog i ni simple aje. i just share pasal personal life i and apa2 ajelah yang nak cerita. alamak malu lah pulak nak describe blog sendirik. uolls judge sendirilah ye. hehehe

Idola i dalam dunia blog ni adalah Cik Epal and kawan i sendiri Rina



JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS


sempena hari deepavali ari ini, walaupun tak ada kena mengena kan (hehe) i nak menjoinkan diri kempen menambahkan follower dari Azim Razak. terima kasih bebanyak kat beliau diatas kerajinan beliau menganjurkan kempen ni. ceh beliau tu.

sesiapa yang nak join klik kat sini ye

Oct 25, 2011

What Day is Today?

today is my



kayo makcik kayo!

hihi


Understanding - is born of comparison and confrontation
"Virtue and vice, strength and weakness, beauty and ugliness are different aspects of the good and evil we see expressed all around us. But instead of learning how to behave in relation to these two poles of the one whole, humans constantly ask themselves why God allows evil to exist. They must no longer ask this kind of question but understand instead that good and evil are intimately connected, because as complementary poles they have matters they must deal with together.
Our life on earth is wholly conditioned by the alternation of day and night, and this alternation, which governs the life of all of nature, also governs our physical and psychic life. We would not know what light is if darkness did not exist, nor what wisdom, justice, beauty and joy are if we were not forced to come up against stupidity, injustice, ugliness and sadness. Understanding is born of comparison and confrontation. If opposites did not exist, we would live in an undifferentiated state. "

Omraam Mikhaël Aïvanhov



Oct 24, 2011

Kampung & Masak


Weekend lepas actually i balik kampung. sumpah penat gila uolls. walaupun i tak ambil port sangat dalam bab masak memasak ni, tapi disebab kan tulah i kenalah kerah tenaga i dalam hal kemas mengemas pulak kan. paham-paham sendirik lah noks. sampai bila lah i nak mengular ye dok?. cuma i cepat penat sikit ajelah. almaklumlah. sejak badan i naik macam dipam-pam kan ni stamina tu makin berkurang sikit ehhh sikit hape.. banyak kot. jalan sikit pun dah rasa macam nak terjulur lidah. perghh hyperbola betul i ni. sirius, i really have to diet. huhu. okey stop. ni bukan entry pasal diett!=P

kadang-kadang tu i rasa lawak pun ada jugak. umor i dah 24 tahun kot. diulangi 24 TAHUN okeyh. tapi satu hapa pun i tak tahu masak. memang i tak ada hati kut nak belajar masak walaupun masa kecik2 dulu i suka main masak2. mungkin belum sampai seru lagi kut. ekcuali i pun bukanlah tak reti masak sangat pun. saja malas nak masak. kalau i belajar masak, chef wan pun menangis nak belajar masak ngan i. cuma i je malas. muahahahaha.. dalam hati sebenarnya memang ada lah sikit keinginan nak belajar masak tu memang ada. gila kau. i nak masak telur pun fail. siang ayam ngan ikan memang lah tak pernah seumur hidup kut. i pun tak tahu lah nak kahwin macam mana lagu ni. dapat mak mertua yang suka scan, confirmlah i fail. waduh kritikal neh!

tujuan i balik kampung last weekend pun sebab nak buat kenduri sempena mak cik i nak pergi haji. haruslah i mengalami tekanan emosi kan nak buat apa. tapi nasib baik lah kat kampung i ni orang tua2 yang masak. so i selamat lagi lah. huhu. In future i pun tak tahu lah nak elak camane lagi.

Oh ye, bulan 12 ni my cousin abang sharir nak kahwin. Tak sabar nak buat kenduri besar besaran. tapi sure penat kan. Kan best kalau i jadi penyambut tetamu ke. perghh.. heaven giler!=.^

P/s : I nak credit to Lyssa Faizureen coz buat tutorial Assalammualaikum cam i kat ats ni. lain kali buat tuto yang best2 lagi ye. =)


Oct 23, 2011

What a Man and Woman Should Know



so girls, don't stop being a lady queen at your boy friend okey!

B-)

Oct 22, 2011

Mengumpat!


Malam tadi i ngan beberapa kawan2 ofis semua lepak kat mamak after kerja. Biasa kitorang lepak 3 orang. Semua perempuan. Malam tadi we all ajak sorang ofismate lelaki lepak sekali. Plannye ingat nak mengumpat. Tapi yang i perasan, kitorang 3 orang je yang beria benar nak mengumpat. Yang mamat tu layan jugak tapi tak adalah macam kitorang.

Last2 mamat tu cakap apa tau

"cakap pasal orang bodoh sampai besok pun tak habis!"

Adeh. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding je.

Rasa macam tak berwawasan pun ada gak. huhu


Oct 21, 2011

Tabiat saya bila naik bas =.=



*google*

tidur!!
hehe

siyesly, asal i masuk je dalam bas
amik posisi yang paling selesa
yang pasti depan aircond lah hehe
tak depan aircond pun tak apa keh keh keh
bas jalan je
mata tiba aje rasa berat
i rasa bergayut2 kut syaitan kat mata ini
siap menari shuffle lagi agaknye hoho
lepas tu
.
.
.

ZzZzZzzzZzZzzZ

sedar2 aje dah sampai cyberjaya
muahahahaha
nak buat camnekan

jap lagi naik bas sure tidur neh
=.=

Thought for the Day

“Education is the most powerful weapon
which you can use to change the world.”

~ Nelson Mandela



finally hihihi



i love u Mr Friday
muaaahhhh




words of the day

facebook stalker - pesalah facebook
monetize = mengwangkan
setting = menetapkaN
dashboard = papan pemuka

Oct 20, 2011

My first compliment. Alhamdulillah.



bila di ingat2kan balik, sejak i mula bekerja ni
rasanya i tak pernah pun cakap perkara2 yang positf tentang kerja i
balik2 i dok cerita i kena marah lah, buat error lah
hehe.. biasalah manusia kan
mana pernah lari dari membuat kesilapan
ecehhh.. macam tak relates jer:D

so bila dah macam tu i selalu fikir
my colleague or my manager sure fikir i ni tak competent
or tak boleh buat kerja dengan baik
malas ke grrrr=.=
or yang sewaktu dengannya lah

tapi tanpa i sangka2
rupa2nya diorang tak adalah fikir i ni teruk sangat
cewahhhh.. hehe nak bukak cerita i kena puji lah kan
muahahahahaha

ekcuali 1 of my colleague cakap dia dengar 1 of my manager puji i
dia cakap i cepat belajar and boleh buat kerja dengan cepat
OMG!!
sumpah i never expect to hear this!

the other manager pulak,
this one yang buat review pasal i
dia cakap dia impress and happy dengan i
sebab i manage two handle 2 Q yang agak susah dalam masa kurang dari setahun
even i tengok my senior pun ada yang tak pernah tukar Q lagi pun ada
which is buat i rasa macam nak senyum sampai ke telinga hehe



betul cakap orang
memang sakit bila rasa selalu gagal
tapi i tak patut rasa patah semangat disebabkan perkara2 remeh
sebab bila i dapat tahu apa yang sebenarnya diorang fikir tentang i
i rasa puas sangat
walaupun mungkin bukan semua orang lah fikir i bagus
it is more than enough
=)

mungkin i taklah seteruk apa yang orang lain sangka
or i sendiri sangka
mungkin seorang tak suka hasil kerja u
tapi ada sepuluh suka

and

kalau i tak kena rasa kena kutuk/marah selama ni
sure i tak harga perasan bila dipuji hari ini
(macam berbelit je baca ayat i ni. uolls faham ke? hehe)

i just want share my happy moment with u guys
btw, thanx for reading


p/s : i feel good





words for today
tax evasion = pengelakkan cukai
insider = orang dalam
racketeering = persengkokolan
smuggling = penyeludupan
smug = gila hormat (xleh bla je i rasa makna dia.. haha)
extort = memeras
drug trafficking = pengedaran dadah
money laundering = pengubahan wang haram
lucrative = keuntungan
arousing = membangkitkan

Oct 19, 2011

Segmen:Jom Join Bloglist Asrirayrock



Thanks to AsriRayRock yang Rock
coz buat segman ni:D

Nak join Klik Sini

WW 6# Kenali Personaliti di Sebalik Kentut

Oct 18, 2011

Nilai hantaran kahwin mengikut harga purata terkini & status pelajaran di Semenanjung


  • UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
  • SPM : RM3,000-RM8,000
  • STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
  • DEGREE : RM12,000-RM15,000
  • 2nd DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
  • PhD : RM20,000-RM30,000

Credit : FB Sanor

kadang2 i kesian jugak dengan insan2 bergelar lelaki ni
belum kahwin lagi dah kena buli bayar hantaran mahal gila nak mam***
dah kahwin jangan ceritalah
duit dapur lagi duit nafkah isteri lagi duit pampers yuran anak lagi
banyak lagi lah, kalau tulis kat semua sampai besok pun tak habis wo
tapi apa2 pun i tak rasa lah nilai hantaran yang kat atas ni betul ye dak
it is only a joke kan? hehe
mungkin orang yang buat ni antara lelaki2 yang menjadi mangsa diatas kerakusan bapak mertua yang menetap kan nilai hantaran
yang tinggi untuk kahwin dengan anak diorang
so ini cara diorang perli balik bapak mertua diorang tu kot
haha mungkin lah

nilai hantaran zaman sekarang ni
yang biasa i dengar lah dalam lingkungan RM8000 ke RM10000
tak kiralah ada degree, diploma or spm sekalipun
itu kira harga standard lah

if i lah kalau boleh biarlah mengikut kemampuan bakal suami i tu
berapa dia nak bagi i terima aje asalkan tak membebankan bakal suami i tu














yer yer o je ko ni cura... muahahahha
mengikut kemampuanlah sangat kan
agaknya kalau bakal suami ko nak bagi hataran RM6000 je
confirm mula lah rasa was-was nak kahwin kan.. keh keh keh

kalau boleh i nak hantaran dalam RM9000 ke sekurang kurangnya lah
tu pun i dah bagi diskaun 10% pasal i tak reti nak masak sangat kan
hehe.. busuk jugak perangai i ni kadang2 ek
tapi i cakap serius ni hehe ^.^
sure tak ada sapa nak kahwin ngan i pasni BD

ekcuali i tak terfikir pun pasal hantaran kahwin ke ape kebuat masa ni
sebab i pun belum ada calon pun nak buat suami pun
tinggi or rendah nilai hantaran i nanti i pun tak tahu lah
sebab i tak nak berangan nak dapat hantaran yang tinggi2
sebab takut nanti dapat terbalik pulak
biasa nya kita tak semestinya dapat apa yang kita nak betul tak?
tapi harap-harap jangan lah rendah sangat kan muahahahaha
cet berangan jugak tu nak hantaran tinggi :D


uolls pernah dengar tak lagu mahar cinta dari devotees?
kalau sesiapa yang tak pernah dengar tu boleh dengar kat bawah ni ya
lagu ni sesuai untuk adik yang still tengah belajar lagi kat luar tu



Mahar Cinta lyrics

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihati melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiapkan bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lamanya disudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya....


words for today
downfall = kejatuhan
floppy = liut
excitement = keseronokkan
fondness = kesukaan
tenderness = kelembutan
couch = sofa

takutnye kalau hilang gambar2 masa degree ='(


dalam entry ni i ada cakap yang my laptop rosakkan?
memang i ada plan nak hantar laptop i pergi repair

tapiiiiiiii

mesti gambar2 kat dalam tu mesti hilangkan
sebab laptop i memang langsung tak boleh nak on lagi dah
i mean tak boleh nak masuk dalam window lagi
sure orang kedai tu tak boleh nak backup lagi dah

i sendiri pun tak ada backup gambar2 tu

huhu

banyak gila woo gambar dalam laptop i tu
especially gambar masa degree
kalau hilang gambar2 tu memang i dah tak ada
lagi gambar kenangan ngan kawan2 degree

YA ALLAH, harap2 lah gambar2 tu boleh diselamatkan
='(


words for today
hook = mengcangkuk
nod = mengangguk
sway = bergoyang
suffocate = mati sesak nafas
piss = buang air kecil (terkencing)

If we deny



rasa macam nak jiwang2 malam ni
boleh? =p


If we deny love that is given to us, if we refuse to give love because we fear pain or loss, then our lives will be empty, our loss greater.

betul ke?




Oct 17, 2011

Rasa di hargai


semalam i ada ceritakan
yang i pergi majlis convo cousin kat unisel
she just upload pic hadiah2 yang i bagi kat dia kat facebook

here it is


seledang, patung smurf, kad n benda alah warna merah tu apa ntah namanya.. haha
not in the picture : beg kertas pink colour.. eh perlu ke bagitaw? hehe

seronok bila orang appreciate apa yang kita bagi kat dia

it really worth
=)

but be careful basirah
patung smurf berjalan waktu malam taw

muahahahhahaha







i'm kidding
^.^

bai

Updet my bloglist=)


Done updating my bloglist
hopefully tak adalah yang tercicir ye

thanx for those yang sudi follow blog i yang tak seberapa ni
sebagai tanda terima kasih
i will follow u back
and put yours dalam bloglist i pulak
so i then senang lah i follow uolls punya updet
thanx again!

tata

Laptop ku rosak T__T


hi uolls

i rasa my laptop yang dah tak macam laptop tu
dah makin nazak lah
before this only keyboard and cd rom je yang rosak
but since semalam .......
whenever i push start button
cuma warna putih je yang keluar

OMG!!!

ni pun i updet thru my PC
nasib baik ada PC ni
tu pun adik i amik dari rumah sewa dia coz its owner dah tak nak dia lagi
he just left this poor PC as he got the latest one
oh pity of u dear PC
so tragic
at least you can serve me for now onwards
thanx dear PC=)

ekceli i'm thinking of nak hantar my laptop tu ke hospital laptop
tapi.... agak2 berapa lah agaknya diorang akan cas i nanti ek
i rasa my laptop tu boleh dikatakan agak kritikal gak lah
kalau laptop tu manusia i rasa sakit dia
dah jatuh under barah tapi barah laptop lah huhu
tapi... nak beli laptop tu memang i tak mampu lagi
aduh kusut nyeeee kapla hotak haku

i baru recover daripada kehilangan hp
now my lappy lak nak pergi meninggal kan i

uwaaaaawaaa

sedih lah macam ni!

Oct 16, 2011

Convocation at Unisel sungguh ohsem~



hi guys!

hari ni i felt soooo blessed
coz dapat sama2 celebrate convocation for my dearie cousin
memang penat sangat weyh
paham2 aje lah majlis convocation ni tak main lah sekejap2 kan
but then nasib baik ada sepupu tercenta along jaja
and also sepupu2 lelaki dan adik i sendiri
so boring2 pun still happening jugak lah

yang i paling suka sekali tetang unisel Batang Berjuntai ni
keluasan kampus diaorang yang memang super duper besar
tak sesak langsung even ramai orang kat sini
selesa wa cakap sama lu

if compared to my time kat uitm shah alam
nak ambik gambar pun selamba je orang lalu depan
kurang asam jawa betul
lepas i duk maki2 orang lalu depan kamera time i amik gambar
i pulak lalu depan kamera orang pulak
haha
i pulak kena maki ngan diaorang kan
nasib lah


but it show la how ramai uitm punya student kan if compared tu budak unisel

i nak upload gambar pun tak boleh lagi coz kamera sepupu i yang punya
nanti kalau dah ada i upload untuk tatapan uolls
itupun kalau ada gambar i yang cantik2 lah hihihi

after oll, happy graduation day Basirah
Wish U seccesfulness on your future undertaking

Love U so Much Cousin!!

okey, see you then=)





~My Job~


hi uolls

entry i kali ni mungkin agak boring sikit lah
sebab i nak meluah kan perasaan pasal my current job
i dun mind if uolls semua tak interested nak baca
i tahu cerita pasal kerja ni memang boring sikit nak baca
huhu
.
.
.
ehhhh nak pergi mana tu??
amboii laju je uools ni ey nak keluar dari blog i
grrrr

hehe
tak adalah i tak kisah pun
uolls are free to read and leave
^.^

pada siapa yang dah follow i dari awal
uolls might know lah yang i sekarang bekerja kat HSBC Cyber as GSC Executive
uolls mungkin tahu yang i terpaksa kerja malam
sebab kenapa i kerja malam adalah kerana i bekerja untuk HSBC UK
so i terpaksa masuk kerja time UK
actually bukan UK aje
ada macam2 country yang ada kat sini
tapi i serve untuk UK lah

currently my shift is 4.oo pm to 1 a.m.
terukkan?
yeahh.. memang pun
even until today pun i still macam tak percaya
macam mana i boleh bertahan kerja with this kind of working hour
seriously guy!!?
dah lah kerja malam
handphone pun tak boleh bawa masuk dalam office
percaya tak if i said for almost 1 year i cuma tengok my handphone kat rumah je
OMG!! i will remember this forever

talking 'bout work
honestly speaking, kerja i ni bukan lah dalam kategori susah gila nak mati punya
no so bad tapi bukan okey sangat jugak
apa yang i boleh kata kerja i ni very praktikal lah
the problem only is terlalu banyak kerja
so damn banyak!!!
sudahlah kerja banyak and semua kerja kena siap dalam hari itu jugak
tak boleh tangguh untuk buat esok
because every currency yang i process ada cut off dia
kalau tidak nanti clients tak dapat duit cepat pulak
itu yang buat i jadi pressure and rasa macam nak gila
tapi yang paling teruk sekali,
walaupun i dah 9 bulan i kerja kat sini
tapi banyak lagi perkara yang i tak faham pasal kerja i ni
i cuma tahu buat kerja i tapi at the same time i tak faham pun apa yang i buat
sudah lah macam tu if any payment ada masalah ke
i need to call people from around the world untuk settle kan masalah payment tu
the thing is i memang lah tak boleh nak speaking sangat
dah tak boleh nak cakap, nak faham pun tak boleh

sungguh kesian i rasa diri i ni
loser gile
=.='

but on the positive side tak akan ada kerja tertangguhlah
sebab at the end of the day I need to clear off my queue
yang tu i suka lah

kadang2 i selalu terfikir....
kenapa tuhan takdirkan i dapat kerja ni bukan kerja lain
i selalu kena marah
and sometimes rasa nak marah orang
haha

tapi bila i teringat masa i kerja dekat Chulan Construction after i graduate
i selalu jugak lah kena marah dengan my boss
tapi at least i kena marah dengan big boss
tapi kat hsbc ni i bukan kena marah dengan big boss je
tapi ngan orang yang sama pangkat pun boleh nak marah2 kita like kita ni budak lagi

and adalah seorang colleague i ni,
he's a guy and bukan orang Malaysia pun tapi orang Kashmir
sesuka hati je nak marah i teruk2
he always said 'u ni malas ke?'
hellooooo.. malas nak masak or malas nak kemas rumah tu mungkin lah
tapi malas nak buat kerja definitely no lah!!
or may be itu je pun bahasa melayu yang dia tahu cakap kan
i memang paling sakit hatilah bila dia marah i macam tu
kau tu dah lah bukan malaysia pun
duduk menumpang kat tempat aku
sesuka hati je kau nak marah aku orang tempatan ni
manager i pun tak pernah marah i macam tu
what the hell la kan
kalau uolls nak tahu, dia tu pun lagilah sepuluh kali pemalas dari i
at least i clear kan queue i walaupun benda untuk future value
tapi mamat Kashmir tu haram lah
lepas tu ada hati nak marah i
tak malu betul!
wek

tapi apa2 pun dia dah blah pun dari department i
dah naik pangkat
i pun tak tahulah macam mana orang pemalas macam dia nak jadi manager
nasib lah siapa yang kerja under dia nanti
suppose he should feel grateful lah dapat tinggal kat malaysia yang aman ni
at least orang kita ni cukup baik lah boleh terima orang luar macam dia
daripada dia hidup susah kat negara sendiri kan
betullah orang Malaysia ni memang baik hati
i pun rasa i ni baik hati gila
sekarang bila dia tegur i macam dah lupa pulak
apa yang pernah kena dulu

haishhhhh

whatever it is.. yaaa.. i know
kerja kat mana2 pun susah
mana ada kerja yang senang dalam dunia ni kan
i learn a lot of thing here

the most important thing yang i belajar kat sini adalah
if i ada rezeki kerja dekat tempat lain
with better salary and malaysian working hour
definitely i akan appreciate kerja tu

=)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...