"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Nov 30, 2015

Boleh tuju lagu?

Malam tadi aku tidur awal. Lepas layan gegar vaganza mata ni macam kena gam pulak. Pukul 4.37 pagi dah terjaga terus bangun. Bukak facebook.. Allahu.. Terbaca berita tentang kematian Yus Jambu.

Rasa mengigil tangan ni. Dalam hati doa harap2 cite ni tak betul. Tapi bila tengok artikel tu dari berita harian, terus pasrah. Sesungguhnya, Yus Jambu benar2 dah tak ada.

Jujurnya ak bukanlah peminat tegar Yus Jambu. Tapi lawak dia aku memang boleh layan. Kiranya bila Maharaja Lawak ka, super Spontan ka, dia antara yang ditunggu2.

Yang aku tahu dia dulu orang susah.. Masa tahu tu selalu doa supaya dia murah rezeki.. Dapat hidup senang. Teringat pak cik ak penah citer, Yus ni dulu penah belanja satu kedai tu makan. Pemurahnya dia.

Tiba2 aku teringat masa dalam Super Spontan baru2 ni arwah agak behave tak lah over macam biasa. Mungkin masa tu dia da boleh rasa...

Al Fatihah...

Ya Allah ampunkan dosa2 Pak Yus..

Tempatkan lah dia di syurga Mu..
posted from Bloggeroid

Nov 18, 2015

UPSR and Farah

Semalam result UPSR keluar kan
Aku kenal sorang jer anak cousin aku yang amik UPSR tahun ni
Anak Kak Cik aku yang kat Kelantan tu
Memang tak rapat langsung pon dengan anak Kak Cik aku tu
Makanya tengok updates dari FB and whatapps ajer lah
Dengarnye dapat 5A. Alhamdulillah.
Nak ucap tahniah depan2 memang tak lah kan
Confirm awkward moment.. Hihihi.
Ucap kat sini ajerlah yang mampu walaupon tau tak ada maknanya dorang akan baca.

Actually result UPSR ni tak menjamin kan apa2 pon.
Macam aku, UPSR 5a jugak..
Tapi tak adalah jadik doktor pon aku
Cuma pekerja bank biasa sahaja
Pokok pangkalnya usaha usaha  dan usaha
Yang penting kita dah buat yang terbaik
Selebihnya terserah pada yang Maha Esa..
InsyaAllah.

Okay, next is Farah.
Farah dah tunang.. dia bagitahu Jumaat lepas
Terkejut? Memang tak adalah.. Farah pon memang dah 27 tahun ni
Elok benar dah kahwin tu
Lagi pon kat FB dah ade orang wish tahniah segala
Jadi memang dah boleh agak dah

Sentap tak bagitahu awal?
Lagi lah tak... Kalau bagitahu pon bukan aku nak datang pon.. hihi
Bukan nak tunjuk diva ke apa..
Kau mampu nak datang sorang? Ofkos tak kan?
Hopefully wedding dia nanti aku ada kawan la nak teman.. Sobs
Oh.. maybe boleh ajak Dee kan.

Tapi masa Farah bagitahu tu ada jugak lah rasa macam..
Aku tak kahwin lagiiii.. mahatiklah
Sedih sikit lahh sebab tak kahwin lagi
Tapi kejap jerrrr.. Tak sampai 5 menet terus okay.
Hiks.


Nov 11, 2015

Penat Pitams

Since minggu lepas, memang busy sesangat kat ofis koranggg. Hari2 items banyak menggunung. Aku tension jerrr la sebab awal bulan kan jadi kena la buat report untuk bulan 10 segala. Tak cukup tangan aku nak buat kerja lagi.. mana nak buat report lagi.. nak cover orang yang cuti lagi.. Sungguh multitasking sekali hakak ko ni *mata ke atas, tangan kat dada*

Badan letih dengan otak pon letih sama.

Sekarang shift aku 6 pm to 3am sebab UK kan day light saving dah mula (ke tamat entah aku pon tak tahu lah, walaupon dah 5 tahun kerja tetap tak paham2 jugak.). Jadi diorang start kerja lewat sejam dari sebelumnya. Terasa sangat penatnya even beza satu jam je pon.. Especially tang mata ni ha, mungkin sebab pakai contact lenses kot. Hadoiii.. Bila mata penat membawak ke otak. Tu yang rasa pening jerr tu. Masuk dalam van rasa nak muntah jerrr. Dah kadang2 tu dapat pak cik driver yang selamba badak jer bantai burp burpp sepanjang panjang jalan kat dalam bas tu buat aku rasa nak belasah jer pak cik tu. Geli kottt.. Aku tahan jer lah nak muntah. Pakkal pak cik tu dah tua jer.

Tapi dalam hati aku mencarut gak lah kekadang. Astaghfirullahalazim. Tak baik kan aku. Haha. Tetiba insaf pulak.


Okay lah. Nak pitammmmm.. Bye!


Nov 9, 2015

Gegar Vaganza 2015

Aku memang suka jer nak ngaku aku layan Gegar Vaganza tahap gila2 punya. (bukan Gegar Vaganza jer, AF pon layan gak. Aku memang suka layan citer2 lagha nih. Haha) Tiap hari tak lena tidurku nak menunggu ke hari Ahad sebab nak nengok Gegar Vaganza ni walaupon esok Isnin kena kerja kan. Huhu. Aku kerja petang beb, so mood nak kerja tu lambat lah sikit. Korang kerja pagi kannn? Lalalala~. Sekarang ko nak bangga lah kerja petang. Hahaha. Tapi bab tak lena tidur tu aku tipu jerr. Derr? Lena jer tidor tiap hari siap dengkur bunyik kuda lagi.

Tapi malam ni best sikit pasal tadi Siti Nordiana nyanyi lagu Memori Berkasih dengan Lan Kristal. Aduhai.. rasa syok lain macam jerr weh. Hihihi. Sampai ke jantung gitu. Lagu tu memang pemes masa aku sekolah kat M*** PDRM dulu. Best-friend aku si Lyza kemain minat lagu ni dulu. Aku rasa yang baya2 aku dulu tau lah betapa popular lagu ni dulu.

Aku ni jujurnya tak adalah kipas susah mati Siti Nordiana pon dulu. Minat pon gitu2 jer. Arwah Achik pon sama, aku minat sikit2 jer. Walaupon begitu, dalam Gegar Vaganza ni aku sokong dia. Hopefully dia boleh pergi sampai final lah.  Tapi tadi masa dia nyanyi ngan Lan Kristal, aku nengok Lan Kristal jer sebenarnye. Handsome pulakkkk mamat ni.  Bergetar tulang iolls. Hahaha gatal! Siap ulang banyak kali especially part menangis hati ini, ku juga bersimpati, hancurnya harapan ku, maafkan sayang.. sebab nak nengok Lan Kristal walaupon dia nyanyi macam orang sakit lidah. Perasan tak? Ke aku sorang je rasa macam tu eh.. Lepas tu sian kat Lan terseksa nak tahan suara supaya jangan pergi tinggi sangat. Tulah sapa suruh suara power sangat. Eh.. lelebih pulak aku =P

Muka Lan ni mengingatkan aku kat ex-bf aku dulu. Ecece, nak kata muka ex ko macam retiss lettew. Muka tak adalah sama tapi tang jangguit tu ada la sama sikit. Ala.. bukan aku sama kan ex aku ngan Aaron Aziz ponnn. Kau dah kenapa? =P Yang tu memang la nampak nau tipunyer. Aku ada la sekali sekala stalk fb ex-bf aku tu *nampak sangat kekurangan kerja aku ni ahaha, dah nak masuk dua dah anak dia. Cis, subur pulak si mengkarung tu. Eh lagi? =P. Gurau jerr.

Tadi google lah gambar kahwin Lan Kristal ni. Sajalah nak nengok muka bini dia time dorang kahwin. Aku nak tahu jugak pasal apa Lan dulu tak pilih aku tapi bini dia tu =P. Bila tengok.. ek elehhhhhh.. memang lawa ponnn.. Hahahaha.. Ada gambar kawin tak pakai tudung lagi lawa sebenarnye. Google sendirik. =P




Tapi dulu cikgu pilih Lan jadi pengawas sekolah mesti sebab you artis kan? Lalala~


Nak dengar Lan Kristal nyanyiiii lagi..

https://www.facebook.com/kbergetar/videos/vb.133346950075541/918246304918931/?type=2&theater


Nov 6, 2015

My blog views

Aku ni tak adalah rajin sangat nak membelek aku punye view setiap hari sebab memang tau dah sendu punya sobs..sobs.. tapi tak adalah sampai tak check langsung kann. Tapi tadi macam terajin pulak nak tengok terus rasa nak up satu entry.


Hahaha.. tau dah korang mesti terperanjat nengok keciputan view aku. Jujurnya ni sajelah jumlah view aku setiap hari sekarang. Average lah. Nak cecah 50 pon payah apatah lagi 100. UV jangan cakap lah berapa ketul je pon. Haaha.

Nak check nuffnang pulak. Aku rasa tak berganjak lagi tu. Last aku check RM 30+ kot. =.=. 

Aku blogging sebab minat, so tak kisah sangat lah bab viewers ni. Kalau ada yang sudi baca Alhamdulillah.. kalau tak ada.. lantak kau di situ.. Hahaha. 

Now aku nengok orang blog banyak sebab duit. Beria nak maintain views tiap hari. Omg.. korang tak stress ke? Hukhuk. Entahlah. Aku rasa kalau niat berbelog dari mula sebab duit memang susah nak maintain lahh. Tapi kalau belog sebab minat and naturally pandai menulis.. InsyaAllah.. rezeki tu datang kemudian dan tak putuss. Contoh.. ramai.. CikEpal salah satunya. Tapi aku rasa orang yang belog sebab nak income ni bijak sebenarnye. Sekarang kan semua pakai duit. ='D No money no talk.

Macam aku ni memang lah sebab minat tapi tapi tak ada lah pandai menulis pon. Sobs sobs. Tapi aku suke bace belog orang. Teehee

Eh.. Tapi ikut suka hati lah kan nak belog sebab apa pon.. Sibuk jer kau..  Lulz. Bye

Nov 5, 2015

Bebel pagi

Now pukul 4 pagi baru balik dari keje
Hari ni aku sayur terus uolls sebab kat opis banyak kerja gila babas
Tak tahu la nak cakap macam mana dia punya letih tu rasa nak baling kerusi

Dah tua2 ni angin banyak dalam badan
Jadi bila stress tu terus rasa pening lalu loya
Silap2 boleh muntah tepi kereta jap lagi
Kang ada pulak yang ingat pompuan mabuk mana lar yang muntah tu pagi2 buta ni
Hahaha

Tapi yang aku suka bila badan penat ni tidur mesti lena
Bila bangun besok segar bugar
Syok..
Tapi time tido tu mesti muka penat macam baru balik membajak

Aku dalam van pekerja ni
Kesiann kat budak driver ni sebab kerusi dia rosak tak boleh sandar
All da way dari cyber to shah alam menegak jer
Bertabah la ko dik.. Sobs
Tapi bagus budak ni pasal 20 minit dah sampai shah alam
Hahaha

Okay dah nak sampai shah alam
Adios
posted from Bloggeroid

Nov 4, 2015

Kucing

Omaigodd.. hari ni scary gila..
Dalam sejarah, few years bawak kereta..
i think i just hit a cat larrrr..

Nak nangis.. sebab macam kesian gila to that kucing
U know what.. i can still remember the moment when tayar kereta i tu lenyek that poor cat..
I could feel my whole body shaking
And mulut i xhenti sebut Subhana Allah all the way home

I know it was not my fault.. bukan i saja2 nak langgar that cat
Accident happen.. I won't blame myself
Tapi as a human rasa macam bersalah sangat..
Apalah hikmah disebalik kejadian ni kann.. hurmm

Okay lahh.. nak tidur.. Esok bertimbun kerja menunggu..

Good Night!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...