"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Aug 21, 2016

Renew Road Tax tahun ke - 5 dengan Myeg


Tahun ni adalah tahun ke - 5 aku renew road tax untuk kereta Saga FL kesayangan aku tu. Haih.. memang kesayangan sangatlah citer dia. Kalau tak ada Saga FL aku tu tak tahulah nak cakap macam mana. Nak pergi beli cempedak goreng kat Seksyen 8 pon tak lepas chuolls sebab rumah aku ni memang jauh ke dalam. Kat Bukit Bandaraya sebelah Bukit Cerakah nun. No public transport at all. 

Tahun pertama dan kedua, bapak and adik aku yang tolong renew kan untuk aku. Biase lah aku kan tuan puteri kedaung mana reti buat sendiri. Kui kui. Nak muntah kan bace? Aku tahu bawak kereta jer. Kalau tak silap diorang renew dekat agent yang sama aku beli kereta. Aku pon tak tahu kenapa diorang renew dekat agent. Mungkin sebab dekat dengan rumah agaknye. Lagi pun at that time adik aku tak kerja lagi so boleh lah nak harap kan dia jadi runner sana sini. The following year dia dah kerja dekat Public Bank so, nak tak nak terpaksalah  aku buat sendiri.



Seingat aku, kawan baik ku, Cik Mas yang bagitahu pasal service Myeg ni. Pening jugak masa tu nak pikir sebab malas ya amat2 nak pergi renew sendiri. Masa tu aku ingat nak renew roadtax kene pergi JPJ jer, tempat lain tak boleh. Hehehe.. So bila Cik Mas bagi tahu boleh renew secara online dengan Myeg, apa lagi, esoknya terus aku talipon. Memang mudah sangat processnya, as long as kau ada all the details with you. Esoknya terus kau dapat road tax kau itu.

Sajelah nak cerita kan, masa aku transfer duit untuk bayar road tax untuk tahun pertama dengan Myeg, itu lah pertama kali aku transfer duit secara online lebih dari RM 200.00. =D. Selalu shopping onlie pon paling hebat, seratus lebih jer. Terketar2 nak transfer duit. Lepas transfer tu jantung berdegup2 kau tak tenang sampai lah road tax dapat kat tangan. Takut gile kena tipu atau tersalah bayar.


Bila dah renew rasa lega gila tak tahu pasal apa. Macam dah lepas satu beban kat bahu. Haha. Over kan. Aku selalu rasa macam tu. Padahalkan aku punya road tax tak ada lah mahal mana sebab kereta lama dah. Kali ni aku kena cuma RM445 jer. Aku dah bajet RM600. So dah untung RM 160. Boleh la tambah bajet nak beli hp. Eh? Haha.

Untuk renew road tax tahun seterusnya jadi lebih lebih mudah sebab details kite dah ada dalam system Myeg. Bila nak dekat2 tarikh road tax mati, dorang sendiri yang ingat kan kita untuk renew by email. Hebat kan? Rasa macam ada personal assistant pulak. Gitteww.

Anyway, setakat ni service Myeg tak pernah mengecewakan. Bonus bila dapat operator yang mesra dan sangat membantu. =)

Bye!

Aug 15, 2016

Time to work



Memang rehat betul aku minggu ni
Langsung tak buat apa2
Hehehe

Bontot pun rasa lebar semacam sebab banyak duduk. 
LOL




Baru je settle amend my resume
Kali ni ada rasa confident sikit.. mihmihmih
Hopefully its good enough lah

May Allah ease

Aaaamin


Aug 14, 2016

*PERISTIWA DIMAHSYAR*


Sekadar perkongsian sebelum tidur... Baca ni dekat group whatapps family tadi. My aunt yang share tadi. Ekceli dah pernah baca a few times before this. Setiap kali baca mesti rasa takut sangat.. Berdebar-debar je jantung. Hai.. siapalahhh yang tak takut nak menghadapi hari kiamat kan. To be honest, aku tak mampu nak habis baca pun. Takut gila. Takut gila okay.

Tapi dalam takut2 pun tetap susah nak ikut perintah Allah. Pelikkan. Tapi itulah dinama kan manusia. Sebab kita ada kehendak. Dimana kita diberi pilihan sama ada hendak ikut perintah Allah atau ingkar dengan arahanNya. It is our call to choose jalan apa yang kita nak pilih.

Doa banyak2 semoga Allah pilih kita sebagai penghuni syurga NYA.



*************

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Actually dulu aku macam tertanya2 jugak. Is it true yang semua orang dalam dunia ni akan mati? Sebab masa tu aku fikir bila matahari terbit dari barat jer terus manusia berada dekat padang mahsyar. Ofkos lah time tu berjuta2 lagi manusia yang masih hidup lagi. 
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Rupa-rupanya 40 tahun selepas tu baru lah kita dihidupkan semula. Kesimpulannya, tak ada sesiapa yang terlepas dari azab kubur. Semua wajib kena. Owh.. padang mahsyar nanti suasana kaler putih. Baru tahu. Aku fikir macam kat gurun macam tu.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. _*La illaha illa Allah*_,
_*Muhammadu Rasulullah*_

😊😊😊.
posted from Bloggeroid

Aug 13, 2016

Pengalaman beli beg MANGO dari Lazada


Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia..

Bulan depan ahkak dan family akan bercuti ke Sarawak. Yeyyy. Actually bukan setakat bercuti jer tau tapi mengantar pengantin jugak sebab cousin ahkak yang umurnya bawah setahun dari ahkak sorang ni nak kahwin dah. Kahwin dengan orang Sarawak kay. Macam pertama kali jer aku rasa family aku kahwin dengan orang dari Borneo. Eh.. Sarawak Borneo ke? Borneo lah kan? =P

Selalunye kalau pergi bercuti ahkak pakai beg Polo yang ahkak beli dekat The Store Plaza Alam Sentral tu je. Tapi boringlah. Balik2 beg tu jer kena lenjan. So decided nak beli beg baru. Beg murah2 pon okay. Janji baru. So nampak je iklan beg MANGO kat Lazada terus click and checkout. Order Ahad lepas, hari Selasa dapat barang. Alhamdulillah. 


Inilah beg tersebut. Maaf lah kerana kualiti gambar yang kurang memberangsangkan.

First impression ahkak bila tengok beg ni? Ermmm.. ekceli.. agak... mengecewakan.. Seriously kalau korang orangnye pentingkan kualiti. Dah biase pakai beg yang ade brand walaupon jenama Polo cuma (ahkak lettew). This bag is definitely not for you guys. Kualiti beg ni memang biasa2 sangat. By the first touch pon korang dah boleh tahu beg ni memang level2 pasar malam jer. Beg yang kalau korang pergi pasar malam tu, sebelah mata pon tak pandang. Gitteww. Masa ahkak dapat tu rasa macam nak baling. Sakit hati punya pasal. Hahaha. serious.. ahkak tak tipu.

Tapi at the same time tak lah terukkkk sangat pon sebenarnye. Ahkak dah pakai beg ni a  few times and ahkak dapati beg ni.. nak kata tahan lasak tu memang jauh lah.. Tapi beg ni tak mudah rosak. Kadang2kan beg murah ni kan kulit dia mudah terkutil gitu walaupun baru pakai sekali. Tapi surprisingly beg ni memang tahan. and korang boleh isi barang berat2 tanpa rasa risau. So okaylah kan? Tapi kalau hari2 korang lenjan letak berat2 rosak gak lah. Baru jap tadi check (masa tengah taip) adelah terkoyak sikitt. Ingat nak lenjan time kat Sarawak nanti. Lepas tu kau nak jahanam ke ape kau punya pasal.

And yang penting beg ni cantik jugak. Tak nampak buruk pun or lusuh walaupon bila disentuh terasa kemurahan beg ni.

Cuma ahkak agak tak boleh blah lah dengan iklan kat Lazada. dalam iklan cakap 70% less konon. From RM100 lebih jadi RM36 lebih. Tahiiii. Kalau beg ni ahkak beli dengan harga RM100 lebih.. teruk Lazada kena lahar dengan ahkak. Hahaha.. RM36 hengget tu mahal jugak sebenarnye tapi okay lah. Tak lah sakit hati sangat.

Repurchase? Definitely NO.

Aug 8, 2016

Farah (opismate) featured in majalah Pesona Pengantin


Dapat tahu Farah shoot untuk majalah Pesona Pengantin ni since bulan May ari tu lagi
Farah bagitahu masa kitorang pergi kenduri kawen Kanan kat Klang

Selit sikit gambar time kawen Kannan =P

Majalah tu pulak untuk keluaran bulan Ogos
Memang dah tahu awal2 lagi
Since bulan 5 ari tu dah berazam nak beli
Gigih menunggu macam aku yang nak keluar majalah
Excited sebab member masuk majalah kate ko
Hahahaha


Inilah Farah.. Cantek kan.. Tapi in person lagi cantek ko.

Tu untuk slot bakal pengantin kalau tak silap
Aku ada bace kat bawah tu kalau interested korang boleh hantar gambar, IC, dengan ukuran badan kat Karang Kraf
Semua ada tulis kat situ
Ukuran badan tu untuk baju lah kot
Selain dari Farah, ade 3 orang lagi bakal pengantin untuk edisi bulan Ogos ni
Farah paling tua tapi nampak Farah paling muda and cantik =P


Bakal pengantin tak tahu tahun bile.. Kui kui kui

Byeee


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...