"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Aug 13, 2016

Pengalaman beli beg MANGO dari Lazada


Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia..

Bulan depan ahkak dan family akan bercuti ke Sarawak. Yeyyy. Actually bukan setakat bercuti jer tau tapi mengantar pengantin jugak sebab cousin ahkak yang umurnya bawah setahun dari ahkak sorang ni nak kahwin dah. Kahwin dengan orang Sarawak kay. Macam pertama kali jer aku rasa family aku kahwin dengan orang dari Borneo. Eh.. Sarawak Borneo ke? Borneo lah kan? =P

Selalunye kalau pergi bercuti ahkak pakai beg Polo yang ahkak beli dekat The Store Plaza Alam Sentral tu je. Tapi boringlah. Balik2 beg tu jer kena lenjan. So decided nak beli beg baru. Beg murah2 pon okay. Janji baru. So nampak je iklan beg MANGO kat Lazada terus click and checkout. Order Ahad lepas, hari Selasa dapat barang. Alhamdulillah. 


Inilah beg tersebut. Maaf lah kerana kualiti gambar yang kurang memberangsangkan.

First impression ahkak bila tengok beg ni? Ermmm.. ekceli.. agak... mengecewakan.. Seriously kalau korang orangnye pentingkan kualiti. Dah biase pakai beg yang ade brand walaupon jenama Polo cuma (ahkak lettew). This bag is definitely not for you guys. Kualiti beg ni memang biasa2 sangat. By the first touch pon korang dah boleh tahu beg ni memang level2 pasar malam jer. Beg yang kalau korang pergi pasar malam tu, sebelah mata pon tak pandang. Gitteww. Masa ahkak dapat tu rasa macam nak baling. Sakit hati punya pasal. Hahaha. serious.. ahkak tak tipu.

Tapi at the same time tak lah terukkkk sangat pon sebenarnye. Ahkak dah pakai beg ni a  few times and ahkak dapati beg ni.. nak kata tahan lasak tu memang jauh lah.. Tapi beg ni tak mudah rosak. Kadang2kan beg murah ni kan kulit dia mudah terkutil gitu walaupun baru pakai sekali. Tapi surprisingly beg ni memang tahan. and korang boleh isi barang berat2 tanpa rasa risau. So okaylah kan? Tapi kalau hari2 korang lenjan letak berat2 rosak gak lah. Baru jap tadi check (masa tengah taip) adelah terkoyak sikitt. Ingat nak lenjan time kat Sarawak nanti. Lepas tu kau nak jahanam ke ape kau punya pasal.

And yang penting beg ni cantik jugak. Tak nampak buruk pun or lusuh walaupon bila disentuh terasa kemurahan beg ni.

Cuma ahkak agak tak boleh blah lah dengan iklan kat Lazada. dalam iklan cakap 70% less konon. From RM100 lebih jadi RM36 lebih. Tahiiii. Kalau beg ni ahkak beli dengan harga RM100 lebih.. teruk Lazada kena lahar dengan ahkak. Hahaha.. RM36 hengget tu mahal jugak sebenarnye tapi okay lah. Tak lah sakit hati sangat.

Repurchase? Definitely NO.

3 comments:

ayuadyani said...

nice bag.. x pernah beli brg thru lazada stkt ni..hihi..

SyuraLatif said...

Nampak jer nice dalam gambar.. But it is not.. Huhuhu..

Unknown said...

Same goes to me.vincci yg murah pn xnipis mcm ni.kecewa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...