"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Aug 21, 2016

Renew Road Tax tahun ke - 5 dengan Myeg


Tahun ni adalah tahun ke - 5 aku renew road tax untuk kereta Saga FL kesayangan aku tu. Haih.. memang kesayangan sangatlah citer dia. Kalau tak ada Saga FL aku tu tak tahulah nak cakap macam mana. Nak pergi beli cempedak goreng kat Seksyen 8 pon tak lepas chuolls sebab rumah aku ni memang jauh ke dalam. Kat Bukit Bandaraya sebelah Bukit Cerakah nun. No public transport at all. 

Tahun pertama dan kedua, bapak and adik aku yang tolong renew kan untuk aku. Biase lah aku kan tuan puteri kedaung mana reti buat sendiri. Kui kui. Nak muntah kan bace? Aku tahu bawak kereta jer. Kalau tak silap diorang renew dekat agent yang sama aku beli kereta. Aku pon tak tahu kenapa diorang renew dekat agent. Mungkin sebab dekat dengan rumah agaknye. Lagi pun at that time adik aku tak kerja lagi so boleh lah nak harap kan dia jadi runner sana sini. The following year dia dah kerja dekat Public Bank so, nak tak nak terpaksalah  aku buat sendiri.



Seingat aku, kawan baik ku, Cik Mas yang bagitahu pasal service Myeg ni. Pening jugak masa tu nak pikir sebab malas ya amat2 nak pergi renew sendiri. Masa tu aku ingat nak renew roadtax kene pergi JPJ jer, tempat lain tak boleh. Hehehe.. So bila Cik Mas bagi tahu boleh renew secara online dengan Myeg, apa lagi, esoknya terus aku talipon. Memang mudah sangat processnya, as long as kau ada all the details with you. Esoknya terus kau dapat road tax kau itu.

Sajelah nak cerita kan, masa aku transfer duit untuk bayar road tax untuk tahun pertama dengan Myeg, itu lah pertama kali aku transfer duit secara online lebih dari RM 200.00. =D. Selalu shopping onlie pon paling hebat, seratus lebih jer. Terketar2 nak transfer duit. Lepas transfer tu jantung berdegup2 kau tak tenang sampai lah road tax dapat kat tangan. Takut gile kena tipu atau tersalah bayar.


Bila dah renew rasa lega gila tak tahu pasal apa. Macam dah lepas satu beban kat bahu. Haha. Over kan. Aku selalu rasa macam tu. Padahalkan aku punya road tax tak ada lah mahal mana sebab kereta lama dah. Kali ni aku kena cuma RM445 jer. Aku dah bajet RM600. So dah untung RM 160. Boleh la tambah bajet nak beli hp. Eh? Haha.

Untuk renew road tax tahun seterusnya jadi lebih lebih mudah sebab details kite dah ada dalam system Myeg. Bila nak dekat2 tarikh road tax mati, dorang sendiri yang ingat kan kita untuk renew by email. Hebat kan? Rasa macam ada personal assistant pulak. Gitteww.

Anyway, setakat ni service Myeg tak pernah mengecewakan. Bonus bila dapat operator yang mesra dan sangat membantu. =)

Bye!

1 comment:

MasturaDin said...

nanti tetibe je ade duit dalam akaun sebab tak claim last year.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...