"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

May 18, 2015

Hujung minggu dengan Syarul Ridzwan

Maaf. Tajuk entry yang sangat geli2 buntuit. Haha.

Seperti yang uolls sedia maklum, drama bersiri Hati Perempuan sudah pon melabuhkan tirainya hari Khamis yang lepas. Tapi walaupon dah tamat.. hakak rasa macam tak puassss jerrr nengok lakonan Syarul Ridzwan dalam drama tu. Ada macam kurang umphhh sikit lah.. Haha.. Kau ingat budak tu sejenis kopi nak umpphh2 bagai. Dah lah lain macam jer bunyik nyer.. Haha. Matik lahh..

Hakak memang jarang nengok drama2 lakonan Syarul Ridzwan ni. Sebab hakak rasa dia ni belum popular lagi kot so tak banyak tawaran berlakon lagi. Drama pertama yang hakak tengok pon tak silap Love you Mr Arrogant lah kot. Masa tu memang suka gila dengan watak 'Faizal'. Memang menjadik lah die menghayati watak psiko tu.. Siap pikir apasal lah budak ni tak jadik hero. Lagi handsome kot. Haha. Lepas tu bengang dengan Zara Zya sebab tak membalas cinta Faizal. Kalau hakak dah sujud syukur dah ada peminat hensem cam tu biarlah psiko pon. Mihmihmih. Tu yang bila tengok Hati Perempuan.. alahaiii.. sendu jer hakak nengok.. Lepas tu ada satu dialog tu (hakak tak ingat exactly ayat dia) " Awak melawan Ku Ril?" .. halah.. halah.. halah.. nyampah gile aku mendengornye.. hahaha

Disebab kan macam tak puas, so weekend lepas hakak pon mula lah menggoogle  drama2 lakonan Syarul Ridzwan dan terlayan a few drama. Let cekidautt.



Kimchi Raya. OMG.. drama ni sumpah comel giler. Heroin die Nad Zainal.. Comel sangat sampai rasa nak simpan dalam poket. Hakak nengok pon tersipu2.. sweet jerr dorang berlakon.. Lepas tu pengambaran pon kat Korea. Lakonan Syarul Ridzwan pon memang mantop. Tau tak nama watak dia apa? Kang Gary. Bolehh? Haha. Dialog pon jelas. Tak adalah macam Hati Perempuan, macam cakap kot hidung jer.. Wah Matik lah. Selamba badak jer hakak taip macam ni. Tak apa kan? Takut jugak.. Haha.


Opps Terlebih sudah. Drama ni pon comel jugakkk. Hakak rasa pengarah sama kot dengan Kimchi Raya. So pergi Korea pon sekali harung buat 2 drama terus. Tapi Nad Zainal jadi jahat. Geram hakak. Syarul Ridzwan watak dia totally different dengan Kimchi Raya. Sampai kan hakak pon rasa dia memang busuk betul2. Haha. Tapi tak lojik sikit lah sebab dalam citer die jadi orang yang terpelajar tapi boleh pulak kena tipu kan. Tapi nama pon drama kan. Layan jerrr.

Tapi ada satu drama lakonan Syarul Ridzwan yang hakak rasa best jugak tapi hakak dah tengok lama, Fajar Aiman tajuk dia. Boleh tak masa nengok dulu sumpah tak perasan tu Syarul Ridzwan yang pegang watak Aiman tu. Haha. Nengok lagi skali baru perasan. Lagi satu, Sweetheart Fantasia dengan Emma Maembong. Ni okey2 lah.

Kalau rasa2  nak nengok drama lakonan Syarul Ridzwan yang lain boleh refer kat wikipedia Syarul Ridzwan.

Berakhir lah sudah hujung minggu hakak dengan Syarul Ridzwan dengan ucapan selamat Maju Jaya.

Toodles=)

3 comments:

Amy J said...

wah, ni obses syarul ridzwan ni. hehehehehe. saya x pernah lg tgk lakonan dia. saya x kenal pun dia mana satu. tapi duk dengar lah nama dia sentiasa disebut je. hahaha

DRAMATIC UNIQ said...

amboiiii... betul2 minat ni.. hehehehe..
ingat dating dengan Syarul Ridzwan tadi... :)

kisah earty said...

hahaha..sejak bila mish syura minat kt syarulridzwan ni..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...