"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

May 14, 2015

Maksud di sebalik mimpi seks

Amboiii.. kemain kontroversi lagi miang topik kak pah kali ni. Dah kenapa kau kan.. haha

Sebenarnye tak adalah apa2 pon cuma dua hari lepas kak pah ada termimpi terkahwin dengan ex-opismate kak pah. Oh myyy mimpi kahwin okay.. giler betul. masa taip ni pon rasa geli2 jer bulu kaki kak pah. masalahnya kak pah sikit pon tak minat kat dia. bangun tidur terus berdebar2.. apa kejadah nye aku mimpi mamat ni. esoknya pergi kerja dah takleh pandang muka dia sebab malu. dush. dush. hahaaha.. setan betul! dah tua bangka ni pon boleh pulak mimpi kahwin2 macam zaman2 remaja dulu.. nasib bukan satu department lagi. ni pon macam trauma semacam jer rasa. kah.kah.kah.

So, nak legakan hati kak pah yang gundah gulana ni, maka tanyerlah pak cik gugel maksud disebalik mimpi. Entah macam mana kak pah tertarik dengan artikel dari blog MASKULIN walaupon mimpi kak pah tu mimpi kahwin jer pon tak adalah sampai ehem2 pon. Tapi menarik jugak ya. Lets ckidaut:

1-MIMPI DENGAN ORANG DI MASA LAMPAU
Mimpi pertama yang dikaji adalah mimpi seksual yang melibatkan orang di masa lampau anda. Mungkin mereka ialah sahabat lama mahupun mereka yang dikenali dahulu. Tafsiran mimpi oleh Sharon menunjukkan ‘tanda bahawa anda sedang mengalami kebosanan dengan pasangan anda sekarang dalam hubungan seks’. Maka, kehadiran bekas kekasih di dalam mimpi menawarkan semula bangkit ghairah yang kian hilang itu. Ini juga diperakui oleh Lauri Quinn Loewenberg dalam bukunya yang bertajuk ‘Cracking Dream Code’. 
2-MIMPI DENGAN RAKAN KERJA ATAU ATASAN
Mimpi kedua pula dengan rakan sekerja mahupun orang atasan. Ya, mungkin tidak pernah terlintas untuk anda berhubungan seks bersama mereka. Jika pernah anda alaminya, tafsiran kajian Sharon mendapati bahawa ‘anda sebenarnya merasakan cukup selesa apabila mendampinginya, namun secara profesional dan bukan secara seksual. Mungkin ini juga ada kaitannya bahawa anda kini sedang iri hati mahupun ingin jadi sehebat dan setanding dengan kemampuan mereka. Dalam soal kerjaya mahupun hubungan intim bersama pasangan.  
3-MIMPI DENGAN SELEBERITI
Oh, pastinya mimpi ini pernah dialami sekali dua bagi kaum lelaki. Melakukan hubungan seks dengan selebriti pilihan yang anda saksikan di layar perak menawarkan pengalaman yang tidak mungkin dapat anda lupakan. Sekiranya terjadi, ini menunjukkan tanda aras bahawa ada hajat yang masih belum tercapai. Mimpi berasmara dengan mereka yang terkenal melambangkan keinginan untuk mengharapkan sesuatu yang lebih atau romantis daripada pasangan anda. 
4-MIMPI DENGAN ORANG YANG DIBENCI
Jangan terkejut sekiranya anda bermimpi menjalankan hubungan asmara dengan orang yang dibenci atau yang pernah anda benci. Kebiasaannya, ini melibatkan rakan sekerja mahupun di kalangan rakan-rakan anda. Mungkin di bawah sedar, anda tercari-cari haluan diri untuk menjadi lebih baik dalam hubungan antara pasangan, soal kerjaya mahupun keperibadian anda. Malah, berkemungkinan besar anda sendiri ingin memperbaiki hubungan sesama anda agar tidak kekal seteru, yang pastinya dengan pasangan hidup anda.

Phewww.. lega lepas baca artikel ni. Kesimpulannya, kalau kauorang mimpi kahwin or even ehem2 pon dengan orang yang kauorang tak pernah teringin pon dialam fana ni, tak yah lah risau sangat sebab bukanlah bermakna yang kauorang tu gatal, miang tak tentu hala, gila seks ke apa ya.. haha. tu semua mainan syaiton semata2.. so chilll!!.

Toodles =)

1 comment:

Amy J said...

wow, ada maksudnya juga eh. scary gilosssss.. hahaha.. nasib baik x pernah mmpi macam ni lagi. hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...