Lama rasanya aku tak merayap hujung2 minggu ni sebab nak jimat katenye.. Aku kalau bosan2 waktu hujung minggu, tempat yang biasa aku tuju adalah Plaza Alam Sentral. Kat Plaza Alam Sentral ni macam2 tempat aku boleh tuju. Ada kedai kain Nagoya, MR DIY, Hot Market, KFC, The Store, Romantika.. Macam2 lah.. Bukan shopping sangat pon.. Buat cuci2 mata je dari terperap jer kat rumah tu kan.
Memang ada niat nak shopping kain sikit buat blouse, jadi straight pergi kedai kain Nagoya.
Kedai kain ni memang dah lama dah ada kat sini. Sejak dari zaman aku belajar lagi kot. Teringat pulak aku pernah sentap dengan uncle potong kain kat Nagoya ni dulu. Pernah citer kat entry sini.. Haha.. entah paper jer. Uncle tu elok jer sampai sekarang kerja kat sini. Entah2 tokey kot, muka pon ala2 jepon jer aku tengok.
Aku kalau datang sini lepak 3 jam pon jadi pilih kain. Aku tak tahu lah pilih kain ke pilih bulu. Lama kemain. Kadang2 tu penah jer datang sini sampai 2 jam tapi keluar tangan kosong. Bila teringat balik terasa bodoh pulak. Haha.
Ingat nak carik corak2 ala2 tribal macam ni tak jumpa yang berkenan. Eh berkenan jer tapi pasal kain ni RM 10.80 semeter terus cancel aku nak beli. Bajet cuma untuk RM 6.00 semeter. I'm so bajet like that.
Mungkin sebab kedekut tak bertempat, niat aku nak buat blouse tak kesampaian sebab aku beli kain 1 meter jer. Dah beli sampai 5 jenis kain. Budak yang potong kain tu sampai tanyalah kat aku " Kak, nak buat apa ni kak? " Pastu aku jawab " Adalah.. tapi bukan nak buat bajulah " LOL.. Keje nak menipu jer ko kan. T_T. Haha.
Ingatkan cukup 1 meter sebab nak buat ala2 kaftan jer. Kalau satu meter bajunyer jadi pendek, so nampak macam terencat. Jadi, aku tukar buat cardigen rekaan aku sendiri. Dah siap potong dah cuma tinggal nak jahit and jahit tepi jer.
Teringin nak jahit baju macam ni tapi beli pandai lagi. Tak apa, belajar lagi.. Sobs!
Esoknyer, aku ngan mak aku pergi Romantika untuk beli bunga. Romantika ni memang tempat favourite aku carik barang hiasan rumah. Kalau ada yang tak tahu, Romantika ni terletak di tingkat paling atas kat Plaza Alam Sentral ni.
Romantika Home Deco.
Ada dua kedai, satu yang menjual barangan hiasan rumah..
dan satu lagi jual bunga2.
Suasana Plaza Alam Sentral dari tingkat atas pada hari Isnin. Tak ramai orang.
Aku ni sekali sekala dirasuk hantu deco boleh jadi gila membeli kat sini. Especially raga comel macam kat atas ni.. Tapi yang peliknya tak cantik2 jugak2 bilik aku.
Tengok rak ni terus jatuh cinta panda pertama. Harga dalam RM 98.00 sahaja. Mampu milik lagi. Tengok lah gaji naik tahun depan aku beli.. LOL.
Tak minat sangat bunga dengan pasu corak2 macam ni
Aku takut sangat nak jalan celah2 rak ni sebab takut terlanggar barang2.
Mak aku pon gila carik barang.
Lap kaki yang comel. Berkenan jugak tengok.
Aku rajin jugak beli frame2 macam ni.
Teringin nak beli tapi tak lah nak letak kat mana nanti.
Settle!
Byeee.
2 comments:
carila ejen shaklee ., mesti dorg bisa membantu ., hehe2
tengok gambo pun aku dah tahu, tempat ni bahaya bawak org pompan dtg..dtg hari ni esok baru balik.puii
Post a Comment