"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Dec 31, 2015

Cantik itu subjektif

Sebelum ketiduran... Nak borak2 ngan korang dulu... Since aku ni macam tak banyak readers khennn so tak adalah segan sangat nak citer.. Hihi. Layan kan aku pweaseee..*lempang*

Nak tahu tak, gaji bulan ni, seriusly macam da nak habis.. Sobs..stress gak la kalau pikir. Macam2 lah beli kan. Especially untuk diri sendiri.

Aku sekarang ni tengah cuba untuk memperbaiki penampilan aku. Sekarang kan da hujung 20 an. Jadi proses penuaan tu macam semakin memunculkan diri. Thats why la sekarang ni beria nak kurus.. Mana2 aku pergi pon orang da start panggil aku akak. I is sentap hokey. Tskk.

Nak kurus aku beli Green Ard and jaga makan ala kadar jelah tapi. Kenapa Green Ard? Sebab aku percaya dekat founder dia. Alhamdulillah.. Tadi timbang dah nampak kesan ubat tu.. Turun rupenye berat hakak. Rase macam tak caye pulak. Serasa macam nak buat sujud syukur ala2 Ana Atafunnisa ajeww. Kenapa mesti amik supplement? Supplement ni sekadar untuk boost pembakaran lelemak degil ditubuh dan juga untuk detox dalaman. After few bottle, I'm gonna stop.. okey?

Pastu aku beli aromaterapi dari Kak Siti Bidan untuk melancarkan pengaliran darah.. Katanya kalau period tak lancar maka kulit mudah kusammm. Hurmmmm.. Tapi yang ni mungkin beli sebotol ni jer dulu sebab tak cukup bajet nak beli tiap2 bulan. Stop consume Green Ard baru continue balik. Insya Allah..

Gaji bulan ni jugak beli Zenia Transgluta sampai 3 botol. Kenapa 3 botol, sebab nak konsisten dan juga sebab ada offer murah tahap nak meninggal. Kalau beli 1 je kebarangkalian tak beli sangat tinggi walaupon macam menjadi ke ape. Sebab aku ni memang jenis beli sebotol pastu haram nak beli lagi. Hampeh lah kate kan. Bukan lah nak putih cam Adira pon cuma nak cerahkan satu level kulit aku ni. Aritu cashier mini mart kat opis tu tanya 'are you indian?'. Ko rase? Rasa macam nak tapak jer dahi die itu ajer.

Tapi transgluta ni xsampai lagi. Tazabarrr.... Baru dapat trekking no dari Kak Su. Harap2 sampai harini.

Aku kan dah tak nak lah kedekut sangat untuk diri sendiri... Sobs..

Tapi disebabkan macam da tak ada duit, maka terpaksa beli pencuci muka zaman aku sekolah dulu.



Fair and Lovelyyy. RM5.99 jer. Manalah tahu serasi ker.

Toodles.

Dec 29, 2015

Cerita diet ku

Ecece.. Biasa la dia tuuuu... Bila da up satu entry maka berderet lah entry menyusul... Lepas 3, 4 entry nanti senyappp lah balik kannn.. Memang tak boleh harap langsung perangai kau ni mak cik syura oi.. Mihmih

By the way.. Aku kan tengah diet sekarang ni.. Kononnyalah.. Tapi kali ni lebih serius tau. Sejak balik dari Bandung itu hari, aku macam dapat kesedaran sebab masa kat Bandung sengsara gila hidup aku. Kaki sakit nak arwah padahal jalan sikit je pon. Banyak naik transport jer hakikatnya. Sebulan gak la menderita sakit kaki. Nak sembahyang pon susah. Belum kira telekung Siti Khadijah kain tak muat. Jauh2 aku beli boleh pulak tak muat ko. Sedih hokey.

Balik Bandung sumpah tak selera nak makan segala jenis Brownies, kek lapis, kerepek semua tu dek kerana hilang mood oleh sebab sakit sakit kaki. Macam tak percaya je kan. Haha.. Terbiar jer sampai berkulat habis Brownies. Kalau teringat balik macam sayang jugakkk. Bukan senang nak beli. Tapi apakan daya.. anggap je lah tak ada rezeki kan.

Diet kalini memang lah lebih serius tapi nak lebih berhemah gituu. Maksud aku, tak adalah macam dulu tu.. terus tinggal nasi (konon..). Tak makan apa mak aku masak *makan jugak lah sikit2.. Hehe.. Sebab aku tak nak lah bila dah turun sepuluh kilo, menggelupur nak makan sedap sebab kononnya da turun banyak. Lepas tu terus tak boleh kontrol da. Huhu.

Anyway aku nak share sikit menu diet aku sejak diet itu hari. Memang ni je lah yang aku amik sebab ni jer yang lalu kat tekak.

Taraaa..



Ecece.. habis healthy la kononnya. Nampak macam makanan orang ado2 kan.. Hihihi.. Kononnya nak eat clean lah khennn. Ayam tu aku perapkan ngan thyme, lada hitam, serbuk garlic and oregano, lepas tu grill. Grill pon pakai minyak zaitun yer. Ko mampoo? Brokoli ngan carrot tu aku rebus.

Oh ya.. I know sos tak boleh makan kan kalau diet. Nak wat acaner kalau tak letak sos tak leh masuk lah. Lepas ni nak tukar dengan sos atkins. Baru dapat resepi kelmarin.

Aku pon tak adalah hari2 makan macam ni. 4 hari seminggu je. Hari2 lain makan macam biasa.

Ada satu lagi menu diet yang aku baru try tapi macam susah nak masuk walaupon nampak sedap kan.

Ni dia...



Ha... Yang ni macam poyo sikit ahhh. Time nak makan ni seksa ya amat uolls.. Daun salad tu sumpah macam rumput rasa dia walaupon aku tak tahu rasa rumput tu macam mana. Bila makan ni aku rasa macam kambing pulak makan tumbuh tumbuhan. Try feeling2 korea pon tak jalan. I is cannot lah uolls tapi sebekas dah beli tu terpaksa jugak lah habis kan. Bertabahlah hati. Sobs.

Lepas makan tumbuh tumbuhan, kuselit kan jua buah nenas untuk melancarkan sistem pencernaan. Giteww..


Bagus jugak, dari tak tahu, aku sekarang terror gila babi potong nenas uollss.

Tadi check penimbang.. Ok lah.. Turun gak lah 2 kilo..

Byee.....
posted from Bloggeroid

Dec 28, 2015

Sembang petang

Haii...

Lama sungguh kak pah tak bersiaran kann
Maaf lahh.. Tak tahu lah kenapa sekarang macam susah bebeno nak updet belog
Padahal taip jer lahh.. Bukan kena angkat kayu balak ke apa..
Holiday ke Bandung pon tak tahulah bila mau crita..
Kadang2 tu macam geram jugak ngan diri sendiri...tskk

Sekarang ni aku tengah diet tauu
Diet katanyee.. Manjang diet tapi tak kurus2 jugak khennn
Susah betul kuwusss...
Nak kuwusss.. Nak kuwusss
Ingat comel lah eja kuwusss tu.. *dush

Korang kenal Kak Di? Popular kot dia tu
Antara blogger popular jugak lah
Aku sekarang tengah amik produk kurus dia lah
Green Aard nama produk tu
Sekarang macam tengah trending jugak ah
Nak dekat sebulan dah consume tapi macam tak ada hasil jer
Nak kata tak jaga makan tak jugak
Aku kurang makan kot sekarang
Pastu siap excercise lagi
Walaupon macam 10 minit je pon sehari
Mihmihmih... 10 minit pon nak kecoh
Lepas tu bising berat tak turun
Tumbuk kawang..

Yela.. Aku macam frust la sebab baca testimoni katanya dalam seminggu turun 2, 3 kilo
Ade tu makan macam biasa lah.. Kejadah..
Tak exercise kononnya..
Agaknya orang tu memang hari2 makan salad, brokoli, grill2 kot..
Tu yang dia maksud kan makan macam biasa.. *tangan kat dada, mata pandang atas

Tapi, aku tetap nak maintain amik ubat ni dulu..
Mungkin kesan ubat ni kat aku lambat sikit agaknya



Ni lah ubat tu.. Cer lah korang try mana tahu boleh kuwus khennn
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...