"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Dec 29, 2015

Cerita diet ku

Ecece.. Biasa la dia tuuuu... Bila da up satu entry maka berderet lah entry menyusul... Lepas 3, 4 entry nanti senyappp lah balik kannn.. Memang tak boleh harap langsung perangai kau ni mak cik syura oi.. Mihmih

By the way.. Aku kan tengah diet sekarang ni.. Kononnyalah.. Tapi kali ni lebih serius tau. Sejak balik dari Bandung itu hari, aku macam dapat kesedaran sebab masa kat Bandung sengsara gila hidup aku. Kaki sakit nak arwah padahal jalan sikit je pon. Banyak naik transport jer hakikatnya. Sebulan gak la menderita sakit kaki. Nak sembahyang pon susah. Belum kira telekung Siti Khadijah kain tak muat. Jauh2 aku beli boleh pulak tak muat ko. Sedih hokey.

Balik Bandung sumpah tak selera nak makan segala jenis Brownies, kek lapis, kerepek semua tu dek kerana hilang mood oleh sebab sakit sakit kaki. Macam tak percaya je kan. Haha.. Terbiar jer sampai berkulat habis Brownies. Kalau teringat balik macam sayang jugakkk. Bukan senang nak beli. Tapi apakan daya.. anggap je lah tak ada rezeki kan.

Diet kalini memang lah lebih serius tapi nak lebih berhemah gituu. Maksud aku, tak adalah macam dulu tu.. terus tinggal nasi (konon..). Tak makan apa mak aku masak *makan jugak lah sikit2.. Hehe.. Sebab aku tak nak lah bila dah turun sepuluh kilo, menggelupur nak makan sedap sebab kononnya da turun banyak. Lepas tu terus tak boleh kontrol da. Huhu.

Anyway aku nak share sikit menu diet aku sejak diet itu hari. Memang ni je lah yang aku amik sebab ni jer yang lalu kat tekak.

Taraaa..



Ecece.. habis healthy la kononnya. Nampak macam makanan orang ado2 kan.. Hihihi.. Kononnya nak eat clean lah khennn. Ayam tu aku perapkan ngan thyme, lada hitam, serbuk garlic and oregano, lepas tu grill. Grill pon pakai minyak zaitun yer. Ko mampoo? Brokoli ngan carrot tu aku rebus.

Oh ya.. I know sos tak boleh makan kan kalau diet. Nak wat acaner kalau tak letak sos tak leh masuk lah. Lepas ni nak tukar dengan sos atkins. Baru dapat resepi kelmarin.

Aku pon tak adalah hari2 makan macam ni. 4 hari seminggu je. Hari2 lain makan macam biasa.

Ada satu lagi menu diet yang aku baru try tapi macam susah nak masuk walaupon nampak sedap kan.

Ni dia...



Ha... Yang ni macam poyo sikit ahhh. Time nak makan ni seksa ya amat uolls.. Daun salad tu sumpah macam rumput rasa dia walaupon aku tak tahu rasa rumput tu macam mana. Bila makan ni aku rasa macam kambing pulak makan tumbuh tumbuhan. Try feeling2 korea pon tak jalan. I is cannot lah uolls tapi sebekas dah beli tu terpaksa jugak lah habis kan. Bertabahlah hati. Sobs.

Lepas makan tumbuh tumbuhan, kuselit kan jua buah nenas untuk melancarkan sistem pencernaan. Giteww..


Bagus jugak, dari tak tahu, aku sekarang terror gila babi potong nenas uollss.

Tadi check penimbang.. Ok lah.. Turun gak lah 2 kilo..

Byee.....
posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...