Jun 24, 2023
Sep 17, 2017
#Misi20kg : Bersenam di rumah
Hari ni tak dapat nak pergi taman tasik
Sebabnya cuaca tak mengizinkan
Masuk jer Asar tadi hujan turun mencurah2 siap petir lagi kau
Hampa gila tak dapat pergi jogging
Serioussss... tak tipuuu.. bukan berlakon tau
Memang frust sangat nih.. Sobs..
Siap make up dah pon..
Tapi tak dapat pergi
Rugi make up!
Tapi semangat nak bersenam tu agak membara
Jadi aku buat simple workout kat bilik jer
Standing Abs Workout
Sebab malas nak baring2..
Hahaha
Okay lahhh.. berpeluh jugak
Alhamdulillahhhh..
Terbakar jugak lah lelemaks ni dari aku tido jer tadi kan
Mary Kay Malacep Serum ~ 1st day
16 September 2017
First day apply serum Malacep from Mary Kay..
As usual.. tak nak cakap banyak
Sebab tak tahu lagi keberkesanan serum ni
Tapi... orang cakap serum ni bagus gila babs
Kulit jadi anjal lah.. melantun ke sana sini
Pipi terangkat bagai..
Hover kannn
Orang katalah.. bukan aku kata ye..
Omaigod.. I'm so nervous!
Harap2 lah menjadi..
U know how much this serum cost me?
RM350.00 uolls
Pakai duit OT.. kikiki
Please.. please doakan muka akak ko ni cantek lepas pakai serum ni
Hahaha
Aku ni.. gaji tak adalah banyak sangat
Pakkal tak kahwin lagi jer.. sebab tu lah boleh beli
Kalau tak hangus RM350.00...
Petang tadi jogging hari ke 3
Ya Allah... susah gila
Patut makin senang kan...
Tapi tak ye.. macam nak mati..
Can't even pusing satu tasik

Ngerinya...... bontot itu!
Sep 16, 2017
#Misi20kg : BriskWalk
Aku dah buat keputusan, 2017 aku kena kurang kan 20 kg!
Tak nak cakap banyak. Yang aku tahu, aku kena kurus.
Masuk hari ni dah 2 hari aku briskwalk dekat Taman Tasik Shah Alam..
The first day was cool..
But the 2nd day I was like nak mati..
Gosh.. why so hard..
Thinking of giving up like so many times
Patut nya dah 2 hari, should be better lah kan
But I managed to finish the whole round. At least. Haha.
Tak sabar nak tunggu esok.
Nak but 1 and a half round.
You can do it Syura!.
So gemok. I know. Aku rasa I was the most gemok human being kat taman tadi.
That's why I put some make up to built some confident on me. Alasan? No.. lets see gambar masa first day
.
.
.
.
.
.

Embrace yourself. Yes. But I choose to love myself more. =D
.
.
.
.
.
.

Embrace yourself. Yes. But I choose to love myself more. =D
Hari Malaysia 2017
First thing of all.. Selamat Hari Malaysia to all Malaysian all around the world! And Happy Anniversary to my beloved cousin Ateh and Anne yang pertama kali nya. Kalau ikutkan, tahun lepas.. kami sekeluarga waktu ni berada di Sarawak bercuti sambil menghantar pengantin dekat Kuching. Sayangnya.. aku langsung tak buat any entry pasal Sarawak. Eh bukan Sarawak jer.. Sabah pun sama guys. Basically, aku dah jejak kaki ke seluruh Malaysia lah. Wow.. Aku tak pernah rasa nak pergi Sarawak before. But because of them, I have been there. Sometimes, things happen for good reason kan.
Basically, Hari Malaysia is the day dimana Tanah Melayu bergabung dengan Sabah dan Sarawak. And pada tarikh ini jugak Ateh (orang semenanjung) bersatu dengan Anne (orang Sarawak). How ironic!.. Haha. Tak tahulah diorang memang kebetulan or diorang memang dah plan. Gotta ask them.
They gonna have baby soon. Mesti comel and cute. Eh.. macam sama jer. Haha.
Till then. Babaye.
Sep 15, 2017
Cerita terbaru
Salam Jumaat,
Tetiba hari ni rasa nak write something lah
Sebab semalam dok borak ngan Mas pasal blog kat telegram
Membuatkan aku rindu kat blog aku ni
I miss my blog so muchhh.
Tapi terlalu malas nak update..Geram kannn.
I ni memang semua benda malas 😅😅😅😅😅..
I wish I could be rajin a bit.
I tengah batuk sekarang ni..
Dah seminggu lebih..
Getting better... Of course la.. Berapa banyak pulak ubat aku telan 2minggu ni.. 😥..
Dulu kannn.. Kalau sakit.. Tak makan ubat pun tak apa..
One or two days, sure dah sihat..
Naturally gituuu..
But now.. Jangan harap la yeh....
Dua tiga kali jumpe doc pon belum tentu sihat.
Macam kali ni, satu botol ubat batuk I dah I togok, tapi macam tak ade pape jer. LOL.
Last2 beli ubat kat farmasi baru ada effect
Getting old, I'm sure.. huhu
Okay.. Dah malas.. Haha..
Insya Allah.. pasni nak update blog lebih kerap
But dont expect too high lahhh
Just sembang2 kosong boleh lahhhh
Bye
Aug 26, 2017
Jul 20, 2017
Kitab kalau
Ya Allahhh
Tak leh blahnyeee lahh
Kalau lah boleh berhenti kerja......
And I miss my friend Shaqira so muchhh.. Sobs
Jul 17, 2017
Current officemate
LOL
Tetiba jer kan nak update nama opis mate... hahahaha
Scott
Hazrin
Jeevin
Fizin
Kasthury
Muthu
Hajar
Najib
Ag
Fitri
Asyura
Pari
Kelvin
=D
p/s : Missing u Shaqira & Zul ='(
Jul 16, 2017
11 months away
I just got myself a laptop during Ramadhan ari tu
Just waiting for the mood to come jer untuk start blogging balik
I really2 miss blogging..
Just waiting for the mood to come jer untuk start blogging balik
I really2 miss blogging..
Dec 15, 2016
Demam ❤Ji Sung❤Oppa!
Akhirnya... demam korea aku berakhir jua... Penat wehhh.. Dekat sebulan jugak lah terseksa.. Hidup tak tenang sebab asyik teringat kat drama korea jer.. huhuhu... buruk sangat taw owang tuwe demam korea.
Tapiiiii kan.. nak kata aku ni demam drama korea tuuu.. tak lah jugak.. sebab aku cuma gila satu hero je.. iaitu Ji Sung.. OMG.. sumpah takleh tidor sampai nak nanges sebab berangan kan aktor popular kelahiran Korea Selatan ini.. Popular ke masalahnye? Korang mesti tak kenal kannn. =.=

Tapiiiii kan.. nak kata aku ni demam drama korea tuuu.. tak lah jugak.. sebab aku cuma gila satu hero je.. iaitu Ji Sung.. OMG.. sumpah takleh tidor sampai nak nanges sebab berangan kan aktor popular kelahiran Korea Selatan ini.. Popular ke masalahnye? Korang mesti tak kenal kannn. =.=

Ji Sung >.<
Ye... tahuuu.. tak adalah handsome macam Lee Min Ho tu. Biase lah, bila usia hampir menjelang 30 an ni.. taste pon taste owang tuwe lah.. Lagi pon.. akak tak taste lah dengan Lee Min Ho tu sebab bila akak tengok dia teringat Lee Kwang Soo... Bahahaha
Sep 28, 2016
Lipstick MAC pertama ku
Hari ni aku adalah excited gila2 sebab my MAC lipstick dah sampai!!
Hamagaddd.. memang super2 excited kerana ini adalah pertama kali aku membeli, eh bukan setakat beli, malah first time jugak pakai lipstick MAC.. hahaha.. sadis takkk? Agaklah kannn. But sadis no more, love!
Aku beli lipstick secara online dekat laman web MAC sendiri. Kalau nak beli secara walk in pon aku tak pasti kat mana kat Shah Alam ni.. Ala... lagipon kalau beli kat kedai dia pon.. macam lah aku confident khennn. Sat lagi, belum sempat promoter MAC tu tegur aku dah ca alip bot.. Hahaha. Nak camne chuolls.. level keyakinan diri ku itu tak berapa nak tinggi.
Maka hari Ahad lepas beli di website rasmi MAC Malaysia, hari ni (Selasa), lipstick MAC aku selamat berada didalam dakapan ku.. Ahhhh.. *hover
Here we go, my first lipstick from MAC. Seriusly, ini adalah produk make up from high end punya jenama pertama yang aku beli. Selama ni aku pakai yang boleh beli dekat Watson je kot.

Mesti korang excitedkan nak tahu shade ape yang ahkak beli...
Jeng jeng jeng
Ha... hamekkk.. kaler hitam kau.
Confident tak hakakkk?
Ekceli ni bukan kaler hitam tau. Ni kaler deep dark plum. Tapi sekali pandang memang nampak macam kaler hitam pon sebenarnye. Huhu. Jujurnye, masa first tengok lipstick ni, macam nak luruh jugak lah jantung. Hahaha. Cepat2 ahkak positif kan diri. Kah kah kah. Namun begitu, ahkak rase its depends on your lips colour lah kot. Kalau kulit cerah akan nampak dark purple instead of black and lagi nice lah.
Apa yang buat aku tertarik untuk beli lipstick ni adalah lipstick ni kolobrasi antara MAC dengan Ariana Grande. Sebab tu dekat keliling lipstick tu kalau korang perasan ade signiture Ariana Grande. So aku pikir, why not first produk yang aku beli ni biarlah special sikit.. Gitewww. Tapii.. nak special sangat khenn mendapat lah kau lipstick ala2 Gothic. =.='. Sabor jelah hakak.
So.. acaner? Teruk sangat ke? Haha.. Honestly, this kaler tak teruk sangat kat bibir ahkak sebab kulit ahkak kan gelap gitu. Jadi kaler dia jadi macam tone down sikit. Bila pakai waktu malam, agak nice lah. Nasib baikkk lahh.
Lipstick ni matte, jadi memang dry sikit. Tambah lagi bibir aku memang jenis kering and mengelupas makanya macam tak sekata di situ. Tips dari aku, sebelum pakai lipstick ni, silalah moisturize kan bibir korang dulu untuk hasil yang lebih sekata. Tapi.. i still love this lipstick sebab dia ringan. Sumpah tak rasa macam pakai lipstick. Memang terasa beza berbanding dengan lipstick hakak yang lain.
InsyaAllah kalau ada rezeki, next gaji nak beli lagi sebatang. Kali ni nak cuba kaler Elegant in Brown pulak. Hihi. Reward untuk diri sendiri, apa salahnya kan.
Aug 24, 2016
Aug 21, 2016
Renew Road Tax tahun ke - 5 dengan Myeg
Tahun ni adalah tahun ke - 5 aku renew road tax untuk kereta Saga FL kesayangan aku tu. Haih.. memang kesayangan sangatlah citer dia. Kalau tak ada Saga FL aku tu tak tahulah nak cakap macam mana. Nak pergi beli cempedak goreng kat Seksyen 8 pon tak lepas chuolls sebab rumah aku ni memang jauh ke dalam. Kat Bukit Bandaraya sebelah Bukit Cerakah nun. No public transport at all.
Tahun pertama dan kedua, bapak and adik aku yang tolong renew kan untuk aku. Biase lah aku kan tuan puteri kedaung mana reti buat sendiri. Kui kui. Nak muntah kan bace? Aku tahu bawak kereta jer. Kalau tak silap diorang renew dekat agent yang sama aku beli kereta. Aku pon tak tahu kenapa diorang renew dekat agent. Mungkin sebab dekat dengan rumah agaknye. Lagi pun at that time adik aku tak kerja lagi so boleh lah nak harap kan dia jadi runner sana sini. The following year dia dah kerja dekat Public Bank so, nak tak nak terpaksalah aku buat sendiri.
Seingat aku, kawan baik ku, Cik Mas yang bagitahu pasal service Myeg ni. Pening jugak masa tu nak pikir sebab malas ya amat2 nak pergi renew sendiri. Masa tu aku ingat nak renew roadtax kene pergi JPJ jer, tempat lain tak boleh. Hehehe.. So bila Cik Mas bagi tahu boleh renew secara online dengan Myeg, apa lagi, esoknya terus aku talipon. Memang mudah sangat processnya, as long as kau ada all the details with you. Esoknya terus kau dapat road tax kau itu.
Sajelah nak cerita kan, masa aku transfer duit untuk bayar road tax untuk tahun pertama dengan Myeg, itu lah pertama kali aku transfer duit secara online lebih dari RM 200.00. =D. Selalu shopping onlie pon paling hebat, seratus lebih jer. Terketar2 nak transfer duit. Lepas transfer tu jantung berdegup2 kau tak tenang sampai lah road tax dapat kat tangan. Takut gile kena tipu atau tersalah bayar.
Untuk renew road tax tahun seterusnya jadi lebih lebih mudah sebab details kite dah ada dalam system Myeg. Bila nak dekat2 tarikh road tax mati, dorang sendiri yang ingat kan kita untuk renew by email. Hebat kan? Rasa macam ada personal assistant pulak. Gitteww.
Anyway, setakat ni service Myeg tak pernah mengecewakan. Bonus bila dapat operator yang mesra dan sangat membantu. =)
Bye!
Sajelah nak cerita kan, masa aku transfer duit untuk bayar road tax untuk tahun pertama dengan Myeg, itu lah pertama kali aku transfer duit secara online lebih dari RM 200.00. =D. Selalu shopping onlie pon paling hebat, seratus lebih jer. Terketar2 nak transfer duit. Lepas transfer tu jantung berdegup2 kau tak tenang sampai lah road tax dapat kat tangan. Takut gile kena tipu atau tersalah bayar.
Bila dah renew rasa lega gila tak tahu pasal apa. Macam dah lepas satu beban kat bahu. Haha. Over kan. Aku selalu rasa macam tu. Padahalkan aku punya road tax tak ada lah mahal mana sebab kereta lama dah. Kali ni aku kena cuma RM445 jer. Aku dah bajet RM600. So dah untung RM 160. Boleh la tambah bajet nak beli hp. Eh? Haha.
Untuk renew road tax tahun seterusnya jadi lebih lebih mudah sebab details kite dah ada dalam system Myeg. Bila nak dekat2 tarikh road tax mati, dorang sendiri yang ingat kan kita untuk renew by email. Hebat kan? Rasa macam ada personal assistant pulak. Gitteww.
Anyway, setakat ni service Myeg tak pernah mengecewakan. Bonus bila dapat operator yang mesra dan sangat membantu. =)
Bye!
Aug 15, 2016
Time to work
Memang rehat betul aku minggu ni
Langsung tak buat apa2
Hehehe
Bontot pun rasa lebar semacam sebab banyak duduk.
LOL
Baru je settle amend my resume
Kali ni ada rasa confident sikit.. mihmihmih
Hopefully its good enough lah
May Allah ease
Aaaamin
Aug 14, 2016
*PERISTIWA DIMAHSYAR*
Sekadar perkongsian sebelum tidur... Baca ni dekat group whatapps family tadi. My aunt yang share tadi. Ekceli dah pernah baca a few times before this. Setiap kali baca mesti rasa takut sangat.. Berdebar-debar je jantung. Hai.. siapalahhh yang tak takut nak menghadapi hari kiamat kan. To be honest, aku tak mampu nak habis baca pun. Takut gila. Takut gila okay.
Tapi dalam takut2 pun tetap susah nak ikut perintah Allah. Pelikkan. Tapi itulah dinama kan manusia. Sebab kita ada kehendak. Dimana kita diberi pilihan sama ada hendak ikut perintah Allah atau ingkar dengan arahanNya. It is our call to choose jalan apa yang kita nak pilih.
Doa banyak2 semoga Allah pilih kita sebagai penghuni syurga NYA.
Tapi dalam takut2 pun tetap susah nak ikut perintah Allah. Pelikkan. Tapi itulah dinama kan manusia. Sebab kita ada kehendak. Dimana kita diberi pilihan sama ada hendak ikut perintah Allah atau ingkar dengan arahanNya. It is our call to choose jalan apa yang kita nak pilih.
Doa banyak2 semoga Allah pilih kita sebagai penghuni syurga NYA.
*************
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Actually dulu aku macam tertanya2 jugak. Is it true yang semua orang dalam dunia ni akan mati? Sebab masa tu aku fikir bila matahari terbit dari barat jer terus manusia berada dekat padang mahsyar. Ofkos lah time tu berjuta2 lagi manusia yang masih hidup lagi.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Rupa-rupanya 40 tahun selepas tu baru lah kita dihidupkan semula. Kesimpulannya, tak ada sesiapa yang terlepas dari azab kubur. Semua wajib kena. Owh.. padang mahsyar nanti suasana kaler putih. Baru tahu. Aku fikir macam kat gurun macam tu.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. _*La illaha illa Allah*_,
_*Muhammadu Rasulullah*_
😊😊😊.
posted from Bloggeroid
Aug 13, 2016
Pengalaman beli beg MANGO dari Lazada
Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia..
Bulan depan ahkak dan family akan bercuti ke Sarawak. Yeyyy. Actually bukan setakat bercuti jer tau tapi mengantar pengantin jugak sebab cousin ahkak yang umurnya bawah setahun dari ahkak sorang ni nak kahwin dah. Kahwin dengan orang Sarawak kay. Macam pertama kali jer aku rasa family aku kahwin dengan orang dari Borneo. Eh.. Sarawak Borneo ke? Borneo lah kan? =P
Selalunye kalau pergi bercuti ahkak pakai beg Polo yang ahkak beli dekat The Store Plaza Alam Sentral tu je. Tapi boringlah. Balik2 beg tu jer kena lenjan. So decided nak beli beg baru. Beg murah2 pon okay. Janji baru. So nampak je iklan beg MANGO kat Lazada terus click and checkout. Order Ahad lepas, hari Selasa dapat barang. Alhamdulillah.
Inilah beg tersebut. Maaf lah kerana kualiti gambar yang kurang memberangsangkan.
First impression ahkak bila tengok beg ni? Ermmm.. ekceli.. agak... mengecewakan.. Seriously kalau korang orangnye pentingkan kualiti. Dah biase pakai beg yang ade brand walaupon jenama Polo cuma (ahkak lettew). This bag is definitely not for you guys. Kualiti beg ni memang biasa2 sangat. By the first touch pon korang dah boleh tahu beg ni memang level2 pasar malam jer. Beg yang kalau korang pergi pasar malam tu, sebelah mata pon tak pandang. Gitteww. Masa ahkak dapat tu rasa macam nak baling. Sakit hati punya pasal. Hahaha. serious.. ahkak tak tipu.
Tapi at the same time tak lah terukkkk sangat pon sebenarnye. Ahkak dah pakai beg ni a few times and ahkak dapati beg ni.. nak kata tahan lasak tu memang jauh lah.. Tapi beg ni tak mudah rosak. Kadang2kan beg murah ni kan kulit dia mudah terkutil gitu walaupun baru pakai sekali. Tapi surprisingly beg ni memang tahan. and korang boleh isi barang berat2 tanpa rasa risau. So okaylah kan? Tapi kalau hari2 korang lenjan letak berat2 rosak gak lah. Baru jap tadi check (masa tengah taip) adelah terkoyak sikitt. Ingat nak lenjan time kat Sarawak nanti. Lepas tu kau nak jahanam ke ape kau punya pasal.
And yang penting beg ni cantik jugak. Tak nampak buruk pun or lusuh walaupon bila disentuh terasa kemurahan beg ni.
Cuma ahkak agak tak boleh blah lah dengan iklan kat Lazada. dalam iklan cakap 70% less konon. From RM100 lebih jadi RM36 lebih. Tahiiii. Kalau beg ni ahkak beli dengan harga RM100 lebih.. teruk Lazada kena lahar dengan ahkak. Hahaha.. RM36 hengget tu mahal jugak sebenarnye tapi okay lah. Tak lah sakit hati sangat.
Repurchase? Definitely NO.
Aug 8, 2016
Farah (opismate) featured in majalah Pesona Pengantin
Dapat tahu Farah shoot untuk majalah Pesona Pengantin ni since bulan May ari tu lagi
Farah bagitahu masa kitorang pergi kenduri kawen Kanan kat Klang
![]() |
| Selit sikit gambar time kawen Kannan =P |
Majalah tu pulak untuk keluaran bulan Ogos
Memang dah tahu awal2 lagi
Since bulan 5 ari tu dah berazam nak beli
Gigih menunggu macam aku yang nak keluar majalah
Excited sebab member masuk majalah kate ko
Hahahaha
Inilah Farah.. Cantek kan.. Tapi in person lagi cantek ko.
Aku ada bace kat bawah tu kalau interested korang boleh hantar gambar, IC, dengan ukuran badan kat Karang Kraf
Semua ada tulis kat situ
Ukuran badan tu untuk baju lah kot
Selain dari Farah, ade 3 orang lagi bakal pengantin untuk edisi bulan Ogos ni
Farah paling tua tapi nampak Farah paling muda and cantik =P
Bakal pengantin tak tahu tahun bile.. Kui kui kui
Byeee
Jul 25, 2016
Aidilfitri 2016
One week to go before Syawal berakhir, hopefully its not too late for me to wish Selamat Hari Raya to all of you. Harap2nya raya tahun adalah raya yang paling bermakna untuk korang ye.
Alhamdulillah.. this year raya best jer cuma penatnyeee ya ampun. Yelah.. kena ulang alik Cyberjaya to Rembau for 2 days. Nak beraya sangat punya pasal kan. Sanggup travel Rembau to Cyberjaya 2 hari berturut2. Bukan nak cakap ape lah.. memang bapak segala penat ye. Sampai kampung pon asyik tidurrr je. Adeh baik tak payah kan. Huhuhu. Tapi berbaloi lah kepenatan tu bila dapat jumpa family.
Nak ulang alik ni boleh jerr tapi limit 2 hari jelah.. Kalau masuk 3 hari samadengan mampos.
Please lah doa raya tahun depan jatuh weekend. Aminnnn.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















