"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Apr 30, 2012

Bacaan Sujud Sahwi


aku memang selalu bangat tertinggal doa qunut. jadi ini  amat perlu. =)

Baru aku sedar....



"PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat Konstabel Mohd Kamil Paimin, di Hospital Kuala Lumpur, semalam yang cedera akibat diserang perusuh BERSIH 3.0 kelmarin, sambil diperhatikan ibu mangsa, Katirah Ngaliman. - Foto Mohd Yusni Ariffin"

sekarang baru aku sedar (sebenarnye dah lame sedar pon =.=) kenapa Allah hapuskan jodoh aku dan dia. dia pon seorang anggota polis seperti lelaki yang terlantar kat atas ni. dan sememangnye kami tak sehaluan. aku bukan cakap ni sebab utama tapi mungkin salah satu sebabnya. sesungguh Allah Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu. semuanya dia dah aturkan untuk kita.

uolls tahu buat pertame kalinye aku rase redho giler aku tak ada jodoh ngan dia. if tak, sure dia pon tergolong dalam golongan2 seperti di atas.


Apr 29, 2012

Cer citer kahwin


Nak updet tapi tak tahu nak updet pasal apa la uolls. Nak updet pasal isu semasa rasa macam tak berapa nak reti pulak. Takut tersalah ulas dah jadi lain pulak nanti. Ish.. Tak beranilah hoi. Nak updet pasal agama lagilah tak boleh. Diri sendiri pon tak berapa nak betul lagi mahu cakap pasal agama.. :-[ huhu. Tapi sikit2 tu boleh lahkan. Tapi hari ni tak ada idea lah;-)

Bantai je lah ye. Hiks. Entry ni could be boring kut. Bagitahu awal2. =.=

Btw, hari ni i pegi kenduri jiran lame  i mase i dok kat seksyen 18 dulu. I tak rapat pon ngan dia tapi datang jugaklah sebab the whole family i pergi kan.

Sepanjang i kat kenduri tu i rasa segan  wooo... Yalah.. I ni kan semakin hari semakin 'sihat' kan. Malu jugak rase. Even i dok melaram pakai tudung macam Diana Amir bagai pon masih tetap tak mampu untuk naikkan level of confident i. Yalah.. I tengok orang lain bila dah keje makin lawa makin meletopsss. Dah pegang duit sendiri kan. Tapi i tak pulak. Makin worse adelah.. Jerawat bertabur jugak kat muka.. Huhu

I tengok jiran i yang kahwin tadi pon cantik je. Memang dah cantik pon dari dulu. Hubby dia pon encem gak. Kiranya diorang ni macam pasangan yang comellah. Sweet je tengok. Eh sorrylah tak dapat nak share gambar pengantin. Tak amik gambar pulak tadi.

Kadang2 macam tak percaye pulak i dah sampai tahap ni. Uolls nak tahu tahap ape? Tahap kene kahwin lah ape lagi uolls. Tengok kat fb merata member2 dok sibuk nak kahwin. Siyes macam tak percaye lah. Lepas ni sure satu persatu kengkawan yang akan melangkah ke alam perkahwinan. Whoa. Tabah ke i nak hadapi semua ni. Sekarang mungkin okey lagi. Yalah baru 25. Semua masih baru sibuk nak merisik bertunang bagai. Tahun depan sure gila2 punye orang kahwin.. Huhu...


budak yang tahulah bila nak kahwin pakai tudung warne pink.


Tak apalah... Jodoh diorang dah sampai kan.. Biarlah... yang penting kite redho.. ye dak?

P/s : gila pasrah entry aku kali ni.. Haha




Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

Apr 28, 2012

dah lame teringin nak posing dalam kete sendiri. finally!!






may be i shoud grab cermin mata hitam pulak kot:-P

Apr 27, 2012

Bahana beli kasut kat pasar





Nilah padahnye kalau bajet sangat. Haha.. Kasut ni aku beli kat pasar tani mega kat stadium melawati shah alam tu. Sape yang dok area shah alam mungkin tahulah kan kat mne. Aku tengok kasut ni cantik buat dari baldu lagi jadi aku pon beli lah dengan hati yang terbuka. Sepanjang seminggu aku pakai memang selesa lah. Tak rasa macam beli kat pasar pon. Tapi sayang hayat dia macam tak lame je. Baru seminggu pakai muncung dia dah terbukak. Nampak sangat gam dia tak kuat.  Wuwuwu..

Tulah nak buat mcm mana. Sesiapa yang rapat ngan aku sure tahu aku ni memang bajet punya orang. Hehe. Beli ape2 pon confirm nak murah je. Kalau tak murah haram aku nak beli. Tengok ajelah:-P

Tapi tetiba terpikir macam nak hantar kat tukang kasut. Berbaloi tak?

Btw, nasib baik hari ni abang jejai yang bawak van... Hew hew hew.



Location : Utara - Selatan Hubungan Tengah Hwy, 40000 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

Apr 26, 2012

Diana Amir;-)




Haii.. Selamat tengah semua?.. Dah lunch belum?

Uolls kenal Diana Amir? Aku rasa pasti sebahagian besar dari korang kenal kot siapa Diana Amir ni. Dia seorang pelakon yang agak dikenali jugaklah kat Malaysia ni.

Di awal kemunculan Diana Amir, aku pernah suke tengok dia and apatah lagi tengok dia berlakon. Tapi nak benci pon tak adalah. Cuma tak suka tengok je. Aku paling tak suke tengok lakonan dia dalam filem Aku Masih Dara. Dia pegang watak remaja bermasalah. Adoi. Sangat tak suka okey.

Tapi sejak kebelakangan ni aku jadi minat pulak kat dia. Yess ofkos lepas dia berhijrah, sejak dia berhijab. Aku rasa dialah perempuan bertudung paling comel sekali. And yang paling aku suka dia bertudung dengan sempurna and kemas.



cantik kan. sangat kemas and elegant.


gaya tudung dia yang paling aku adore. =) selalu berangan nak pakai tudung macam ni gak. dah try tapi harudlah tak semenggahkan. wuuuuwuwu


Tambah pulak sekarang ni dia berlakon dalam drama Cinta Untuk Emelda, suka sangat dengan watak dia dalam tu, bertambah2 minat aku kat dia. hihi.



 

comel sangat=)




Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...