"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Apr 27, 2012

Bahana beli kasut kat pasar





Nilah padahnye kalau bajet sangat. Haha.. Kasut ni aku beli kat pasar tani mega kat stadium melawati shah alam tu. Sape yang dok area shah alam mungkin tahulah kan kat mne. Aku tengok kasut ni cantik buat dari baldu lagi jadi aku pon beli lah dengan hati yang terbuka. Sepanjang seminggu aku pakai memang selesa lah. Tak rasa macam beli kat pasar pon. Tapi sayang hayat dia macam tak lame je. Baru seminggu pakai muncung dia dah terbukak. Nampak sangat gam dia tak kuat.  Wuwuwu..

Tulah nak buat mcm mana. Sesiapa yang rapat ngan aku sure tahu aku ni memang bajet punya orang. Hehe. Beli ape2 pon confirm nak murah je. Kalau tak murah haram aku nak beli. Tengok ajelah:-P

Tapi tetiba terpikir macam nak hantar kat tukang kasut. Berbaloi tak?

Btw, nasib baik hari ni abang jejai yang bawak van... Hew hew hew.



Location : Utara - Selatan Hubungan Tengah Hwy, 40000 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

1 comment:

aRa ❤ aFiq™ said...

alahai.. kita beli nak jimat kan.. beli lain la :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...